CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aurorae

[MERGED] Pengalaman menghantar anak ke sekolah cina

[Copy link]
 Author| Post time 18-3-2009 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by ttdy at 14-3-2009 15:15
teringat kenangan 23 tahun dulu masa sekolah rendah sbb aku sekolah cina...masa rehat kalau tak bawak bekal kena la berlapar..tak pun makan jajan yang dorang jual kat kantin..makanan lain yang do ...


ttdy, tentu banyak kenangan manis kan?  Kadang2 tu masa belajar memberontak sakan, tapi bila dah keluar baru nak appreciate, macam anak aku sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2009 12:31 PM | Show all posts
Aku dah daftar Basel untuk masuk darjah 1 SJKC Kangkar Pulai, dan pergi ofis sekolah tanyakan cikgu samada Sarah boleh transfer ke situ tahun depan.

Guru Besar (perempuan) yg tau aku mak Rayyan, terus cakap, pasal adik Rayyan mesti boleh.  Kami semua sayang Rayyan.  Pastu habis semua cikgu2 tengah masuk ke ofis hari tu dia announce kuat2, adik Rayyan nak masuk sekolah sini.

Budak2 sekarang bercuti seminggu kan.  Rayyan pun dah duduk kat rumah sekarang ni dari pagi ke petang main game.  Aku bersyukur dia masuk sekolah asrama tu, baru 3 bulan badan terus susut, takla montel macam dulu.  Bayangkan kalau kat rumah, melekat depan komputer je, mana tak dempol.

Yang paling best bila dia cerita, kawan2 tiap2 hari minta dia ajar cakap Cina.  Agaknya budak2 ni masa sekolah rendah tak appreciate sangat, bila dah besar sikit, dah ada kesedaran, baru nak belajar.  Cara bercakap pun dah lain sikit, skema je macam budak2 lepasan sekolah agama selalu tu.  Banyak benda2 yg dia buat kat sekolah tu, yg aku dan bapak dia tak mampu nak bagi.  Syukur sangat.

Bila ustaz bawak outing kat jeram, Rayyan sorang je yg reti berenang, so dia  jadi cikgu sekali lagi, ajar kawan2 berenang.  Kitaorang tanya dia ajar apa.  Dia kata ajar berenang paling basic dan takde dlm silibus renang.  Dia sendiri yg reka masa kecik2 dulu, berenang anjing.  Aku suka tengok dia berenang style tu, cute sangat.  

Paling kesian, sekolah tu daif dan berharap pada bantuan ikhlas awam dan yuran sekolah budak je.  Buku2 teks pun derma dari orang ramai.  Yuran dia memang murah, even anak aku kat tadika bayar mahal lagi.  Aku rasa sebab dia nak bagi peluang ramai budak2 miskin masuk situ.  Aku cuma rasa lega dengar Rayyan ada masuk makmal sains.  Kalau takde praktikal sains, mau aku keluarkan dari sekolah tu sekarang jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by aurorae at 18-3-2009 12:31
Paling kesian, sekolah tu daif dan berharap pada bantuan ikhlas awamdan yuran sekolah budak je.  Buku2 teks pun derma dari orangramai.  Yuran dia memang murah, even anak aku kat tadika bayar mahallagi.  Aku rasa sebab dia nak bagi peluang ramai budak2 miskin masuksitu.  Aku cuma rasa lega dengar Rayyan ada masuk makmal sains.  Kalautakde praktikal sains, mau aku keluarkan dari sekolah tu sekarang jugak..


aurorae...

ni sklh kat mana nih?? care to share info...sian lak dengor...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2009 09:40 AM | Show all posts
Originally posted by Shahir at 19-3-2009 12:39


aurorae...

ni sklh kat mana nih?? care to share info...sian lak dengor...



Sekolah Mahaad Tarbiyah Islamiyah kat Beseri, Perlis.  Anak aku kata sekolah ni takde pagar, keliling rumah2 kampung.  Husband aku pilih sekolah ni sebab ramai senior dan kawan2 dia sekolahkan anak kat situ.  Contoh yg kami nampak kat keliling kami ni semua hebatla, budak2 tu keluar semua berjaya, rupanya ramai juga budak2 kampung kat Perlis sana yg parents tak mampu sekolah kat situ.  Dia bukan asrama penuh, tapi sekolah swasta  asrama+harian.  

Buat masa ni anak aku dah hilang 2 seluar dan 2 t-shirt.  Tapi t-shirt tu kejap je jumpa balik sebab budak2 tu pakai.  Anak aku sorang je yg ada t-shirt puma, so dia taula itu baju dia.  Aku rasa budak2 ni bukan jahat macam budak2 bandar yg buli pukul orang semua tu, diaorang cuma budak kampung yg terasa nak pakai apa yg parents dia tak mampu nak beli.  

Aku paling suka suasana kampung tu, yg anak aku takkan dapat rasa kalau dia bersekolah kat sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2009 03:27 PM | Show all posts
Wahla... lamanya tak update dan tak dengar cerita anak2 sekolah cina kat sini.

Nak cerita latest update on Basel.  Kat dua-dua tadika Cina dan Islam cikgu2 puji dia.  So I think this method  memang menjadi.  The best so far among my children.

Umur 5 tahun:  Full time tadika Islam.  Belajar basic BM, English, Matematik, Sains and Jawi.  Bgi strong foundation kat bahasa Melayu dan English dulu, disamping asas matematik dan ugama.

Umur 6 tahun:  Pagi pergi tadika Cina, belajar kelas 5 tahun, stay back sampai pkul 3.30 pm, makan tengahari, tusyen Cina, dan duduk rehat sekejap, sebelum pergi tadika Islam (fardhu ain) yg start pukul 4 pm.

Using this method, Basel excell dalam semuanya, BM, English, Matematik dan Cina.  Cikgu tadika asyik puji tulisan Cina dia lebih cantik dari tulisan budak2 Cina lain.  Dan dia tak ada masalah spelling langsung, semuanya 100% tanpa perlu dibantu (teringat Sarah dulu... stress).  

Sarah dulu, waktu malam aku kena duduk semeja tolong dia buat semua homework, tapi Basel everything settled, balik rumah dah boleh main dan tidur puas2.  So pada sapa2 yg tertanya how to start, aku recommend cara begini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 12:26 PM | Show all posts
baru khatam thread nih !

respek lah all the mommies and daddies kat sini dgr citer u all buat i berkobar-kobar nak hantar anak i nanti kat sek. cina but still a long way to go - she's not even 4 yet

so far hubby pun ok and dia pun support hantar to sek cina ! i think this is esp sebab dia skrg keje company cina, dia sorang aje melayu dlm division tuh so bila diorang duduk ramai-ramai ckp cina, dia mesti ternganga

cuma prob is sekolah cina dekat tpt kitorang duduk tak byk and a looong waiting list !

kalau masuk sekolah rendah nanti, ada language proficiency exam ke for chinese ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2009 02:06 PM | Show all posts
mendap ke thread nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2009 10:24 AM | Show all posts
hijaulover1,

sekolah cina anak2 saya tak ada profiency exam.  Tp semasa di tadika lagi, cikgu akan evaluate dan bincang dengan parents samada anak2 dah bersedia nak ke sekolah cina.

Bila dah masuk sekolah cina pun, cikgu bagi masa 3 tahun untuk belajar.  Kalau by year 3 masih tak ada improvement, budak tak happy etc, cikgu akan suggest transfer ke sekolah kebangsaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2009 10:39 AM | Show all posts
anak2 kita semua baru habis ambik exam kan?  Basel hari tu minta jam tangan digital, bukan yg harga 10 ringgit, nanti cepat rosak katanya.  Saya kata kalau tadika cina dapat nombor 1, baru ummi belikan.

Tup2 semalam bapa dia bawak balik result exam Basel, wahh 100% untuk semua subjek.  Bapak dia kata Basel dapat nombor 1!  Sat tu jugak dia tuntut jam tangan tu.

Sarah pulak, tak berapa impressive, bahasa Malaysia dengan Sains Cina  je dapat A.  Dia lemah matematik, both language sama je.  But I never let her down.  Just motivate her, and will try to find out her weakness.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2009 05:35 PM | Show all posts
dah jadi macam blog anak-anak aku pulak.

Semenjak darjah 1 sampai la habis sekolah cina ni, baru sekali aku denar Rayyan berborak dalam bahasa Cina dengan Sarah.  Itupun masa kami travel dari selatan ke utara 12 jam.  Dah tak tau lagi apa nak buat dalam kereta, Sarah start provoke abang dia.  Mula-mula tanya 'makan' dlam bahasa cina.  Lepas 1/2 jam, abang dia sabar aje jawab setiap soalan dari Sarah.  Lepas tu dia pulak tanya tapi dlm bentuk ayat.  

Pastu masing-masing berbalas ayat, makin lama makin galak.  Rupa-rupanya dah masuk bab cakap tak elok.  Kitaorang dapat tau sebab Basel yg sekolah tadika tu dah boleh tangkap beberapa perkataan penting macam 'berak', 'bodoh'.  Untuk pengetahuna korang, itula pertama kali aku dengar Rayyan cakap Cina dengan laju dan fasihnya.  Selama ni dia tak pernah nak tunjuk kat depan kitaorang.  Sarah cakap macam teragak-agak sikit, agaknya mencari vocab yang sesuai.

[ Last edited by  aurorae at 11-6-2009 17:42 ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 04:24 PM | Show all posts
Originally posted by aurorae at 29-5-2009 10:24
hijaulover1,

sekolah cina anak2 saya tak ada profiency exam.  Tp semasa di tadika lagi, cikgu akan evaluate dan bincang dengan parents samada anak2 dah bersedia nak ke sekolah cina.

Bila da ...


samalah juga dgn sklh cina yg anak2 saya attend.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 04:29 PM | Show all posts

Balas #529 aurorae\ catat

tak pe aurorae....teruskan what u r doing now...sbb ramai silent readers kat luar sana...
and i'm one of them...sering baca ur postings kat sini w/pun sejak akhir2 ni jarang mencelah...

harapnya dgn cerita serta pengalaman yg dikongsi disini wld help others yg ingin hantar anak2 mrk le sjk(c).
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 04:41 PM | Show all posts

Balas #530 aurorae\ catat

bercakap ttng anak2 kita berbual dlm bah mandrin ni...here's my share lak...

mmg jarang dengar anak2 i berbual dlm bah mandrin kecuali jika dipaksa atau mrk in the mood to speak mandrin with each other...tu pun boleh bilang la bila mood tu akan muncul.

tp baru2 ni (cuti sklh) sbb birthday my son dan he's allowed to invite some friends for boys day out gi tengok movie, main bowling...makan2 dan of coz i kena jadi drebar dan chaperon them..apa yg nak share kat sini...sepanjang hari tu dia berkomunikasi dlm bah mandrin dgn kawan2 cina dgn fasihnya. even si-adik yg ikut sama pun turut speaking mandrin...seronok dengar...ya lah...me mmg tak pandai langsung...tu bila anak2 cakap mandrin...dgn lancar...adoii...seronoknya...hilang segala penat lelah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 04:47 PM | Show all posts
Originally posted by hijaulover1 at 26-5-2009 12:26
cuma prob is sekolah cina dekat tpt kitorang duduk tak byk and a looong waiting list !


kalau betul2 interested...bila anak u dah masuk 5 thn nnti, gi daftar kat sklh tu. bawa surat beranak, bill letrik/air (tak pasti lak kena bawa ke idak) tp just bawak aje la. incase kalau perlu. Kalau betul2 rmh dlm kawasan yg berdekatan dgn sklh tu, insy'lah dpt...esp kalau tak salah mmg ada quota melayu di sjkc...kalau tak salah sy...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 05:01 PM | Show all posts
mmg sy galakkan anak2 baca buku cerita tak kira dlm bah mandrin, english atau pun melayu...
biasalah sklh cina ni....rasanya std bah inggeris mrk tak seperti std di sk...tapi kalau matematik tu..
rasanya std maths sjkc lg tinngi kot...(just my personal opinion ya...). jd mmg sy galakkan my kids baca
story books spt hardy boys, e.b, tapi...anakku yg sorang ni suka tul baca komik.

Komik Naruto...but in mandrin.Dia mmg ada koleksi naruto...setiap kali beli...mesti tukang jual tu akan kata..."ni dlm bah cina...yg melayu ada kat sana..." bila anak sy kata dia boleh baca cina...terkezutt...minah tu... Yg kelakarnya pd sy..
bila amoi tu kata..."saya pun tak boleh baca ma...mandrin susah ooo..."
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by aurorae at 11-6-2009 17:35
dah jadi macam blog anak-anak aku pulak.

Semenjak darjah 1 sampai la habis sekolah cina ni, baru sekali aku denar Rayyan berborak dalam bahasa Cina dengan Sarah.  Itupun masa kami travel dari  ...


takper aurorae teruskan menulis i salah sorang dari pembaca tetap kat sini..walaupun anak i lama lagi nak masuk sekolah but at least your experience boleh bantu org-org yg belum ada experience dan berminat nak hantar anak masuk sekolah cina mcm we all nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2009 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by Shahir at 15-6-2009 16:47


kalau betul2 interested...bila anak u dah masuk 5 thn nnti, gi daftar kat sklh tu. bawa surat beranak, bill letrik/air (tak pasti lak kena bawa ke idak) tp just bawak aje la. incase kalau per ...


thank you for the tip
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2009 09:40 PM | Show all posts
Keputusan setengah tahun Sarah, Cina oral, tulisan dan kefahaman = C
Matematik English dan Cina = B (markah Cina lebih tinggi)
Sains English = B, Cina = A
BI dan BM = A

Sarah kurang mahir berbahasa Cina berbanding Rayyan, tapi lebih rajin belajar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2009 08:33 AM | Show all posts
Malam tadi berita PPSMI dihapuskan 2012.  Baguslah.  Nakk mahir English, kenalah perkasakan English, bukan mangsakan English dan Matematik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 02:33 PM | Show all posts
ada tak mothers kat sini experience camni

tadika - hantar english islamic kindy
sek rendah - hantar sek cina
sek men - hantar tahfiz sains

just nak tgk sesuai tak wat camtu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.112412 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list