CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syue86

Kuching, Sarawak - Part 5

[Copy link]
Post time 15-3-2016 08:41 PM | Show all posts
dah balik dr kuching..
kikiki..cari kedai nasik campur x jumpe2..

hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2016 08:42 PM | Show all posts
mnh_2004_mnh replied at 13-3-2016 10:01 PM
Hi...saya akan ke Kuching pada 28-30 Mac ni. Menginap di Hilton. Area nak jalan2 shopping2 kain bati ...

kain batik kat waterfront..ikan terubuk kat satok
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mnh_2004_mnh replied at 13-3-2016 10:01 PM
Hi...saya akan ke Kuching pada 28-30 Mac ni. Menginap di Hilton. Area nak jalan2 shopping2 kain bati ...


Masa balik dari indian st nampak hilton hotel ni.
Kalau suka jln kaki ok ja kot nak g waterfront.
Tapi takla dkt sgt. If bawak parents/kids betterlah naik taxi.
Hotel dkt dgn waterfront grand magherita n riverside majestic yg tu mmg dkt sgt seberang jalan je.

Anyway aritu gi seberang sungai sarawak tu (area jual kek lapis) sana pun ada ikan terubuk. N malam2 @ waterfront pun ada jual kain batik. 3 for rm50.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi,
Boleh BG contact no utk sewa kereta terkini di Kuching ? Tq
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 09:04 AM | Show all posts
Edited by smartheartku at 27-4-2016 09:05 AM

14 Mei 2016 (Sabtu):
2.00pm-Check in Hotel
3.00pm-Pasar Satok
5.00pm-Jalan sekitar Waterfront dan Seberang
7.00pm-Makan di Food Court

15 Mei 2016 (Ahad):
6.45am-Breakfast di Kopi o Corner
7.15am-Bertolak ke Serikin
11.00am-Fairy Cave
2.00pm-Sarawak Cultural Village
4.00pm-Show Sarawak Cultural Village
5.00pm-Check in Damai Beach Resort/Damai Puri Resort & Spa


ok tak itenari ni. damai beach resort/puri yang mana lagi best yer. n dekat dengan sarawak culture village. sbb nk jalan kaki je g hotel dari svc
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 09:13 AM | Show all posts
smartheartku replied at 27-4-2016 09:04 AM
14 Mei 2016 (Sabtu):
2.00pm-Check in Hotel
3.00pm-Pasar Satok

Ok lah tu.
SCV terletak in between this hotel.
kalau stay Damai Beach boleh guna jln short cut menuju ke Damai Sentral dan terus ke SCV.
kalau stay Damai Puri.....kita kena lalu SCV dulu sebelum sampai ke Damai Puri.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2016 09:51 AM | Show all posts
dee556 replied at 27-4-2016 09:13 AM
Ok lah tu.
SCV terletak in between this hotel.
kalau stay Damai Beach boleh guna jln short cut m ...

mana view lagi cantik yer

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 10:29 AM | Show all posts

kalau chalet di Damai Beach memang cantik sebab mengadap laut.
both hotel view cantik asal je mengadap laut.
kalau mengadap forest tu memang kurenglah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2016 01:21 PM | Show all posts
dee556 replied at 27-4-2016 10:29 AM
kalau chalet di Damai Beach memang cantik sebab mengadap laut.
both hotel view cantik asal je men ...

ok2 tq yer

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 09:44 AM | Show all posts
Saya baru balik dr kuching awal bulan ni bercuti berdua ngn kakak angkat saya, bagi saya kuching amat menarik dan saya selalu kalau bercuti akan ikut tema 2 citarasa satu destinasi. Satu malam hotel bajet n satu malam hotel yang agak mewah.

First hotel tune hotel, hotel ni ok la untuk percutian bajet kalau kita lalu pintu belakang tune tue, memang banyak sangat kedai2 makan nasi campur dan pelbagai makanan popular sarawak dan kalau nak beli toiletries trus bersambung ke mall. Cuma hotel ini agak tegas sikit kalau nak check in memang wajib la pukul 2 petang dan ke atas.

Hotel kedua saya stay kat margharita, yang menariknya jam 10.30pagi dah boleh check in, Pakcik yg tolong bawak beg kami ke bilik hotel mmg bagus, siap suggest makann yang menarik. Bagi saya hotel ni mmg bagus saya bagi 5 bintang dari semua segi.

Dari segi makanan pula, pakcik staff hotel tue suggest makan mee kolok goreng kat food court seberang sungai, Kedai tu akan buka lepas pukul 3ptg dan memang betul, memang sedap lauk banyak dlm tu.

2 malam berturut-turut saya mencuba makanan di food court topspot di atas UTC kuching, malam pertama sy ikut cadangan dari ramai review kat internet kedai no 25 kedai cina yang dapat sijil halal JAKIM, makanan mmg cepat sungguh sampai, servis bagus, murah tapi saya x rasa sesedap mana pun. Ye sedap tapi x mencapai sedap yg saya nak.

Malam kedua saya kesana lagi kali ni saya cuba dekat kedai laim Muslim seafood kedai no 3 x salah saya, berdekatan dengan lif. Saya order pelbagai makanan termasuk lobster, memang teramat sedap masakan diaorg, memang patut dipuji cuma gak lambat skit servis dia. Saya bagi 5 bintang untuk kesedapan makanan, saya cadangkan korang try la kat kedai MUSLIM SEAFOOD ni.

Dari segi pengangkutan pula, kami memang plan x akan sewa kereta dan akan guna pengangkutan awam di sini. Ini kerana kami pernah gunakan stail mcm ni di penang dan memang berbaloi dan rasa enjoy gunakan pengangkutan awam. Yang pasti x perlu pening kepala dengan jalan kuching yang agak memeningkan sebab jalan di sini semuanya sehala. Kalau terlepas juction kene pusing balik bandar kuching ni(ni pengalaman dr first visit di kuching 4 thun lalu) so kali ni x nak sewa kete dah.

Public transport sini agak payah rupanya, nak tengok bas lalu pun dlm sehari batu jumpa 2x, teksi bersepah tapi tuk 2 km perjalanan dah ditekan harga rm25.00 agak mahal. Masa kami tunggu di perhentian bas, kami berborak dengan penduduk asal di kuching, rupanya ade pengangkutan awam van putih yang tambang hanya rm1, kl nampak van putih boleh la tahan ye...menarik guna pengangkutan ni.

Tempat menarik biasa...sama mcm yang semua org pernah pegi tapi kami pergi satu lg tempat yg saya rasa jarang org pegi. Musium islam di bandar kuching, amat menarik banyak peninggalan islam di sana dan barang2 tersebut adalah asli yang didapati di pelusuk dunia sejak kurun ke 7. DIsini juga ada penyambungan sejarah berkenaan perjumpaan batu bersurat di terengganu..sambungan ceritanya ada disni...sape nak tau datang la ke musium ini.

Itu je perkongsian saya, selamat bercuti ke kuching, sarawak kepada anda semua
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 10:25 AM | Show all posts
adeqqq replied at 28-4-2016 09:44 AM
Saya baru balik dr kuching awal bulan ni bercuti berdua ngn kakak angkat saya, bagi saya kuching ama ...

menarik..........nk g bulan 5 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 05:08 PM | Show all posts
adeqqq replied at 28-4-2016 09:44 AM
Saya baru balik dr kuching awal bulan ni bercuti berdua ngn kakak angkat saya, bagi saya kuching ama ...

waaa menariklah style pcutian ni.
1 pcutian, 2 citarasa.

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 07:30 AM | Show all posts
agak2 pilihanraya jatuh 14 mei ka....flight tetiba bertukar jadi besau ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:12 AM | Show all posts
smartheartku replied at 5-5-2016 07:30 AM
agak2 pilihanraya jatuh 14 mei ka....flight tetiba bertukar jadi besau ni

apa pulak 14hb Mei..............dah habis tu.
kami mengundi hari sabtu 7hb ni.

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 09:17 AM | Show all posts
dee556 replied at 5-5-2016 08:12 AM
apa pulak 14hb Mei..............dah habis tu.
kami mengundi hari sabtu 7hb ni.

oh baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 10:37 AM | Show all posts
Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

Saya rancang nak ke Kuching 14-16 April 2016 yang lepas.
Tiket dapat RM18 seorang pergi balik. Beli sejak bulan 2 Tahun 2015

Semua persiapan dan 100% siap.
Thread Kuching pun dah beberapa kali habis baca. Siap taip note semua.
Hotel pun dah bayar dan deposit kereta pun dah bayar.
Tiket river cruise pun dah beli via Groupon.
TIket bas ke KLIA2 pun dah standby seminggu awal tarikh.
Beg pun dah stand by. Siap belikan cabin luggage baru untuk adik2.

Semuanya.
Tunggu hari dan waktu sahaja. Begitu teruja kami 4 beradik untuk
ke Sarawak buat pertama kali.

Tapi kita hanya manusia yang mampu merancang.
Allah juga sebaik-baik perancangan.
Ayah yang kami kasihi meninggal dunia secara mengejut pada 9 April 2016.
Satu minggu sebelum kami ke Kuching.
SYukur sangat . Hikmahnya, waktu kami masih bersama-sama, ayah pergi.
Andai waktu itu kami sedang berada di Kuching.
Tak dapat nak bayang perasaan.

InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih, kami akan rancang semula dan jejakkan kaki
juga ke Negeri Sarawak.

Al-Fatihah buat Ayahanda yang di kasihi.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2016 03:13 PM | Show all posts
drivethru replied at 29-4-2015 09:40 AM
X plan nk pegi mane2 pun. Cuma lepak kat kuching city jer. Tujuan ke kuching nk survey semua brand ...

ko dah survey ke kek lapis tu?
so far aku suko yg mira punya. dayang salhah dah makin kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 03:13 PM | Show all posts
tediber replied at 5-5-2016 10:37 AM
Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

Saya rancang nak ke Kuching 14-16 April 2016 yang lepas.

innalillah. Al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 09:35 AM | Show all posts
tediber replied at 5-5-2016 10:37 AM
Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

Saya rancang nak ke Kuching 14-16 April 2016 yang lepas.

takziah yer. semoga rohnya ditempatkan bersama hambanya yang soleh
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 10:43 AM | Show all posts
Edited by smartheartku at 17-5-2016 10:48 AM

Baru pulang dari kuching 14-16 Mei 2016.

Ingat nk tidur 1 malam di santubung tapi tak jd sbb tiket flight ditukarkan ke tengahhari. Mmg tak sempat nk berkejar ke airport.

Sewa teksi RM420 termasuk tiket SVC. Mula2 bagitahu RM300 all in termasuk tiket te SVC. Last2 kena bayar sendiri tiket SVC. Lain kali sapa yang nk sewa teksi bgtahu harga teksi sahaja tiket bayar sendiri. Tapi takpala redha jela sbb pergi juga ke fairy cave dan wind cave. Teramat suka dengan fairy cave. Panjat tangga sampai hujung. Nyaman udara. HUsben yang masuk gua saya tidak berani. Tapi sejuk ja udara situ. Wind cave pon kami pergi sbb kul 945am dah habis ronda serikin. Ada masa pakcik bawa g muzium kuching. Okla buat isi masa sebelum masuk SVC.

Makan satu malam di topspot gerai no. 10. Tawakal sahaja makan situ. Harga RM90 camtu. Udang galah masak lada hitam, midin grg belacan, oyster pancake dan ketam masak telur masin. Ok lah kot harga. Next malam makan di barok. Ayam penyet bakar (sedap ayamnya cuma takda sekali tahu n tempe) set nasi dan udang galah. n beberapa gelas air RM36. Satey daging sedap, ayam kurang sikit. Breakfast las day di warung nusantara. Sedap mee kolok grg. dapat juga makan mee kolok sedap. Sebelum ke serikin makan bf di kopi o corner. Bolehla biasa2 saja.

Pergi pasar satok tapi tidak beli ikan terubuk. Las day baru beli di seberang. Mahal gila. 3 ekor saiz biasa RM45. Next time sampai satok beli jelah tayah tangguh2. Kek pon beli sebiji saja masam manis tu pun sbb org kirim. beli bayak kerepek di serikin mmg sedap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.115915 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list