CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

~ Chocolātl + Fwower = LOVE ! ~ [U]

  [Copy link]
 Author| Post time 22-10-2010 11:49 AM | Show all posts
hi semua... SORRY semalam sibuk bangat, saya outstation

hari ni kita continue....woke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2010 11:52 AM | Show all posts
hi semua... SORRY semalam sibuk bangat, saya outstation

hari ni kita continue....woke ?
detox Post at 22-10-2010 11:49



wokey!
we want husin lempoyang
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 11:52 AM | Show all posts
hi semua... SORRY semalam sibuk bangat, saya outstation

hari ni kita continue....woke ?
detox Post at 22-10-2010 04:49



yay!!!.. ada sambung...  


sis... my cousin said she received it already.. thanks ye.....
hmmm... counting the days to get the books... urrgghhhhh
cant waittttttttt... !!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 11:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by detox at 22-10-2010 12:12

MOJO memerhati Zafira yang sedang membelek brochure dan bercakap sendirian. Dia asyik melihat penjual bunga manis itu tenggelam dalam dunia bunganya.

“Hai !” mula Mojo macam tak berapa sure saja. Dia masih lagi berdiri di bingkai pintu ruang kerja si bunga manis, lengan kanannya tersandar pada tiang itu dan matanya tidak lepas melihat Zafira.

“Hai…” kata Zafira terkejut sedikit, lantas bangun mendapatkan Mojo. Dia ternampak ada bunga-bunga nak mengorat dirinya terlakar pada wajah Mojo. (Bukan dia perasan tapi memang Mojo tak boleh control)

“Nak gi minum kopi kat Mamak depan tu ?” suara Mojo sudah menggeletar.

Dia tekan tepi badannya, menguatkan sandaran. Terasa lantai kedai Fir’s Fwower bergerak-gerak. Aik ada gempa bumi ke ? Mojo juga menelan liur menanti jawapan Zafira. Jawapannya mudah saja samada Ya atau tidak, tapi…

“Kenapa tak pergi dengan Zoe ?” sekadar bertanya kerana Zoe adalah teman minum Mojo sejak hari pertama mereka beroperasi di situ.

Mojo berkerut. Sebab dia tak mahu pergi dengan Zoe, petang tu dia hendak minum petang dengan Zafira. Sisi kanannya di tekan makin kuat, terasa lengannya sakit, dan kalau dia Badang, memang bingkai pintu tu boleh patah.

“Emm..tak pe kalau camtu…” itu pula yang terkeluar dari mulutnya. Mojo mengigit bibir.

Itulah masalah dengan dirinya, sejak dari sekolah, kalau ada niat hendak mengayat je, badannya tiba-tiba jadi satu macam, macam kena himpit dengan bumi, dia rasa badannya mengecut. Semuanya jadi kecut. Hatta kerongkong yang akan mengeluarkan suara hatinya. Kini berumur 30 pun masih gelabah, apalah nasib.

Mojo mahu tinggalkan kedai itu. Pertanyaan pada pertanyaannya di anggap sebagai penolakan. Takkan kena reject lagi kot. Dia menyeluk saku kemudian mengeluarkan tangan dan menyisir rambut panjang yang di ikat tocang. Lepas itu goatee pula dia urut. Dia jadi tak tentu arah.

“Emm..jom lah. I pun badly need one.” Ini semua si Gondol Bitter punya pasal lah. Tak semena-mena dia jadi sakit hati. Sakit hati yang bukan geram tapi sakit hati yang macam asik teringkatkan si Gondol tu. Er….susah ! Salah tafsir nanti makan diri sendiri. Zafira bingkas bangun, dia lelah menjawab banyak pertanyaan mengarut yang datang dari dalam dirinya. Suara itu macam mengacah-ngacah buatkan dia panasaran pada orang sebelah. GILA kan ? Memang gila.

Mojo macam tak percaya. Dia tarik nafas. Dia perlu mengawal dirinya untuk menjadi macam Husin. Yang tak gelabah di hadapan perempuan, yang boleh mengeluarkan kata-kata yang masuk akal dan yang tidak akan pengsan. (Dia pernah pengsan ketika keluar dating !) Dia masih kaku di bingkai pintu, sisi kanan badannya yang bersize normal ,walau jenuh weight training di GYM tetap tak tumbuh ketul-ketul yang dia harapkan masih menekan kuat dan tetap bersandar ketika Zafira sudah melangkah ke luar kedai.

“Tak nak pergi minum ke ?” tanya Zafira berdiri di kaki lima memandang Mojo dengan satu ekspresi pelik sebelum di sudahi dengan senyuman paling manis.

Kelam. Mojo jatuh pengsan. Dia memang alah dengan senyuman manis mana-mana perempuan yang cuba dia mengorat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 11:56 AM | Show all posts
wat lawaklah MOJO nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 12:02 PM | Show all posts
Zafira garu kepala. Haru ! Dia berdiri tanpa tahu hendak buat apa. Seorang lelaki yang pada mulanya ada bunga-bunga hengak mengurat jatuh pengsan di lantai kedainya. Zoe pula tak nampak batang hidung. Asyik mengular je dia ni, getus Zafira geram. Tapi cepat-cepat dia menarik balik tuduhan itu, dia teringat kalau Zoe ke Damansara Utama menghantar satu bouquet ucapan tahniah untuk sebuah kedai makan yang baru di buka.

“Kenapa Aunty ?” tanya Adam. Dari Zafira melopong sampailah Zafira tutup mulut dengan kedua belah tangan, dan sebelum mengaduh kecil, “Oh no !” Adam memerhatikan semuanya.

“Emm, Aunty ada big problem.” Matanya di bawa ke ruang dalam kedai itu. Mata Adam yang berbentuk badam itu terbuntang bulat dah jadi macam coconut.

“Kenapa Uncle Mojo tidur depan pintu tu ?” dia hairan sungguh.

Zafira sempat ketawa kecil.

“Dia tak tidur, tapi Uncle Mojo em….terpengsan !”

“Hah ! Kenapa ?”

Zafira angkat bahu. Dia betul-betul tak tahu. Ketika itulah Husin lalu dan berhenti. Dia tergelak dan menggelengkan kepala apabila mengikut hala mata Zafira dan terlihat Mojo terbongkang di situ.

“Mojo nak ayat awak la tu !” katanya lalu terus tinggalkan Zafira dan Adam yang cuba hendak kejutkan Mojo.

“Jap-jap…allo…tolong la angkat kawan awak ni…” Zafira menghalang Husin dari masuk ke kedainya semula.

Entah dari mana, tiba-tiba saja lalu depan kedainya. Kalau dari Mamak, dia boleh terus ke kedainya tanpa perlu lalu di hadapan kedai Fir’s Fwower. Zafira jadi ingin tahu. Apakah dia keluar dengan perempuan berbaju kelabu putih singkat paras peha. Hatinya di jentik rasa.

“Kejap lagi dia bangun…..” jawab Husin dengan senyum sengetnya. Dia tidak memandang pada Zafira, tapi dia tahu Zafira sedang bingung. “Jangan risau, kejap lagi dia pasti bangun…..penyakit pengsannya hanya akan ambik masa dalam 5 minit….”

Husin berundur dua tiga tapak dan berhenti betul-betul depan pintu kedai Fir’s Fwower.

“Tu …dia dah sedar….hati-hati, selalunya bila dia sedar dari pengsan, dia boleh jadi seorang yang lebih GANAS…” Husin mengusik tapi Zafira percaya. Dia yang tadi berdiri agak hampir terus keluar dan berdiri di tengah-tengah kaki lima. Menunggu apakah yang bakal terjadi. Adakah Mojo akan menerkam dengan Ganas.

Husin hendak tergelak, tapi dia tambah, “Dia suka makan bunga, especially roses, bila dah sedar. Nanti habis dia makan semua bunga, lepas tu dia akan mula buka baju satu per satu…dan ..hmmm ” Dengan itu dia terus meninggalkan Zafira yang tercengang, dan Adam yang terkejut.

Takkan lah Uncle Mojo macam tu !

Husin tak henti senyum dan petikan gitar Django Reinhardt, Minor Swing berputar-putar dalam mindanya. Entah kenapa lagu itu semacam jadi background music bila setiap kali dia habis menyakat Zafira. Dia SUKA.

Masuk saja ke dalam kedai dan sebaik sahaja pintu dapurnya di tutup, Husin gelak berdekah-dekah. Sampai hilang suaranya, sampai habis nafasnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-10-2010 12:04 PM | Show all posts
Zafira menanti dengan penuh suspen. Mojo sudah sedar, dari terbaring, dia sudah duduk. Dari duduk dia perlahan-lahan cuba bangun dan memang Mojo nampak macam nak terkam, nak mengganas. Mojo terhoyong hayang mendapatkan satu baldi bunga. Bunga ros merah itu dihidu. Mojo sedar kembali. Zafira tetap menanti, tangannya memeluk tubuh dan kakinya sudah bersedia untuk pecut kalau Mojo makan bunga dan mula tanggalkan baju.

“Nak minum kopi ?” tanya Mojo macam orang binggung, dia berdiri dan dipisahkan oleh Adam yang dijadikan Zafira sebagai tembok penghalang kalau ‘penyakit’ pelik Mojo datang.

Zafira geleng laju, dan terus berlari masuk ke dalam kedai. Pintu kaca di selak dan dia nampak Mojo terkujat. Adam tergelak dan terus meninggalkan Mojo yang tercengang-cengang. Dengut yang dari tadi memerhati dengan malas dari bawah kereta Husin, kembali mengiau. Dia lapar.

“Hai Mojo, jom kopi …” tegur Zoe yang baru pulang. Dia renung muka Mojo yang macam lalok itu. Dia pusing dan ternampak Zafira pucat di balik pintu kaca. Apa sudah jadi ?

“Jom…” Mojo jalan macam zombie. Yang dia hairan dengan Zoe tak pulak dia pengsan. Oh, sebab dia tak cuba hendak mengurat Zoe.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 12:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by Jaza2008 at 28-10-2010 09:47

Jgn post iklan kat thread sini...
hnya tuk komen enovel saja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2010 12:39 PM | Show all posts
Kesian MOJO sampai bila x dapat awek cam tu ha ha ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 01:01 PM | Show all posts
lawaks pulak mojo tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 01:20 PM | Show all posts
kesian kt mojo...sampai pengsan2 bila tgok pompuan senyum
sengal nye husin boleh plak tambah2 cite menakutkan zafira
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 01:43 PM | Show all posts
kah kah kah kahh.... apa jadi kat mojo, boleh dia pengsan waktu tu......
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 01:46 PM | Show all posts
Agak-agak Hussin ada rupa cam ni tak??


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 01:48 PM | Show all posts
Agak-agak Hussin ada rupa cam ni tak??
cmf_blingblings Post at 22-10-2010 13:46


x sesuai.... Wenworth Miller lg sesuai... ehehehhehehhee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 01:49 PM | Show all posts
Reply 468# Kia_picanto


   
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 01:51 PM | Show all posts
Reply 513# cmf_blingblings

Cheq minat hero ni cerita ni best giler
rope hero tu cam ada perasaan je senang lenang nak bunuh org...
hitman kut tajuk dia....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2010 01:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_blingblings at 22-10-2010 13:54
x sesuai.... Wenworth Miller lg sesuai... ehehehhehehhee...
mikoodette Post at 22-10-2010 13:48

Hussin tu tua sikit...Wenworth Miller tu muda sgt...cannot ahhh....wahaahha
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 01:52 PM | Show all posts
mak oiiii...selama hidup tak penah lagi hakak jumpa orang macam mojo nih... ada ke manusia gini... agagagagagaga  lawak2...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 01:53 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings

Cheq minat hero ni cerita ni best giler
rope hero tu cam ada perasaan je ...
qimi08 Post at 22-10-2010 13:51


Wah...mai kita salam-salam...I loike...cool and hot..alamak nanti Jaza haip-haip,,,inilah aku kalau bersembang tak sedar ke diri
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 01:54 PM | Show all posts
mak oiiii...selama hidup tak penah lagi hakak jumpa orang macam mojo nih... ada ke manusia gini... a ...
asyriqa Post at 22-10-2010 13:52


Akk blings rasa ada watak cam ni dalam filem lahhh, tak ingat...oh ya...tu, Zul Yahya yg sellau pengsan dlm drama bersiri lawak tu..entah apa ceritanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.303542 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list