|
Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)
[Copy link]
|
|
Duduk kat yg panjang 2 tingkat tu, sebab bilik saling sebelah menyebelah dengan sedara mara lain. Masa kat Delima Resort tu jugakla first time kena hujan batu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eiii... tetengah malam buta takkanla manusia biasa nak tunggu seorang diri tepi jalan. Perempuan pulak tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
dari hari tu dok marathon cerita cik nana ni. Best baca. terutama kisah adik beradik cik nana.
Tapi saya tertarik sangat kisah adik cik nana tu,si ateh ye? ape pulak kisah die sekarang? masih lagi berubat ke dia?
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya @ibu_TiJa maksudkan Acik ni, yg 2 kali kena agak teruk tu. Acik sekarang Alhamdulillah, ok. Cuma bulan lepas dia ada mengadu dia nampak kelibat dalam bentuk kain putih terbang di rumah dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum cik nana...
best citer2 cik nana..da sesetengah citer cik nana lebih kurang terjadi pada sy..harap cik nana kekal tabah mengharungi semua nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
W'salam...
Terima kasih sudi singgah sini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Samalah kita, dah 2 tahun lebih masih belum ada rezeki. Takpe, kita teruskan usaha dan amalan. Insya Allah,..
|
|
|
|
|
|
|
|
Seberang Jaya taman apa cik Nana? Aku org local Seberang Perai nie...kot2 ble riki2 umah mana satu,...
|
|
|
|
|
|
|
|
Taman tak ingat taman apa, tapi tak jauh dari kawasan yg ada office SSM.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tenggiri kah??
|
|
|
|
|
|
|
|
aisya pon dulu pernah jugak tak datang bulan selama 5 bulan, lpas tu pergi jumpe bidan, bidan cakap anak yang saya kandung bukan calang2 budak..tak tau la ape maksudnye..die kate, aisya kena jaga betol2 bayi nie sebab ramai yang nak amik die..lepas je urut, malam tu trus keluar darah, esoknye kluar sketul darah merah besar tapak tangan, perut pon beransur kempis, sblum tu perut dah pecah2 mcm mengandung..test pon tak pernah menunjukkn aisya nie tengah mengandung, tapi tanda2 mengandung ada la...sampai sekarang, dah 7 tahun aisya masih menunggu rezeki zuriat dari Nya..In shaa Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang bebetul tak ingat. Cuma ingat kat situ banyak area taman nama ikan. Siakap pun ada kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
ciknana ...xde cite baru keww
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada. Sat noo... dok menaip sikit-sikit kat wordpad ni sambil-sambil buat kerja
|
|
|
|
|
|
|
|
yup...nama ikan...fuhh...selamat..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 22 - Milo Ais Punya Pasal
Zaman uni dulu, aku suka bebenor lepak bilik Sofia dengan Dina. Salah satu sebabnya ialah Sofia terer bancuh Milo. Sedap baq ang ayaq Milo dia. Malam-malam kalau gi bilik diorang ni, kompem ada Milo ais. Memula tu aku pelik jugakla, mana je diorang dapat ais ketul malam-malam. Nak kata dalam bilik ada peti ais, tak jugak. Kalau pergi beli, logiknya ais mana leh tahan lama. Last-last aku korek punya korek, rupanya Sofia, Dina ngan bebudak bilik dia selalu turun ambil ais ketul kat Dewan Makan kolej. Selamba kodok je. Nak ikutkan, Dewan Makan tu selalunya lepas pukul 9 malam dah berkunci. Tapi Sofia ni, entah ilmu apa dia pakai, senang je brader yg kerja Dewan Makan tu bagi kunci pintu belakang kat dia.
Satu malam, macam biasa, aku pun pergi bilik Sofia ngan Dina. Kitorang duduk 1 level je, selang 5 pintu. Sampai je bilik diorang, aku tengok masing-masing dok layan Kuch Kuch Hota Hai untuk kali ke 698. Berangan la masing-masing jadi Anjali tu kan. Sampai aku pun TERpaksa layan jugak cerita tu. Dalam pukul 11 malam lebih, barulah habis sesi melayan angan-angan syok sendiri. Aku pun mulala dok request Milo ais kat Sofia.
Sofia: Aisehmen, ais ketoi tak amek lagi.
Dina: Lewat dah ni, Pia, takkan nak pi amek?
Sofia: Aku haus gak ni. Dah terbayang-bayang rasa Milo ais yg nyaman kat tekak ni. Jomla kita gi amek kejap.
Dina: Kau meh ikut sekali, Nana. Tak cukup korum nak usha line ni.
Masa tu sorang roomate Sofia takde, balik kampung. Selalu memang diorang pergi berempat ke Dewan Makan. Dua orang jadi jaga, tengok keadaan sekeliling. Dua orang lagi ambil ais. Kami berempat pun turunlah ke Dewan Makan. Walaupun dah pukul 11 lebih, suasana kolej masih lagi agak meriah. Almaklumla, spesis student bukan reti tidur awal kan. Masa turun tu, kami cuma nampak seorang student tengah bergayut kat public phone sambil ditemani seorang kawan. Kami menyusup masuk ke bahagian belakang di mana pintu belakang Dewan Makan terletak. Bahagian belakang tu ya ampun, gelap dan sunyi je. First time aku ikut bebudak ni ambik ais. Berani betul deme ni.
Sofia buka pintu belakang dan kami cepat-cepat masuk. Sofia tutup semula pintu. Tak nak bagi mak guard nampak kekdahnya. Lampu pun kami tak bukak. Harap ke torchlight dari handphone Nokia milik Dina je. Aku dan roomate diorang, Atie ditugaskan jaga pintu sementara Sofia dan Dina pergi ambil ais. Aku pun bersandarla kat pintu tu sambil Atie duduk mencangkung kat lantai. Tak lama lepas tu, kami dengar macam bunyi periuk jatuh. Ketangggg! Kuat bunyinya. Atie terlompat bangun.
Atie: Weh, menda tu?
Aku: Periuk jatuh kot...
Obviously itu je la aku jawab. Aku tak nak la pikir yg bukan-bukan ni. 5 minit lepas tu, Sofia dan Dina masih tak muncul-muncul lagi. Ketiak aku dah start menangis ni dok tunggu diorang. Panas kot dalam tu.
Aku: Mana diorang ni...
Atie: Jom kita gi tengok diorang nak?
Aku: Jap, try panggil dulu.
Kami pun try la panggil Sofia dan Dina dengan suara yg lebih kuat sikit dari nada berbisik. Dua tiga kali panggil, takde balasan. Aik, mana pulak dua orang ni? Aku garu-garu kepala. Tengah aku dengan Atie dok termangu-mangu kat situ, tiba-tiba terdengar bunyi periuk jatuh lagi. Ketangggg! Ketang! Ketang!! Macam banyak pulak periuk yg jatuh. Bunyi tak putus-putus. Aku dan Atie berpandangan sesama sendiri. Hati kami mula berasa tak sedap.
Aku: Oi, Pia, Dina? Menda korang lama sangat ni? Buat ABC ke apa?
Kali ni suara aku kuat sikit, meningkah bunyi periuk jatuh. PRANGGG! Kali ni bunyi gelas pecah pulak kedengaran. Aku telan air lur. Dah bala apa pulak ni? Si Atie dah paut lengan aku. Nak tengok kiri kanan pun, tak nampak apa sangat sebab gelap. Dalam aku dan Atie macam kebingungan kat situ, terasa ada angin sejuk lalu di muka aku. Mungkin Atie pun terasa benda yg sama sebab dia terjerit sekejap.
Atie: Nana, Atie rasa tak berapa sedap hati la. Jom kita keluar jom.
Aku bersetuju dengan cadangan Atie. Tapi, aku tak sampai hati nak tinggalkan Sofia ngan Dina. Beberapa saat kemudian, aku nampak samar-samar 2 bayang-bayang berlari ke arah kami. Ada cahaya lampu sikit. Lega hati aku. Sofia dengan Dina.
Dina: Lari, lari! Bukak pintu cepat!!
Dina menjerit panik. Tak banyak soal, aku dan Atie pusing la nak buka pintu. Sekali kami tekan-tekan handle pintu, takleh buka! Alamak! Dengan keadaan panik macam tu, aku tolak pintu dengan bahu sambil terus tekan handle. Atie dah start nangis sambil dia pun try nak tolak pintu.
Aku: Pia, kunci, Pia! Pintu terkunci.
Sofia: Kunci tercicir! Takda kat aku!
Kami pun sama-sama cemas. Bunyi gelas pecah dan periuk jatuh terus kedengaran. Aku tak ada pilihan lain. Aku buka mulut...
"TOLONGGGG!!! TOLONGGGGG!!!"
Dengar je aku menjerit minta tolong, yg lain pun ikut sama menjerit. Kami tumbuk-tumbuk pintu Dewan Makan tu. Dah puas menjerit, pintu belakang tu terbuka. Muka kami disuluh, menyebabkan kami kesilauan.
"Hah, ni buat apa dalam Dewan Makan tengah malam buta ni!?" kedengaran satu suara garang menjerkah. Dah hilang silau barulah kami perasan yg ada mak guard dua orang yg tolong bukakan pintu dari luar. Atie terduduk atas simen, menangis. Sofia terdiam sambil memeluk jag berisi ais. Aku dan Dina masing-masing masih terkedu, terkejut. Mak guard dua orang tu macam faham-faham je keadaan kami. Kami dibawa ke bilik pengawal, diberi air minum. Lama sikit, baru pulih semangat masing-masing.
MG1: Hangpa ni buat apa kat dalam tu?
Dina: Kami pergi ambil ais.
MG2: Kan Dewan Makan tu kunci, camna hangpa buleh masuk?
Sofia: Saya... Saya ada kunci.
MG1: Ish la hangpa ni... bahaya la dok pi belakang tu tengah-tengah malam!
MG2: Kami pun tak berani nak pi ronda sampai belakang tu tau dak?
MG1: Pasai terdengaq hangpa dok menjerit minta tulong la kami pi tengok. Pasaipa yg dok menjerit tu?
Aku: Pintu tak boleh buka tadi, terkunci...
MG1: Mana ada kunci aih. Kami bukak elok ja.
MG1 ngan MG2 dah usha kami lain macam. Kami berempat berpandangan sesama sendiri. Siot... tadi memang tak boleh bukak pun pintu tu. Puas aku ngan Atie tarik-tarik gegor-gegor pintu tu. Hish, nama nak terkena memang gitu ah jadi dia!
MG2: Cuba cerita, apa jadi kat dalam tu.
Sofia: Sebenarnya, kitorang nak gi ambik ais. Saya dengan dia ni (tunjuk kat Dina) gi peti yg simpan ais tu, nak buka pintu dia, macam terlekat. Kitorang pun dok tarik-tarik, last-last terbukak jugak pintu peti tu. Saya pun nak cedok la ais pakai jug saya ni. Tengah saya cedok ais, tetiba je ada tangan pegang tangan saya!
Dina: Dia menjerit la terkejut. Saya suluh kat dalam peti tu, saya nampak ada tangan pucat warna putih terkeluar dari celah ais tu pegang tangan kawan saya. Saya pun menjerit la pastu tarik tangan kawan saya nak lari dari situ.Tarik punya tarik, baru terlepas. Terus kami lari la ke pintu..
MG1: Tangan kena tarik pun dan lagi bawak jugak jug tu nooo...
Kami tergelak. Betul jugak. Dalam takut-takut tu, sempat jugak Sofia bawak lari jug dia.
MG2: Hangpa ni... lain kali jangan la dok pi tang tu malam-malam buta. Mujoqla kami dengaq. Kalau jadi apa-apa, naya!
Sofia: Kenapa takleh gi situ malam-malam, makcik? Ada cerita ke?
MG1: Macam-macam! Kalau nasib 'baik' dapatla nampak Cik Pon ka...
Dina: Haaa... takutnya!
MG1: Ha, tau pun takut! Dah pi balik bilik hangpa. Jangan la dok ulang buat dah dok pi merayap kat area belakang tu malam-malam hari, na? Nak ambik ais ketoi ka apa ka, toksahla.
Menonong kami naik semula ke bilik. Milo ais dah dilupakan. Ais dah menjadi air dah pun. Esoknya empat-empat kami demam. Sofia pulak kena marah dengan brader Dewan Makan sebab tinggal kunci atas peti ais. Brader tu siap tanya pulak macam mana dia masuk tinggal kunci dalam Dewan Makan lepas tu kunci semula pintu. Hahahah. Lu lagi mau tanya ka brader?
Tamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa 'seram' dgn cerita2 ini semua |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik la citer..xkire kt ofis ke kt rmh aku rempit gak thread ni bace smpai abis |
|
|
|
|
|
|
|
seramnyer..brani btol la...nak laaagiii.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|