CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
 Author| Post time 31-5-2021 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 31-5-2021 08:52 AM

Pekan Misteri Di Tengah Gurun

Nama aku Rick Martinez dan suatu ketika dulu, aku merupakan seorang pemandu trak.  Peristiwa ini terjadi  30 tahun yang lalu, dan kini aku sudahpun berusia 62 tahun.  Tapi apa yang aku alami ni masih segar di ingatan aku seolah-olah ianya baru berlaku semalam.

Sepanjang aku berada di jalanan ni banyak dah peristiwa suka, duka, pelik yang aku alami. Tapi ramai yang tak percaya dengan pengalaman pelik aku.  Berkali-kali jugak aku kongsi pengalaman aku ni dengan orang lain, tapi takde yang nak percaya.  Malahan aku dituduh tengah penat atau tengah khayal hisap dadah sampai ternampak benda yang bukan-bukan.  

Cerita ni bermula di Stockton, California di mana aku diminta untuk mengangkut batang-batang paip ke Salt Lake City, Utah.  Sepatutnya aku kena berhenti di sebuah hentian trak di Barstow, California untuk mengisi minyak, tetapi di pertengahan jalan, aku lihat meter minyak aku dah nak kosong.  Nasib baiklah untuk trip kali ni, penyelia aku ikut sekali tapi dia naik kenderaan lain, jadi aku pun maklumkan pada dia melalui radio tentang tangki minyak aku ni.  Penyelia aku arahkan aku untuk berhenti je mana-mana tempat yang boleh letak trak aku ni, nanti dia akan isi tangki trak aku dengan minyak yang dia bawa.

Masa ni, aku dah kira-kira 100 batu memasuki kawasan gurun Nevada.  Hanya gurun kering di kiri kanan aku seluas-luas mata memandang.  Matahari semakin melabuhkan tirainya, dari tempat duduk pemandu ni aku nampak dari kejauhan ada pekan-pekan di tengah gurun baru nak buka lampu.  Meter minyak makin menghampiri tanda ‘E’, aku ternampak ada satu simpang masuk ke kanan di hadapan aku tanda adanya pekan kecil berhampiran, jadi aku pun masuklah ke situ.  

Aku pun hubungi penyelia aku, rupanya penyelia aku jauh lagi kira-kira sejam perjalanan jaraknya dari aku.  Aku berikan dia tunjuk arah destinasi aku sekarang.  Pada zaman ni memang telefon pintar berGPS tak wujud lagi, jadi penyelia aku ni betul-betul bergantung pada tunjuk arah aku je sekarang ni.  Penyelia aku arahkan aku jangan ke mana-mana, tunggu je dia datang dengan bekalan minyak simpanan dia.

Jadi aku pun duduk jelah dalam trak tu sambil memerhatikan keadaan pekan tempat aku berhenti ni.  Pekan ni nampak suram je walaupun ada lampu jalan.  Aku tak boleh bukak radio sebab aku kena matikan enjin untuk jimat minyak, jadi aku pun duduklah seorang diri dalam trak melayan kesunyian malam tu.  Dari pemerhatian aku, aku perasan ada banyak tapak pembinaan yang masih belum siap di situ. Dari rekabentuknya nampak macam nak buat tapak letak trailer di kanan aku.  Di sebelah kiri aku, kira-kira satu blok jaraknya, ada gereja.  Aku lupa nak cakap, masa ni dah pukul 2pagi.  Di hadapan aku pula, ada seekor arnab liar tengah melompat-lompat, cari makan agaknya. Tapi yang peliknya, arnab tu melompat-lompat, berhenti kemudian memandang ke arah aku.  Beberapa kali lah jugak arnah tu buat macam tu, macam tak takut dengan kehadiran manusia dan trak besar ni.




Duduk sorang-sorang dalam trak pagi-pagi buta ni buat aku kelaparan la pulak, jadi aku pun keluarlah dari trak tu.  Aku bercadang nak berjalan menuju ke deretan bangunan gereja tu, kot-kotlah ada kedai 24jam.  Semasa aku berjalan dari trak menuju ke bangunan gereja tu, aku terdengar bunyi anjing melolong macam dalam kesakitan.  Apabila aku melintasi bangunan gereja tu, aku terperasan yang pintu gereja tu dah terbuka luas.  Aku turut terdengar bunyi tepukan seolah-olah ada khutbah dalam gereja tu, tapi bila aku tengok dalam gereja tu, cuma ada seorang lelaki berkulit putih kurus kering tengah membaca Bible.  Bacaan dia agak kuat, sampai aku terdengar yang dia tengah membaca tentang Neraka.  Aku dah rasa agak pelik di situ jadi aku pun laju-lajulah jalan melintasi gereja itu.

Bila aku lepas je dari gereja tu, aku terdengar bunyi tepukan tadi, dan berselang dengan bunyi lolongan anjing tu. Bersebelahan dengan gereja tu rupa-rupanya adalah deretan rumah-rumah kosong seolah-olah telah ditinggalkan, dan jalan yang aku lalu tu semakin menaik.  Dari bawah aku nampak ada satu bangunan bercahaya.  Nasib baik jangkaan aku tepat, pekan ni memang ada kedai 24 jam.

Sepanjang aku berjalan mendaki jalan yang membukit tu, anjing tu tak berhenti-henti melolong.  Akhirnya aku sampai jugak ke kedai tu.  Walaupun bangunan lain gelap takde orang, tapi kedai ni terang-benderang, habis semua lampu dipasang.  Aku pun masuklah ke dalam. Ada seorang wanita tua bercermin mata sedang membaca buku, tapi dia seolah-olah tak perasan dengan kehadiran aku.  Kedai ni pun kecik je, dan tak banyak benda dijual dalam kedai ni.  Adalah sikit makanan dalam tin, keropok kentang dan air mineral dalam peti sejuk kecil di kedai itu.  Sebab dah takde pilihan lain, aku pun beli jelah keropok kentang dan air mineral.  Aku saja berbual kecil dengan makcik jaga kedai tu, ni je ke makcik barang dalam kedai ni? Mane pegi orang lain, sunyi je pekan ni?  Makcik tu cakap, ramai yang dah pindah dari pekan ni dan kerja-kerja pembinaan tu dah mula dari 6 bulan lepas lagi dah. Tu je. Aku tanya lain makcik tu jawab lain, jadi aku pun bayar jelah dan balik ke trak aku.

Sepanjang aku jalan kaki nak balik tu, anjing tu asyik melolong je. Entah apa kenalah dengan anjing tu agaknya.  Semakin aku hampiri gereja tadi, aku dapat tangkap dari arah mana lolongan anjing tu.  Rupa-rupanya ia datang dari sebuah rumah di lorong belakang gereja tu.  Rumah tu je yang bercahaya tanda ada orang, tapi rumah tu dikeliling pagar setinggi 5 kaki.  

Aku cuba menginjak kaki, mengintai keadaan anjing tu dari atas pagar.  Terkejut beruk aku, bila aku nampak seorang lelaki hanya berseluar dalam dengan lehernya terikat sedang merangkak di laman belakang rumah itu.  Perlakuannya persis seekor anjing.  Rupa-rupanya bunyi lolongan itu datang dari lelaki itu.  Bulu romaku merinding apabila seorang lelaki membuka pintu belakang rumah itu dengan kasar dan terus menendang lelaki yang sedang merangkak tadi. “Oi senyaplah! Memekak je malam-malam ni!”, lelaki itu terus memarahi lelaki yang sedang merangkak tadi.  Macam marah anjing peliharaan sendiri.  Lelaki yang merangkak itu terus menikus dan berlari masuk ke kandangnya.

Aku betul-betul terkejut dan macam tak percaya dengan apa yang aku lihat ni.  Bila tuan ‘anjing’ tu masuk rumah, aku terus berlari balik menuju ke trak aku.  Pintu gereja tadi masih terbuka luas, gereja tu dah gelap dan lampunya dah dipadamkan, tapi aku masih terdengar bunyi tepukan bergema dari dalam gereja tu.  Apa lagi lari tak cukup tanahlah aku.

Aku terus masuk dalam trak, kunci diri aku dalam trak tu, dan terus hubungi penyelia aku.  Aku cerita kat dia apa yang aku nampak, dan aku gesa dia cepatlah datang sini.  Penyelia aku suruh aku bertenang, dan dia tanya aku tadi masuk simpang mana. Aku pun cakaplah simpang A, boleh pulak dia cakap dia baru terlepas simpang tu tadi dan dia nak kena patah balik.  

Jadi duduklah aku dalam trak tu dalam keadaan jantung berdebar-debar menantikan kehadiran penyelia aku. Arnab liar tadi masih melompat-lompat di depan trak aku ni.  Apabila ianya tiba-tiba berhenti melompat dan merenung tepat ke arah aku.  Aku tak tipu bila aku cakap ni, tapi aku terdengar ada seseorang bercakap pada aku. ‘Berambus dari tempat ni’.  Tapi bila aku pandang kiri kanan memang tak ada orang, kat situ cuma ada aku dan arnab liar tu je.

Dalam 5 minitlah jugak aku menunggu dengan peluh jantannya, akhirnya aku menarik nafas lega bila nampak kereta penyelia aku.  Aku terus cerita kat dia apa yang terjadi dari awal sampai akhir, tapi dia hanya mengetawakan aku. Siap cakap lepas ni nak suruh aku buat ujian air kencing nak tengok aku ni ada ambil dadah ke.  Malam tu aku enggan nak singgah mana-mana, sebaliknya aku terus memandu nak keluar dari tempat tu.

Walaupun cerita aku ni tak masuk akal, aku bersumpah kisah ni memang betul-betul berlaku pada aku.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2021 10:35 AM | Show all posts
Untuk hiatus I kali ni, I nk translate 2-3 kisah pasal pekan-pekan misteri di USA.  Thank you sebab sudi menunggu update I kali ni

Mana Pegi Semua Orang

Bertahun-tahun yang lalu, masa ni GPS memang benda rare orang jarang ada, aku dan 2 orang kawan baik aku bercadang nak pegi ke Snowshoe, West Virginia untuk naik basikal.  Snowshoe ni adalah sebuah taman khas untuk penunggang basikal lasak macam kitorang ni.



Sebab kami ni anak muda yang sukakan cabaran, jadi kami pergi ke taman tu hanya berpandukan sebuah peta lama.  Sejujurnya memang kitorang tak pernah pegi ke tempat tu, dan kami tau tempat ni pun dari kawan-kawan lain yang sama minat dengan kami.  Pusing punya pusing, entah macam mane kami boleh pulak sampai ke satu pekan kecil ni.  Kami pun singgah sebentar ke pekan tu sebab nak tanya arah ke Snowshoe.  Tapi, yang menghairankan kami, pekan tu kosong langsung takde orang.

Jam baru menunjukkan pukul 9 ke 10 pagi.  Jadi kami bertiga pun berpecahlah cuba nak cari penduduk pekan tu.  Aku jumpa pejabat pos, kosong takde orang. Kawan aku sorg ni jumpa bar, bar tu pintunya tak berkunci, dari luar kedengaran bunyi muzik tapi bila kawan aku tu masuk, pun sama takde manusia langsung.  Kami berjalan dari satu kedai ke kedai, dalam 25 minit jugaklah apabila sorang lagi kawan aku tadi akhirnya terjumpa seorang lelaki tua tengah berjalan seorang diri di tengah-tengah pekan tu.

Soalan pertama yang kami tanya pada orang tua tu bukannya arah ke Snowshoe, tapi mana pegi semua orang dalam pekan ni?  Lelaki tua tu dengan selamba jawab, 'agaknya orang yang tinggal kat pekan ni jenis bangun tengahari kot'.  Kami pun tanyalah arah ke Snowshow, lelaki tua tu suruh kami keluar balik ikut jalan tadi, dalam 10batu nanti belok kanan masuk ikut jalan lebuhraya.  Kami cepat-cepat beredar dari tempat tu, kami bertiga rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan orang tua dan pekan ni.

Dalam 5 batu perjalanan kami menuju ke lebuhraya tadi, kami terserempak pulak dengan seorang pegawai lalu lintas wanita yang sedang memegang papan tanda Stop/Slow.  Padahal jalan tu lurus je, langsung takde kereta kecuali kereta kami. Dari kejauhan kami nampak pegawai lalu lintas tu tunjuk tanda Slow, tapi makin kami mendekati, perlahan-lahan juga dia memutarkan papan tanda itu kepada Stop.  Kami ni pun berhentilah.



Kami pun tanya pada wanita tu, eh kenapa tiba-tiba berhentikan kami. Perempuan tu cakap, kat depan tu ada jalan raya sedang diperbaiki.  Kami pun ajaklah perempuan tu bersembang, kami pun ceritalah yang tadi kami jumpa pekan kosong takde orang.  Perempuan tu hanya ketawa dan dia pun cakap jugak, penduduk pekan tu memang pelik sikit.  Sembang punya sembang, eh sampai 45 minit jugaklah kami di situ. Tapi sepanjang 45 minit tu aku perasan takde satu kenderaan pun yang datang dari depan ke belakang kami ke.

Akhirnya, perempuan itu pun 'lepaskan' kami, yelah dah lama sangat kitorang menunggu ni.  Tapi yang menghairankan kami adalah takde pun kerja-kerja pembaikan jalan.  Kalau orang tua tadi kata 10 batu masuk kanan kan, tapi sebenarnya kami kene memandu kira-kira 30 batu baru nampak simpang masuk lebuhraya tu. Dan sepanjang-panjang 30 batu tu pun jalan tu elok je takde kerja-kerja apa pun, batu berlonggok tepi jalan pun takde.

Bila dah jadi macam tu, aku dan kawan-kawan aku berbincang dan akhirnya memutuskan ah kita balik rumah jelah.  Baru-baru ni kawan aku sorang tu kawen, jadi kami pun pergilah kenduri kawen dia.  Bila bersembang-sembang tu kami mengimbau kenangan lama, masa nilah baru aku tau yang kawan-kawan aku pun ingat lagi kejadian di pekan pelik tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2021 10:58 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 31-5-2021 11:07 AM

Kenapa Halau Aku?

Kejadian ni berlaku kira-kira 2 tahun yang lalu. Masa tu aku sedang memandu dari Dallas ke Tuscaloosa bersama-sama 2 orang rakan aku.  Kami bertolak selepas tengah malam.  Jam dah menunjukkan pukul 4 pagi, 2 orang kawan aku tadi dah berdengkur, aku tengok tangki minyak aku dah tinggal suku je lagi ni.  Aku agak-agak minyak aku boleh bertahan kira-kira 100 batu lagi, tapi bila tengok kat GPS pekan paling dekat kira-kira 95batu dari lokasi aku sekarang.  Aku dah agak risau cukup ke tak minyak aku ni ?



Tapi aku terpaksa jugak teruskan pemanduan ni, apabila akhirnya aku terjumpa sebuah pekan kecil di tepi jalan.  Eh pekan ni takde pun dalam peta GPS? Memandangkan keadaan dah mendesak jadi aku pun singgahlah ke stesen minyak di pekan tu. Aku pun masuk ke dalam stesen minyak dan menghulurkan duit USD50, nak isi penuh.  Pekerja kaunter itu adalah seorang lelaki berkulit hitam yang tinggi dan sangat kurus.  Tingginya aku dalam dalam 6 kaki 5 inci, dan kurusnya macam tulang dibalut dengan kulit je.  Kurus sangat sampai cengkung mukanya.

Dia perhatikan aku atas bawah, pastu dia tengok-tengok pulak keadaan di luar kedai stesyen tu.  Dia pulangkan balik not USD50 yg aku kasi tu, pastu dia cakap kat aku,'saya nampak awak ni macam budak baik.  Tapi kamu tak sepatutnya ada kat sini di waktu macam ni dengan rupa kamu macam ni.  Kamu pakai balik topi kamu tu, kamu pergilah cari minyak kat tempat lain'.  Aku seorang lelaki kulit putih jadi aku pun agak terasalah jugak bila pekerja kaunter tu cakap macam tu.

Aku cuba terangkan pada dia yang aku ni betul-betul tak cukup minyak ni. Tu yang aku pun terpaksa singgah ke pekan ni, aku pun tak pernah tau pekan ni wujud. Pekerja kaunter itu hanya menjawab, 'ye, tempat ni memang sepatutnya takde orang tau.  Mcm ni lah, kat luar tu ada 2 bekas minyak.  Kamu ambil jelah minyak tu.  Tapi jangan isi kat sini, kamu keluar dulu dari sini, dalam 15 ke 20 batu ke baru kamu isi minyak kamu tu.  Tapi, tolonglah, kamu kena keluar dari tempat ni sekarang jugak'.

Masa tu aku malas nak tanya apa lagi dah, aku terus ambil 2 tong minyak yang dimaksudkan tu, dan terus memandu keluar dari situ. Kawan aku masih berdengkur lagi.  Nasib baiklah dengan 2 tong minyak tu aku dapat tampung pemanduan aku sampai ke bandar terdekat tadi.

Dalam perjalanan balik ke Dallas, aku ambil keputusan nak balik belah siang.  Aku bawak sekali tong minyak kosong dengan niat nak pulangkan balik tong tu kepada stesyen minyak yang aku jumpa tu. Tapi, malangnya aku tak jumpa pun pekan tu. Macam pekan tu tiba-tiba ghaib macam tu sahaja.

Sehingga ke hari ni, aku taknak dah singgah di mana-mana tempat yang takde dalam peta GPS aku.  Aku pun tak tau pekan apa yang aku pergi malam tu, dan kenapa orang tu beriya-iya halau aku siap kasi aku minyak percuma lagi tu, tapi aku dapat rasakan sebenarnya dia cuba nak selamatkan aku dari sesuatu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 31-5-2021 12:12 AM
Hi korang sorry I lambat update. Insya Allah pkp3.0 ni I akan cuba update byk2 ye.

Thank you pada ...

Yess..please....update byk2... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik TT
aku memang x pernah miss masuk benang ko ni nak baca kot2 ada update..hihihi
TQ TT.. nanti update lagi ok
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq TT.. ioollss salah seorg peminat thread TT ni.. teruskan update ya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2021 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 31-5-2021 10:58 AM
Kenapa Halau Aku?

Kejadian ni berlaku kira-kira 2 tahun yang lalu. Masa tu aku sedang memandu da ...

Thank you TT, sbb story TT iols sanggup register redit. Tp tak leh feel mcm story bahasa melayu haha.  + selalu je ada update. Baru tak boring masa pkp ni.

Harap thread 1 lg nak masuk 2 bulan dah tak update episode seram tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2021 06:44 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 5-6-2021 02:46 PM

Lumba Haram Di Namibia

Aku dibesarkan di Cape Town, Afrika Selatan.  Ayah aku mengusahakan perniagaan sewa jip 4x4 kepada pelancong yang ingin menerokai kawasan pedalaman Afrika.  Jip 4x4 ni tahan lasak dan jarang rosak, kecuali sekali ni je semasa aku berusia 16 tahun.  Jip ayah aku ni rosak di Namibia, kalau dari tempat aku kena memandu kira-kira 20 jam la jugak nak ke lokasi trak ayah aku yang rosak tu.

Kebetulan pulak waktu tu tengah cuti sekolah, ayah aku pun ajaklah aku untuk ikut dia sekali ke Namibia untuk tunda jip rosak tu. Aku sangat teruja nak ikut ayah aku sebab aku tak pernah merasai pengalaman ‘roadtrip’ jadi aku pun bersetujulah.  Perjalanan kami ke lokasi jip rosak tu berjalan dengan lancar sekali.  Cuma masa nak balik tu dah agak lewat, dan ayah aku tetap jugak nak balik malam-malam tu. Rindu kat mak aku agaknya.

Aku selalu jugak terdengar orang bercerita tentang keangkeran Namibia, tapi dalam fikiran aku ah itu semua hanya khayalan sahaja, mana mungkin hantu wujud di zaman moden ni.  Sedar tak sedar, jam dah menunjukkan pukul 2.30 pagi, aku tengah lena tidur di tempat duduk penumpang apabila ayah aku tiba-tiba menyenggol bahu aku dengan sikunya.  Dengan suara yang agak gementar, ayah aku menyuruh aku, ‘kau cuba tengok kat cermin belakang tu. Kau nampak apa?’.  Yang aku nampak adalah 2 cahaya lampu sorot yang agak kelam sedang mengekori penunda kami.  

Ayah aku kata dia terperasan lampu tu dah ikut kami dari tadi, dia sengaja suruh aku tengok sekali sebab dia nak pastikan yang dia bukan berkhayal. Aku memandang sekeliling dan baru aku perasan yang kami ni berada di sebuah jalan yang tiada kenderaan langsung.  Suasana sekeliling gelap gelita,  yang aku perasan kiri kanan berbukit-bukau dan ditumbuhi pokok-pokok kering yang tidak berdaun.  Memang suasananya agak menyeramkan pada ketika itu.

Aku tanya ayah aku di mana lokasi kami sekarang ni, tapi ayah aku pun tak tahu. Ayah aku kata dia cuma ikut GPS dalam penunda kami, bila aku tengok GPS tu pun bandar terdekat pun dah 300km jauhnya dari lokasi kami ni.  “Kau cuba tengok ni”, ayah aku mengarah aku untuk memerhatikan 2 biji lampu tadi.  Ayah aku dengan sengajanya memandu ke arah bertentangan, dan 2 lampu tadi pun ikut sekali jugak.  Kemudian ayah aku memandu secara zig zag, dan lampu tadi pun ikut jugak pergerakan penunda kami seolah-olah ianya macam terikat dengan kami.

Aku tanya ayah aku ape benda tu, sebab aku memang tak nampak apa langsung di belakang penunda kami kecuali 2 cahaya tu, ayah aku cakap tu agaknya trak kot.  Bukan sesuatu yang menghairankan kalau trak-trak pengangkut barang melalui jalan di waktu malam sebab kurang trafik, tapi trak di belakang kami ni lain macam sikit. Ayah aku cuma risau ni trak penjenayah je.

Aku cakap kat ayah aku, biarlah trak belakang ni potong kenderaan kami, jadi ayah aku perlahankan penunda sehingga 60 km/j dan bergerak ke tepi jalan sikit.  Tapi trak belakang kami pun ikut perlahan jugak.  Ayah aku pun beransur-ansur dari 60km/j ke 40km/j sampailah ke kelajuan terendah 20km/j tapi trak belakang ayah aku ni enggan potong kami…

Ayah aku kekal di kelajuan 20km/j sampai berbunyi-bunyi gear penunda ayah aku ni, dan akhirnya trak tu pun mulalah meninggikan kelajuannya untuk memotong kami.  Sebenarnya jalan yang kami lalui ni berbukit-bukau dan tak sesuai untuk kenderaan potong-memotong, cuma malam tu memang cuma ada penunda ayah aku dan trak belakang kami je. Walaupun kami dah beri peluang pada trak tu untuk potong kami, tapi trak tu macam sengaja je potong kami dengan lembabnya macam jalan tu bapak dia yang punya.

Sehingga pada satu saat tu, kedudukan trak tu betul-betul bersebelahan dengan kami.  Trak tu rupanya trak pembawa kereta yang ada 2 tingkat tu, tapi trak ni dililiti rantai-rantai besi yang mengeluarkan bunyi kling, kling apabila ianya bergerak.  Trak ni pun macam dah buruk berkarat-karat, besi tingkatnya pun dah bengkok-bengkok, dengan fabrik pelitupnya dah koyak sana-sini dan berterbangan ditiup angin.  Tapi yang paling menakutkan, di bahagian kabin pemandu trak tu kosong gelap gelita tiada pemandu!  


Trak itu seolah-olah enggan memotong kami, sebaliknya ia hanya mengekalkan kelajuan di jalan sebelah kami. Aku rasa ayah aku pun perasan yang trak tu takde pemandu, tapi ayah aku terus fokus ke hadapan sahaja.  Ayah aku dah tak sabar dan akhirnya ayah aku memecut cuba meninggalkan trak berhantu tu.  Aku tengok sekali lagi bahagian pemandu trak buruk tu, ye memang sah takde orang.  Penunda ayah aku dah berjaya berada di depan trak berhantu tu, tapi mata aku tak lepas dari memandang trak berhantu tu melalui cermin sisi penunda kami.  Aku perhatikan yang lampu trak itu makin lama makin kelam, tapi ianya masih tetap mengekori kami.  Yang aku perasan, bila ayah aku makin laju, trak tu pun ikut laju jugak.  Lampu trak itu akhirnya semakin kelam sehingga tinggal kerlipan sahaja tapi ianya masih mengekori kami.

Aku dah tak silap lagi,aku dan ayah sedang berhadapan dengan sesuatu yang paranormal. Kami sudah berada di lereng bukit, di hadapan kami adalah sebuah selekoh tajam.  Kalau ayah silap sikit, kami boleh terbabas jadi ayah nak tak nak terpaksa memperlahankan kenderaannya untuk membelok.  Trak di belakang kami tadi tidak membelok, sebaliknya ia terus bergerak lurus dan terbabas jatuh ke gaung. Aku dan ayah aku hanya mendengar sahaja bunyi trak itu jatuh merempuh pokok dan batu-bata di lereng bukit itu. Aku memandang ke belakang, dan aku nampak lampu trak itu akhirnya terpadam sendiri di dasar bukit.  Tapi ayah terus meneruskan pemanduannya meninggalkan trak itu.

Tak berapa lama kemudian, kami jumpa sebuah hentian kenderaan di tepi lebuh raya, ayah aku ambil keputusan untuk tidur dulu kat situ.  Esok paginya, sebelum kembali ke Cape Town, ayah aku patah balik ke selekoh tajam semalam sebab ayah aku rasa bersalah la pulak. Entah-entah trak semalam tu ada orang kot. Kita mengantuk sangat semalam, kata ayah aku. Tapi, macam yang aku jangkakan, takde pun trak jatuh kat situ. Kesan trak terbabas pun  tak ada. Kami pun memandu pulang ke Cape Town dan sepanjang perjalanan tu kami berdua langsung tak bersembang.  Syukurlah itu kali pertama dan terakhir jip ayah aku rosak di Namibia…



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2021 03:44 PM | Show all posts
Pengalaman di Tulsa Fairgrounds

Aku pernah bekerja di Tulsa Fairgrounds sebagai penganalisis tunai.  Tulsa Fairground ni merupakan sebuah tapak ekspo terbesar di Oklahoma yang menempatkan padang lumba kuda, pavilions, bangsal-bangsal lembu dan kuda serta kawasan padang untuk pertunjukan rodeo.  Tulsa Fairgrounds ni paling terkenal sebab tempat ini adalah lokasi untuk Tulsa State Fair yang dah bermula dari zaman 1800-an lagi.  Di sini, aku banyak menghabiskan masa di bilik simpanan wang yang mana asalnya ia adalah sebuah bangunan milik tentera.  Bangunan ni dah dibina tak silap aku tahun 1910, dikatakan pernah berlaku beberapa kematian di bangunan ni, tapi bangunan ni tidak pernah dirobohkan sebab ianya dibina dengan sangat kukuh sebagai persediaan peperangan, dan ia juga telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah.  Bangunan ni memang sangat besar dan bukan saja ada bilik kebal tempat simpan wang tunai, tapi boleh letak trak, jadi tempat katering sediakan makanan dan macam-macam lagilah.  



Kerja aku banyak melibatkan pengiraan wang tunai dalam bilik simpanan tu, jadi banyak kali jugakla aku duduk dalam bilik tu sampai pukul 2-3 pagi seorang diri.  Adalah jugak beberapa orang otai di bangunan aku bekerja tu yang mintak aku berhati-hati, sebab kat bangunan tu ada satu hantu askar yang agak nakal.  Aku bukanlah seorang yang percaya dengan benda-benda tahyul ni, lagipun tak pernah lagilah aku jumpa penampakan hantu askar yang dicakapkan oleh diorang tu, aku anggap mungkin diorang saja je nak takut-takutkan aku je tu.

Sehinggalah, pada suatu malam, aku macam biasa duduk sorang-sorang dalam bilik kebal tu kira duit. Bilik ni agak ke dalam sikit, kena lalu 3 pintu kalis peluru baru boleh masuk, tapi malam tu sejuknya lain macam sikit.  Aku beranggapan mungkin kat luar tu nak hujan kot.  Tapi aku masih rasa tak sedap hati, aku merasakan seolah-olah aku tidak berseorangan malam tu.  Beberapa kali jugak tiba-tiba bulu roma di leherku merinding seolah-olah macam ada orang lalu kat belakang aku.  Aku rasa macam nak naik gila, tapi aku tau memang aku seorang diri dalam bilik tu. Waktu macam nilah pulak aku teringat hantu askar yang rakan sekerja aku asyik cerita tu.  Aku cuba memberanikan diri untuk tegur hantu tu (walaupun aku tak nampak orang lain dalam bilik tu), "Dah, jangan nak ganggu aku. Aku masuk sini nak buat kerja aku je".  Lepas tu aku teruskan dengan kerja aku mengira duit tunai.

Tapi, perasaan diperhatikan itu tidak hilang, sebaliknya ia semakin kuat.  Sampai aku terberhenti mengira duit di tangan, sebab aku boleh rasa ada kepala menjenguk dari bahu kiri aku.  Aku tak berani nak menoleh, sebaliknya aku hanya menundukkan pandangan aku sahaja.  Aku boleh rasa bunyi orang bernafas betul-betul di tepi muka aku, tapi aku buat bodoh je.  Tak cukup dengan itu, rambut aku pulak kene tarik sampai kepala aku ikut sama tertarik ke belakang.  Ah apa lagi, aku pun terus simpan balik duit tunai tu dan cepat-cepat lari keluar dari bilik kebal tu.

Pada keesokan harinya, aku mengadu peristiwa ini kepada bos aku. Bos aku pulak ajak aku untuk tengok CCTV dalam bilik kebal tu. Ada satu CCTV ni memang betul-betul merakam dari sebelah tepi aku.  Rambut aku panjang dan malam tadi aku cuma ikat secara ponytail je. Dari rakaman CCTV tu boleh nampak hujung rambut aku terangkat sendiri, dan ianya seolah-olah sedang dibelai oleh orang halimunan. Tapi yang pasti, dalam rakaman tu memang nampak aku sorang je dalam bilik tu, tak nampak pun kelibat orang yang menarik rambut aku malam tadi.

Rentetan dari peristiwa itu, bos aku akhirnya keluarkan satu polisi, wajib ada minimum 2 orang dalam bilik kebal tu. Tiada siapa yang dibenarkan masuk ke bilik itu berseorangan lagi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2021 04:17 PM | Show all posts
Pelindung Anak & Ibu

Kisah paranormal yang aku nak kongsi ni tak berapa menyeramkan, tapi bagi aku ianya agak menenangkan.

Aku seorang detektif dan aku banyak dapat tugasan untuk menyiasat kes penderaan seksual dan penderaan terhadap kanak-kanak.  Ada satu tengah malam ni, aku dikejutkan dengan 1 laporan kes, dimana seorang wanita muda dan anaknya buat aduan di balai polis tempat aku bekerja untuk melaporkan yang bekas teman lelakinya telah datang menyerang dia di rumah. Mereka berdua ni sedang dalam perbicaraan untuk hak penjagaan anak perempuan mereka. Dari keadaan si ibu, memang sangat teruk sampai aku pun tak tahu macam mana dia boleh datang ke balai polis sendiri untuk buat aduan.  Sepatutnya si ibu ni dah masuk hospital dah sebab dia dah teruk dibelasah oleh bekas teman lelakinya.

Sebagai sebahagian daripada penyiasatan aku, aku perlu menemuduga anak perempuan yang pada masa itu masih dalam 5 ke 6 tahun.  Sememangnya aku dah diberi latihan sebagai penemuduga khas untuk kes forensik kanak-kanak.  Si anak mengaku yang dia nampak si ayah menerajang si ibu di depan matanya, tapi sekejap je, sebab lepas tu tiba-tiba muncullah seorang wanita di hadapan si anak, dan menghadang si anak dari menyaksikan pergaduhan itu.  Si anak tak kenal siapa wanita itu, tapi dia cakap wanita tu baik sangat.  Wanita itu memeluk si anak dan tak henti-henti memujuk si anak, awak akan selamat jangan risau anakku, dan wanita itu menyanyikan sebuah lagu dalam bahasa asing. Kebetulan, pintu rumah tersebut masih terbuka sebab ditendang oleh si bapak, jadi wanita itu keluar dan mengetuk pintu rumah itu.  

Bila aku siasat si ibu pula, si ibu kata teman lelakinya yang tak guna tu dah letak pisau atas leher dia, apabila tiba-tiba dia terdengar bunyi ketukan pintu rumah itu, dan lelaki tak guna itu terus lari begitu sahaja meninggalkan si ibu tanpa apa-apa penjelasan. Si ibu pun tak faham kenapa. Jadi si ibu pun cepat-cepatlah bawak anak tadi naik kereta dan terus ke balai polis.

Si anak tadi jugak cakap, yang selepas dia dan ibu dia naik kereta tinggalkan rumah, wanita yang baik tadi terus terbang pergi.

Suspek jantan tak guna tu berjaya ditangkap tak sampai 8 jam kemudiannya.  Dia mengaku semua perbuatan yang dia buat pada si ibu malam tadi.  Bila aku tanya, betulke sampai letak pisau ke leher si ibu, si suspek dengan selamba menjawab, 'Ye memang betul. Aku memang berniat nak potong leher perempuan tu. Tapi aku dengar ada orang ketuk pintu, aku ingatkan tu polis sebab tu aku lari'.  

Jantan tak guna tu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.  Dan kali terakhir aku jumpa si ibu dan anak, mereka mengucapkan rasa syukur kerana mereka kini selamat dari ancaman jantan tu. Tapi bukan aku yang selamatkan mereka, tapi wanita baik tu lah penyelamat mereka sebenarnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2021 05:18 PM | Show all posts
Pengalaman Menjadi Sukarelawan di New Orleans

Aku ada latarbelakang perubatan, dan aku turut memiliki sijil dalam bidang perubatan tapi aku jarang pakai, cuma aku rajin perbaharui lesen je. Semasa New Orleans dilanda Taufan Katrina, aku terus mendaftarkan sendiri sebagai sukarelawan bagi membantu orang yang kehilangan segala-galanya akibat bencana alam ni.  Tapi, aku bukan ditugaskan untuk membantu orang hidup, sebaliknya kerana latarbelakang aku ni, aku diberi tugasan untuk mencari orang mati pulak.  Tugas aku sebagai sukarelawan adalah selepas air surut, aku kena pegi periksa rumah ke rumah untuk cari mayat-mayat mangsa taufan Katrina, dan kalau ada aku kena pangkah X di luar rumah tu untuk memudahkan pasukan lain bawak keluar mayat tu.



Kalau korang pernah buat operasi mencari mayat ni, mesti korang tau macam mana bau mayat yang terdedah di luar berhari-hari, kadang kala sampai berminggu. Bau macam bangkai, tapi lagi busuk. Sebab mayat tu dah pernah ditenggelami air kemudian terdedah pulak dengan cahaya matahari. Untuk operasi ni aku terpaksa sapu Vicks di lubang hidung untuk elakkan aku dari rasa loya.  Lama kelamaan aku dah terbiasa dengan bau mayat tapi aku masih tak lali lagi, jadi Vicks la penyelamat aku dari nak termuntah.

Aku dan sorang lagi sukarelawan, nama dia Jay, kami akan berjalan dari satu runtuhan rumah ke rumah lain untuk mencari mayat mangsa Katrina. Boleh dikatakan hampir setiap hari kami buat kerja ni, dan mujurlah Jay ni sekepala dengan aku, jadi takdelah rasa tertekan sangat cari mayat ni. Pada suatu hari tu, aku dengan Jay macam biasa buat operasi pencarian kami sehinggalah kami sampai ke satu pondok usang ni.  Aku panggil pondok sebab rekabentuk bangunan ni nampak macam rumah tapi tak macam rumah lain di bekas kawasan kejiranan ni.  Tapi pondok tu memang lain macam sikit sebab auranya yang agak menyeramkan.  Walaupun kawasan perumahan ni pun dah hancur dan banyak rumah yang dah menyembah tanah, tapi kami tak pernah pun rasa berdiri bulu roma macam ni sekali.

Daripada apa yang aku tau, kawasan yang kami pergi pada hari tu asalnya sebuah kawasan kejiranan yang agak terkenal jugak sebab katanya kat situ ramai bomoh yang mengamalkan voo doo.  Aku sebenarnya tak percaya dengan benda khurafat sebab aku ni kan banyak belajar dalam ilmu sains dan perubatan, tapi aku sendiri pun tak tau nak menjelaskan perasaan tak sedap hati yang aku alami bila aku jejak je di kawasan pondok tu.

Benda pertama yang aku dapat bau bila sampai situ adalah bau mayat, ah lagilah perasaan aku rasa meronta taknak masuk ke pondok tu. Tapi selepas itu muncullah pulak bau hapak macam kulat. Yang ni Jay pun perasan, sebab aku nampak muka Jay jadi pucat tak berdarah bila bau hapak tu muncul.  Aku dapat rasakan dia pun rasa seram macam aku tapi masing-masing taknak mengaku je.  Masuk je ke pondok tu, kami nampak di siling pondok tu penuh dengan tulang-tulang haiwan kecil yang aku agak mungkin tulang anjing atau kucing.  Di dindingnya pula dipenuhi dengan ukiran pelik-pelik dan lilitan manik-manik, tapi tak jumpa pulak mayat.

Aku dan Jay terpaksa masuk ke dalam lagi, ke satu ruangan yang aku rasa dapur.  Rupanya ada mayat di situ, mayat seorang wanita tua yang dah mereput, tapi yang peliknya mayat wanita tua tu tangannya diikat di atas alang dapur itu.  Isi perutnya habis terburai jatuh ke lantai dapur.  Yang paling mengerikan bagi aku adalah wajah mayat itu.  Walaupun wanita tua itu sah sudah meninggal, tapi matanya masih terbuntang dan mulutnya melopong menampakkan gusinya (mayat ni dah takde gigi).  Sekilas pandang seolah-olahnya dia sedang tersenyum pada kami.  

Aku dan Jay terpaku seketika di situ, inilah pertama kali kami nampak mayat tergantung macam ni. Otak aku ligat mencari penjelasan kenapa wanita tua itu diperlakukan sebegini, apabila tiba-tiba aku dan Jay terdengar suara perempuan mengilai.  Aku tak tau dari mana datangnya hilaian itu sebab aku dan Jay terus lari keluar tak pandang belakang dah.  Tanda X pun aku buat secara cincai je asalkan nampak.  Aku dan Jay terus berlari pergi ke rumah sebelahnya pulak. Nasib baiklah jugak pondok tu agak jauh dari rumah lain.

Aku tak pastilah pulak kalau wanita itu bomoh, tapi itulah pengalaman paling menakutkan yang pernah aku alami. Kadang-kadang sampai aku termimpi-mimpikan wanita tua itu, tapi aku lagi kesian dengan pasukan lain yang terpaksa keluarkan mayat tu.  Tapi berlainan dengan Jay, sampai sekarang Jay cakap, bunyi ketawa yang kami dengar tu cuma bunyi angin je.  Jay memang betul-betul dalam penafian, tapi mungkin itu caranya Jay nak lupakannya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 4-6-2021 06:44 PM
Lumba Haram Di Namibia
Aku dibesarkan di Cape Town, Afrika Selatan.  Ayah aku mengusahakan perniaga ...

mcm crta kt karak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2021 05:10 PM | Show all posts
Siapa Yang Kacau Nenek Aku Tu?

Peristiwa ini terjadi kepada nenek aku di tahun 1930an.  Waktu tu nenek aku masih remaja lagi, dan dia tinggal di Pergunungan Ozark di Selatan Missouri bersama ibu dan 5 orang adik beradiknya yang lain.  Rumah nenek aku masa tu memang di tengah-tengah hutan dan agak jauh daripada jiran-jiran yang lain.  Jadi nenek aku ni memang biasa dah dengan keadaan hutan memandangkan nenek aku lahir dan membesar di situ.

Pada suatu hari, nenek aku bergaduh dengan ibunya. Merajuk punya pasal, nenek aku pun larilah masuk hutan, tapi bila hari dah gelap, nenek aku pun baliklah ke rumah. Balik-balik je, semua ahli keluarga nenek aku dah tidur dan pintu depan pun dah kunci.  Nenek aku masih meradang lagi dengan ibunya jadi nenek aku pun taknak kejutkan keluarga dia.  Di beranda rumah nenek aku ni ada sebuah bangku panjang, makanya nenek aku pun tidurlah di bangku tu.



Nenek aku tidur dengan lenanya sampai hari dah nak masuk subuh.  Nenek aku buka mata je, dia ternampak ada satu makhluk bukan manusia sedang duduk di hujung bangku itu.  Nenek aku cerita pengalaman dia pada aku ni 15 tahun yang lalu, tu pun sekali je dia cerita kat aku, jadi ini je yang aku ingat tentang makhluk aku.  Nenek aku cakap, makhluk tu sangat hodoh tapi bergigi tajam.  Bentuk badannya macam manusia, tapi bukan manusia. Nenek aku cakap, makhluk tu cuma duduk kat situ sambil menyeringai menampakkan giginya pada nenek aku.  Nenek aku apa lagi, dia pun terus terbangun dan cuba menjauhkan diri dari makhluk itu.  Tapi makhluk tu pun ikut bergerak ke arah nenek aku.  Bila nenek aku duduk, makhluk tu pun duduk jugak.  Nenek aku terduduk menahan gementar untuk beberapa saat, dan makhluk itu terus senyum pada nenek aku.  Masa ni makhluk tu kedudukannya di antara nenek aku dan pintu utama, jadi mustahil untuk nenek aku masuk rumah ikut pintu utama. Jadinya nenek aku terus lompat dari beranda tu dan berlari sekuat hati ke pintu belakang.

Bila dah sampai ke pintu belakang, pintu tu pun kunci jugak, tapi nasib baikla mak nenek aku ni dah bangun dan sedang menyediakan sarapan di dapur.  Nenek aku ketuk pintu berkali-kali suruh mak dia bukak jugak pintu tu, mulanya mak dia suruh dia masuk ikut depan sebab tangan dia tengah kotor, tapi nenek aku merayu menangis paksa jugak mak dia bukak pintu belakang tu.  Nenek aku terus peluk mak dia, dia pun ceritalah apa yang dia nampak di pintu depan tadi.  

Mak nenek aku pun kejutkanlah semua ahli isi rumah tu.  Mereka semua keluar ke beranda, nenek aku cakap, dia masih boleh nampak makhluk tu, tapi ahli keluarga dia yang lain tak nampak pun.  Mulanya mereka ingatkan nenek aku ni saja ngada-ngada, tapi bila nenek aku mula menangis bersungguh-sungguh, dengan satu badan menggigil dan berpeluh-peluh, akhirnya mak nenek aku arahkan agar bangku tu dibelah-belah dan dibakar di tepi hutan.

Mengikut kata nenek aku, semasa adik-beradiknya yang lain potong bangku kayu tu, makhluk itu ketawa mengekek-ngekek tapi nenek aku sorang je yang boleh nampak.  Bila bangku itu dah jadi abu, barulah makhluk itu pun terus lenyap....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2021 04:07 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 9-6-2021 12:26 PM

Wanita Berbaju Biru

Keluarga sebelah ibu aku menganuti Kristian Katolik, dan mereka berasal dari sebuah pekan kecil di Selatan Amerika.  Pada suatu cuti musim panas semasa aku berusia 10 tahun, kami sekeluarga dipanggil balik kampung bersama ahli keluarga yang lain sebab 'hal keluarga'.  


Pakcik aku masih tinggal di kampung itu dan dia memiliki sebidang tanah yang letaknya betul-betul di belakang gereja pekan kecil itu.  Seingat aku, bukan kami sekeluarga je balik, tapi keluarga adik beradik mak aku yang lain pun dipanggil balik juga masa tu. Pada tahun itu, ladang pakcik aku tidak membuahkan hasil seperti tahun sebelumnya. Tanamannya tidak menjadi, haiwan-haiwan ternakan pakcik aku yang mulanya sihat tiba-tiba jatuh sakit dan ada yang mati. Yang lagi misteri, ayam-ayam pakcik aku ditemui mati dengan perut terbelah padahal reban ayam pakcik aku tu bersekali dengan seekor keldai, keldai tu tak diapa-apakan pulak.  Tahun itu memang tahun yang pelik dan penuh tragedi bagi pakcik aku.

Suatu hari tu, aku perasan yang semua orang dewasa yang berada di kampung masa tu berkelakuan agak suram dan tak ceria macam selalu. Cakap pun berbisik-bisik seolah-olah taknak kami budak-budak kecil ni terdengar.  Nenek, mak, pakcik, makcik dan beberapa orang sepupu aku yang dah dewasa bersama-sama seorang lelaki dari gereja tengah berkumpul di ladang pakcik aku, tapi bila nampak aku je, aku dihalau oleh mereka suruh pergi main jauh-jauh.  Pastu diorang pun masuklah ke rumah pakcik aku.

Sebagai seorang budak yang dipenuhi dengan perasaan ingin tahu, senyap-senyap aku pun panjatlah sebatang pokok yang berhampiran dengan rumah pakcik aku. Aku cuba nak intai apa yang orang dewasa buat dalam rumah tu, tapi malangnya aku cuma dapat dengar je bait-bait perbualan di antara mereka.  Aku tak dapat tangkap apa yang orang dewasa sedang rancangkan, tapi yang aku nampak, mereke semua sama-sama keluar dari rumah tu, pastu ikut paderi tu, dari gudang gandum ke kandang lembu, pastu ke reban ayam pulak. Sepanjang masa tu memang aku atas pokok dan diorang pun tak perasan yang aku tengah perhatikan diorang dari atas pokok tu.

Semasa kumpulan orang dewasa itu seperti sedang bersembang di kandang lembu, aku terdengar pintu utama rumah pakcik aku dibuka.  Seorang wanita yang tak pernah aku tengok selama ni keluar dari rumah itu.  Aku anggarkan dia berusia lingkungan 30-an, berambut coklat dan memakai baju berwarna biru.  Wanita itu mendongak ke atas, seolah-olah dia tahu aku ada di situ.  Aku hanya melambai wanita itu, tapi dia tidak membalas lambaian aku tu, senyum pun tak, sebaliknya dia terus berjalan keluar dari ladang pakcik aku tu. Eh sombong jugak acik ni.

Akhirnya, sesi lawatan orang dewasa tadi selesai, dan mereka berkumpul semula di meja makan. Aku pun disuruh ikut sekali, makcik aku hidangkan air limau ais buat penyejuk tekak. Masing-masing tengah teguk air apabila aku dengan selambanya tanya, 'Siapa wanita baju biru yang datang rumah kita tadi? Tak pernah nampak pun'.  Semua orang dewasa terdiam sambil merenung aku dengan pandangan muka yang terkejut.  Paderi tadi dah tersembur air limau aisnye, makcik aku tiba-tiba mulalah nak menangis.  Sebaliknya nenek aku cakap, oh dia tu cuma pelawat je.

Sepuluh tahun kemudian, barulah pakcik aku bukak cerita sebenar pada aku.  Perempuan yang aku nampak tu sebenarnya jelmaan makhluk yang halus yang tiba-tiba memunculkan diri di gereja sebelah ladang pakcik aku ni. Dah ramai kariah gereja tu yang nampak wanita tu.  Ramai yang beranggapan itu roh sesat sehinggalah roh itu pegi serang paderi tu di rumah paderi itu sendiri. Tetapi apabila haiwan-haiwan ternakan mula mati, penduduk pekan tu mula rasa ini sebenarnya syaitan yang cuba mengganggu manusia. Jadi mereka pun dapatkanlah kebenaran Gereja Besar Katolik untuk mengadakan exorcism di sekitar gereja tu, termasuk di ladang pakcik aku.  Pakcik aku cakap berkemungkinan apa yang aku nampak tu adalah syaitan itu akhirnya dia pergi jugak dari tempat kami ni.

Sekarang aku dah dewasa, dah 26 tahun. Aku terfikir jugak kemanakah dia pergi.  Jelmaan itu diberikan nama Evelyn oleh penduduk sekitar yang pernah ternampak dia.  Aku ingat lagi, wajah Evelyn ketika dia berjalan keluar dari rumah itu, kaku tiada ekspresi.  Ia juga cuma berjalan santai meninggalkan kawasan rumah pakcik aku seolah-olah tiada gesaan atau paksaan walaupun sudah dihalau.

Ajaibnya, selepas peristiwa itu,  hasil tanaman dan ternakan penduduk pekan itu kembali subur seperti biasa.  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2021 12:25 PM | Show all posts
Jangan Ikut Aku

Pada era 1970an, masa ni aku pun belum lahir lagi, ayah aku bekerja sebagai penunjuk arah di California.  Ayah aku akan membawa sekumpulan pelancong menaiki kuda merentasi pergunungan dan kawasan hutan. Jadi ayah aku ni dapat berjumpa dengan ramai orang, termasuklah seorang lelaki berbangsa Orang Asli Amerika ni. Pada awalnya, lelaki itu cuma pelanggan tetap ayah aku, tapi lama kelamaan jadi pekerja ayah aku. Lelaki tu mengaku dia asalnya tinggal di tanah rizab, tapi tak cakap pulak kat mana.   Dia pun tak pernah cerita kenapa dia tinggalkan tempat asal dia. Tapi pekerja baru ayah aku tu seorang yang baik dan rajin, jadi ayah aku pun malas dah nak tanya pasal asal usul dia. Ayah aku beranggapan mungkin dia bergaduh dengan keluarga kot tu pasal dia berhijrah ke California ni.



Pada suatu hari, ayah aku, abang dia dan lelaki Orang Asli itu membawa sekumpulan pelancong bersiar-siar di kawasan California.  Hari itu tenang sahaja seperti hari-hari biasa, mereka bertiga bergurau senda sambil menaiki kuda manakala pelancong-pelancong lain menangkap gambar menggunakan kamera mereka.  Sedang kumpulan itu bergerak santai dalam satu barisan di sebuah kawasan lapang, tiba-tiba kedengaran seorang pelancong menjerit, 'Coyote!'.  Pelancong itu menunjuk ke satu arah di sebelah kiri mereka, di situ ada satu kawasan lembah yang dipenuhi belukar tebal. Ayah aku tak rasa pelik pun sebab kawasan tu memang banyak coyote, ayah aku rasa mungkin pelancong tu teruja sebab tak pernah tengok coyote kan?

Ayah aku dan pemandu arah yang lain pun berhentilah sekejap di situ, nak kasi peluang pada kumpulan pelancong tadi untuk mengambil gambar coyote tadi. Ayah aku dan pekerja dia, lelaki orang Asli tadi berborak-borak, tapi abang ayah aku cuma merenung je coyote tu dengan dahi berkerutnya.  Ayah aku pun tanyalah, awat dok tenung coyote tu sampai berkedut dahi? "Aku rasa coyote tu sakitlah."  Coyote tu badannya panjang, tapi kakinya kurus macam lidi, dan cara jalannya pun pelik.  Kalau korang perasan, haiwan berkaki empat macam anjing ni, kalau berjalan kaki dia selang seli kan, kaki depan kiri angkat, kaki belakang kanan pun angkat sekali bila berjalan. Tapi yang ni agak pelik, sebelah kanan kaki depan dan belakang sama-sama naik, dan seterusnya. Macam unta pun ye.  Muncungnya pun 3 inci panjang daripada coyote biasa, dan coyote tu sedang mendongak dan menghidu-hidu di udara seolah-olah sedang mencari sesuatu.  Ayah aku cakap, mungkin tu coyote OKU kot, lahir-lahir je dah cacat, dan abang dia pun bersetuju.

Tetapi lelaki Orang Asli tadi hanya terdiam je.  Ayah aku perasan yang lelaki itu menggeletar sikit, dan matanya tak lepas dari merenung coyote cacat itu.  "Eh kau ok ke ni?", ayah aku bertanyakan lelaki itu. Lelaki itu, dengan jari terketar-ketarnya menunjuk ke arah coyote itu,'ekor dia. Nampak tak ekor dia tu?". Tapi bila ayah aku perhatikan, coyote tu takde ekor pun.  

Lelaki Orang Asli itu menggesa ayah aku untuk tinggalkan tempat tu. Dia janji nanti dah sampai ke kem nanti dia akan ceritakan semuanya.  Jadi rombongan itu pun teruslah balik ke tempat asalnya.  Ayah aku cakap, coyote itu ikut je rombongan diorang. Pelancong-pelancong lain rasa seronok sebab coyote tu ikut diorang, tapi lelaki Orang Asli tu wajahnya masih serius dan dia langsung taknak pandang coyote tu.  Dia cuma diam je sepanjang perjalanan balik tu.  

Kira-kira beberapa ratus ela lagi nak sampai ke kem tu, coyote itu yang selama ni mengiringi rombongan itu, tiba-tiba melompat dari semak masuk ke laluan mereka.  Coyote itu kini berada beberapa kaki je di hadapan rombongan itu, terkejut semua ahli rombongan termasuklah kuda-kuda tunggangan mereka.  Coyote itu bertentang mata dengan lelaki Orang Asli itu, seraya ia melebarkan mulutnya seolah-olah sedang tersenyum.  Tapi senyumannya macam manusia, ayah aku kata anjing kalau senyum mesti akan jelirkan lidah tapi yang ni tidak.  Coyote itu tersenyum lebar menampakkan seluruh taringnya yang berwarna kuning kecoklatan.

Lelaki Orang Asli itu melawan balik, dia mengeluarkan sebatang anak panah yang dilekat pada kayu dan dia terus menunjukkan kayu itu kepada coyote itu.  Coyote itu memalingkan wajahnya sejurus selepas ia ternampak kayu itu.  Kemudian coyote itu melolong, tapi bunyi lolongannya tidak nyaring, sebaliknya lolongannya garau.  Bunyi lolongannya kasar dan tersekat-sekat, dan kemudian ia terus lari masuk balik ke semak.  Suasana yang ceria bertukar tegang sepanjang rombongan itu berdepan dengan coyote itu.  Sampaikan abang ayah aku terpaksa buat lawak tak jadi nak meredakan balik suasana.

Sampai je di kem, lelaki Orang Asli tadi dah janji nak cerita perkara sebenar kan, tapi apa yang diceritakan itu agak tak masuk akal di fikiran ayah aku.  Lelaki tu mendakwa yang coyote tadi dah bunuh semua orang yang dia kenal, dan dalam misi nak dapatkan dia pulak.  Bila ayah aku tanya apa benda sebenarnya coyote tu, lelaki Orang Asli itu enggan nak beritahu, sebaliknya dia hadiahkan ayah aku dan abangnya kayu yang dilekat dengan anak panah, seperti yang dia guna untuk halau coyote itu tadi.  Lelaki tu cakap, dia buat sendiri kayu tu, tadi tu dia cuma uji je dan tak sangka coyote tu takut dengan kayu tu.  Ayah aku nak tanya lebih-lebih pun tak boleh, sebab lelaki Orang Asli tu kata dia terpaksa tinggalkan tempat tu.  Dan sejak dari hari itulah, ayah aku tak pernah dah jumpa lelaki Orang Asli tu lagi.

Ayah aku masih simpan lagi kayu yang diberi oleh Orang Asli itu tadi.  Kami masih lagi tinggal di California, dan kadang kala kalau ayah akan bawa kami berkhemah dalam hutan tempat dia bekerja. Ayah aku cakap, adakalanya dia terdengar bunyi lolongan kasar coyote dari hutan itu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2021 02:00 PM | Show all posts
Kepercayaan Kaum Ojibwe

Aku merupakan orang Asli tapi aku orang Asli Kanada dari suku kaum Ojibwe.  Dalam budaya masyarakat aku, kalau seseorang itu mati dalam keadaan yang kejam dan tidak tenang, baju yang dipakai oleh simati semasa dia meninggal perlu dibakar dengan segera.  Aku tak segan silu nak mengaku, dalam keluarga aku memang ada seorang pakcik yang memang samseng dan pedo mati dalam keadaan macam ni.  Dia mati diseret kereta dan mayatnya dicampak ke dalam longkang.  Mendiang meninggal dunia semasa pertengahan musim sejuk.



Rumah mayat memulangkan semula baju mendiang kepada keluarga kami.  Pakcik aku lagi seorang ni pun bawak balik dan dia simpan baju tu di tingkat bawah rumah kami, tapi pakcik aku ni kasi amaran pada mak dan isteri mendiang, jangan sekali-kali turun bawah nak tgk baju tu.  Tapi lagi dilarang lagilah mak aku dan isteri mendiang lagi nak buat.

Aku pun ikutlah mak dan isteri mendiang ke bilik tingkat bawah tu, tapi aku disuruh duduk luar bilik je, sementara mak aku dan isteri mendiang pegi tengok baju tu. Mungkin nak cium untuk kali terakhir. Tiba-tiba kami terdengar bunyi kaca pecah dari tingkat atas.  Kelam kabutlah kami bertiga ni berlari naik atas.  Rupa-rupanya, ada beberapa gelas kaca terjatuh berderai di atas lantai, tapi barang-barang lain tak berusik pun.  Kami dah mula rasa seram, tapi kami tak cerita pada sesiapa terutama sekali pada pakcik tadi, nanti kami jugak yang kena marah.

Dalam budaya kami juga, ada tradisi berkabung.  Mayat tu perlu dijaga 24 jam sebelum pengebumian dan tak boleh ditinggalkan bersendirian.  Yang menunggu tu tak boleh tidur, jadi kami akan bergilir-gilir jaga mayat.  Yang jaga mayat tu bukan terhad sahaja untuk ahli keluarga, tapi juga kawan-kawan atau jiran-jiran lain.  Ada seorang kawan keluarga kami ni yang sukarela nak jaga mayat tu, tapi sampai pukul 1 pagi je, lepas tu dia terpaksa balik. Dalam perjalanan balik tu, kebetulan dia kena melalui lokasi pakcik aku dibunuh.  Dia sumpah dia nampak mendiang pakcik aku berdiri di tepi jalan sambil tersenyum pada dia.

Selepas itu, giliran pakcik aku yang tadi jaga mayat.  Aku, mak dan isteri mendiang tidur dulu, apabila tiba-tiba pakcik aku mengejutkan kami bertiga.  "Kau dengar tak bunyi kat luar rumah kita ni?".  Dalam terpisat-pisat tu, aku cuba menumpukan perhatian.  Dalam kesunyian pagi tu, aku terdengar bunyi kasut but memijak salji. Krunch, krunch, krunch. Pakcik aku keluar rumah bawak senapang, tapi takde pun orang di luar rumah kami tu.  Akhirnya mak aku pun terpaksa mengaku yang diorang ada masuk bilik bawah tu.

Pakcik aku pun tak tunggu apa lagi. Dia pun terus bawak keluar baju mendiang pakcik aku yang berdarah-darah tu dan terus bakar baju tu di luar rumah.  Esok paginya, cepat-cepat mayat mendiang dikebumikan.  Syukurlah selepas itu tiada gangguan lagi. Agaknya kalau kami tak bakar baju tu apalah yang akan terjadi agaknye....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt luang mase untuk translate
Best bace
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu tertunggu- tunggu update TT. Antara thread kegemaran iols..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2021 04:51 PM | Show all posts
Lorong Rahsia Di Bawah Tanah
Ramai tak tahu, pada 1926 hingga 1974 dulu, di Northville, Michigan penah ada satu fasiliti psikiatri yang agak besar.  Hospital sakit jiwa itu menempatkan pesakit kanak-kanak dan penjenayah yang disabitkan sakit mental.  Di hospital inilah dilaporkan berlakunya penderaan dan penyeksaan kepada pesakitnya, tidak kiralah oleh doktor atau pekerja di hospital itu.  Lobotomi, iaitu satu kaedah perubatan yang sudah tidak diperakui kerana tidak berkesan dan meninggalkan efek negatif kepada pesakit masih lagi dilaksanakan di hospital ini sehingga ke tahun 1972.  Walhal lobotomi sudah lama diharamkan di negara itu. Inilah antara gambaran betapa penyalahgunaan kuasa berleluasa di hospital ini akibat kerakusan dan hawa nafsu doktor dan kakitangannya.

Walaupun begitu, dengan wujudnya hospital ini, membuka jalan bagi kewujudan satu komuniti penduduk di sekitar hospital tersebut.  Semakin besar dan semakin bertambah penduduk komuniti itu, semakin ramai penduduk yang risau dengan kaedah pengangkutan keluar masuk penghuni hospital tersebut kerana mereka terpaksa melalui kawasan tempat tinggal komuniti itu.  Penduduk komuniti tersebut agak risau kerana majoriti penghuni hospital tersebut adalah penjenayah yang disahkan sakit mental dan tidak boleh dipenjarakan di penjara biasa.



Jadi, pihak berkuasa membuat satu perancangan.  Di bahagian bawah tanah fasiliti hospital sakit jiwa itu sudah terdapat beberapa terowong wap dan laluan penyelenggaraan.  Pihak berkuasa merancang untuk menyambung terowong sedia ada itu terus merentasi bahagian bawah bandar tersebut sehinggalah ke luar bandar itu dengan tujuan untuk membawa masuk dan keluar pesakit-pesakit tanpa perlu diketahui oleh penduduk komuniti tadi.

Apa yang terjadi seterusnya masih lagi dalam perdebatan, kerana tiada laporan penuh berkenaan dengan apa sebenarnya yang terjadi.  Tapi, dikhabarkan bahawa ada seorang pesakit yang juga merupakan bekas arkitek, Herbert Godfried telah memecah masuk pejabat hospital tersebut dan menggunakan kepakaran beliau untuk mengubah lukisan-lukisan terowong tersebut.  Ada yang kata, jurutera projek itu tiba-tiba jadi gila, ada yang salahkan hantu.  Sehingga sekarang tiada siapa pun yang tahu siapakah yang sudah mengubah pelan terowong itu.

Hanya setelah bermulanya pembinaanlah, barulah pihak kontraktor menyedari bahawa terowong yang sepatutnya suatu kerja mudah sudah menjadi terowong yang bersimpang siur, ditambah pula dengan binaan bilik-bilik yang tidak sepatutnya disitu. Terowong itu kini sudah menjadi pagar sesat.  Pembinaan terowong itu terpaksa diberhentikan pada 1974 kerana hospital itu telah diarahkan tutup, menjadikan terowong tersebut separuh siap.  

Sejurus selepas hospital itu diisytiharkan tutup, pekerja-pekerjanya termasuk pekerja pembinaan berhenti kerja, para doktornya dipindahkan ke hospital lain, termasuklah pesakit-pesakitnya. Namun begitu, ada juga pesakit-pesakit yang disahkan telah sembuh dan pesakit tiada risiko yang dilepaskan begitu sahaja. Kebanyakan pesakit yang dilepaskan ini telah tinggal di hospital itu berdekad lamanya, dan mereka tidak pernah didedahkan dengan dunia luar. Oleh itu, ramai pesakit yang memilih untuk terus tinggal di hospital itu.  Walaupun hospital itu telah ditutup, ianya tetap dikawal oleh pengawal keselamatan, tetapi pengawal hanya bertugaskan untuk menjaga bangunan sahaja.  Jadinya pesakit-pesakit tadi berpindah ke dalam terowong yang terbengkalai tadi.  

Tahun demi tahun berlalu, sejarah hospital itu mula dilupakan orang. Seiring dengan bangunannya yang semakin usang kerana tidak dijaga.  Sehinggalah pada 23 Disember 1983, seorang wanita bernama Debby Finch baru selesai membeli-belah untuk keperluan Krismas apabila dia menunduk untuk menghulurkan sedekah kepada seorang lelaki yang tidak berumah.  Menurut saksi di tempat kejadian, lelaki itu tiba-tiba menjerit dan berkali-kali memukul kepada Debby dengan seketul batu simen.  Kemudian, dia dilihat mengheret Debby masuk ke sebuah lorong gelap.  Polis pun dipanggil, tetapi polis tidak menemui apa-apa tanda Debby atau penyerangnya.  Sebaliknya polis menemui sebuah penutup longkang yang agak pelik dan mempunyai cop hospital lama tersebut.

Polis pun membuka penutup longkang itu, dan rupanya ia merupakan pintu masuk sebuah laluan bawah tanah.  Polis pun masuk ke terowong itu, dan polis berjaya menemui Debby Finch dan lelaki yang menyerangnya.  Lelaki itu telah merogol Debby dan ketika ditangkap, dia sedang membuat persiapan menghalau hantu  secara Katolik terhadap Debby. Identiti lelaki itu tidak dapat dikenalpasti sehingga kini kerana dia telah ditembak polis.  Namun begitu, ramai yang percaya lelaki itu adalah bekas pesakit hospital lama tersebut.

Polis terus menerokai terowong tersebut, dan polis mendapati memang ada kesan orang tinggal di terowong tersebut, tapi orang-orangnya hilang entah di mana. Jadi polis pun mengambil keputusan, untuk mengesan sebanyak mana pintu masuk terowong tersebut dan terus menutupnya bagi mengelakkan terowong tersebut disalahguna. Tapi tak semua pintu masuk dapat dikesan. Ada juga yang tertinggal dan hanya dikenalpasti sehingga 25 tahun kemudian.

Terowong bawah tanah ini kini menjadi tempat popular untuk pelajar sekolah menengah di bandar Northville untuk mengadakan eksplorasi menguji keberanian dan sebagainya.  Ramai yang pernah masuk ke terowong itu mendakwa bahawa terowong itu masih didiami orang.  Ada juga yang melaporkan mereka rasa seperti diperhatikan bila berada di dalam terowong itu. Aku sendiri pun pernah masuk ke terowong itu semasa aku masih muda, apa yang boleh aku cakap, terowong tu seolah-olah dibina untuk menyesatkan orang dan rekaan terowong itu sendiri tak masuk akal.

Walaubagaimanapun, sejarah hospital itu tiada siapa pun yang boleh sahkan kerana tidak banyak laporan rasmi dibuat mengenai hospital itu.  Tetapi dikhabarkan, melalui fail hospital itu terdapat sekurang-kurangnya 20 orang pesakit yang dilepaskan dari hospital itu yang tidak dapat dikenalpasti keberadaannya.  Walaupun kini pintu masuk terowong itu telah ditutup oleh pihak berkuasa, masih ada lagi laporan yang menceritakan tentang bagaimana pengemis boleh hilang begitu sahaja di bawah jambatan dan lorong gelap....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 1-2-2021 01:23 PM
Kisah Orang Asli Amerika : Siapakah Perempuan itu?
Aku membesar di tanah rizab Orang Asli Amerika.  ...

dlm kisah mistik melayu pon ade kan perrmpuan kaki terbalik..suka culik lelaki untuk kawen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.411678 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list