dookie posted on 29-10-2012 11:41 AM
Salam and good morning sumer..baru habis meeting..la ni jugak terus masuk benang...
Ma ...
tulah kan...tadi dah out...sblm off pc bebetul....nak menjenguk ajeee....SR kunun..k ngah pulak tepek gambar yg nak kena amik oxygen tu haa.....masuk terus..lekat balikni haa...
Adam rimas dengan cara Dee untuk dapatkan cintanya. Ain kini pulak sering teringat-ingat kata-kata nasihat dari mak dan mertuanya…mula sedar walaupun sejauh mana Ain pergi atau lari hakikatnya Ain Hawani dan Adam Muhkriz masih suami isteri yang sah..!!
Ain mula tak senang duduk dengan plan yang Mak Johan buat…bertandang sambil merisik Ain.
Dalam masa Johan terkejut dengan plan maknya yang mendadak..malah Azie juga mula ada rasa cemburu. Johan jadil serba salah bila Azie pun nak join sekali untuk bertandang ke rumah mak Ain di kampong kerana Azie tak tahu tujuan mak Johan ke kampong.
Normah yang serba tak kena terpaksa juga menyediakan hidangan untuk tetamu. Ain dan Eja sedang berkira-kira apa yang akan terjadi bila mak Johan sampaikan hajatnya dan yang jadi mangsa tentu sekali ibu mereka...!!
Kehadiran Johan dan keluarganya memang dinantikan tapi kedatangan Azie bersama keluarga Johan membuatkan Eja terasa ada sesuatu yang tak kena…kenapa Azie kena ikut sekali..!!
Azie masih berteka-teki tentang tujuan utama mak dan ayah Johan, siap 'ugut' Ain. Tapi Ain buat biasa aje.
Faridah terus terang dengan niatnya. Normah tak senang duduk kerana dia tahu Ain masih tak berterus terang dengan statusnya. Cadangan Faridah untuk mengikat tali pertunangan dan mempercepatkan pernikahan Johan dan Ain membuatkan bagai malapetaka yang menimpa hidup Normah…!!