|
Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`
[Copy link]
|
|
Maka sampailah aku di sebuah kedai menjua peralatan sukan.
Kebanyakan peralatan yang di jual adalah berjenama.
Mungkin aku boleh membeli sesuatu.
Maka aku pun membelek belek beberapa helai track suit.
Sedang aku membelek aku terperasan sesuatu.
Seperti ada sesuatu sedang memerhatikan ku. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku memandang ke depan.Namun tiada apa apa.
Aku meninggalkan sisipan baju yang ku belek dan kemudian berpatah balik ke hadapan.
Di sana ku lihat sesuatu yang membuatkan darahku berderau. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah macam mana satu perasaan timbul di benakku.
Tak pernah aku merasakan.
Sesusuk tubuh yang membuatkan orang seperti aku tak boleh menghindarkan pandangan.
Dalam diam aku mengikutinya dari celah celah rimbunan pakaian.
Dia kemudian memilih sepasang pakaian dan aku juga berbuat demikian.
Dia kemudian menuju menghala ke kaunter dan aku juga berbuat demikian.
Gadis itu kemudian meletakkan pakaian tersebut di atas kaunter dan aku juga berbuat demikian.
Aku mengeluarkan dompet untuk membayar harga pakaian yang telah kupilih tetapi gadis tersebut tidak berbuat demikian.
Dia hanya menunggu cuma.
Sementara menunggu juruwang membelek belek pakaian yang di letakkan di atas kaunter aku memandang kepadanya dan mata kami bertentangan.
Aduuuuh...cair perasaan aku di bakar panahan matanya.
Bulu mata yang lentik dan muka bujur sireh dengan lepasan senyuman yang manis menawan diganggu oleh suatu suara yang agak parau.
Dia ditemani oleh bapanya.....
Aaaaahhh...
Si bapa tersenyum ke arah anak gadisnya.
Dia kemudian meraba raba belakang poketnya bertujuan untuk mengeluarkan dompetnya dan juga wangnya untuk pembayaran pakaian yang dipilih oleh anak gadisnya.
Namun dia gagal.
Dia mencuba lagi dan kali ini di poket yang lain namun gagal juga.
Kemudian dia menoleh kepadaku dan suaranya kini bertambah garau sambil memandang kepadaku seolah olah mahu menerkam akan daku.
Kemudian dia melontarkan fitnah kepadaku tanpa usul periksa.
Mengatakan bahawa aku telah mencuri dompetnya....
Demi melihat banyaknya wang yang ku keluarkan untuk pembayaran pakaian yang aku pilih.
Aku tidak dapat berkata apa apa.
Biarlah aku bersendirian kalau begini jika mendapat teman yang lawa tetapi mempunyai seorang ayah yang berserkap jarang.
Anak gadisnya, mungkin terasa , memujuk bapanya agar bersabar.
Mata pengunjung pengunjung yang berada di dalam kedai mula memanah pandangan mereka kepada kami.
Kemudian dia diam seketika.Anak gadisnya kemudian keluar dari kedai.
Aku menoleh saja dengan pandangan mataku melirik ke arah perginya gadis tersebut.
Habislah seluruh pergerakannya berjalan keluar ku ratah dengan pandanganku...
Aaaduuuuh...Hilang sekejap trauma yang kualami...
Kemudian gadis itu kembali mendapatkan bapanya dengan tangan mengenggam sebuah dompet.
Ku kira si bapa telah tertinggal dompetnya di dalam kereta dan ianya diambil oleh anak gadisnya.
Setelah wang baki diserahkan oleh juruwang, aku terus saja keluar dari kedai dan berjalan agak lemah menapak di kaki lima.
Sesampai dihadapan sebuah kereta yang diletakkan berhampiran kedai tersebut, aku kemudiannya menuruni anak tangga yang cuma ada beberapa tingkat sahaja dan terus saja mendapatkan kereta tersebut.
Perasaan malu dan geram ketika berada di dalam kedai dan kejadian yang tidak di duga yang berlaku membuatkan darahku menggelegak...lambat sikit...
Aku tahu itu kereta siapa...
kerana aku sendiri melihat siapa yang membuka pintunya dan menutup kembali.
Keyakinanku bertambah apatah lagi tiada kereta yang berdekatan diletakkan di kawasan itu.
Aku mendebak kereta itu dengan tapak tanganku pada bonet depannya.
Kemudian aku ke balakang kereta dan menendang tayar belakang kerete tersebut.
Semakin kuat aku menendang semakin itu lah pula kemarahan aku memuncak.
Penutup tayar ku tendang sekuat hati kemudian tayarnya....tak cukup dengan itu satu terajang padu pula ku berikan....
Zuffffrrrr........Kakiku dengan tangkas melepaskan satu tendangan terajang....
Tetapi ia tidak mengena sasaran,...mungkin konsentrasiku hilang...
Kakiku termasuk di antara celah tayar dan madgad kereta.
AAadddduuuuuhhhhh.....
Keting kakiku terasa sakit amat...
Aku cuba menarik keluar kakiku..
Namun tak berjaya...
Ku cuba bersungguh sungguh namun hampa....
Apa akan jadi kepadaku apabila gadis dan bapanya datang mendapatkan kereta mereka.
Apakah reaksi mereka nanti...
Lebih lebih lagi apa yang akan aku lakukan dan katakan nanti....
Aku penat, tercungap cungap.Ku cuba lagi dan lagi,...tenaga semakin menurun....
AAAAAAaaaahhhhh......... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai lawok pon ada......
bro rd... bro rd...
gi cari penyakit plak.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam bro...
tenkiu sebab dah menulis kembali..windunya nak baca penulisan bro |
|
|
|
|
|
|
|
Entah macam mana satu perasaan timbul di benakku.
Tak pernah aku merasakan.
Sesusuk tubuh yang mem ...
rdzaccess Post at 19-4-2010 02:17
err.. ni syair ke diary kehidupan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 526# mieraedoera
Kedua duanya sekali.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nafasku menjadi sesak dan aku mencungap cungap....
Dengan satu kaki sahaja memijak tanah, aku tidak berdaya,...dan aku jatuh dengan perlahan.
Aku cuba memusingkan badan ku ke kiri dan kanan,semoga kancingan pada kakiku dapat bolos.
Ke kiri dan kanan,
Kiri dan kanan,
Kiri kanan,
semakin lama semakin lemah...
dan aku menutup mata .....lemah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba aku tersentak,
Sebelah kaki ku tak boleh di gerakkan...
Tersepit di celah kerawang sofa diperbuat dari rotan...
Aduuuusssshhhh....
Bermimpi rupanya aku,...
Pandangan ku melirik pada dinding...
Jam sepuluh pagi....
Dengan perlahan aku merungkai belenggu kakiku yang tersepit di celah kerawang kerusi.
Sengal rasanya.
Dan dengan perlahan aku bangun...malas...menuju ke bilik mandi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sori, tapi itulah yang ku alami,...
Siap ngan gambaran tempat tuh dalam mimpi sememangnya benar.
So pada satu hari tu aku betul betul pergi memang tempat tuh seperti yang dalam mimpi.
eh...macam aku dah sampai kat tempat ni ....tapi bila yaaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
takpe bro.... tiap hari aku baca cite bro....
dejavu....... |
|
|
|
|
|
|
|
Petangnya aku bersiap siap setelah mandi.
Lebihkurang jam empat setengah petang, aku memandu lori kecil untuk bersiar siar.
Aku telah meminta Mdm Sally kebenaran untuk memandu lori tersebut.
Jelasku kepadanya agar aku biasa dengan persekitaran pekan dan juga tempat tempat yang berhampiran.
Mdm Sally mengingatkan aku agar jangan pulang lewat.
Aku hanya menganggukkan kepala.
Kemudiannya aku memandu mengelilingi pekan dan kemudian mulalah semakin jauh perjalanan aku sehingga ke luar pekan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemudian aku menuju keluar arah Bukit Fraser.Perlahan ajer aku memandu.
Talk berapa lama aku melalui sebuah jambatan.
Aku berhenti di situ, turun dari lori dan melihat sekekliling.
Bestnyer ...air yang jernih dan nyaman.
Aku dapat tahu kemudian bahawa itulah sungai yang mengalir dari sebuah ampangan yang dinamakan Ampang Pechah.
Aku mengeluarkan pancing yang sememangnya aku letakkan di belakang tempat duduk.
Aku telah beberapa lama merancang untuk memancing, hobi aku yang adaq sejak dari kecil.
Aku turun ke bawah tebing dan mencari tempat yang agak sesuai ku kira.
Kemudian aku duduk di sepohon pokok tembusu damn melabuhkan pancing.
Aku menunggu, air yang agak tenang mengalir lesu dengan kejernihannya amat memikat pemandangan.
Ku lihat beratur ajer pohon pohon tembusu di sepanjang tebing.
Pancing tiada tarikan.
Agak lama jugak aku di situ.
Matahari semakin turun.
Aku duduk berhadapan dengan pancing apabila tetiba jatuh satu ranting kayu di hadapanku.
Aku cuma memerhatikan ajer.
Masih lagi aku melihat hujung tali pancing yang melalui masuk ke dalam sungai.
Kemudian satu cebisan kayu yang agak besar mengenai joran pancing.
Beralih joran tersebut.
Aku mengeluh dan membetulkan semula kedudukan joran.
Aku berdiri dan memandang di sekeliling dan juga ke atas pohon.
Tiada kayu atau pun dahan mati yang tersangkut di pokok tembusu.
AKu memnadang ke air sungai.
Kemudian sepotong kayu agak agak sepanjang dua kaki sebesar lengan jatuh di hadapanku melalui kepalaku hampir saja mengenaiku.
Kali ini aku pun terus bingkas dan mengambil pancing kemudian naik semula ke tebing.
Terus jer aku mencampakkan pancing ke dalam lori dan memandu pulang. |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam,
SELAMAT HARI RAYA...kepada semua....
Mungkin agak terlambat.....
Sekarang ni berada di Perak, jalan jalan, tak diam satu tempat.....
Penat gak wehhh...
Menghadiri kursus segera...
Di antaranya kursus pengubatan santau dan pengenalan bagaimana santau di buat.
(Rampong,Pengkalan Hulu)
Pengembalian/ penyerapan pengubatan bagi mereka yang tak putus ubat.
(Kampung Nasib, Karai)
dan pengenalan mengapa pengeras perlu di adakan bagi sesuatu perawatan....
Lawatan ke klinik Darul Syifa di Kuala Kangsar di batalkan kerana cuti....hu...hu... |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni di Sg. Siput, nak gi mancing ikan....
Pastu sambung ngan kursus menangkap rusa, kijang, napoh atau pelanduk menggunakan tangan....( menguji kesabaran dan perihatin di persekitaran) |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat hari Raya bro....lame tak jumpe..
sape organizer kursus tangkap rusa, kijang dgn tgn tu??? cam menarik...but not for me... |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam,
SELAMAT HARI RAYA...kepada semua....
Mungkin agak terlambat.....
Sekarang ni berada ...
rdzaccess Post at 14-9-2010 13:12
kekadang tu ada perawat suh datang putus ubat.......apakah maksudnya putus ubat?
jika pesakit tak datang untuk putus ubat apakah kesannya? |
|
|
|
|
|
|
|
kekadang tu ada perawat suh datang putus ubat.......apakah maksudnya putus ubat?
jika pesakit ...
Saat Post at 14-9-2010 19:03
kan??? sy pon tak pasti ape makne putus ubat tapi penah gak la putus ubat (mandi limau).....maybe jugak sbb maksudnye setiap yg bermula pasti ade akhirnye...mcm kite mkn...cuci tgn...bace doa and makan...then cuci tgn balik and bace doa abis mkn...cmatu la kot....heheh bro rdz.....please xplain.. |
|
|
|
|
|
|
|
elok jugak kalau tau pasal pengeras n putus ubat nie..
tak berapa percaya sgt ngan pengamal perubatan yg letak pengeras.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|