CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chit_ana

SeMoGa BeRtEmU JoDoH(SEASON 36)-♂(,")♥(",)♀

 Close [Copy link]
Post time 11-1-2011 03:29 PM | Show all posts
ada.. dia nangis kat umah heheheheh...........
Hana_Hirokawa Post at 11-1-2011 15:27


x ada abg atau adik laki..... ..ada kwn pun...tp dorg dingin jek...

maybe nanes lam selimut kat umah kot....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2011 03:31 PM | Show all posts
manda nak tgk kat ne?
   alamanda ke?
ala manja ajak2 ayam je
dr tahun lepas lagi kan h ...
aizril.ilham Post at 11-1-2011 15:28


ajak betul2 lah nie.....tgk kat midvalley...

tu pong..kalu berani r.....jom le....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 03:32 PM | Show all posts
nangis dalam hati sape yang tau
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 03:32 PM | Show all posts
nak tido dulu
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 03:32 PM | Show all posts
Reply  almanda85


   mahu koboi muncung lg 2 bulan....
anonymous Post at 11-1-2011 15:28


bwk le dia sekali.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 03:33 PM | Show all posts
Reply 519# anonymous


    amboi2 deqnon
menghitung ari lah ek ko ni
hemoih2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2011 03:34 PM | Show all posts
nak tido dulu
tajul186 Post at 11-1-2011 15:32



    tajul gud nyte
   tido elok2
jgn nakal2
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 03:34 PM | Show all posts
x ada abg atau adik laki..... ..ada kwn pun...tp dorg dingin jek...

maybe nanes lam s ...
almanda85 Post at 11-1-2011 15:29


nanges dlm jamban jerkkk kekek... aikk aizril minat ngan manda sajorkk.. tak aci.. nk gaks jumpa aizril moahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2011 03:35 PM | Show all posts
sekadar share,untuk bakal suami dan juga yg menjadi suami

Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
merekalah insan yang terhampir
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )
Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana si dia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )
Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii )

Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv )
Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "

( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 03:35 PM | Show all posts
nak tido dulu
tajul186 Post at 11-1-2011 15:32


lelaki hatinya keras....

selamat bertiduran owg demam...

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 03:40 PM | Show all posts
nanges dlm jamban jerkkk kekek... aikk aizril minat ngan manda sajorkk.. tak aci.. nk gaks ...
Hana_Hirokawa Post at 11-1-2011 15:34


hehe...bodyguard nangis cam ne kak.... ...tp..sekrg dia tgh bahagia....

aizril nak ajak kak hana dia malu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 03:40 PM | Show all posts
manda
nk gak heret koboi jadi escort jumpa aizril ahahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 03:42 PM | Show all posts
manda
nk gak heret koboi jadi escort jumpa aizril ahahaha....
Hana_Hirokawa Post at 11-1-2011 15:40


jatuh chenta ngn aizril udah le.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 03:53 PM | Show all posts
ajak betul2 lah nie.....tgk kat midvalley...

tu pong..kalu berani r.....jom le....
almanda85 Post at 11-1-2011 15:31



    betul ke ni manda?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 03:53 PM | Show all posts
manda
kalo ikut pengalaman dulu.. bodigad kalo nangis mmg akak pun kalah wakaka.. opsss....  eleh aizril tu malo ker tak sudi nk melanjer aii yg gumuk n kuat makan neh..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 03:54 PM | Show all posts
jatuh chenta ngn aizril udah le.....
almanda85 Post at 11-1-2011 15:42



    amboi2 manda
  memandai je ek kes kes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2011 04:05 PM | Show all posts
betul ke ni manda?
aizril.ilham Post at 11-1-2011 15:53



betul lah...x main2....jomlah....

bila?dimana?mcm mana nak knl?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 04:07 PM | Show all posts
manda
kalo ikut pengalaman dulu.. bodigad kalo nangis mmg akak pun kalah wakaka.. opsss....   ...
Hana_Hirokawa Post at 11-1-2011 15:53


sbb aizril dh knl akak kot....

yoyo jek akak gemuk...sama jek pong badan kita....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 04:12 PM | Show all posts
sbb aizril dh knl akak kot....

yoyo jek akak gemuk...sama jek pong badan kita....
almanda85 Post at 11-1-2011 16:07


ekss.... kenal? aigoo sapa aa jibauk ittew.. sungguh misteri.... eh akak gemuk aaa, ko aje tak npk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 04:19 PM | Show all posts
sapa lagi yang kat sini manda x penah jumpe ek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.045744 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list