Aliff melangkah longlai memasuki rumahnya. Emaknya yang sedang membaca buku agama langsung tidak ditegur. Terus membawa diri ke bilik, dia mahu berehat menenangkan jiwa dan minda yang berserabut. Aliff menghempaskan punggung diatas kerusi. Keluhan kasar dilepaskan. Wajahnya diraup perlahan. Meluahkan rasa resah dan gelisah yang menggila.
“Aliff...” tegur puan Aini sambil menolak daun pintu bilik anak terunanya. Dipandang wajah anaknya yang kelihatan tidak bermaya. Riaknya seperti menanggung bebanan masalah yang tidak tertanggung.
“hmmm mak?” soal Aliff. Nadanya kedengaran lemah dan senyumannya yang dilemparkan kelihatan pahit. Aliff cuba berlagak seperti biasa didepan ibunya supaya wanita itu tidak mengesan masalah yang dihadapi kini. Dia tidak mahu emaknya risau dan dia tahu pasti emaknya mengamuk jika tahu perbuatannya terhadap Shazrina.
“dah makan ke belum?”
“dah mak... mak dah makan belum.” Aliff sekadar berbasa-basi. Wajah puan Aini yang lembut ditatap lama. Sedikit ketenangan dicapai dengan melihat wajah tua itu.
“mak dah makan.. Aliff sihat ke tak ni... pucat je mak tengok.” Tanya puan Aini lagi. raut wajah Aliff yang lesu dipandang dengan rasa risau. Dahi jejaka itu dipegang dengan tapak tangan. Cuba membandingkan suhu antara mereka.
“tak panas pon...” terpancul kata-kata itu setelah puan Aini meletakkan telapak tangannya pada dahi Aliff. Aliff tersenyum kecil.
“Aliff sihat je mak... penat kot. Aliff nak rehat sekejap.” Minta Aliff sedikit sebanyak mengharapkan emaknya mengerti yang dirinya ingin bersendiri. Puan Aini mengangguk faham.
“kalo macam tu Aliff rehatlah..” suruh puan Aini lembut. dia meninggalkan anaknya sendirian demi menyambung bacaan yang tertangguh. Jauh di sudut hatinya yakin ada sesuatu yang mengganggu pemikiran Aliff. Mungkin masalah cinta!
Aliff termenung memandang panaroma malam diluar tingkap biliknya. Jam didinding sudah menginjak ke 11.30 malam. Matanya masih segar, rasa kantuk belum lagi menjengah.. Sejak dua tiga menjak ini semua yang dibuat terasa tidak kena.. Semuanya kerana penangan rasa bersalah dan berdosa yang amat terhadap Shazrina dan keluarganya. Tanpa sebarang sebab mereka dimalukan. Segalanya berpunca dari kebodohan dirinya sendiri kerana terlalu mudah percaya kata-kata fitnah yang dibawa oleh Farah.
Dia sepatutnya siasat dahulu kesahihan berita yang di bawa. Bukannya main terima bulat-bulat tanpa berfikir panjang. Mungkin ini balasan untuknya yang terlalu mudah dipengaruhi. Aliff masih melihat bintang yang bertaburan didada langit. Dia rindukan Shazrina.. hingga ke saat ini wajah Shazrina sekali pon tidak pernah padam dari lipatan ingatannya. Sayangnya semua itu sudah tidak bermakna lagi...
Cinta yang ada kini langsung tidak mampu mengubah segala kesilapan yang telah dibuat. Dia sangat mengerti jika Shazrina tidak mampu memaafkannya kerana dia juga pernah mengalami perasaan itu. Silap dia juga yang selama ini tidak pernah menghargai perasaan Shazrina dan perasaan sendiri. Terlalu berdendam dan sekarang Allah membalas segala tindakan dan perbuatannya. Ya Allah berikan aku petunjuk... apa yang aku perlu lakukan untuk mendapat kemaafan dari insan yang amat aku sayang. Ya Allah, Kau sampaikanlah rasa rindu dan cinta ini kepadanya. Lembutkanlah hatinya untuk memaafkan kesalahan besar yang telah aku lakukan ini.
Last edited by misssakura on 10-1-2013 10:56 AM
|