|
Cermin yang kosong membalikkan wajah aku yang sembab. Dahi membengkak bersama warna kebiruan. Lengan pula berbirat-birat dengan warna kemerah-merahan. Kulit kepala terasa sakit disana sini. Akibat ditarik rambut oleh mak tadi. Sejak tadi ku kemam kain batik dan dituamkan ke dahi aku yang bengkak itu. Berkali-kali aku tuamkan. Lengan yang berbirat tadi ku sapukan dengan minyak. Harap cepat hilang. Badan pula sakit-sakit. Semua sendi bagaikan hendak tercabut. Wajah aku pula sembab semacam. Nasib baik gelang tangan aku masih terletak elok di tangan. Kalau tidak apa aku hendak jawab dengan Haji Din. Mengenangkan Haji Din, hati ku berbolak balik. Jam di dinding dah menunjukkan jarum nya ke angkat empat. Hutang Zohor belum aku tunaikan. Apa yang perlu aku jawab bila Haji Din bertanya dengan dahi aku. Apa alasan yang terbaik hendak ku sampaikan pada suami aku nanti. Takkan aku nak beritahu yang mak serang aku bila tak dapat pinjam gelang dan rantai emas aku. Pasti aku balik malu dengan karenah mak. Buntu fikiran aku atas segalanya. Aku bingkas meninggalkan kain batik dan terus menuju kebilik air. Aku perlu mengadu ke ALLAH dahulu sebelum bercerita dengan Haji Din suami ku. Di atas sejadah aku menangis lagi. Menangis dengan apa yang aku hadapi tadi. Menangis dengan nasib aku yang dirundung malang. Tiada kasih sayang mak tetapi diganti dengan penderitaan dari mak. Aku berserah pada yang ESA atas semua ini dan tidak lupa bersyukur dengan jodoh aku. Kerana badan yang sakit, aku mahu berbaring sekejap sementara menunggu Asar. Telekung masih terletak elok di badan aku. Dalam sendu aku tertidur.
“Aminah Amia! Kenapa tidur dengan telekung ni?” terasa suara memanggil aku berulang kali. Itu suara Haji Din. Suara suami aku. Tak sedar agak lamanya aku tertidur.
“Panasnya! Aminah Amia demam ke?” bagaikan terkejut Haji Din bersuara bila tangan sasanya menyentuh pipi ku. Mata terpaksa aku buka tetapi kepala bagaikan berat untuk diangkat. Aku melihat Haji Din bangun dan memetik suis lampu dan keadaan menjadi terang seterangnya. Dah pukul berapa ni?
“Aminah Amia! Kenapa ni? Siapa yang buat semua ni?” jerit Haji Din terperanjat dengan keadaan aku yang lemah berbaring. Dengan wajah yang sebab dan dahi berbenjol.
“Kenapa ni sayang? Kenapa?” Haji Din keras bersuara dan tangisan hiba aku meletus dengan tiba-tiba.
“Haji Din!!!” aku gagahkan diri untuk bangun dan memeluk Haji Din sekuat hati. Aku lemparkan kesakitan ini dibahunya. Sebak mengila dengan tangisan. Tak kuat aku tanpa Haji Din disisi untuk menghadapi semua ini.
“Kenapa Aminah Amia? Siapa yang buat isteri saya begini?” Haji Din masih dengan tandatanya dan lelaki itu merenggangkan pelukan dan menatap aku penuh kemusyikilan. Aku masih menangis dan tidak dapat berkata kerana sebak yang sudah menutupi perasaan aku. Haji Din memusing-musingkan pipi ku dan dibelek-beleknya berulang kali.
“Siapa yang buat ni sayang?” Haji Din dah terketar-ketar berkata. Mungkin menahan rasa amarah yang sudah tiba. Aku masih menangis.
“Ada orang masuk rumah kita ke Aminah Amia?” tanya Haji Din agak keras. Mungkin kesabarannya sudah hampir lupus atas kebisuaan aku.
“Tidak! Tiada sesiapa pun masuk rumah kita cumaaa…” kata-kata tergantung disitu bila mengenangkan apa yang mak buat pada aku.
“Cuma apa? Cuma apa Aminah Amia? Siapa yang buat macam ini?” Haji Din memegang bahu ku dan mengoncangnya. Aku menangis lagi.
“Mak!” jawab ku sepatah. Haji Din memandang aku bagai tidak percaya
“Siapa?” Haji Din mengetap bibir bertanya. Aku tahu lelaki itu sudah tidak dapat mengawal kemarahannya.
“Mak! Haji Din..Mak!” luah ku bersama tangisan.
Perlahan-lahan aku ditarik dalam pelukannya. Diusap berulang kali untuk menenangkan aku dan juga dirinya sendiri.
“Mak buat apa kat Aminah Amia? Mak buat apa sayang?” terasa suara Haji Din dah garau semacam. Menahan geram.
“Mak pukul Minah sebab tak bagi pinjam barang kemas yang Haji Din belikan untuk Minah ini.” Terang ku tersedu-sedu.
“Astaqfirruallahhalhazimmmm…..” beristifar panjang Haji Din. Pelukannya dieratkan bagaikan mahu melindungi aku dari sebarang kemungkinan.
“Haji Dinnnn..” renggek ku bersama tangisan.
“Jangan nangis sayang, saya ada. Jangan biar airmata Aminah Amia mengalir lagi. Kalaulah kesakitan itu boleh dipindahkan kepada saya, dengan rela hati saya sanggup menanggungnya.” Bisik Haji Din sebak. Aku menangis lagi dan kali ini bertambah kuat kerana kata-kata Haji Din. Lindungilah aku Haji Din, lindungilah aku dengan kasih sayang dan cintamu.
“Kita pergi klinik iya.” Haji Din mula bersuara setelah lama menyepi.
“Minah tak nak. Minah sakit.” Jawab ku. Sisa airmata masih ada. Haji Din memandang aku penuh kasih.
“Sebab sakitlah Aminah Amia kena pergi klinik. Lagipun Aminah Amia demam panas. Kita kena pergi juga.” Pujuk Haji Din.
“Habis kalau doctor tanya kenapa Minah macam ini. Apa yang hendak Minah jawab?” tanya ku jujur.
“Kita cakap yang benar dan biar pihak berkuasa ambil tindakan.” Haji Din menjawab dan mukanya kembali tegang.
“Nanti mak kena tangkap Haji Din. Minah tak mahu.” Aku kembali menangis.
“Aminah Amia nak biarkan mak buat begini lagi?” Haji Din dah keras bersuara. Mungkin marah agaknya.
“Bukan! Minah tak mahu abah susah hati. Tolong yeh Haji Din, Minah rayu Haji Din supaya tak dakwa mak Minah.” Aku memegang jari jemarai Haji Din yang kasar itu.
“Saya tidak mahu ada orang yang mencederakan isteri saya lagi. Hari itu sekali dan hari ini sekali lagi. Sakit hati saya Aminah Amia. Sakit sangat.” Airmata Haji Din bergenang. Aku tatap wajahnya sedalam-dalamnya. |
|
|
|
|
|
|
|
“Haji Din, Minah sayang sangat dengan Haji Din. Tak ada kata-kata yang boleh Minah ungkapkan dengan kasih sayang Minah pada Haji Din. Tetapi Minah minta satu kali ini saja, andai mak buat lagi Minah serahkan semua tindakan pada Haji Din. Minah janji.” Pinta ku sebak. Aku tak sanggup melihat abah menderita lagi. Tak sanggup melihat abah diperbodohkan.
“Baiklah sayang, saya akan ikut cakap Aminah Amia kali ini tetapi next time saya pasti akan ambil tindakan jika isteri saya disakiti. Sekarang yang penting, saya mesti bawa Aminah Amia ke klinik.” Akhirnya Haji Din mengalah dengan kehendak aku.
“Kalau doctor tanya?” aku memandang Haji Din. Takut juga doctor tahu apa yang terjadi dan tidak mustahil doctor akan mengorek rahsia ini.
“Kita cakap Aminah Amia gaduh dengan singa betina.” Selamba Haji Din menjawab. Bagaikan melepaskan kemarahannya.
“Haji Din ni…Minah tanya betul-betullah.” Sempat aku merenggek aku untuk meluahkan rasa geram sambil menarik butang baju kemeja Haji Din.
“Saya tahulah nanti apa nak cakap.” Cuit jari Haji Din dihidung ku. Wajahnya terserlah dengan senyuman dan kembali tenang.
“Jom, salin baju.” Arah Haji Din sambil membuka telekung aku.
“Minah belum solat Asar. Boleh tunggu sekejap?” mohon aku menunaikan perintah Yang Satu.
“Bukan telekung ni dulu sayang. Ambik wuduk dulu. Kan wuduk Aminah Amia dah batal tadi.” Haji Din mengingatkan dan lelaki itu menolong aku membuka telekung bila melihat aku terkial-kial kerana kesakitan tanganku. Sebaik saja dibuka, aku perlahan-lahan bergerak ke bilik air. Tanpa diduga Haji Din mengangkat aku dan terus diletakkan di tepi singki. Pili air dibuka dan aku menadah tangan untuk memulakan wuduk ku. Sebaik sahaja air menyentuh kulit muka ku, terasa pedih meresapi. Aku cuba menahan dan Haji Din hanya setia memerhati. Mungkin memberi ruang untuk aku khusyuk dalam ibadat ku.
“Boleh?” tanya Haji Din bila melihat aku melangkah keluar dari bilik air. Aku hanya mengangguk dan menahan kesakitan ini. Haji Din cuba menahan dirinya dari menyentuh diri ku yang sudah berwuduk ini. Nasib baik tiada luka, kalau tidak pasti wuduk tu terbatal.
Aku terus mengerjakan solat ku penuh khusyuk. Haji Din masih berdiri di belakang aku untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Aku tahu lelaki itu bimbang sekiranya aku pengsan bila melihat keadaan aku yang tidak stabil.
“Dah?” Haji Din terus menghampiri ku sebaik sahaja aku memberi salam.
“Dah!” jawab ku tidak larat.
“Doa?” tanya Haji Din.
“Minah tak laratlah.” Terang ku cuba membuka telekung.
“Aminah Amia, doa dulu. Minta pada ALLAH agar Aminah Amia terpelihara sentiasa. Sekejap saja.” Nasihat Haji Din. Lelaki itu masih tegak berdiri tetapi dah beralih kesebelah kiri ku pula.
“Iyalah!” jawab ku lemah. Terus tangan ku angkat dan berdoa. Aku pinta segala dugaan ini menjadikan aku kuat untuk menghadapi. Aku berharap Haji Din akan sentiasa bersama aku. Itu yang penting. Aku tidak mahu harta mengunung cukuplah Haji Din ada disisiku.
“Dah!” lemah aku bersuara. Haji Din terus mendapatkan aku dan membuka telekung dan kainnya. Badan aku yang lemah diangkat keatas katil.
“Kita salin baju dulu iya sayang.” Terang Haji Din bila melihat aku memandangnya penuh hairan.
“Minah salin sendirilah.” Jawab ku bersama perasan malu.
“Tidak mengapa. Aminah Amia tidak sihat. Jangan malu dengan saya suami Aminah Amia sendiri lagipun Aminah Amia adalah hak saya yang mutlak. Segala anggota badan Aminah Amia adalah hak saya juga.” Haji Din berkata sambil menarik rambut aku yang menutupi dahi dan ditariknya ketelinga. Aku terdiam. Satu kucupan dilahirkan didahi ku. Lama.
“Saya sayang dengan isteri saya Aminah Amia.” Bisik Haji Din perlahan ditelinga ku.
Dengan tangkas Haji Din mengambil baju tshirt dan seluar panjang aku dari almari. Tanpa rasa malu Haji Din terus menukarkan pakaian ku. Aku hanya mampu memandang dengan perasan malu yang menebal. Kata-kata Haji Din tak dapat aku sangkal. Cukup berhati-hati segala tindakan lelaki itu. Setelah selesai, Haji Din memakaikan tudung. Macam anak kecil saja aku ini.
“Minah jalan sendirilah.” Aku berkata sambil menurunkan kaki untuk memijak lantai.
“Tak boleh. Saya akan dukung Aminah Amia.” Tegas Haji Din bersuara. Lelaki itu terus mencapai dompet dan kunci keretanya yang terletak diatas meja. Baju kemejanya masih tersarung dibadannya.
“Haji Din tak nak tukar baju dulu?” tanya ku bila melihat keadaan lelaki itu. Kasihan Haji Din.
“Tak perlu!” Haji Din masih tegas suaranya. Terus Haji Din mengangkat aku dan membawa aku turun kebawah. Setelah meletakkan aku didalam kereta, lelaki itu kembali masuk kedalam rumah untuk memastikan segala pintu dan tingkap tertutup. Begitu berhati-hati Haji Din.
“Kita gerak sekarang sayang.”ujar Haji Din dan mula memasukkan gear. Aku hanya membisu dan melemparkan pandangan keluar. Tangan Haji Din menarik jari jemari ku dan digenggamnya bagaikan untuk memberitahu supaya aku kuat dan tabah atas dugaan ini. Aku tatap Haji Din yang sesekali memandang ku dan cuba tersenyum walaupun perit untuk ku lontarkan segalanya. |
|
|
|
|
|
|
|
jahat betul mak tiri minah nie...:@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
hj dian kena buat report polis jugak. building a case. lepas ni jadi ape2, senang sikit. dah la mak tiri minah ni ugut nk buat minah sengsara. kejam sungguh!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
huh...sesak nafas betul dgn mak tiri si Minah ni...Haji Din kena ajar sikit mak tiri si Minah...biar sedar diri sikit..nk pinjam konon lepas tu sah2 buat harta sendiri.. berlagak x bertempat betul... |
|
|
|
|
|
|
|
waaaaaaaa adilla, i think u have done a really great job. terasa kasih sayang hj din pada aminah amia.. sungguh payah nak carik hubby yg baik and sweet can hj din nie... |
|
|
|
|
|
|
|
eeee...... geram nya ngan mak tiri minah nie...
ada jugak yg kena bako nie:@
kenapa ayah minah tu wat x tau je...
x sayang mianh ker???
aduhai.. kuciwa sungguh ngan ayah minah nie...
nasib baik ada Hj.DIn yg sweet...
terubat jugak sakit hati nie..
cian minah.. jadi mangsa lagi...
kak bila minah nak panggil Hj.DIn nie dgn panggilan yg lain plak..
nie hj.DIn je... cam x best je...
tq kak.. n3 yg panjang... suka sangat...
dan dengan tamak nya tie nak lagi n3 baru sok ye.. hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
haji dinnnnnnn
wat sora ala2 minah
sukanya dgn haji din ni...hero matang{:4_183:} |
|
|
|
|
|
|
|
sian la kt minah,,nsb baik la hj din ni rasional |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by adela88 at 9-11-2011 21:19
kak, sy dh lama tunggu eps mana akak akan highlightkn jerawat batu hj din... hehehe... jahat sungguh ibu tiri minah ye... ksian minah... hj din, jaga minah baik2 ye... x sabar nk tunggu n3 yg akan datang.... thumbs up akak dilla!! |
|
|
|
|
|
|
|
adusssss... sangkut kat abe aji pulok doh.... |
|
|
|
|
|
|
|
adusssss... sangkut kat abe aji pulok doh....
alyaimra Post at 9-11-2011 21:04
alya....makin ramai ler mencari hj din...abis ler abg aji abg aji kat luar nun.. |
|
|
|
|
|
|
|
alya....makin ramai ler mencari hj din...abis ler abg aji abg aji kat luar nun..
kaypo Post at 9-11-2011 21:30
tu la Cik Kay wei... ingat nak senyap2 kat sini.. dah kemaruk kat abe aji ni pulak lah......
hari ni baru baca citer ni.. gara2 adikku si iwimz yg dok pomot
citer si sya ni mmg mantap... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
Auntie terjumpa thread ni dan dah tersuka dgn cerita ni. Syabas..... |
|
|
|
|
|
|
|
miss terjumpa jugak thread ni dan suka sgt |
|
|
|
|
|
|
|
i like....
awat aku tak de power nak kasi kredit nih....kalo tak sure ko dpt kredit 100+... ...
kaypo Post at 4-11-2011 09:00
tak pe la.. xdpt kedit pun.. asalkan apa yg nak disampaikan tu smpai pada semua pembaca dan faham sgt apa yg aku taip tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
tersentap jap jantung dan hati aku dgn kelakuan mak tiri minah tu....
mmg ada lagi org cam tu kat realiti... sbb aku pernah tgk cam tu lah rupanya seorng mak tiri yg sesuka hati nak guna reta benda anak menantu tirinya..... tak kira dgn izin atau paksaan.... org yg tak pernah hidup senang mmg terkena renjatan perasaan hasad dengki dan bangga dgn kesenangan org lain (anak tiri/anak sedara)
aku rasa Hj. Din nnti senyap2 gi "warning" mak tua tiri nya tu. mungkin ada yg mak tiri minah tu buat sesuatu sblum Hj. Din nikah dgn Minah... sbb tu la Hj. Din xbrp suka dgn mak tiri tu...dan wajah Hj. Din asyik tegang je bila bersemuka dgn mak cik tua tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru habis khatam tadi. Kesiannya kat Minah tapi sweet sangat cara Haji Din threat isteri dia. Terbayang aku pulak yang diperlakukan begitu, alangkah bahagianya. |
|
|
|
|
|
|
|
x sabo nak tgk HJ. DIN nak kenakan mak MINAH... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|