|
Saya Lebih Suci Dari Johan - Statement Lana (Pg36)
[Copy link]
|
|
achik2009 posted on 26-12-2013 01:51 AM
shahilaamzah All i need is a Duet partner..yeah its a sweet lovey dovey manis diabetes kinda son ...
Daaaaaaa....
Whatever....sheilalalt oiiii
Shanazzzz.... Baguih hang yinggai pompuan ni..
Bajet taylor swift?? Prffttttttt
Ni karat sheila xmasuk lagi...esok siaplah.... |
|
|
|
|
|
|
|
mommymonster82 posted on 26-12-2013 01:53 AM
Rapat dgn bakal mertua kekdahnyerrr
gitewww....
nampaknya memang minat lah beliau dengan si JOHAN tu..
hhahaha sanggup tu pikat hati mak
supaya tak nampak perempuan lain selain dia..
huhu iols suka tengok performance beliau dekat china tu.
bakat dia oklah.. suara dia pun ok..
cuma attitude.. nauzubillah..
bleh bezakan dia dengan lana?
dia PERMATA lana tu KACA?
mana tahu... hahaha pendek kata..
yang bergelar suami silalat je tahu dia tu permata atau kaca..
jeng2...
|
|
|
|
|
|
|
|
ala..johan gunakn lana je sbb tak nak shila ni..tu pon kalau shila phm la kn.. |
|
|
|
|
|
|
|
citey posted on 26-12-2013 01:57 AM
gitewww....
nampaknya memang minat lah beliau dengan si JOHAN tu..
hhahaha sanggup tu pikat hati ...
Cer bc blkg2..
Ada forumer bgtau dalam melodi ke dalam rancangan gosip mana ntah dia ckp sesuatu bila refer tu lana...
Xbaikla bt gtu....
Bajet sunshine....
|
|
|
|
|
|
|
|
Shila tegur penulis blog hiburan
JAMILAH HAMZAH
25 Disember 2013
SEMENTELAH cerita percintaan pasangan kekasih Johan Asari dan Lana Nordin yang diumumkan putus ditengah jalan, nama Shila Amzah masih juga dikaitkan dengan pelakon lelaki itu.
Bagaimanapun, Shila yang juga pelantun lagu Masih Aku Cinta itu telah memberi amaran kepada sebuah portal berita hiburan yang mengaitkan namanya dengan pasangan kontoversi tersebut.
Menerusi akaun twitternya, Shila berkata :
"Assalamualaikum, Sha minta portal untuk berhenti tulis apa-apa artikel yang ada kaitan atau mengaitkan Sha dengan sesiapa," tulisnya.
Dalam pada itu, Shila juga berkata artikel daripada portal tersebut juga tidak membantu untuk memperbaiki kerjaya seseorang artis.
"...sebab Sha rasa satu pun artikelnya tak membantu untuk memperbaiki kerjaya seorang artis.
"Jadi, saya harap, penulis blog itu faham dan berhenti menulis apa pun sama ada peribadi mahupun kerjaya...jadi saya tak fikir ada apa-apa artikel mengenai kerjaya saya selama ini, jadi tolong faham," tegasnya.
Terbaru, mengikut laporan portal hiburan dalam artikel berjudul Johan Asari dan Lana Nordin putus cinta, penulis telah menyatakan :
"Adakah selepas ini Lana Nordin akan buat klip video menyanyi ombak rindu akibat perpisahan ini?.
"Adakah Johan akan mendamba cinta Shila Amzah kembali? Adakah Shila sedang berbunga hatinya membaca perkhabaran ini?," tulisnya.
Sebelum ini, mengikut laporan media, selepas cinta Shila berakhir dengan pelakon Sharnaz Ahmad, Shila telah memuat naik video yang menunjukkan beliau menyanyi lagu Ombak Rindu.
Dalam perkembangan sama, penulis blog hiburan berkenaan telah menyatakan perkara itu bukan fitnah.
"Shila, ok ok. Mana ada fitnah pun. Cakap 'berbunga hati' saja kot. Maaf ya," tulisnya dalam akaun twitternya.
Credits: sinarharian.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 26-12-2013 01:51 AM
shahilaamzah All i need is a Duet partner..yeah its a sweet lovey dovey manis diabetes kinda son ...
Lagu penuh pengharapan..moga johan kembali kah?
Hahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
mommymonster82 posted on 26-12-2013 01:59 AM
Cer bc blkg2..
Ada forumer bgtau dalam melodi ke dalam rancangan gosip mana ntah dia ckp sesuat ...
iols tak larat nak beklog mommy..
huhu apa dia cakap...
rasa macam terbaca tadi.. dalam rancangan MELETOP tapi tak cerap sangat..
|
|
|
|
|
|
|
|
citey posted on 26-12-2013 02:04 AM
iols tak larat nak beklog mommy..
huhu apa dia cakap...
rasa macam terbaca tadi.. dalam rancanga ...
Katanya..
"yg paling x boleh blah, si shila ni cam menghina lana masa kat meletop, siap ckp johan guna line yg ekkk, buat muka jijik, geli gitu, wth"
Kalulah ada sapa yg rakam..nanti nak kena cri ni ada tak sapa yg rakam meletops tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Igtkn mak johan ni jenis betul2 alim mcm ibu2 yg aku selalu tgk. Ya lah....yg jaga pemakaian dan anak2 semuanya jenis baik2 n menutup aurat. Sbb kencang sgt gosip mak johan nak menantu yg baik2 alim.johan plak katanya handal bab2 agama. Sekali tgk pics kt ig.....Ropanya jenis turban serban nmpk telinga n anak2 perempuan dia pon x tutup aurat. Mak shila lg bagus dr segi pakaian. |
|
|
|
|
|
|
|
Lana Tetap Teruskan Niat Ingin Berubah Jadi Muslimah Lebih Baik
Johan dan Lana putus cinta selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarga aktor tersebut.
PETALING JAYA: Pelakon Lana Nordin yang sebelum ini meluahkan hasratnya ingin dibimbing menjadi muslimah yang lebih baik selepas mengenali aktor Johan As'ari, 27, tetap akan meneruskan niatnya itu walaupun mereka kini sudah putus cinta. Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, dia sebenarnya sudah berniat ingin berubah sebelum mengenali Johan lagi, dan isu putus cinta disifatkan bukan penghalang untuk meneruskan hasratnya itu. "Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah sebelum mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada Lisdawaty (pelakon). "Jadi, apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya, terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi apabila keadaan sudah berubah (putus cinta), saya tetap akan teruskan niat untuk menjadi muslimah yang baik," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Rabu.
Lana Nordin
Menerusi sebuah laporan akhbar pada 29 November lalu, Johan yang sebelum ini dianggap menjalinkan hubungan mesra dengan penyanyi Shila Amzah dilaporkan telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa. Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 lalu dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan aktres seksi itu kerana percaya Lana adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu. Bagaimanapun Johan menerusi kenyataanya di sebuah akhbar pada Rabu mengumumkan perpisahan cinta mereka selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarga Johan. Sementara itu, Lana yang sebelum ini sering menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berbangsa Inggeris berkata, dia akan berhati-hati selepas ini dalam ingin menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Melayu. "Bukan tidak percayakan lelaki Melayu. Takkanlah kerana Johan, saya isytiharkan lelaki Melayu semuanya sama. Itu tidak adil. Cuma selepas ini saya perlu berhati-hati." ujarnya.
Last edited by mixed on 26-12-2013 07:03 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Johan tak letak taraf kekasih pada Lana
SEBULAN lalu, Johan membuat kejutan mengumumkan dia bercinta dengan Lana. Semalam, Johan tanpa rasa malu memberitahu hubungannya dengan Lana telah diputuskan kononnya kerana tiada restu orang tua.
GELODAK kisah cinta antara Johan As’ari dengan pasangannya, Lana Nodin akhirnya berpenghujung apabila pelakon yang popular menerusi drama bersiri Juvana itu mengambil keputusan untuk berpisah atas alasan tidak mendapat restu daripada ibu dan bapanya.
Mungkin berita mengenai perpisahan tersebut tidak begitu mengejutkan ramai pihak tetapi keputusan yang diambil oleh Johan untuk melepaskan Lana selepas sebulan menjalinkan hubungan sedikit sebanyak mencalarkan kredibilitinya sebagai seorang pelakon.
Banyak cakap-cakap nakal mula kedengaran mengenai Johan yang dianggap seperti artis yang ‘lapar’ publisiti dan sering menggunakan kisah cintanya sebagai tiket untuk meraih perhatian orang ramai.
Dia juga dilihat seperti bersifat keanak-anakan dan tidak serius dalam menilai soal cinta.
Ketika cuba untuk menghubungi pelakon berusia 27 tahun itu, penulis berasa sedikit terkilan kerana panggilan telefon yang dibuat hanya dibiarkan tidak berjawab.
Johan sebaliknya hanya menjawab beberapa soalan secara ringkas melalui mesej yang dikirim melalui aplikasi WhatsApp.
Jodoh di tangan Allah
“Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu.
“Dalam perjalanan yang masih jauh, sudah tentu saya akan bertembung dengan perkara-perkara sebegini. Ia seperti menjadi pengajaran kepada saya dalam menempuhi masa akan datang.
JOHAN dan Lana sempat terbabit di dalam teater Bahayanya Wanita yang masih berlangsung di Istana Budaya.
“Jodoh dan pertemuan di tangan Allah, sudah tentu saya tidak dapat lari daripada takdir ini,” jelasnya menerusi WatsApp yang dibalas kepada penulis.
Ketika ditanya mengenai apakah status sebenar wanita itu dihatinya, Johan menyatakan, dia hanya menganggap Lana sebagai kawan biasa.
“Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja.
“Apa yang saya boleh katakan juga, soal masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan terletak ditangan-Nya,” jelas Johan lagi.
Bukan cari publisiti
Dalam pada itu, Johan yang kini sedang sibuk dengan teater Bahayanya Wanita di Istana Budaya memberitahu, dia langsung tidak berniat untuk menjaja kisah hubungan cintanya untuk meraih publisiti.
Malah, dia menolak dakwaan menyatakan dirinya merupakan artis yang dahagakan perhatian sehingga sering melakukan tindakan di luar jangkaan.
“Percayalah, walaupun saya memerlukan publisiti, saya tidak bermaksud mempergunakan hubungan cinta saya untuk tujuan dikenali orang ramai.
“Insya-Allah selepas ini, saya tidak akan terburu-buru dalam mencari jodoh. Namun, kita masih tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
“Sebagai manusia, kita hanya merancang tetapi Allah sahaja yang layak untuk menentukan,” ujarnya lagi.
Johan barangkali lupa. Sewaktu pertama kali tersebar berita tentang hubungan tiga harinya bersama Lana, dia memberitahu media bahawa telah melamar Lana dan merancang untuk menikahi wanita itu pada tahun depan.
Justeru, apabila dia menyatakan tidak meletakkan sebarang taraf atau menganggap Lana sebagai kekasih sepanjang tempoh mereka intim selama sebulan lalu, ia memberi gambaran betapa mudah benar Johan membuat keputusan dan berubah hati.
Sekadar rekod, sebelum ini, Johan juga pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita lain termasuk Izreen Azmida, Nabila Huda dan Shila Amzah.
Bagaimanapun, apabila hubungan mereka putus, Johan memberi alasan yang sama iaitu jodoh itu rahsia Allah.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2oWxPcvUM
Hakcipta terpelihara |
|
|
|
|
|
|
|
Eeeeeeeee.... Benci nye ayat Johan. |
|
|
|
|
|
|
|
SEMUANYA KETENTUAN ALLAH KATANYA....... |
|
|
|
|
|
|
|
dah kawan biasa plak..
cakap putar belit betul..pastu nak kasik lagi gempak tambah dgn ayat unsur2 islamik sket.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tau lah pas neh sapa lgk jadik mangsa johan biol sbb air naik smpi kepala neh.. |
|
|
|
|
|
|
|
senang nya bg alasan..
hari ni hari Lana.. esok2 hari awak pulak ..
dah accident hari tu sepatutnya muhasabah diri.. |
|
|
|
|
|
|
|
kuat putar belitnya si johan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni saiko kot wei. Ke lidah bercabang. Sekejap cakap camni sekejap cakap camtu. Ke bajet hot nak test market? Merenggg |
|
|
|
|
|
|
| |
|