CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

[Copy link]
Post time 25-4-2014 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 21-4-2014 12:07 PM
Thanks ya...
Aku pun peminat setia syumaimah..  Hehehe..
Tu laa,  di ada mentioned before yang die ...

Aku pun peminat setia ko gak...hehe... Cuma x nyempat nak baca hadpate terkini ko nih....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
atie_chemi posted on 21-4-2014 01:53 PM
penglipur lara favourite aku sume tk de update...sidih...JC, syumaimah, non sari...
letih dah aku ...

Hehe... Aku tak nyempat nak hapdat lagi....  InsyaALLAH kalau x de aral nak update gak nih... Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 09:46 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 25-4-2014 08:08 AM
Hehe... Aku tak nyempat nak hapdat lagi....  InsyaALLAH kalau x de aral nak update gak nih... Huhu

wkwkwkkw jalan2 msuk jenguk rumah kak non ye..heheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2014 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Haa..bagus laa..
Memasing masuk umah org tagih citer baru.. Ngan aku2 sekali..
Tapi citer sendirik tak hapdet.. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 25-4-2014 10:55 PM
Haa..bagus laa..
Memasing masuk umah org tagih citer baru.. Ngan aku2 sekali..
Tapi citer sendirik ...

Tu la.... Skang mood nak menepek kat thread orang je... Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
zilaila posted on 25-4-2014 09:46 PM
wkwkwkkw jalan2 msuk jenguk rumah kak non ye..heheheh

Haha... Selalu masuk umah non nih cuma tak tinggal jejak je... Kali nih je tinggal jejak sbb nama ku diseru seruuuuuuuu.... Hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-4-2014 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Syumaimah posted on 25-4-2014 11:12 PM
Tu la.... Skang mood nak menepek kat thread orang je... Hehe

Tu la pasal..
Mood skang nak menepek kat thread org je..
Dekat bod gosip sume aku menebeng..
Padahal aku ada utang lg nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 02:09 AM | Show all posts
SAKA + SIHIR VOL.4

Assalamualaikum..

Oke kisah saka sihir kali ni aku nak ceritakan satu kejadian yang mana berlaku dekat rumah aku.. Masa tu petang yang mana kakak aku ni sedang berubat dengan dengan sorang ustaz yang aku penah sebut sebelum ni. Ustaz ni aku panggil ustaz halim je la ye.. Dan pembantu dia, ibu siah..

Masa kejadian ni memang dah disahkan kakak aku ada saka dan terkena sihir. So mak ayah aku ni nak ubatkan kakak aku, 1st dia nak suruh saka tu pergi jauh-jauh. 2nd mak aku nak buang sihir yang menyelebungi kami sekeluarga. Mak aku tak nak tau pun sapa yang buat, yang bagi cuma mak aku nak buang sume benda alah tu.

So ritual tu berlaku kat rumah mak aku, jangan isau sebab ritual ni memang 100% pakai ayat alquran, ayat ruqyah sume. Aku sendirik yang menyaksikan oke.. Masa ni petang dan cuaca mendung, sebelum nak mula je kakak aku dah macam angin semacam. Tiba-tiba nak marah sebab dia dapat tau ada orang datang nak ubatkan dia. Tapi aku expect yang moody tu bukan kakak aku, tapi setan dalam badan dia. Benda ni dah banyak kali berlaku bila mana mak ayah aku nak ubatkan dia.. Dia akan start marah-marah, mengamuk bila dia dapat tau ada orang nak datang ubatkan dia.

Mula-mula starting ada la dialog antara Jin yang masuk kat badan kakak aku dengan ustaz menggunakan ibu siah sebagai pengantara. Memang agak seram jugak la sebab setiap dialog tu memang diiringi dengan hilaian seakan Pontianak oleh ibu siah. FYI, masa tu bukan dengan kakak aku ustaz tu berdialog. Tetapi pembantu dia. Cuma kakak aku ni hanya menangis dan badan dia mengeliat ngeliut macam cacing. Lagi seram bukan takat kakak aku yang berkeadaan macam tu, tetapi ibu siah tu pun ngeliat ngeliut jugak badan dia.

Dan secara tiba-tiba terdengar hentakan yang maha kuat sebanyak 3 kali dekat bilik atas rumah aku, kiranya bilik aku dengan kakak aku la. aku pun tak memasal menjerit, jerit terkejut lah, then ustaz suruh aku diam sebab dia nak mengamati bunyik tadi.  Erk! Aku terkejut kot... Huhu. Dah la cuaca tiba-tiba boleh mendung pulak kat luar. Memang gelap segelap gelap nya suasana masa tu. Dan aku begitu merasakan kehadiran beberapa makhluk yang tak ingin dilihat disekeliling kawasan ritual tu diadakan bila mana aku terlihat beberapa bayang-bayang hitam yang berdesup keluar masuk rumah aku, then terus ke dapur. Ada la berlangsung dalam 3 minit gitu.  Aku pun terus lah dekatkan badan aku kat mak aku. Even selalu jumpa, takut tetap takut.

Then terdengar ibu siah tiba-tiba menjerit.
"Aku kat dalam ni!! Panassss! " dah kat dalam mana pulak? Terpinga-pinga jugak aku masa tu. Then ada lah beberapa dialog yang aku tak berapa nak ingat. Dah lama kot, berbelas tahun lamanya.. Ada beberapa dialog Q & A antara ustaz tu dengan ibu siah. Entah kenapa seram nya makin menjadi-jadi bila mana akhirnya tiada dialog dari ibu siah yang ada hanya hilaian dan tangis semacam Pontianak saja bunyiknya..
"Heeeeee..huuuuuuuu...hiiiiiiiiiiii......Isk...Isk...Isk....heeeee....."
Tiba-tiba ustaz tu tanya aku,
"Biasa malam tido kene kacau tak?"
"Kacau yang macam mana?" Tanya aku balik. Sebab kalo kata kene kacau tu memang biasa la. Tapi takda kerap sangat. Cuma nak tau gak kacau yang macam mana..
"Kacau apa-apa lah.. Awak boleh nampak kan?" Wah! Ini soalan lagi pelik. Mana dia tau aku selalu mudah nampak benda-benda ni..aku cuma angguk je. Tapi aku bagitahu lah yang kalo dia maksud kan kacau dari Jin-Jin yang dihantar ni memang takda la. Kalau kacau-kacau biasa yang saja nak interframe tu biasa lah..

Dia cakap ini lain. Macam burung. Warna hitam. Besar. Kepak banyak.. Mata merah. Huuishh! Burung sapa yang terlepas nih? Aku geleng. Memang belum penah dinampakkan lagi. Dia angguk saja.
"Benda ni ada kat sini ni. Kat bilik atas dalam gerobok. Ada gerobok kan kat atas?" Seraya dia cakap macam berdegup berkicau jantung aku. Macam nak jatuh. Aku tanya dia balik mintak kepastian,
"Sekarang ni ada ke? Ni sekarang ni, ada lagi?" Dia angguk lagi.
"Yang bunyik kat atas tadi benda tu, dia dah panas. Dia ada kat dalam gerobok dalam bilik awak.. Dah lama dah kat situ, tuan dia letak situ sebab senang tengok akak awak. Gerobok pun takda tutup.." Gulp! Ye.. Gerobok baju aku ni memang dah lama ilang kene tiup dek taufan angin puting beliung..hehe takde la.. Tapi memang takda dah tutup almari tu.
Kalo ustaz tu tipu, maka aku pun tipu lah. Tapi macam mana dia tau almari aku ilang pintu nya. Apa lagi dia baru pertama kali aku jumpa.

So dia pun buat lah beberapa lagi ritual untuk bagi burung sapa yang tersangkut kat gobok aku tu keluar. Dia cakap bukan sekor, ada 5 ekor. Ya Allah! Tepuk dahi aku. Sanggup ko bersesak dalam tu semata-mata nak tengok akak aku. Tapi memang aku carut-carut la pada jiran aku yang aku dah tau sapa punya angkara. Ustaz tu cakap dia pakai bomoh orang asli. Tapi baru nak start. Belum panas lagi. Belum panas pun, abis anak orang ko kerja kan sampai kurus. So mak aku suruh buang je, tak nak balas-balas. The rest, biar antara orang tu dengan Allah.. forgive but not forget yaw!

Selain tu dekat belakang badan kakak aku pun ada jugak. Lebih 10 ekor dok bertenggek kat tulang belakang kakak aku. Ada yang nak beranak lagi. Ustaz tu cakap samada benda tu khadam yang dihantar, saka dari atok moyang aku atau dari sihir tu.. Bila dah bergabung, maka meletop lah mereka. Jin dah jumpa suku sakat, maka berjimba-jimba lah mereka. Patut lah kakak aku selalu mengadu tulang belakang dia sakit macam bawak beban. Selalu minta urut, mintak picit, dan ada satu masa bila sakit dia tu di tahap hardcore dia akan suruh aku atau mak aku, mak aku oke..pijak-pijak badan dia. Sebab terlalu sakit. Dan paling memeranjatkan, kami yang badan lagi besar dari dia bila di pijak sikit pun dia tak rasa sakit. Malah sedap katanya.. Dan berat badan dia ketika itu hanya lah 35kg sajork! Fikir-fikirkan lah... Kalo lah aku awal-awal dah keluar taik ijau.

Tapi malang nya ustaz tu cakap, tak semua Jin kat dalam badan kakak aku yang bergayut tu  dapat dikeluarkan. Sebab ada yang dah masuk dekat bahagian yang paling dalam di dalam badan kakak aku. Katanya yang tinggal tu adalah Jin dari saka separuh dan sihir separuh. Dari situ kami keep on mengubati kakak aku. Oleh kerana ada yang belum lagi abis keluar, maka nya mak ayah aku follow up dengan ustaz tu. Ada satu lagi cerita di malam hari ketika berubat di rumah aku.. Tapi bagi aku draft dulu ek..
Sekian..
Last edited by non.sari on 26-4-2014 02:14 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 04:02 AM | Show all posts
non.sari posted on 25-4-2014 06:09 PM
SAKA + SIHIR VOL.4

Assalamualaikum..

waalaikumussalam kak non...

sedeh bc ttg kakak kpd kak non...
dugaan dia....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2014 12:25 AM | Show all posts
SAKA + SIHIR Final

Assalammualaikum.. Maaf atas kelewatan.. Ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan..

Oke, aku nak abiskan terus kisah saka sihir ni.. Tak boleh nak tangguh lama-lama.. Oke sambungan ni berkenaan dengan kakak aku lagi yang mana sekali lagi rawatan dibuat di rumah aku lagi.

Rawatan ni lebih kepada nak buang sihir yang masih lagi menyelebungi kakak aku, rawatan ni berlangsung lepas maghrib, yang mana masih lagi melibatkan ustaz halim tetapi kali ni dia bawak pembantu lain pulak. Isteri dia.

Masa kejadian ni memang dari maghrib kakak aku dah meracau menjerit-jerit. Memang keadaan agak jadi tak tentu arah. Then memang masa ni mak ayah aku agak kelam kabut jugak. Aku yang tak tau nak buat apa pun terikut kelam kabut jugak. Konon-konon nak tolong tapi tak tau nak tolong ape. Makanya tolong kelam kabut sajalah. So lepas isyak lebih kurang pukul 8 setengah ustaz tu datang dengan isteri dia.

Masa tu aku duduk dekat depan pintu menghala ke ruang makan. Aku duduk je perhatikan dorang. Keadaan masa tu terang, tapi aku dapat merasakan keadaan yang suram dalam rumah aku. Memang dari maghrib hati aku ni berdebar-debar semacam. Tapi aku buat-buat cool. Tak menambahkan lagi perasaan gundah mak ayah aku. Masa ni pulak keadaan kakak aku agak reda sikit berbanding tadi.

Masa rawatan ni dijalankan, aku sebenarnya dah dengar macam bunyik dari bilik atas. Aku perasan bila mana ustaz tu pun asik pandang-pandang aku je dari tadi. Maybe die pun perasaan keadaan aku yang tak tenteram dari tadi. Tapi aku still buat-buat cool lagi. Tiba-tiba kakak aku menjerit lagi. Kali ni nyaring panjang je jeritan dia. Serentak tu terdengar benda jatuh dekat bilik aku. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali-kali. Setiap 5 minit ada kot. Dia punya bunyik tu seolah-olah ada yang selerakkan bilik kitorang. Ustaz tu tengok aku lagi. Seperti kisah sebelum ni ustaz ni memang tau yang aku ni memang mudah rasa benda-benda pelik macam ni. Dia pandang aku dan dia buat isyarat tak payah layan benda-benda tu.

Dan rupa-rupanya isteri dia tu pun pandai jugak buat rawatan macam ustaz tu. Tu pun bila sikit-sikit dia suruh isteri dia baca sama surah yang dia baca. Then suruh isteri pergi ke kakak aku untuk bacakan ayat lain pulak.  Masa ni jugak aku terdengar bunyik jeritan yang nyaring sangat sampai rasa berdesing telinga aku ni.  Yang pasti bukan dari kakak aku. Aku tak tau Samada aku seorang dengar atau semua dalam rumah tu pun dengar apa yang aku dengar. Tapi aku tengok muka sorang-sorang, saje je.  Macam takda apa-apa kecuali ustaz tu dengan isteri dia. Diorang berdua tu dari tadi buat isyarat mata. Aku tengok kan je la. Keadaan kakak aku masa tu memang separa sedar la. Nak kata pengsan macam sedar nak kata sedar dah macam pulak gayanya.

Tiba-tiba terdengar ustaz ni bersuara..
"Ada benda kat atas bumbung ni.." Kann... Dah la dari tadi tak cakap apa-apa. Bila dah cakap, gitu pulak dialog nye. Makanya semua orang kat rumah tu diam tiba-tiba, masing dah suspen dengan aku-aku sekali pun suspen. Mak aku sempat la tanya ada apa. Ustaz tu pejam mata. Lama. Then mulut terkumat-kamit sambil geleng-geleng kan kepala.
"Pontianak ni..." Perlahan je ustaz tu bersuara. Makanye semakin seram la suasana kat dalam rumah tu dirasakan. Dah lah aku duduk kat tengah-tengah pintu nak ke dapur. Dah tu dekat dengan tangga nak ke bilik. Kalo jadi apa-apa, kot ponti tu turun pakai tangga sah-sah aku la yang nampak dulu. Even hari-hari nampak, mak kecut jugak taw!

Ustaz tu cakap makhluk seumpama Pontianak itu berdiri betol-betol atas tempat kakak aku baring. Direct ke kakak aku. Ustaz tu cakap memang dia setakat diri je, tapi die lebih nak memijak-mijak kakak aku. Seperti apa yang tuan dia perintah pada dia. Dan ada beberapa cara rawatan lagi berlangsung malam tu yang aku pun dah tak berapa ingat. Termasuk la upacara menghalau Pontianak yang bertenggek atas bumbung rumah.

Selesai rawatan malam tu memang aku tak boleh tido langsung. Bayangkan dari pukul 12 malam sampai ke pagi aku dengar suara perempuan mengongoi kat luar rumah. Bunyik memang lain macam. Mengongoi tersedu-sedu. Aku ingat kucing gaduh. Tapi bila dengar betol-betol memang bukan kucing plus lama kot sampai ke pagi. Aku tengok kakak aku tido nyenyak. Nak ke bilik mak ayah aku bagitahu apa yang aku dengar memang tak lah. Last aku baca la apa yang patut, memang tak jalan. So aku biar kan saja lah bunyik tu sampai ke pagi as long as dia tak kacau aku.

Itu saja lah pengalaman yang aku bole share berkenaan dengan saka sihir dari keluarga aku. Actually lebih kepada apa yang aku ingat. Banyak sebenar nya tapi cuma ini yang betol-betol segar kat ingatan.
Sekian..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2014 12:27 AM | Show all posts
SIAPA YANG MELINTAS ITU??

Oke, kisah ni kisah pendek dari aku. Benda ni berlaku semasa aku meningkat remaja. Berlaku masa cuti sekolah. Tapi benda ni masa tu aku sorang je yang nampak dan rasa.

Masa tu pagi dalam pukul 10-11.. Terlalu awal untuk melalui insiden-insiden seram sebenarnya, masa tu pulak cuti sekolah. Mak aku pagi tu tak ada. Pegi rumah jiran aku. Ayah aku keje. Kiranya kite 3 beradik je yang tinggal kat rumah tu. Sebelum mak aku ni keluar dia siap buat pembahagian tugas dekat kitorang 3 beradik. Siapa yang kena basuh baju, kene masak kena sapu.. Semua ada tugas. Pagi tu aku ditugaskan basuh baju dan sidai kain. Kakak aku masak dan adik aku sapu sampah.  So kami pun mulakan tugasan sementara menunggu komander balik..heheh..

Tapi kitorang ni bila mak tak ada tu memang best sikit la. Boleh ngelat-ngelat buat keje. Yelah, tak ada siapa yang pantau. Buat lambat-lambat. Borak-borak dulu. Gosip-gosip. Sampai lah pukul 12 tengah hari. Masa ni semua kelam kabut. Kakak aku terus capai pot beras nak masak nasi, adik aku terus capai penyapu nak menyapu. Yang aku punya keje ni payah sikit lah. Kene daki tangga, pegi bilik air atas, dekat sana ada bakul baju-baju kotor yang sebeban banyak nya. Dah tu kene turun balik bawak baju-baju kotor tu. Tapi aku bijak. Cehhhh.. Kat tingkat atas tu ada hall, lepas tu ada balkoni yang boleh tengok terus ke tingkat bawah. Aku dengan bijak nye pun campak lah dari atas ke bawah baju-baju kotor tersebut.  Dah setel semua tu aku pun turun dengan kelam kabut nya.

Dan bila sampai ke tingkat bawah nak ke tangga terakhir, tiba-tiba kan aku ni rasa nak toleh je tingkat atas balik. Aku tak tau kenapa. Tiba-tiba aku rasa nak toleh pintu bilik aku. Masa toleh ni kan ada satu angin menerpa ke muka aku. Sejuk je rasa tiba-tiba. Dan aku terdengar satu suara yang betol-betol macam suara mak aku panggil nama aku, tapi tak kuat. Cuma Sekuat telinga aku yang mendengar nye. Terpaku kejap aku aku masa tu.
"Sari........." Gicchhewww...  Dah nama aku disebut aku pandang sekali lagi bilik aku. Dan ketika itu aku ternampak sesosok tubuh tanpa badan, cuma selampiran kain putih bersama-sama dengan sepasang kaki pucat terapung keluar suurrrrr... dari bilik aku menuju ke bilik mak ayah aku...

Aku ni dengan campur-campur penat buat aktiviti melempar kain baju ke bawah semakin tercungap-cungap melihat insiden yang aku tak jangka langsung yang aku akan terkena siang tu. Aku agak terpaku kejap la. Kelibat yang aku nampak tu memang Sekelip mata saja. Tapi apa yang aku nampak itu memang betol-betol jelas dan masih teringat-ingat sampai lah sekarang..

Hanya sepasang kaki pucat tanpa badan dan diiringi dengan selembar kain putih yang dibawak sama. Lepas je aku nampak benda tu terus aku ke depan. Duduk kat sofa. Then panggil la adik dengan kakak aku. Bagitahu apa yang aku nampak sebentar tadi. Jadi ya masing-masing pun ikut apa yang aku buat. Duduk kat sofa tak bergerak. Sampai lah mak aku balik. Tak berani katanya.. Huhu
Sekian...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2014 02:24 AM | Show all posts
non.sari posted on 29-4-2014 04:25 PM
SAKA + SIHIR Final

Assalammualaikum.. Maaf atas kelewatan.. Ada beberapa hal yang tak dapat diela ...

macam mana dengan akak skrg??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
zilaila posted on 30-4-2014 02:24 AM
macam mana dengan akak skrg??

Dh oke sikit berbanding dulu..
Tu pun cerita berbelas tahun yg lalu.. Skang ni pun die dah kawen.. Cuma nsib mcm aku, takda rezeki anak lagi..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 12:46 AM | Show all posts
non.sari posted on 30-4-2014 04:18 PM
Dh oke sikit berbanding dulu..
Tu pun cerita berbelas tahun yg lalu.. Skang ni pun die dah kawen. ...

insya allah kak..ada rezki tu nanti..jgn putus asa...ada g check kt klinik x??kalo semua xde mslh..akak cuba iktiar scan bdn akk..sbb kdg2 bnda ni suka menumpang kt rahim juga..mudah2an urusan akak d pmudahkn..amin...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2014 01:55 PM | Show all posts
Assalamualaikum..

Ada sikit hapdet sementara ada sikit masa.. Sudi-sudi kan lah..

PASANG RUQYAH PUN TAK JALAN

Oke ni kisah aku semasa aku kerap bekerja di luar. Insiden ni berlaku dekat sebuah hotel tempat aku menginap. Menginap sampai 3 malam pulak tu.  Sepatutnya aku dengan sorang lagi ofismate aku. Tapi tiba-tiba je waktu tu dia ada cuti kecemasan. Elok pulak kecemasan dia tu 3 hari sama pulak time kitorang kena pegi kerja luar.

Ikutkan malam pertama aku ni berjalan dengan lancar. Tak ada apa-apa insiden yang tak best yang berlaku. Memandangkan aku ni sorang je yang duduk kat hotel ni maka nya masuk je bilik tu aku terus bukak laptop dan pasang ayat ruqyah berulang-ulang. Actually dalam keje ni aku sorang je perempuan, yang lagi 2 orang tu lelaki. So yang lelaki tu untung sangat lah gamaknye dapat tido berdua. Aku ni lah yang tercampak sorang-sorang kat bilik tingkat atas, yang laki tu duduk tingkat bawah.

Keje aku ni memang memerlukan seawal 9 pagi kitorang gerak bekerja dan biasa nya sampai lepas Maghrib baru kitorang balik ke hotel. Begitu lah berlangsung nya hari-hari hingga lah hari ketiga. Masa hari kedua tu masuk je bilik hotel aku dah mula rasa tak sedap hati. Tiba-tiba je berdebar. Tapi aku buang la perasaan takut tu jauh-jauh. Sebab aku tak nak benda-benda ni menganggu aku. Dah la aku sorang. Nak tak nak memang kena hadap jugak. Selepas mandi, semayang makan semua aku terus call laki aku, buka tv kuat-kuat, sambil pasang ayat ruqyah. Tengah-tengah call tu tiba-tiba terdengar bunyik orang seret-seret kerusi kat tingkat atas. Lepas tu bunyik barang diangkat dan dialihkan. Memang sebijik la dengan apa yang pernah aku baca pengalaman diorang kalau stay hotel kat forum before ni. Diganggu dengan cara macam tu.

Tapi masa ni memang aku buat-buat tak dengar lah. Tak nak pikir apa-apa pun. Tak nak letakkan diri aku dalam ketakutan sebab benda ni lagi suka. Tengok jam masa tu pun baru pukul 9setengah. Pada aku masih awal lagi kot untuk diganggu. Aku pun buat tak pot la dengan apa yang aku dengar. Benda ni berlangsung agak lama. Maksud aku bunyik-bunyik tu. Mungkin benda tu tau aku tak layan apa yang die buat makanya macam-macam bunyik lagi yang dia buat untuk menarik perhatian aku.seret kerusi, seret meja, paling hebat, katil dihempas! Memang masa tu aku tak layan langsung. Dalam hati ni kecut jugak memandangkan aku sorang yang ada masa tu. Tak tergamak pulak aku masa tu nak call 2 lagi ofismate aku. So aku handle sendiri je lah.

Malam kedua aku stay tu nak tido aku kene tindih, macam biasa la. Mula-mula dengan terer dan berani nya, aku ni boleh tutup semua lampu dengan tv sekali untuk tido. Paten aku ni kalo tido terang memang tak boleh tido langsung, pening kepala. Aku suka tido bergelap. Dah la ko dihidang dengan bunyik-bunyian kacau kau dari tadi, dah tu boleh pulak berani-berani tutup semua lampu. Tak ke sengaja name nye. Lepas kene tindih tu aku cepat-cepat masuk bilik air terus amik wuduk. Konon-konon kalo aku tetido lepas ni aku dalam keadaan suci dan berwuduk. Harap-harap tak kena tindih lagi.

Tapi dalam pada aku tido ni aku bole kategori kan sebagai tido-tido ayam saja. Sebab nya bunyik yang menganggu aku ni berlangsung sampai ke pagi. Korang bayangkan saje la. Masa tu Tuhan saja yang tahu. Daripada timbul rasa takut dah jadi timbul rasa geram pulak. Nak call recept nombor nye aku tak tau. Jadi blank! Nak mencapai telefon kat sebelah kepala ni pun rasa tak lalu. Geram, marah, takut, seram bercampur-campur. Makanya kutadahkan saja telinga dengan bunyik-bunyian yang annoying itu.

Esok nye aku ke site dengan bermata panda, ngantuk tak bole kabor! So sepanjang dalam kereta yang dipandu member aku tu memang aku ambik kesempatan untuk tido. Sebelum tu aku sempat la share apa yang aku alami malam tadi sampai aku jadi ngantuk level tak boleh handle. Berkenaan dengan bunyik-bunyian segala. Dorang sekadar mendengar saja la. Sebab dorang sendiri tak alami benda-benda tu sume. Apa lagi lepas kitorang makan, dorang terus keluar, dan balik ke hotel semula dalam pukul 1 pagi. So kalo aku telefon dorang malam tadi pun memang tak membantu apa-apa pun sebenarnya. Sebab dorang pun keluar. Ikutkan aku macam nak balik aritu jugak. Biar baki kerja yang sehari tu dorang yang handle. Tapi tak bole sebab report tiap-tiap hari aku yang submit. Kalo bagi kat jantan-jantan ni memang hambar segala report!

So keje ari kedua setel. Dan berjumpa la aku pada malam ketiga aku stay dekat hotel super annoying + angker ni. Sebelum masuk bilik aku diri dulu depan pintu, baca selawat, ayat Kursi dan meluangkan dengan kaki kanan, sambil mulut terkumat kamit membaca apa yang patut. Sempat aku pesan kat 'diorang'
"Jangan kacau aku untuk malam ni. Malam ni malam terakhir aku. Jangan kacau aku"

So dari Maghrib ke isyak iaitu waktu aku nak turun makan semuanya berjalan lancar. So setel makan, aku terus naik bilik. member aku pulak ajak keluar pegi karaoke. Almaklumlah hari terakhir keje, tapi aku tolak plus aku sorang je perempuan, then mata kepala aku ni memang tak bole handle. Berat segala-galanya dek penangan malam semalam punya cerita. So bila dorang blah, aku terus naik bilik. Masa ni memang dah rasa berdebar-debar. Tu belum masuk aku naik lift, berjalan menuju ke bilik seolah-olah ada yang mengikut. Maybe masa tu lebih kepada perasaan aku memandangkan aku pun dah terlalu letih.

Malam tu masuk bilik aku terus capai laptop bukak ayat ruqyah, sambil-sambil tu telefon laki aku. Tu pun tak lama memandangkan aku dah ngantuk gila vavi. So lepas call aku terus tarik selimut then malam tu aku tido dengan lampu terang terbukak. Ayat ruqyah aku biar terpasang. Baru nak terlena, bunyik malam tadi berbunyik lagi. Aku dengan mata yang sebelum ni macam bulan sabit terus bertukar jadi bulan mengambang. Dia bunyi lagi! Aku cuba pejam mata balik. Malas nak pikir. Malas nak pikir. Malas nak pikir. Aku rentap selimut kuat-kuat dan terus tutup kepala. Berselubung la aku dalam selimut. Dalam hati ni Tuhan je yang tau die punya seram.

Bunyik kerusi, meja, almari terseret makin galak. Ke hulu hilir bunyik nya. Aku biar kan je. Aku tak nak layan. Doa-doa sume aku terus terlelap. Berapa lama aku tak pasti. Tiba-tiba badan aku rasa kebas. Aku bukak mata, boleh! Tapi bila aku cuba nak gerakkan badan aku, terus kaku, memang kaku. Aku tak rasa apa-apa. Cara aku kena tindih kali ni agak lain macam. Mata boleh bukak. Telinga boleh dengar. Sebab aku masih terdengar bacaan ayat ruqyah kat dalam laptop. Tapi nak keluar suara tak bole. Selalu paling-paling aku boleh mengerang. Kali ni langsung tak bole. Badan ni takat jari kelingking pun tak mampu gerak.

Telinga aku masa ni menangkap bunyik ayat ruqyah dalam laptop tu berselang seli dengan bunyik perabut terseret kat tingkat atas. Meriah! Yang pasti bunyik kat atas tu memang tersangatlah bizi. Macam orang pindah rumah. Bising. Yang aku ni pulak dari tadi memang totally collapse. Mampu bukak mata je, kebetulan badan aku mengiring menghadap laptop yang masih melagukan bacaan ruqyah. Aku sedaya upaya menyebut Allah. Memang masa tu nak bersuara pun tak mampu, terasa seolah-olah benda tu betol-betol kenakan aku. Last day kan, so konon-konon buat farewell party la untuk aku.

Part yang aku tak bole lupa, bila ayat ruqyah tu terpasang, benda tu memang tak efek apa-apa langsung. Melainkan bunyik dari atas semakin galak. Paling tak boleh blah bila sampai je Surah an-nas bacaan Surah tu melompat-lompat. Macam tersangkut-sangkut. Serentak tu la telinga aku ni menangkap bunyik lain. Terdengar pulak bunyik suara budak mengekek ketawa ejek. Seolah-olah mengejek or menyindir aku, maksud nya takat pasang ayat ruqyah pun tak mampu menandingi dia. Damn! Kali ni aku kene kuat jugak untuk bangun. Seboleh-boleh nya aku menjerit Allah! Allah! Allah! Sebanyak 3 kali. Yang aku sendiri pun tak sure terkeluar atau tak laungan aku tu. Masa tu terus ringan badan ni. Bukak mata, bangun terus tengok jam, pukul 4setengah pagi. Apa lagi aku terus capai kad acces, keluar dan turun ke lobi. Nak turun tu pun aku nekad. Tak pandang kiri kanan. Ada yang nak ikut ke, nak kejar je gasak korang lah!yang penting aku dah penat. Nak sampai cepat ke bawah. Nak pakai tudung proper pun dah tak dan. Just amik shawl terus selubung kepala.

Masa tu recept lelaki yang jaga. 2 orang. Nampak aku turun kelam kabut, dia tak tego, tapi peratikan je aku. Yang aku ni pulak memang menonong terus je sofa depan front desk. Nasib baik tak da orang. Aku terus duduk. Menyandar kepala ke sofa. Tangan kat dahi, mengurut-ngurut dahi yang tak berapa nak pening. Tiba-tiba recept tadi sapa aku, tanya aku kenapa.. Aku senyum je. Dia tanya aku lagi, kene kacau ke? Aku senyum je. Aku tak tau masa tu nak angguk ke nak geleng ke, takut cakap kang dia tak caya. Dia tanya aku lagi, hey....berapa banyak mau tanya daa... Duduk bilik mana? Aku jawab la 411. Ye, aku ingat lagi nombor bilik tu. Lepas je aku bagitahu dia terus cakap-cakap dengan member dia.

"Siapa yang bagi akak masuk bilik tu kak?"
Aku pun jawab lah sorang pekerja pompuan yang bagi bilik tu. Dia tanya lagi aku sorang ke? Aku angguk. Dan dia pun jawab, tapi masa tu dia tak cakap dengan aku, tapi cakap kat kawan dia tu..
"Laa...si Liza la ni.. Dia yang keje time tu. Ni ko tengok sign dia. Dia pergi bagi bilik tu kat akak ni. Bilik tu kan Mr.Lim suruh lock.."
Aku yang dari tadi macam orang bodo terus tanya dia apahal?
Dia cakap bilik tu patut nya dah kene start lock dari 2 minggu lepas. Mungkin pekerja dia tak perasan or terlupa or memang tak sabar nak kene fire jadi nya bilik tu aku yang mendapat. Buat aku nak tergugur jantung bilamana dia cakap bukan takat bilik tu, tapi level 4 tu memang dah di tutup sebab nak buat bilik conference or something macam Dewan la. Then level 5 memang dah lama tak pakai. Sehingga hari itu hotel tu sampai level 3 saja. Maksud nya sepanjang aku tido situ memang aku sorang la yang menginap kat level 4 tu. Patut la kat level 4 tu sunyi je.. Suram je..

Aku ni dah dari takut terus jadi marah. Masa tu memang aku nak carut kan je service hotel ni. Tak alert, tak aware dengan customer dia. Takkan tak check dalam banyak-banyak manusia yang keluar masuk cuma nama aku je yang ada kat level 4 yang tentu arah level 4 ni dah takda apa. Patut laa masa start aku cek in, naik je level tu aku nampak tangga la, bau simen la, nampak hammer bagai,, aku ingat nak buat menda. Masuk bilik habuk simen tu sampai ke katil tilam semua. Bila bilik dah lama tak pakai makanya bermaharajalela lah segala hantu semua. Aku sempat tanya dorang apasal tak dengar bunyik orang bertukang semua? Dia kata kerja start pukul 10 pagi, abis sampai pukul 6petang. So memang time-time tu aku memang tak wujud pun kat level tu so memang takda la terserempak dengan mana-mana pekerja masa tu. Yang aku ni memang suka nau berfikiran baik-baik kat semua benda. Sampai benda macam tu pun aku tak tego kat diorang. Dah mendapat baru lah nak marah. So padan la muka.

Pagi tu sampai pukul 7 pagi aku duduk menakung kat sofa lobi. Macam homeless pun ada. Tunggu sampai la cleaner dia datang. Aku mintak dia temankan aku packing barang. Aku masa tu mintak bilik lain nak mandi sume without any charge! Sebab dorang lah aku jadik macam ni. Gasak lah! Start dari tu memang aku haramkan kakiku berpijak dekat hotel tu lagi. Marah bukan sebab hantu, marah sebab pekerja buat keja macam haram! Aku marah nih! Marah nih.
Sekian..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2014 02:49 PM | Show all posts
Assalamualaikum

Terima lah sepatah dua kata yang tak seberapa dari aku ni..

HANTU INDIA

Oke, kisah ni masih lagi di dalam hotel. Tapi bukan dalam hotel yang sama. Di hotel yang berbeza dan tempat yang berbeza. Bukan aku yang kena. Tapi ofismate aku pulak yang kena. Ofismate aku ni orang yang sama yang sepatutnya ada dengan aku masa aku kena kacau dekat hotel yang aku ada cerita sebelum ni.

Oke, aku namakan saja dia sebagai kak mas. Kak mas, aku dengan dua lagi kawan aku yang aku namakan farid dan faizal, ditugaskan di satu daerah dekat daerah tempat parents aku tinggal. Memandangkan rumah mak ayah aku dekat dengan kawasan kitorang nak kerja ni makanya advantage untuk aku untuk tinggal dengan parents aku instead of staying together dengan dorang kat hotel.

Dorang ni punya Sengal bilamana dorang langsung tak tanya aku hotel apa dan hotel kat mana yang dorang patut cek in. Alih-alih je dorang dah bagitahu aku yang dorang stay kat hotel sekian-sekian. Aku nganga lah mendengar nya. Apesal dorang boleh tergamak cek in hotel ayam macam tu. Lebih kepada rumah tumpangan. Padahal ada lagi hotel yang best kat daerah aku membesar ni. Bila aku tanya, diorang kata takda masa nak carik tempat lain lah, masa dah suntuk lah, tak tau jalan lah, bla bla bla... So ape function aku sebagai anak jati daerah itu?? Soal aku bermonolog sambil tersentap.

So bila dorang dah beralasan macam-macam, aku pun diamlah..malas nak cakap lebih-lebih. So aritu kerja berjalan seperti biasa. Keje setel, dorang cek in, aku pun blah lah balik umah parents aku. Malam tu mandi-mandi terus aku makan sama-sama parents aku. Ayah aku tanya, member aku sume stay mana malam tu. Aku jawablah kat hotel sekian-sekian. Terkejut ayah aku. Dia tanya lagi, apasal stay kat situ, kan bnyak hotel lagi kat kawasan tu. Tu hotel ayam tu, bawak pompuan keluar masuk. Aku diam je lah. Tiba-tiba ayah aku cakap lagi,
"Aritu ada lelaki India mati kat hotel tu.  Tak tau la bunuh diri ke kena bunuh" haa kaaannnnn.... Asal hotel je ada yang mati. Asal mati je ada yang hotel. Selalu macam tu kan.
Aku bagitahu jugak, dorang dah cek in dulu sebelum bagitahu aku. So dah bayar duit sume nak buat macam mana. Doa-doa jugak harap sume berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Malam tu dorang call ajak aku keluar. So aku yang boring sorang-sorang kat rumah, mak ayah aku keluar pegi surau, pun setuju lah dengan ajakan dorang. Keluar pegi tengok wayang and karaoke. Setel sume tu pegi minum kejap. Memandangkan esok nye keje tak banyak maka kami pun lepak la sampai lewat malam. Oleh kerana waktu tu keje di daerah tempat aku tinggal, makanya hati ada sikit berani laa stay lewat malam. Yang pasti atas keizinan laki aku hoccay!

Tengah dok borak-borak tu sorang member aku yang lelaki ni merungut dengan kualiti hotel tu. Dia kata dapat towel mandi kecik. Asal boleh tutup part depan dengan belakang je. Lepas tu sabun sume takda. Yang kak mas tu pulak merungut sebab bilik bau hapak. Takat towel ke sabun ke dia memang takda hal sangat pasal dia selalu bawak barang-barang sendiri kalo outstation. Then dorang merungut pulak katil dengan selimut semua berpijat. Aku nak buat apa. Mampu mendengar saja lah rungutan umpama JKKKKKKKKK kampung gamaknye. Aku pesan jugak,lain kali kalo kerja sini lagi biar aku yang carik kan hotel. Jangan nak memandai carik sendirik.

Tiba-tiba kak mas bersuara lagi,
"Dah la bau bilik dah macam bau kemenyan. Macam bau colok India pun ada!" gulp! Aku terus terdiam lalu teringatkan kata-kata ayah aku. Walaupun aku tak tau bau colok India macam mana, aku tetap nak gulp! Tapi masa ni aku tak tergamak nak cerita tentang apa yang ayah aku citer sebelum ni, sebab malam pertama kan so tak nak la spoil mood dorang. Dorang pun tak kena apa-apa lagi. And aku Yakin kak mas kental dari aku. Dia kalis gangguan syaitan. Huhu.. InsyaAllah..

Malam tu setel sume masing-masing nak balik tido. Termasuk lah aku. Aku balik umah parents aku, and dorang cek in ke hotel dorang stay.

Pagi pun menjelma. Aku terima call dari member aku yang laki tu. Aku disuruh carik tempat breakfast seawal pukul 7 pagi! Amboih! cepat nya. Padahal kerja start pukul 9pagi. Aku pun ikut jelah. Dah sampai tempat breakfast aku roger dorang untuk pegi ke sekian-sekian tempat tak jauh dari tempat dorang stay. So tak susah sangat lah dorang nak carik. Sampai-sampai je muka memasing dah mencuka. Macam tak cukup tido. Aku pandang la sorang-sorang. Aku terus tanya, dah kenapa masing-masing muka bengkak? Then kak mas pun mulakan lah cerita..
"Akak dah cek out sari! Tak nak akak tido hotel tu. Akak kena kacau malam tadi!" Aku dah nganga. Dah sudah! Kene kacau dengan sapa? Hantu betol ke manusia yang macam hantu? Almaklumlah tempat maksiat macam tu kan. Ada yang lebih setan dari setan.
"Dengan sapa kak?"
"Hantu lah! Eeii.. Akak tak penah tau kena macam ni. Hotel ape ni sari? Teruk sangat lah.." Then aku suruh dia cerita..

Dia bagitahu malam tadi dia ready lah nak tido. Macam biasa la. Bukak tv, call2, dah setel terus nak lelap. Baru nak terlelap, tiba-tiba ada bunyik bising kat luar. Macam suara orang gaduh. Yang pasti bahasa Tamil. Aku dah part bahasa Tamil tu aku terus telan liur. Ah sudah.. Dah jadik hantu ke India tu? Dia sambung lagi..

Dia ingat yang gaduh-gaduh tu India mabuk. Yelah.. Tempat macam tu kan.. Tapi dia cuma dengar satu suara je. Takda la pulak terdengar macam India tu borak dengan orang lain. So die ignore je lah. Lama-lama bunyik tu diam. So lega lah, bole tido balik tanpa gangguan. Tiba-tiba idung dia menangkap bau colok macam dibakar. Kuat sangat. Dia still ignore lagi. FYI, kak mas ni tido sorang dan dia memang takda masalah untuk tido sorang. Tu yang aku cakap, dia lebih kental dari aku.

Masa nak terlelap tu dia macam kene tindih. tak bole gerak. Tapi mata boleh bukak. Dia nampak suasana gelap sangat dalam bilik dia. Padahal dia bukak lampu depan pintu plus tv pun tak tutup lagi. Means mesti lah ada cahaya-cahaya dalam bilik dia. Dia nak jerit tak bole.
Masa ni dia tido terlentang, dengan mata yang terbukak tu dia cakap dia memang nampak jelas apa yang ada depan dia even bilik tu nampak gelap.

Dia cakap masa tak bole gerak tu dia nampak satu lembaga hitam berkulit gelap dan berambut ikal turun dari siling. Cara dia turun macam orang panjat pokok kelapa, kalo orang panjat pokok kelapa kan kita akan tau macam mana gaya dia akan turun. Haaa macam tu lah.. Bukan yang merangkak macam ju on tu..

Masa tu kak mas dah kalut. Dia kata itu 1st time die kena,, so dia tak tau nak buat macam mana.. Makanya dia tadah je lah dengan persembahan yang disediakan tu. Masa lelaki turun dia nampak lelaki tu goyang-goyang kan kepala sambil mulut lelaki tu tak berenti-berenti cakap "aneneneneneneneyy...aneneneneneneneyy..." sambil goyang kan kepala. Peh! Seraaammmm... Masa tu jugaklah bau colok makin kuat.

Dia bagitahu lagi suara dia macam orang India. So dia assume hantu tu hantu India.. So makin nak tersembur la milo ais yang aku sedut dengan lancar dari tadi bila terdengar perkataan India dari mulut kak mas..

Lama-lama bila rasa terancam dengan hantu India tu terus dia cepat-cepat cuba sedar kan diri, dengan tak pikir apa terus call member laki ni si farid. Nasib baik masa tu farid ni tak tido lagi. So kak mas citer-citer dekat farid then terus decided tukar bilik bersebelahan dengan farid and faizal ni.. Yang menjadi kesembapan muka member-member laki ni macam orang tak cukup tido bila mana kak mas ni sikit-sikit call, sikit-sikit call sebab dah takut sangat. Makin Fobia Dengan bunyik yang dia dengar. Dah duduk sebelah-sebelah dengan bilik hotel macam rumah tumpangan tu, memang mudah lah terdengar bunyik dari bilik sebelah.

Even bunyik flush dari bilik si farid and faizal ni pun kak mas dok kalut call..
"Aku dengar bunyik flush dari bilik air weh.. Tolong aku.."
Dan dengan tenang dan tabahnya si faizal  pun tetap melayan,
"Kak..tu aku berak tadi kak.. Aku yang flush.. tido kak..." Dan gangguan dari kak mas tadi pun berlanjutan sampai lah pagi. Makanya kak mas pulak yang menjadi hantu menganggu member-member lelaki ni.

Untuk menamatkan perbualan tadi, aku terpaksa lah berterus terang berkenaan dengan hal hotel berkenaan yang ayah aku ceritakan malam tadi. Maka terhamburlah segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong... Kosong.. Oh hoo... Heheh

Dorang marah kenapa aku tak beri tahu dorang awal-awal.. So pada aku tak payah lah aku nak bagitahu sebab benda dah berlaku maksud aku dorang dah awal-awal cek in tanpa bagitahu or bertanya aku dulu. Then bila aku tanya pun macam-macam alasan yang dorang bagi, so what to do.. Huhu.. dan aku tak expect pun yang kak mas pun akan terkena memandangkan die ni keras macam komander hutan..

Sesekali kena apa salah nya.. Bukan selalu dapat gurauan hardcore macam ni..heheh..

Sekian..





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2014 02:50 PM | Show all posts
POCONG DI BULAN RAMADHAN

Ini pulak kisah sepupu aku yang aku jumpa dia tempoh hari. Tengah borak-borak, tiba-tiba dia boleh terbukak cerita hantu masa dia belajar di kl bertahun lama yang lalu. Aku yang umpama dahagakan kisah-kisah hantu pun mendengar dengan penuh serakah nya..

Kejadian ni berlaku masa bulan puasa.. Kebetulan nak bangun sahur.. Rumah dia jenis apartment. Share dengan 4 orang lagi kawan dia. Termasuk dia 5 orang la. Then dia ni ada seorang member yang suka sangat memasak. Termasuklah memasak untuk sahur, pun sanggup bangun semata-mata nak masak untuk member-member.

Sebelum tu member dia ni aku namakan Aisyah la ye, dah pesan awal-awal kat member-member dia yang esok tak payah susah-susah nak bangun masak. Dia yang nak masak untuk sahur esok, sambal petai lagi kau! Maka bersorak sorai kegembiraanlah dorang malam itu sambil membayangkan lauk sedap untuk mereka sahur pagi esok.

Pagi tu dalam pukul 4pagi Aisyah ni dah bangun siap-siap nak masak. Kebetulan masa tu memang kecoh pasal pocong kat area tempat dia tinggal. Tapi dorang ni belum terkena lagi. Means belum ternampak lagi. Cuma dengar-dengar rumors je la. Si Aisyah ni pulak jenis tak takut hantu plus tak percaya tentang benda-benda hantu ni. Lagi lah pulak bulan ramadhan, mana lah ada hantu bulan-bulan puasa. Katanya...

So untuk bangun awal-awal pagi dengan dihiasi rumors cerita hantu sedikit pun tidak mampu menggentarkan Aisyah, malah makin bersemangat pulak dia pagi itu. So tengah leka masak-masak, seperti yang diceritakan Aisyah kepada sepupu aku tiba-tiba dia terdengar bunyik bayi menangis. Nak kata kuat, takda lah kuat. Tapi cukup membuatkan Aisyah ni terkedu seketika. So terkagetlah Aisyah pada masa itu. Si Aisyah ni terperanjat bukan apa, cuma dia terpikir bahawasanya kawasan rumah tu kebanyakkan yang sewa adalah student macam dorang ni, dan tak pernah pula dia terserempak dengan mana-mana keluarga sepanjang dia duduk di situ, so siapa punya anak pulak yang sedang menangis pilu ketika itu?

So dengan berhusnudzon nye Aisyah pikir mungkin ada ahli keluarga student dekat situ yang datang menziarah. Bulan puasa kan.. So Aisyah pun sambung la masak sambil menyanyi-nyanyi lagu Janji Manismu. Oke, ni aku tambah.

Tengah leka lagi, kemudian bunyik lagi suara baby menangis. Sepupu aku cerita si Aisyah ni cakap bunyik baby tu nangis syahdu sangat. Macam sedih je bunyik nya, bukan nangis melalak-lalak tu, tapi nangis macam syahdu laa.. Imagine sendirik la ye.. So dia sambung terkejut lagi. Sempat lah die jenguk-jenguk tingkap kat dapur tu rumah mana yang ada baby kecik. Tapi yang pelik nya semua rumah bergelap, semua sedang lena dibuat mimpi. Semua tak rasa nak bangun sahur.

Tengah dia terjenguk-jenguk ke luar tingkap, mata dia pun terkalih dekat satu tempat berdekatan dengan tangga kawasan situ. So pandangan dia terhenti seketika apabila terlihat satu kayu atau satu gulung kain Putih lusuh seperti diletakkan di dinding berdekatan dengan tangga di kawasan itu. Masa mula-mula dia nampak kain tu macam segulung kain Putih yang macam kat kedai kain tu. Yang berkayu-kayu tu. Tapi bila dia tengok balik betol-betol rupa-rupanya cik pocong yang sedari tadi setia menemani Aisyah memasak.

Apa yang aisya ceritakan, pocong tu tak bergerak pun cuma menunduk je.. Maka serentak itu terdengar lagi bayi menangis seolah-olah ingin memberitahu bahawasanya dirinya lah yang menangis-nangis dari tadi dengan diselangi bau busuk seperti bangkai menusuk masuk ke hidung Aisyah. Apa lagi Aisyah pun memekik melolong macam orang gila. Terjerit-jerit si Aisyah ni memekik panggil mak dia yang masa tu ada kat kampung.
"Mak!! Mak!! Mak!!"

Bila terdengar si Aisyah ni menjerit-menjerit maka member-member lain terkejut gelabah la bangun sambil ke dapur mendapatkan Aisyah. Dilihat ketika itu Aisyah seperti orang histeria, terpekik sambil menangis memanggil-manggil ibunya. Sepupu aku ni memang lain macam sikit, dia memang mudah nampak benda-benda pelik. Dan mudah rasa apabila terasa kehadiran bendasing disekeliling dia. Lebih hebat dari aku. Dan dia jugaklah sepupu aku yang ayah nya dibela saka nenek kebayan seperti yang pernah aku cerita sebelum ni, dan dia jugaklah sepupu yang terserempak dengan nenek kebayan bersama adik di sebelum ni. Ini pun aku ada ceritakan.

Oke sambung, masa si Aisyah ni tengah terpekik-pekik, tiba-tiba sepupu aku ni boleh pulak terfikir nak tengok ke luar tingkap memandangkan dia nampak tingkap dapur tu macam terkuak sikit. Masa tu dia terus ke tingkap and menjenguk ke luar sebelum dia cadang nak tutup tingkap tu, maka dia pun terpandanglah satu sudut di tangga. Elok si pocong berdiri tegak tepat memghadap ke dia. Terjerit sikit lah jugak sepupu aku ni. Dia kata pocong tu diri tegak pandang dia, tapi sebenarnya dia tak nampak pun muka pocong tu apa lagi mata pocong tu. Cuma keadaan dia tu betol-betol menghadap ke sepupu aku. Rupa wajah dia sepupu aku langsung tak boleh nak kabor. Die kata hitam, gelap, kosong, macam takda rupa tapi sebenarnya ada.. Ha, macam mana tu? Aku pun tak tau..

Bila dah macam tu terus sepupu aku tutup tingkap cepat-cepat, kabor kan member suruh angkat si Aisyah ni cepat-cepat masuk bilik. So bile dalam bilik barulah sepupu aku cerita apa yang dia nampak dan apa yang kemungkinan si Aisyah ni nampak. Dan dipersetujui oleh Aisyah sendiri yang masa tu sudah pun sedikit stabil. Maka berselimut balik lah sepupu aku dan kawan-kawan termasuk si Aisyah pagi itu. Tiada sahur, tiada masakan,tiada ketuk-ketuk ramadhan.. Mereka akhirnya kempunan ingin bersahurkan sambal tumis petai pada pagi itu..
Sekian..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2014 02:51 PM | Show all posts
POCONG YANG MENYANGKA DIA HANTU GALAH... Erkk??

Oke masih lagi kisah sepupu aku dengan kisah hantu spesis yang sama. Iaitu pocong dan di kawasan yang sama cuma exactly area tu lain sikit.

Masa ni dorang baru balik dari pasar malam. Awal lagi masa tu dalam pukul 9 malam.. Lalu la satu kawasan yang biasa orang nampak segala macam makhluk kat situ. Memandangkan masatu kes pocong tak abis lagi, maka kerap jugaklah orang terserempak benda alah tu kat kawasan tu..

Untuk ke pasar dan balik dari pasar memang tak ada jalan lain selain dari jalan tu yang mereka kena lalu, makanya perjalanan harus diteruskan.. Dorang masa tu berempat, si Aisyah ni tak ada. Balik kampung. Sepupu aku yang aku namakan Azie, dan 3 lagi member dia yang aku namakan fara, Sofia dengan yana ni balik lah dari pasar melalui lorong angker yang disebut tadi.

Takda angker mana pun, ada jugak lah stall burger kat situ, kedai runcit dihadapan dan di hadapan sikit ada satu warung macam warung Pak jabit dalam citer hantu kak limah tu, cuma sebab jalan tu selalu dinampakkan spesis-spesis bendasing ni, tu yang nampak scary.

Oke, masa otw balik tu mereka pun gurau-gurau Senda lah sambil mengunyah tongkeng ayam dan menghirup air tembikai yang dorang beli masa kat pasar tadi. Tengah dorang borak-borak, gurau-gurau tiba-tiba si Azie ni boleh terdiam. Dah lah tiba-tiba diam, malah disuruh nya member-member yang lain ni jalan cepat sikit. Kalo boleh nak ajak lari terus. Lari dari kawasan tu. Member dia yang perasan perubahan sepupu aku ni tegur lah apesal tiba-tiba diam. Tak sedap ke tongkeng tu..

Sepupu aku ni takda selera nak cakap apa-apa, terus dia jalan laju-laju menuju ke arah stall burger berhampiran.. Masa sepupu aku bertindak menonong tinggalkan diorang, si yana dan Sofia ni teragak nak pandang ke belakang, mana lah tau tindakan sepupu aku ni berpunca dari belakang dorang. Kot ada hantu ke, orang jahat ke.. So diorang boleh standby.. Terus lah si Sofia dan yana ni menoleh ke belakang serentak. Terkejut macam nak tersembur segala tongkeng ayam air tembikai tadi bila diorang terlihat sesuatu yang tinggi dan berbungkus lebih kurang dalam 5 meter dari tempat dorang berdiri.

Makhluk yang diorang nampak masa tu adalah cik pocong kite.... Korang bayangkan la ye, biasa pocong yang kite nampak atau yang kite tau atau yang kita pernah dengar bukan lah tinggi macam hantu galah kan.. Setinggi kite manusia macam kite ni.. Tapi pocong yang dorang nampak ni tersangatlah tinggi sampai dorang terpaksa mendongak untuk memastikan makhluk apa yang sebenarnya diorang pandang itu. Mula-mula nampak tu memang dapat disahkan la syaitan. Sapa je makhluk yang suka pakai warna Putih lusuh-lusuh waktu malam? Tetapi yang menjadi keseraman bilamana makhluk Yang biasa dia nampak Setinggi manusia normal menjadi Setinggi tiang electrik.

Maka lintang pukang lah si yana dan Sofia ni lari. Meninggalkan si fara yang masih terpinga-pinga lagi. Sempat lah Sofia dan yana menjerit memanggil fara untuk ikut lari bersama meninggalkan tempat tersebut. Fara ni badan agak gempal sikit, so lambat sikit lah nak sampai ke tempat Azie menunggu dorang. Azie masa tu dah sampai ke stall burger berdekatan.

Korang bayangkan, waktu masa tu memang bising, tak sunyi sebab awal lagi. Abang burger tu siap rilek masak burger. Ada warung kat situ. Masih ada orang yang lalu lalang kat situ, tetapi cik pocong tu boleh rilek lagi muncul awal-awal sergqh dorang. Sampai je dorang kat sepupu aku terus bertalu-talu soalan dorang hambur kat sepupu aku..
"Ko dah nampak dulu ke Zie?" Tanya yana
"Ko dah nampak dari mane?" Tanya Sofia pula.
"Apasal ko tak cakap dengan kitorang?" Tanya yana sambil Sofia mengiyakan soalan yana.
"Err... Korang nampak apa sebenarnya tadi.......??" Akhirnya soalan dari fara..

Then terus sepupu aku ceritakan dari awal. Actually azi ni dah tak sedap hati masa muka-mula nak ke pasar lagi. Tapi dah kene pujuk plus sorang-sorang kat rumah baik dia ikut je. Nak balik lalu kawasan tu pun actually Azie dah rejek awal-awal. Mintak ikut jalan lain. Tapi member dia semua refuse sebab tu jalan paling dekat dengan rumah dorang.  Bila lalu je jalan tu Azie dah rasa betol-betol lain macam. Telinga panas, tengkuk sejuk, jantung ni pulak tak payah kabor la.. Dup dap dup dap!

Sekali sah la apa yang Dia rasa.dari kejauhan lagi dia dah nampak ada benda bergayut atas pokok. Dia ingat kan just kain Putih biasa je. Mungkin takat tu lah si setan ni nak menyakat. So Azie ni boleh handle lagi sebab lebih dari itu dia penah alami, so takat kain Putih tersangkut macam tu, halaaahhhh...small the pieces la.. Katanyaa...

Tapi bila main dekat Kelibat yang dia nampak tu makin lain macam pulak sampai la lebih kurang 5 meter dari tempat benda alah tu bergayut, terus mengucap panjang si Azie ni.. Masa tu memang dah kalut lah. Itulah pertama kali dia nampak makhluk bernama pocong Setinggi itu. Setinggi tiang electrik tapi tinggi lagi sikit. Tak berdiri tegak tapi seperti biasa cuma menunduk umpama memerhatikan dorang yang tengah leka berborak masa tu. Tak tunggu lama, tu yang Azie awal-awal dah blah dulu. Takda masa lagi nak jawab soalan member-member masa tu. Yang pasti apa yang dia nampak masa tu memang cukup-cukup mengannoyingkan..


Sejak dari itu kalau nak pegi pasar malam, rela pegi dan balik ikut jalan lain, tobat lahum dorang nak ikut jalan tu lagi...
Sekian..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2014 08:32 PM | Show all posts
Assalamualaikum kak non..
best nyer citer2 akak..
baru ja abes merempit

paling best takat ni yang meremangkan segala2 nya .. citer kat spital tu
huhuhu
dah ler otak ni jenis kretip sekretip nya bila tang menakut kan diri sendiri..
boleh ja mengimajinkan
siap tokak tambah g lam otak ni

dok tertanya2 camne la akak tu sensorang ..
apa la dier tengok

kalo hotel ader 5 bintang ..
ni bagi kat akak

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2014 08:39 PM | Show all posts
aku ni kalau dah rasa semacam, bukan boleh duduk diam. cepat je kepala ni nak tengok-tengok keadaan sekeliling. kejap tengok atas bumbung rumah jiran depan, kejap kang tengok jalan yang memang tentu arah suram dan seram.
hahaha kan kan..
kalo dah rasa semacam .. memang automatik akan memandang atas bawah .. segenap pelusuk la kalo boleh

dalam pada aku rasa rumah tu sesak, sarat barat dengan 'tetamu', aku dah berpeluh-peluh, dada dah sesak, panas dingin.

tau perasaan ni.. ada laa beberapakali mengalami. tengok orang lain .. ok ja kan..
kiter lak berpeloh2 tapi rasa dingin

kebetulan mak aku pulak pasang lampu warna kuning yang melekat kat dinding tu. so lagi la nampak scary.

kiter paling laa tak suka lampu warna kuning.. siyes menyeram kan ..




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.092991 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list