CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Jenayah] KEMAS KINI - Kes bunuh Nur Farah Kartini: Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah.

[Copy link]
Post time 20-7-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
shy79 replied at 19-7-2024 12:47 PM
yg paling hanat dlm kes ni si jantan tu la..
tak padan baru lg kawen, kerja pun baru 5 thn dh nk ber ...

Tu pun ada yg tak senang duduk nak juga membela si jantan kan..dia tetap paling salah pun. Lelaki lemah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2024 06:24 PM | Show all posts
MUTAKHIR

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Polis cari bukti di kebun ubi suspek

Amirul Aiman Hamsuddin
[email protected]



SEORANG penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. FOTO Asyraf Hamzah


Hulu Selangor: Sebuah kebun ubi di Kampung Klan Halt, Slim River, Perak hari ini menjadi tumpuan pasukan forensik dan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mencari bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, siasatan mendapati kebun ubi itu diusahakan suspek berusia 26 tahun secara sambilan.


Pada masa sama, beliau menafikan kebun itu milik suspek.

"Memandangkan siasatan masih lagi berjalan, kita tidak boleh menjelaskan (soalan lain) dengan lebih lanjut lagi.

Disyorkan

Telefon pintar, rantai milik Nur Farah Kartini antara bukti penting dicari polis di lokasi kejadian
Julai 17, 2024 @ 12:15am

TKHM: 8 ekor lembu sudah ditempah
Julai 5, 2022 @ 11:47am

Operasi cari bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini di Sungai Trolak ditangguhkan
Julai 19, 2024 @ 3:36pm

Lokasi operasi mencari bukti tambahan kes bunuh Nur Farah Kartini sunyi
Julai 20, 2024 @ 11:29am

"Tunggu Ketua Polis Selangor (Datuk Hussein Omar Khan) membuat kenyataan rasmi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan di kebun ubi itu dan pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor untuk menganalisa kereta suspek jenis Toyota Vios.

"Pada masa sama, analisa juga akan dilakukan ke atas kad sim telefon bimbit milik suspek," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Asri memaklumkan pemantauan IPD Muallim di Sungai Trolak mendapati keadaan sungai tidak mengizinkan untuk pasukan penyelam meneruskan pencarian.


Untuk rekod, operasi pencarian baki bahan bukti kes pembunuhan mangsa diteruskan di sebuah lagi lokasi kira-kira 20 minit dari Kampung Sri Keledang.

Hussein berkata, operasi tersebut bagi mencari bahan bukti dipercayai barangan peribadi milik mangsa.

Disiarkan pada: Julai 20, 2024 @ 5:42pm


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-kebun-ubi-suspek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2024 06:26 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 20-7-2024 06:38 PM

  
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
shy79 replied at 19-7-2024 12:49 PM
setuju sis..
keji giler si jantan ni..
paling tak leh blah family dia boleh plak buat statement mc ...

Keluarga saspek melampau buat statement. Pastu statement x tally. Suspek kata kena ugut sbb nk bgtay bini dia. Bapak saspek kata saspek laki bini buat repot polis si mati ugut laki bini. Mne se cte btul sbnrnya?serius x paham.
Yg pasti kuarga saspek ni kemain hingaq!
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 20-7-2024 08:00 AM
NASIONAL

Sultan Pahang kurnia sumbangan kepada keluarga Nur Farah Kartini

Ni ke rumah yang acik porom kata rumah orang susah? Dari mana korang dapat info pelik2 ni? Pehtu kemain the hatred sebab Kartini Sarawakian mengata macam2 pasal kawan la kenalan Borneo kau, ghopanya femili Kartini tinggal di Pahang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2024 06:45 PM | Show all posts
NASIONAL

Kes bunuh Farah Kartini: Kad sim suspek dianalisa

Amirul Aiman Hamsuddin
[email protected]

July 20, 2024 @ 6:20pm



Kes bunuh Farah Kartini: Kad sim suspek dianalisa
Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah


HULU SELANGOR: Kad sim dipercayai digunakan anggota polis yang terbabit dalam kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah sedang dianalisa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Ya. Polis sudah menemukan kad sim milik suspek untuk proses analisa," katanya, hari ini.

Mohd Asri berkata, polis turut menjalankan proses analisa ke atas kereta jenis Toyota Vios milik suspek selepas pulang dari sebuah kebun ubi di Kampung Klan Halt, Slim River, Perak, hari ini.

Kelmarin, media melaporkan beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini, 25 ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan mengesahkan berhubung penemuan bahan bukti itu.

Untuk rekod, operasi pencarian baki bahan bukti kes pembunuhan mangsa diteruskan di sebuah lagi lokasi kira-kira 20 minit dari Kampung Sri Keledang.

Hussein berkata, operasi tersebut bagi mencari bahan bukti dipercayai barangan peribadi milik mangsa.

Pada hari yang sama, Hussein turut mengesahkan pihaknya menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di dalam parit di ladang kelapa sawit.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


https://www.bharian.com.my/berit ... im-suspek-dianalisa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2024 07:19 PM | Show all posts
Edited by Mumiey at 20-7-2024 07:22 PM

Polis cari bahan bulti di kebun ubi

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 07:21 PM | Show all posts
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Polis cari bukti di kebun ubi suspek[size=0.8]Amirul Aiman Hamsuddin[email protected]








SEORANG penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. FOTO Asyraf Hamzah




Hulu Selangor: Sebuah kebun ubi di Kampung Klan Halt, Slim River, Perak hari ini menjadi tumpuan pasukan forensik dan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mencari bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, siasatan mendapati kebun ubi itu diusahakan suspek berusia 26 tahun secara sambilan.
Pada masa sama, beliau menafikan kebun itu milik suspek.
"Memandangkan siasatan masih lagi berjalan, kita tidak boleh menjelaskan (soalan lain) dengan lebih lanjut lagi.
[size=1.35]Disyorkan










"Tunggu Ketua Polis Selangor (Datuk Hussein Omar Khan) membuat kenyataan rasmi," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan di kebun ubi itu dan pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor untuk menganalisa kereta suspek jenis Toyota Vios.
"Pada masa sama, analisa juga akan dilakukan ke atas kad sim telefon bimbit milik suspek," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Asri memaklumkan pemantauan IPD Muallim di Sungai Trolak mendapati keadaan sungai tidak mengizinkan untuk pasukan penyelam meneruskan pencarian.
Untuk rekod, operasi pencarian baki bahan bukti kes pembunuhan mangsa diteruskan di sebuah lagi lokasi kira-kira 20 minit dari Kampung Sri Keledang.
Hussein berkata, operasi tersebut bagi mencari bahan bukti dipercayai barangan peribadi milik mangsa.


Disiarkan pada: Julai 20, 2024 @ 5:42pm




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2024 07:39 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 20-7-2024 06:36 PM
Ni ke rumah yang acik porom kata rumah orang susah? Dari mana korang dapat info pelik2 ni? Pehtu k ...

Ke rumah abang/kakak iparnya ni ke? Bacanya arwah dikebumikan di pahang, dekat area kakak ipar
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
gangerina replied at 16-7-2024 06:00 PM
kaka.....polis pengiring mmg selalu hensem2 muda2 kan...iols pun selalu gak 'ter'tengok....lols... ...

Best juga baca kisah uols.
Dulu kawan iols bipolar mengamuk kat rumah. Jadi kami terpaksa call 999. Mula2 datang lima orang polis dgn motor. Semua muda2 lagi. Polis naik atas rumah pujuk kawan iols supaya pergi hospital. Pada masa yg sama tunggu warisnya datang. Polis ni layan borak dgn kawan iols. Polis tanya makan apa tadi? Kawan iols cakap dia tak makan nasi. Dia makan pulut. Pulut kuning, pulut putih. Pastu polis ni puji patutlah akak ni cantik makan pulut. Kulit lawa nmpk muda. Iols masa tu tengah takut2 rasa nk tergelak tapi tahan je. Sorry ot.

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-7-2024 07:48 PM
Best juga baca kisah uols.
Dulu kawan iols bipolar mengamuk kat rumah. Jadi kami terpaksa call 999 ...

ada lg ke kwn uols tu..mcm menarik pulakkk bila borak psl pulut tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 20-7-2024 07:51 PM
ada lg ke kwn uols tu..mcm menarik pulakkk bila borak psl pulut tu

Kawan iols makan pulut tu kat satu restoran tu. Sorry ot lagi.


Untuk tak ot. Nasib baik simcard arwah tak dicabut buang merata. Unit it polis bukan cikai. Deyols boleh je extract data tu.

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 07:57 PM | Show all posts
Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak betul masa terluang polis ni tak pun sejenis gigih bekerja demi berskandal
ada bis kete sewa, usaha kebun ubi, layan skandal lagi, nak blk tgk bini pjj plak tu.
mesti busy giler dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-7-2024 07:48 PM
Best juga baca kisah uols.
Dulu kawan iols bipolar mengamuk kat rumah. Jadi kami terpaksa call 999 ...

Kemahenn manis mulut polis nak amik hati kawan kaka tu.
So in the end she berborak dgn polis ke she sambung mengamuk?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-7-2024 06:36 PM
Ni ke rumah yang acik porom kata rumah orang susah? Dari mana korang dapat info pelik2 ni? Pehtu k ...

Rumah kak ipar dia lah.. Choiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2024 10:28 PM | Show all posts
Seterusnya berkenaan lokasi kebun ubi

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bnyk btl bisnes suspek ni. Sewa kereta la, kebun ubi la. Siapa kata polis bz x de Ms? Ni bnyk masa
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 10:30 PM | Show all posts
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Pekerja kebun ubi jadi saksi?[size=0.8]Amirul Aiman Hamsuddin[email protected]








Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah. FOTO Ihsan Polis




Hulu Selangor: Seorang pekerja kebun ubi diambil keterangan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.


-ADVERTISEMENT-








Ads by









Difahamkan kebun ubi yang dikatakan diusahakan secara sambilan oleh anggota polis berusia 26 tahun itu, terletak kira-kira 30 hingga 40 kilometer dari lokasi mangsa ditemukan mati.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan umur individu berkenaan kerana perkara itu masih dalam siasatan polis.
[size=1.35]Lagi Berita










"Ya. Kita dalam proses mengambil keterangan," katanya ringkas ketika dihubungi, malam ini.


Ketika ditanya mengenai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Tanjung Malim yang dipercayai menjadi lokasi 'persinggahan' sebelum mangsa dibawa ke ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Ahmad Faizal berkata perkara itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
"Malam ini polis nak perincikan lokasi-lokasi tersebut. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian," katanya.
Harian Metro hari ini melaporkan sebuah kebun ubi di Kampung Klan Halt, Slim River, Perak hari ini menjadi tumpuan pasukan forensik dan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mencari bahan bukti.
Siasatan mendapati kebun ubi itu diusahakan suspek berusia 26 tahun secara sambilan.
Pada masa sama, polis juga sedang melakukan proses analisa ke atas kad sim dan kereta jenis Toyota Vios milik suspek.
Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.
Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.
Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Disiarkan pada: Julai 20, 2024 @ 9:32pm




[size=0.95]Berita Berkaitan








Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 10:42 PM | Show all posts
Lagi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.229549 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list