CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kerek_lager

Padang & Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia [Part II]

   Close [Copy link]
Post time 22-3-2011 05:14 PM | Show all posts
Reply 520# norim


    murahnya pakej nih...utk baper hari norim....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2011 05:16 PM | Show all posts
saya nak tanya hotel apa yg terdekat ngan airport minangkabau tu?
3G Post at 22-3-2011 09:02

Maaf tak dapat nak menjawabnya. Kami hari tu terus dari BT, sebelum subuh dah berangkat dari hotel. Sebab flight jam 8.00 pagi.
Kami bangun jam 3 pagi. Naik van jam 4 pagi. Singgah sembahyang subuh di masjid yg berdekatan dengan airport. Pihak hotel sudah siapkan kotak untuk sarapan pagi. Seronok gak pagi2 bersila di perkarangan masjid dan bersarapan. Dalam kotak tu disediakan roti bakar 3 keping, air mineral, jem nenas, jem strawberi, butter, pisang dan telur rebus. Lepas tu pihak masjid ada sediakan teh o.
Kami bandingkan dengan kumpulan yg satu lagi dari TA dan hotel lain.. mengekek ketawa masing-masing. Dia orang kata, kotak makanan mereka kecik, cuma ada roti biasa, jem dan butter.
Semasa di airport ada juga kumpulan yg menginap di Padang. Mereka kata cuaca panas menyengat, tapi seronok gak mereka pi ronda di Padang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 05:17 PM | Show all posts
Reply  norim


    murahnya pakej nih...utk baper hari norim....
-AyA- Post at 22-3-2011 17:14

4 hari 3 malam. Sampai dari Malaysia pagi, balik hari ke 4 pun pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 05:23 PM | Show all posts
Oh ya sambung laporan. Kami sampai, masing2 serbu bilik air.. he, he. Kali ni saya minta Pak Tono untuk bawa kami ronda bandar Padang. Melihat bangunan yang runtuh menyembah bumi dan retak yang teruk, sungguh menginsafi diri. Bila ditanya dengan Tono, kenapa bangunan yang runtuh dan tidak runtuh, dia cakap "inilah yang akan berlaku jika manusia tidak amanah. Benar kak, mereka ni ramai yg rasuah, akibat rasuah, mereka kurangkan bahan untuk membina bangunan, kurangkan simen, kurangkan besi. itulah yg menyebabkan ada bangunan yg runtuh dan tidak runtuh."
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 05:27 PM | Show all posts
Kami di bawa melihat perkampungan Cina, tepi laut dan juga jambatan Siti Nurbaya. Tak singgah mana-mana pun, cuma pusing dengan bas. disebabkan masing2 dah lapar sangat, kami singgah sarapan pagi di restoran Lamun Ombak. Pak Tono tak beri kami makan digerai, takut sakit perut. Saya makan murtabak mesir, adik makan nasi goreng.. uhmmm sedap. Harga pun boleh tahan mahal. Murtabak Mesir macam murtabak di sini tapi intinya penuh dengan daging. Sosnya pun lain. Saya suka sosnya.. sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 05:35 PM | Show all posts
Meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi. Kami singgah di air terjun Lembah Anai. Tahun lepas tak singgah sini sebab melalui Pariaman terus ke tasik Maninjau.
Cantiknya air terjun ni. Terpikat dengan keindahan air terjun dan kejernihan airnya. Sempat merendamkan kaki. Rasa nak menceburkan diri dalam air yg jernih dan dingin tu. Kalau hampir dengan air terjun ni, akan terasa percikan air, macam hujan gerimis.
Tapi persekitarannya agak kurang terurus. Cuma air terjun je yg memikat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2011 11:22 PM | Show all posts
giliran akak lak...12-15 april.....

tadi dah call raun sumatra rm380.00 seorang....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 10:24 AM | Show all posts
Reply 527# ainunaina

Nampaknya kak Lina g dulu dr saya, huhuhu. Saya g 23-26 April. Rege tu sama ler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2011 10:27 AM | Show all posts
Reply 528# mamanurrey


    Lupe nak ckp ngan kak Lina. Yang saya janjikan dulu kat akak, lmbt skit ye kak... byk keje la pulak sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 11:28 AM | Show all posts
norim u dok hotel mana kat BT?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 04:23 PM | Show all posts
Reply 527# ainunaina


    kak aina..jgn lupe update jugak..kalu blh dptkan contact pak supir..saya akan menyusul selepas akak nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 04:25 PM | Show all posts
Reply 528# mamanurrey


    mama pun sama..musti hati dah berbunga2 mcm dekat sana..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 04:35 PM | Show all posts
nk tanye..berbaloi ke kalu kita tdo 1 mlm dekat Padang?ke better tdo bukit tinggi terus?
saya akan pegi 4hari3mlm..so igt nk tdo padang 1 malam kalu ade tpt2 yg menarih la dekat sana..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 05:23 PM | Show all posts
Reply 532# fasmy98


    hehehe, time masa sekolah dulu iye ler X lena tidur gituu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 05:44 PM | Show all posts
norim u dok hotel mana kat BT?
3G Post at 23-3-2011 11:28

Hotel Gran Malindo. Dekat sangat dengan lubang Jepang. Sepelaung je. Kat lubang Jepang pun banyak kedai untuk shopping.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 05:46 PM | Show all posts
giliran akak lak...12-15 april.....

tadi dah call raun sumatra rm380.00 seorang....
ainunaina Post at 22-3-2011 23:22

Aina.. nak pergi kan. Nak kirim beli barang  boleh? nanti saya call @ pm awak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2011 05:53 PM | Show all posts
Tadi bawak ole-ole dari Bukit tinggi ke tempat kerja. Seronok dapat jamu kawan keropok yang pelik2 dari BT. Hari tu saya beli keropok yg belum di goreng lagi. Yg paling teruja dia orang makan, keropok remis dan keropok jengkol
Oh ya hari tu saya beli keropok sawi (warna hijau), keropok labu (warna kuning) keropok jengkol (jering - warna kelabu), keropok malinjau (warna krim). Saya goreng dan masukkan dalam tupperware. Cantik je warna warni. Licin dia orang makan.
Sebelum orang tanya - saya terangkan dulu -- keropok remis ni dia asalnya dari sejenis kepah yg kecil-kecil yang dia orang ambil dari tasik Maninjau, diproses lalu dijadikan keropok)
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 06:01 PM | Show all posts
Oh ya lupa pulak.. Saya suka makan kacang tanah yg dia orang goreng gunakan pasir. Rasanya pun sedap. Tak berminyak dan baunya ada lain sikit, bau asap kot.
Untuk ole-ole kawan.. elok juga beli kopi di kilang kopi. Beli yg telah dipek kecik-kecik. Selain itu boleh juga beli pisang sale (salai) yang digoreng dengan tepung.
Yg kreatif boleh beli kulit kayu manis yg banyak dijual. Kalau pergi ke rumah Hamka, dalam perjalanan kita akan lalu pasar pagi.. boleh kita lihat kulit kayu manis yg banyak, berlori-lori. Besar dan panjang-panjang. Kalau kita beli boleh kita buat hiasan dinding lepas kita hias dengan reben dan bunga. Letak dlam bilik.. bilik akan jadi harum. Boleh juga buat dekorasi di dapur. Letak dalam teko antik atau mug/vase yg tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 07:28 PM | Show all posts
Oh ya lupa pulak.. Saya suka makan kacang tanah yg dia orang goreng gunakan pasir. Rasanya pun sedap ...
norim Post at 23-3-2011 18:01



    Lain kali jangan lupa beli jagung goreng bukan dia goreng setongkol tu terus tapi dah dileraikan satu-satu dan dibuat macam kacang goreng memang sedap terutama untuk yang takut jerawat kalau makan kacang goreng banyak-banyak
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 08:19 PM | Show all posts
nk tanye..berbaloi ke kalu kita tdo 1 mlm dekat Padang?ke better tdo bukit tinggi terus?
saya akan  ...
fasmy98 Post at 23-3-2011 16:35



    Kalau nak relex and udara yang segar better tdo bukit tinggi terus.  Area padang udaranya agak panas.  Kat padang selalunya dia orang bawak gi jambatan siti nurbayah.  Pantai malim kundang boleh lah tengok susuk badan tengah sujud tapi dah jadi batu berserta kapal dan barang2 dalam kapal tu.  Tapi kapal dia cam dah banyak terhakis sbb letaknya betul-betul tepi pantai.  Selain tu tengok bangunan2 akibat jempa dulu byk yg belum repair.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak kena tunjuk kat orang
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 23693 Replies : 10
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 53719 Replies : 228
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 1376 Replies : 5
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 311336 Replies : 8974
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 1890 Replies : 14
PADU:Rafizi kata jika anda bimbang kebocoran data lebih baik anda kembali duduk dalam gua
YgBenarPADU:Rafizi kata jika anda bimbang keboc
Views : 57048 Replies : 43
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 17243 Replies : 4
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50855 Replies : 194
Berita malam sejuk:Isteri Abang Viva Luah Rasa Kiciwa Membaca Perbualan Mesej Suaminya Dengan Seorang Wanita Yang Dikatakan Isteri Orang.
YgBenarBerita malam sejuk:Isteri Abang Viva Lua
Views : 36623 Replies : 61
Thinking Minds
adila39Thinking Minds
Views : 41408 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.056429 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list