|
Laut Kasih 106
deruan angin senja
menyingkap selendang wajah
menyerlah seraup parasmu
aku jadi rindu...
hembusan bayu malam
meniup tirai kamar cinta
menampakkan kilasan bayanganmu
aku jadi tak menentu...
asyiknya mengelamun di pinggiran laut kasihmu...
CNM, 22/5/12, 8.40pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 107
keranamu dinda
kasihku berkolek
meredah gelora badai
menuju pelabuhan laut kasihmu
di pesisiran pantai cinta mulusmu.
keranamu sayang
kesetiaanku berenang
mengharungi luas samudera
menuju dermaga laut kasihmu
di pulau cinta sucimu.
CNM, 27/5/12, 10.17pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 108
kauberi cinta
bukan kerana rupa
pun bukan kerana harta.
cinta dalam suka
cinta dalam duka
tetap serupa tetap sama.
cinta suci yang kautakhta
cinta berkualiti yang kauperaga
pada diriku yang tak punya apa-apa.
hanya kesetiaan dan kejujujan
beriringkan doa kepada-Nya
kusediakan untuk balasan selaut kasihmu.
CNM, 29/5/12, 8.46am
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 109
sebening cintamu
kasihku memaut kejat
tak ingin melepaskan walau sesaat.
rangkulan hangat laut kasihmu
membuai daku
dalam lena dalam jaga.
kubahagia dinda...
CNM, 29/5/12, 1.56pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 110
dinda
cinta yang kita ukir
biar terus mempamer senyuman
menyeri bak pelangi
merentangi dada langit kasih kita
kekal teguh tak terluluhawa
jadi sejarah untuk anak cucu berbangga
punya ibubapa atuk nenek yang bahagia
melayari laut kasih anugerah Ilahi
syukur kepada-Nya
kita ditakdirkan bertemu dan bercinta
membina rumahtangga meniti ke syurga.
CNM, 29/5/12, 2.30pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
bantu diri
bantu diri sendiri
keluar dari penjara tempurung
memecahkan ruyung
untuk sesuap rezeki
di bumi Ilahi.
bantu diri sendiri
keluar dari kepompong hidup
membuntangkan mata
pada luasnya peluang
yang dihidang.
bantu diri sendiri
melepaskan diri
dari belenggu memadai
kerana secupak tak jadi segantang
jika hanya memandang.
CNM, 29/5/12, 11.03pm
THMK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kasihan
kasihan
pada batu-batu
menyokong dengan setia
membantu dengan rela
tapi dijadi alas lompatan.
kasihan
pada hampas
mengandungkan manisan
tapi sayang setelah diperah
habis manis sepah dibuang.
kasihan
pada lembu
memberikan susu
suci lagi bermutu
tapi sapi juga dapat nama.
kasihan...
CNM, 29/5/12, 11.24pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 29-5-2012 23:39
kerana
susah payah ayahbonda
berbincang sembilan purnama
ditambah sepuluh hari
memilih nama yang mulus-mulus
mencari nama yang molek-molek
tapi mengapa
aku lihat ramai yang malu
memperaga nama sendiri
di alam maya jua di alam realiti.
kerana
ramai tidak tahu menghargai...
CNM, 29/5/12, 11.36pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
malam semakin tua
malam semakin tua
idea datang bagai hujan tak celik mata
menakungi kolam minda
lantas kusimbah ke skrin bercahaya
buat tatapan sahabat sama cita rasa.
malam semakin tua
menggamit akal merenung hari muka
apakah akan diterang sinar cahaya
atau diselubungi alam gelita
kepada-Mu kupasrah Yang Esa.
malam semakin tua
mari kita muhasabah pahala dan dosa
mana yang lebih berat pada timbang tara
jika berat catatan sebelah kanan selamatlah kita
jika berat catatan sebelah kiri belum terlambat mohon ampun kepada-Nya.
malam semakin tua
embun menitis membasahi kamar jiwa
seram sejuk terasa
apakah kita diterima
oleh-Nya di sana...?
CNM, 29/5/12, 11.49pm
THMK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Senyum
senyumlah
kepada pagi yang tersenyum
menunggu kamu dari alam mimpi.
senyumlah
kepada alam yang dianugerah
memberi kamu ruang terus bernafas.
senyumlah
kepada sesama insan
sesungguhnya tak mampu kita sendirian.
senyumlah
semanis senyuman alam padamu
akupun tersenyum di sini...
CNM, 30/5/12, 8.33pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah
setelah diinsafi
akan secarik kisah lalu
jangan diulangi sekali lagi
lontarkan jauh-jauh ke tapak pelupusan
biar kelibatnya tidak lagi kelihatan.
setelah memaafkan
akan secalit kesilapan lalu
jangan diungkit kembali
sematkan ke dada kemaafan
itu jalan terbaik yang pernah dilakukan.
setelah tersedar
dari lena khayalan yang panjang
tempatkan diri di landasan menuju kejayaan
kerana ruang dan peluang
tak sentiasa terhidang.
setelah memiliki
genggam sehingga mati
itu takdir yang harus disyukuri
limpahan rahmat dan nikmat Ilahi
Yang Pengasih lagi Maha Menyayangi.
CNM, 30/5/12, 9.15am
THMK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Amanat Cinta
duhai pecinta cinta
kutidak menawarkan janji bahagia
juga tidak mampu menghalang air mata
pun begitu bukan tiada harapan melihat pelangi cinta
awan gemawan putih menghiasi dada langit cinta
panas mentari cinta dari pagi membawa ke senja
terserah kepada dirimu
bagaimana melayari samudera cinta
bila ketikanya perlu memasang layar asmara
bila ketikanya berlabuh di labuhan cinta.
duhai pemain cinta
diriku ini tak terhitung nilai anugerah Tuhan
jangan sesekali mempermainkan rasa kasih dan sayang
kerana ia bisa jadi barah dendam yang menusuk tajam
dari sekeping hati yang telah dimusnahkan
tunggulah satu saat dan ketikanya
hatimu berdarah dimamah pembalasan
mempersendakan sebuah perasaan
yang hadir tanpa paksaan penuh kesucian
yang telah engkau kotorkan dengan janji kepalsuan.
CNM, 30/5/12, 9.40am
THMK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 111
senja ini dinda
rindu yang terkukus
membuak ke dada kasihmu
menyemarakkan haruman cinta
menguap wangian ke serata laut kasihmu.
senja ini kasih
rindu yang meranum
mekar di tangkai cintamu
menunggu hadir ghairah asmara
lena dalam dekapan laut kasihmu.
senja ini sayang
rindu tak tertahankan
meronta-ronta di kamar kelelakianku
kemaruk wangian cintamu
aroma bayu dari laut kasihmu.
CNM, 30/5/12, 7.06pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
tak faham kenapa
sering kali
kudengari dari mulut wanita
saya tak cantik saya gemuk
dan saya macam-macam.
ingin kuberi pandangan;
setiap kejadian adalah sebaik kejadian
syukuri anugerah Tuhan,
kalau rasa diri gemuk berbuat sesuatu
rajin bersenam jangan asyik makan tak menentu,
bertindak ke arah kebaikan
seribu kali lebih baik dari bebelan.
jangan marah
kuhanya pandu arah.
CNM, 30/5/12, 7.25pm
THMK
Salam Maghrib... |
|
|
|
|
|
|
|
kegelapan
kegelapan
adakah ditunggu
sebagai satu babak indah
dalam fasa-fasa harimu
seperti yang ditunggu pengantin baru.
atau,
kegelapan
jadi saat yang menyiksakan
dek kesepian bersedirian
menyesak dada melemaskan
terkapai-kapai dihenyak kenangan silam
sukar melupakan.
CNM, 30/5/12, 8.08pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 112
denyut nadi ini
bertingkah antara alunan detak jatungmu
mendendangkan irama percintaan kita
didengari makhluk Tuhan serata alam
lantas mendoakan kesejahteraan
dalam keasyikkan warna-warna laut kasihmu
bersaksikan pelangi setia
bertemankan awan gemawan rindu
yang memayungi redup kasih
mengimbangi hangat asmaraku.
denyut nadi ini
terus berlari mengiringi waktu
menari dan menyanyi lagu cinta
menyampai gelora rasa
pada indahnya olak-olak laut kasihmu
beralun berjujukan membadai pesisir hati
membelai pasiran rindu
yang berkilauan menyeri
selingkar kisah kau dan aku
yang menyatu dalam doa dan restu.
CNM, 30/5/12, 8.50pm
THMK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 113
kucupan laut kasihmu
masih terasa hangat di bibir rindu ini
membuah khayalan pada asyiknya detik itu.
dekapan laut kasihmu
masih terasa hangat pada tubuh jiwa ini
membenih anganan pada belaian asmaramu.
bisikan laut kasihmu
masih tergiang ke cuping hati ini
menguntum senyuman pada kasih mesramu.
CNM, 30/5/12, 10.50pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas dan bebas
duhai perindu
lepas dan bebaskan
rindumu dari sangkar gelora rasa
biar ia terbang bebas
hinggap di jendela kasihnya
memandu kasih semahu
biar kita saksikan
senyuman mekar di bibir rindu yang mungil
membahagiakan dirimu.
CNM, 30/5/12, 11.42pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
bang! nak satu lagi
dialah pencari rezeki
dialah ketua keluarga sejati
kais pagi makan pagi
kais petang makan malam nanti
berusaha mencari sesuap nasi
anak berderet murah rezeki
itu harta anugerah Ilahi
penat hilang dek senyuman anak isteri
lebih-lebih lagi dengan permintaan saban hari
"bang! nak tambah satu lagi"...
CNM, 31/5/12, 4.50pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 114
aku dulunya pengembara
destinasinya adalah kamu
dan telah ditakdirkan laut kasihmu
melimpahkan cinta untukku
dulu kini dan mohon selamanya.
bila pagi menjelma
kau akan jadi bunga
mengharumkan wangian sukma
bila malam menjelma
kau akan jadi purnama
menyinarkan seri ke kamar jiwa.
itu limpahan laut kasihmu sayangku.
CNM, 31/5/12, 5.02pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|