CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

   Close [Copy link]
Post time 7-5-2016 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tunaluna replied at 7-5-2016 05:07 PM
Seharian aku marathon thread ni..aku sangat suka cerita2 TT,lain daripada yg lain,story telling yang ...

Aku rase sebab ayah dia tak nak Bang Noor jd mangsa korban mat sentul..dia kan org baru kat situ. Kiranya bangkai2 babi tu jd habuan mat sentul utk elakkan dia ganggu pekerja2 kat situ..aku agak je lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2016 12:49 AM | Show all posts
Edited by dammerung at 8-5-2016 11:58 AM

Kisah 18: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - SKVE, 2006

Gara-gara some dude in Chennai buat silap, Megat terpaksa stay-back kat ofis sampai tengah malam. Dia meninggalkan perkarangan parkir ofisnya di Cyberjaya sekitar pukul 1 pagi dan memacu Kancil 660 menuju ke SKVE untuk pulang ke rumah sewa terletak di Bandar Baru Bangi.

Jam menunjukkan pukul 1AM++ ketika exit dari highway Cyberjaya - Puchong. Selalunya time begini adalah tiga, empat kenderaan or at least lori tangki tapi pagi itu hanya Kancilnya yang membelah keheningan lebuhraya SKVE. Kotak rokok Dunhill dikeluarkan dari beg sambil tangannya memutar turun cermin tingkap. Angin malam berdesing sebaik cermin tingkap dibuka dan tombol choke yang membara di lekatkan ke rokok yang dah tergantung di bibir.

Megat memperlahankan kereta. No rush. Besok off-day lagipun. Ketika tengah asyik smoking sambil layan kaset Carburetor Dung, dari jauh dia ternampak kelibat seseorang keluar dari kegelapan malam, melintas jalan yang lengang dan duduk bersila kat tengah-tengah highway.


Aku rasa penerangan Megat agak penting untuk menggambarkan bagaimana surreal kejadian tersebut;

"Bro, out of nowhere mamat tu keluar dari tepi jalan, just muncul tiba-tiba. Ko bayangkan Fizi punya cara jalan, lintas jalan tu dan selambe duduk bersila tengah jalan...ha macam tu lah"

Fizi adalah mutual friend aku dan Megat dan well-known dengan ketinggian 6 kaki lebih, skinny dan gaya jalan perlahan macam karekter kartun Goofy.

Situasi tegang tapi Megat masih dapat mengawal coolnya. Asap rokok berkepul-kepul keluar kerana dihisap pantas berkali-kali. Se cool-cool si Megat, dia masih tak dapat avoid perasaan panik yang menyambar ke seluruh badan macam renjatan elektrik. Kata Megat, ada tiga teori pasal mamat tu dalam kepala otaknya ketika itu;

1) Orang gila/mabuk

2) Mamat tu accident kereta masuk dalam semak dan dalam keadaan shocking dia berjalan keluar dari car wreck

3) Hantu

Yang nombor 3 tu Megat cuba tak fikirkan sangat sebab pertama, seperti urban lejen/folklore, hitchhiker ghost biasanya perempuan dan kedua dia tak nak fikir soal hantu time tu.

Megat semakin menghampiri 'mamat bersila' itu dan dia cuba pretend 'I've seen nothing' dan menekan gas pedal untuk melajukan kenderaan. Lebih kurang 100 meter, orang tu melambai-lambai. Megat pasti lambaian itu adalah kepadanya kerana tiada kenderaan lain kecuali Kancilnya.

Sebaik berselisih, Megat melihat jelas orang itu. For sure, it's a guy, kepalanya tunduk ke bawah dan rambut kusut-masainya menutupi wajah. Kata Megat, dia rasa lega juga sebab at least teori no 3 tu tak betul lah dan boleh relax. Tapi datang pula rasa bersalah pulak. Tak adil nak tinggalkan mamat tu macam tu. What if kalau itu ialah dia dan he's badly need help. Who knows mungkin keretanya kat dalam gaung/parit dan ada orang terperangkap?

Pada masa yang sama dia pernah baca dan dengar cerita pasal kes rompakan/penculikan dengan modus operandi menggunakan pretense accident. Perasaan Megat berperang di antara moral dan common sense. Dia lihat dari rearview mirror dan nampak orang tu merebahkan badan ke jalan, masih dalam posisi bersila. Ok, that's it. Di berhentikan Kancil dan masuk gear R.

Megat keluar dari Kancil yang diberhentikan dalam jarak 5 meter. Walaupun dia tahu that guy might desperately need help, dia masih mengambil semua langkah berhati-hati dan mendekati dengan perlahan. It's almost 3 in the morning, no other drivers on the highway and that 'guy' just appeared out of nowhere. Sempat juga dia melihat keadaan sekeliling dan perasan dekat jalan tiada skid mark, tiada serpihan kenderaan atas jalan, tiada kemek/patah/remuk pada penghadang jalan, basically semua tanda-tanda yang biasa kita lihat jika terjadi kemalangan tak wujud langsung.

Since dia betul-betul belakang orang bersila tu, dia teruskan niat untuk 'membantu';

"B..bbb...bro" tegur Megat tergagap-gagap.

Tiada jawapan.

Megat tegur lagi dan masih tiada jawapan.

Tiba-tiba orang tu bangun tapi bukan berdiri. Badannya tegak dan kedua tangannya di depa ke belakang. Apa yang terjadi seterusnya, kata Megat, dia sendiri pun tak percaya. 'Orang bersila' tu mendongak ke atas dan terus ke belakang sehingga ubun-ubun kepala cecah jalan tar.

Tak kiralah macam mana dia cuba lupakan, wajah orang itu masih segar dalam ingatan Megat macam kejadian tu terjadi semalam (rakaman tahun 2010). Menurut Megat, mukanya pucat kebiru-biruan macam mayat dan kulit berkilat macam porcelain. Paling tak boleh lupa senyumannya itu. Orang tu takda gigi depan dua batang tu dan seperti cuba menyakat, di jelir-jelir lidahnya keluar dari lubang gigi tersebut.

Megat jatuh terduduk. Dia tak boleh bergerak. Tubuh rasa kebas. Hampir seminit juga dia freeze kat situ dengan mata melihat tepat ke sepasang mata bloodshot dan lidah terjelir-jelir. Badan makhluk itu pula bergoyang-goyang seperti menari. Kata Megat, macam ular dah dia tengok. Sensation mula dirasa pada kaki dan di kuis-kuis sehingga berdiri. Megat berlari masuk dalam Kancil.

Dimaki-maki sendirian bila keretanya mati bila dia cuba masuk gear 1 secara tergopoh-gapah. Sebaik Kancilnya bergerak, dia tak tunggu lama untuk masuk gear 2. Kereta kecil ber CC kurang 1000 itu meluncur laju di atas highway yang peliknya masih lengang.

Megat rasa dia seperti nampak something di luar tingkap ketika memecut. Seperti bayang-bayang binatang berkaki empat berlari pantas atas railing penghadang jalan. Semua doa-doa yang dia ingat habis dibacanya. Peluh menitik-nitik dan kemeja lencun dengan peluh. Dia lalu SKVE boleh kata setiap hari dan sangat familiar dengan highway tersebut tapi tak tahu kenapa malam tu macam first time driving kat situ. Megat tak nampak all the familiar sights dan highway lurus je macam takda penghujung.

Megat tak teragak-agak untuk berhenti bila dia nampak beberapa motor parking di tepi tasik. Siapa familiar dengan SKVE mesti tahu tasik besar sebelah tapak MAHA yang orang selalu curi masuk untuk memancing malam-malam buta. Dia mengemudi Kancil masuk ke satu opening dan berlari keluar mencari kaki-kaki pancing untuk bantuan.

Agaknya mat-mat pancing tu ingat Megat polis/security guard bila nampak orang berlari sambil jerit "BANG! BANG!" dan bertaburan lari. Adalah seorang mamat ni badan besar, gaya macam gangster dengan chain besar gedabak kat tangan dan leher, dah ready nak bagi penumbuk kat Megat.

"Bang, bang tolong bang, tolong" kata Megat tercungap-cungap.

"Apa kes lu?" Tanya brader tu sambil tengok Megat atas bawah.

"Saye kena kejar hantu, hantu bang"

Terdiam mat pancing tu. Geng-geng dia yang tadi menyorok semua dah keluar dari persembunyian. Diceritakan pasal penampakan tadi dan dengan Megat macam nak menangis, semua tahu Megat tak buat cerita bohong. Mamat badan besar tadi nasihat Megat lepak dulu dengan diaorang sampai selesai mancing dan kalau Megat masih takut nak balik, diaorang akan teman sampai rumah. Terharu juga lah Megat dengan act of kindness mamat-mamat pancing itu dan dia lepak kat tasik sampai pukul 5 pagi.

Megat thanked the gang dan bagitahu yang dia okey, tak perlu teman. After bidding good byes, Megat tak terus pulang ke rumah tapi pergi ke mamak kat Serdang. Tak ramai orang kat mamak masa tu dan makanan pun takde sebab diaorang tengah bersihkan restoran. Tak kisahlah, Megat just nak tenangkan fikiran dan really want a teh ais. Tengah best layan blues ada sorang mamak datang ke Megat dan bagitahu 'orang' kat seat belakang macam ada problem sebab dari tadi 'melambai-lambai' dari dalam kereta.

Toleh belakang ke kereta yang betul-betul parking depan tangga, Megat nampak 'orang bersila' tadi melepak dalam Kancilnya.

Lepas itu, Megat tunggu sampai betul-betul terang dan terus balik rumah parent kat Ipoh.

Sejak dari itu Megat cuma drive Kancilnya time siang saje. Working hour tak menentu membuatkan dia lagi sanggup naik bas pergi kerja dan kalau balik lewat malam, dia tidur je kat ofis.

Menurut kata Megat, dia share pengalamannya dengan colleagues dan one of them knows someone who has a friend who happened to be acquintance with this dude who like freaky stuffs.

Dia tolak Kancilnya pada this one Chinese uncle yang claim collect 'artifak-artifak berhantu' for the fun of it dengan harga RM 1000.

Megat bersumpah takkan masuk dalam Kancil lagi, he had enough.

Beberapa minggu selepas itu, Megat beli kereta baru, sebuah Perodua Viva.


P/s: Menurut kata Megat, kawasan kejadian ialah simpang masuk Putrajaya. Orang bersila tu betul-betul kat bawah flyover.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 07:11 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 8-5-2016 06:15 AM
dammerung replied at 7-5-2016 11:49 PM
Kisah 18: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - SKVE, 2006

Gara-gara some dude in Chennai buat silap, ...

Jalan cyberjaya puchong tu memang angker...
Banyak berlaku accident kt situ..
Sy ulangalik dr kajang ke tmn equine, kdg2 mlm sampai rumah..kdg2 nampak org berdiri dgn muka berdarah tepi jalan tu...

Mungkin org bersila tu one of the mangsa accident..

Ohh rupanya kt tasik tu ada org memancing mlm2

Note: citer best..semua best dlm thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
adahshinoda82 replied at 7-5-2016 11:54 PM
Aku rase sebab ayah dia tak nak Bang Noor jd mangsa korban mat sentul..dia kan org baru kat situ.  ...

Oh..sebab dia orang baru ke?ingatkan sebab mat sentul tu taste laki remaja/anak hekan ke..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 8-5-2016 12:49 AM
Kisah 18: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - SKVE, 2006

Gara-gara some dude in Chennai buat silap, ...

Damn.aku pun pernah drive tengah2 malam somewhere in serdang dan terserempak makhluk tinggi kurus macam Slenderman.so aku faham sangat perasaan Megat tu.cuma Slenderman tu takdela jelir2 lidah or ikut aku,kalau tak aku dah pengsan kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 11:37 AM | Show all posts
xnyesal aku buka hari2 utk follow cite tt ni..seram xhabis..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2016 06:50 PM | Show all posts
Almost similar experience dgn aku. Nampak org bersila tgh2 jalan kat Jalan Rawang - Genting Higland. Dekat empangan tu.

Aku co-pilot, siap pusing kepala tgk siapa yg hebat sgt bersila tgh jalan.

Dan of course aku tak berhenti. Hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 09:00 AM | Show all posts
cik.zara replied at 4-5-2016 02:53 PM
kat mana ada joai..kat sini kedai buku xbanyak kalau ada pun buku kanak2 novel2 cinta cintun ja..h ...

x sure pulak.
buku ni terbitan utusan.
iols beli pun masa baru keluar.
nampak je terus grab beli.
x sure dia ade buat cetakan kedua or takde.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2016 09:01 AM | Show all posts
miskay replied at 5-5-2016 08:24 AM
kat mana ada jual?
kat MPH ada ka?

aku x sure kat mana ada jual.
aku dulu beli kat kedai mamak je.
saiz2 buku mastika tu.
aku mula2 ingat mastika dan seangkatan.
sekali rupanya koleksi cite seram.
aku beli pastu terus addicted dok tunggu yg kedua ketiga.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 11:05 AM | Show all posts
dammerung replied at 8-5-2016 12:49 AM
Kisah 18: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - SKVE, 2006

Gara-gara some dude in Chennai buat silap, ...

ni flyover yg cntik tu ke? i mean beam tu ada ukiran2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 12:04 PM | Show all posts
Hahahahahaha
Poyo punya Hizam
Dia 'hantu' rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 12:26 PM | Show all posts
best so best and became addicted to this thread!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 01:19 PM | Show all posts
thoyol replied at 8-5-2016 06:50 PM
Almost similar experience dgn aku. Nampak org bersila tgh2 jalan kat Jalan Rawang - Genting Higland. ...

hohoho....apa kes bersila tengah2 jalan..
Diaorng nie salah menuntut ke apa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Awesome storytelling!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 06:58 PM | Show all posts
zameyla replied at 9-5-2016 01:19 PM
hohoho....apa kes bersila tengah2 jalan..
Diaorng nie salah menuntut ke apa...

dia just nak menganggu macam tu. Haha..

Yang aku jumpa, duduk kat tgh jalan, pakai baju pagoda kotor, ada sling bag. Rambut pendek mcm flat top, muka tunduk. Nampak putih kuning macam cina.

Tangan dia plak angkat ke depan sambil goyang-goyang atas bawah. Macam menurun. Itu yang aku pelik tgk.

Tapi part bersial tu, member aku yang tgk sekali dgn aku cakap yang makhluk tue takde kaki, bukannya bersila. Hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo dh ngikot skali dlm kancil tu, mmg main kasar la nmpknye. ingat dh abes kt skve tu, abes la. adehhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2016 08:56 AM | Show all posts
thoyol replied at 9-5-2016 06:58 PM
dia just nak menganggu macam tu. Haha..

Yang aku jumpa, duduk kat tgh jalan, pakai baju pagoda  ...

oooooo....maknanya bukan duduk bersila dan memang tadak kaki...scary sgt aihh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 09:30 AM | Show all posts
dammerung replied at 8-5-2016 12:49 AM
Kisah 18: Seleksi Cerita Pendek Terpilih - SKVE, 2006

Gara-gara some dude in Chennai buat silap, ...

mokcun pernah lalu la jugak skve hala ke bandar baru bangi ni malam2
nasib baik tak jumpa apa2...

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 10:19 AM | Show all posts
Edited by BabeYSHa at 10-5-2016 10:23 AM
MissVixen replied at 7-5-2016 07:55 PM
cuba beli online.
yang ni dekat mph.
kalau buku cover dulu, cuba beli dekat kedai buku 2nd hand ...

Singapore Ghost Stories memang terbaek ahh...walau citer dia pendek2 jer.. Tapi memang leh wat kita toleh kiri kanan.. Haku tak beli tapi pinjam kat Public library jer.. Huhu... Baru2 haku tgok gak kat POPULAR kot2 ada.. tapi tkdak plak.. Yang ada.. UK Ghost Story ngan Japan kot... Dia campo2 ngan komik dan cerita pendek.. ada gak kuiz.. Leh tahan yang lukis komik tue pun.. angker kot.. Hahaha..  Nanti nk gi ushar kat POPULAR lagi.. nak sambar citer seram negara lain plak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 11:13 AM | Show all posts
Bro Dammerung....

Memang terbaik lah semua kisah2 kau ni... dari segi nilai, kualiti, gaya penulisan, gaya penceritaan, semua menarik... teruskan lah... teruskan dapatkan lagi kisah2 hantu (kisah benar)... aku pun pernah alami sikit.. kat hotel kekeke... ada post dlm mps ni juga dulu...  

Dari kesemua cerita, aku bagi ranking:
1) cerita Rishi tu memang terbaik lah...
2) second aku bagi kpd cerita zuzu_amelina tu (sebab dia punya detail & unexpected twist) , dan..
3) ketiga aku bagi kpd cerita rumah kuarters banglo tu...

Honestly, aku rasa kau boleh jadi penulis cerita hantu/seram/paranormal... boleh dapat anugerah "The Next Tamar Jalis" (if there is such award, I'd vote for you).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.168406 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list