|
TD dah tinggalkan lisa, kesian ye lisa.. makin menarik.. sambung lagi ye |
|
|
|
|
|
|
|
Lisa.....mesti TD merana sbb Lisa xde... |
|
|
|
|
|
|
|
TD x carik LISA ke?... |
|
|
|
|
|
|
|
best lah cite nie nak n3 lg |
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 26-12-2012 09:44 PM
Betul tuh ana...drama HK lebih xciting, romance pergh tangkp syahdu & matang...hanya dialog & gera ...
dah lama x tgk citer kepolisan hong kong utk yg pompuan biasanya yg lelaki mmg biasa tgk dan biasanya ana mmg suka dan teruja dgn aksi2 yg nampak bersahaja tp sungguh memukau mata kita utk terus menonton, x kisah ler ada org kata tipu ke apa aksi diaorg tp ana cukup suka tgk, mantap dan nampak real, infact yg mat salleh punya version pun x leh nak menandingi yg HK punya
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 28-12-2012 09:22 AM
dah lama x tgk citer kepolisan hong kong utk yg pompuan biasanya yg lelaki mmg biasa tgk dan biasa ...
Huhu....mmg ada ana...saya gak yg buka tret drama polis HK versi wanita tu...cun2...sy tgh tunggu DVD kat speedy tempt saya ni...
Ini linknya...jengah2 ler kejap...huhu...
http://mforum2.cari.com.my/forum ... %3D50%26typeid%3D50
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 28-12-2012 09:52 AM
Huhu....mmg ada ana...saya gak yg buka tret drama polis HK versi wanita tu...cun2...sy tgh tunggu ...
aduhai x tahu ttg citer nie
tp mmg mencuci mata jap
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 28-12-2012 10:04 AM
aduhai x tahu ttg citer nie
tp mmg mencuci mata jap
Huhu...tu yg tgh tunggu dvdnya kat speedy....drama HK kepolisan mmg x pernah menghampakn...tiptop...
|
|
|
|
|
|
|
|
ari tu baca rasanya tak ada yang maria tu kena rogol...ke terlepas pandang eh...kesian jugak maria tu sebab dibesarkan dengan cara yang kasar mcm tu...bapak dia memang tak guna...kasi potong itu belalai....
ok nak sambungan |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagiii....hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
tiada lg smbungan kisah TD&Lisa ni? |
|
|
|
|
|
|
|
hope so ad n3 terbaru |
|
|
|
|
|
|
|
author.. sambungan plesss.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana tuan tanah kedaung ni... Bila nak ada smbungan ni... |
|
|
|
|
|
|
|
TD x carik LISA ke?... |
|
|
|
|
|
|
|
TT cuti tahun baru ka...dh bape hari dh ni xde buah tangan dari TT..
huhuhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 32
Sudah hampir seminggu lisa tinggal dengan ain dan yana, semuanya diceritakan pada mereka berdua. Melopong mereka mendengarnya. Paling dia tidak sangka satu hotel ingat dia girlfriend tengku dennis. Hish! Mintak simpang! Selama seminggu ini tengku dennis langsung tidak menghubunginya. Tapi jauh disudut hatinya dia mengharapkan lelaki itu menghubunginya. Ish! Hilang akal ke kau. Lelaki tu tak guna, dia tinggalkan kau dekat tepi jalan malam-malam buta. Buatnya kena rogol macamana? Kata hatinya mengutuk tengku dennis.
Dia mengeluh. Tas tangan dicapai dan duit yang masih kemas terikat dikeluarkan. Tempohari dia sudah mengira jumlah duit tersebut. Semuanya berjumlah rm9950 dan beberapa keeping not sepuluh ringgit baki dia membayar minuman di pavilion seminggu yang lepas. Sebanyak 2ribu diasingkan dari jumlah keseluruhan duit tersebut. Dia mahu memberinya kepada ain dan yana. Malu juga makan tidur secara percuma. Dia ada meminta bantuan mereka mencarikannya kerja, tapi kata ain kerja dekat hotel ada kosong.
Tapi takkan dia nak kerja dihotel tengku dennis, tak pasal-pasal jumpa mangkuk ayun tu! Bunyi riuh rendah diruang tamu membuatkan lisa tersenyum. Pasti ain dan yana sudah pulang dari kerja. Dia pantas keluar dari bilik sambil membawa duit untuk diberi pada mereka.
“penatnya….hari ni ramai guest kan?” yana bertanya pada ain yang sudah duduk bersandar pada sofa using diruang tamu flat using itu. nak dibandingkan dengan rumah tengku dennis beribu kali ganda bezanya tapi lisa lebih bahagia dan tenang di sini.
“hai kak, senyum lebar Nampak? Menang loteri ke?” gurau ain. Jarak umur mereka yang berbeza 2 tahun menyebabkan ain dan yana mahu memanggil lisa kakak. Dia sendiri tidak kisah. Syok jugak sebab dia tidap pernah rasa ada adik.
“apa loteri-loteri, haram youuuu!” gurau lisa. Mengekek ketawa keduanya. Tisa melabuhkan punggung disebelah ain. Tangan kanan ain di ambil dan duit 2ribu tadi diletak atas tapak tangan gadis itu. ain tercengan, begitu juga yana.
“eh…apa ni kak? Duit apa ni?” tanya ain. Duit itu masih ditangannya.
“duit untuk sewa rumah dan makan minum akak selama kat sini.” Jawab lisa.
“kenapa kak? Akak nak pergi dari sini ke? Akan tak nak duduk dengan kami lagi?” bertalu-talu ain menyoal, mukanya sudah beriak sedih. Yana pun sama. Alahai, cengeng sungguh!
“bukan…sebab akak nak duduk sini lama lag akak bagi duit tu untuk bayar sewa.” Lisa menerangkan serba sedikit.
“tapi banyak sangat ni kak, lagipun akak belum kerja, nanti dah kerja akak bayarla.” Ain mengira duit yang berada dalam tangannya.
“ha…tengok ni, sampai 2 ribu. Sewa rumah ni lima ratus je sebulan kak.” Lisa hanya tersenyum.
“tak pe, ambik je…kira akak belanja untuk sewa rumah 4 bulan ni. Okay?” tanya lisa.
“ala…malu la macam ni, akak tak kerja tapi akak yang kena bayar.” Yana pula menyampuk.
“ala…tak pe la…akak bayar sewa 4 bulan ni, korang kena masak dan beli barang dapur untuk 4 bulan ni, okay? Setuju?” ain dan yana saling berpandangan dan mengangguk.
“bolehla kalau macam tu…kami tak kesah..” yana menjawab bagi pihak ain dan dia.
“macamana ain? Ada kerja kosong tak kat mana-mana yang ain tau?” tanya lisa. Ain hanya menggeleng.
“tak ada kak tapi hotel memang nak pakai pekerja. Akak kerja la kat hotel, tak de sapa cam akak punyalah. Lagipun dah lama
kan.” Ain mencadangkan. Lisa kerut kening.
“akak bukan apa, akak tak nak jumpa dengan tengku dennis tu.”
“kak…tengku dennis tu dah lama tak datang hotel. Dia duk kat office dia je kak…jangan risaulah. Lagi pun kerja yang ada ni pun bahagian housekeeping. Kemas-kemas bilik hotel, mesti tak jumpa tengku dennis la. Lainlah kalau kerja kat office atau management, ada jugak kemungkinan untuk jumpa.” Yana pula menerangkan. Secara logic, betul juga cakap yana ni.
“macamana kak? Nak tak?” tanya ain pula.
“kalau akak ada best sikit, ramai kawan!” yana teruja. Lisa berfikir sejenak. Bolehla kot…
“kalau macam tu kata korang, boleh la kot. Mintak-mintak tak jumpa tengku dennis.” Lisa memberikan persetujuan.
“aminnnn…” serentak kedua-duanya meraup tangan ke wajah, seolah-olah mengaminkan doa. Over sangat! lisa membeliakkan mata. Mereka ketawa sakan.
“besok dah boleh mula kerja, sebab sekarang ni pekerja memang tak cukup. Tambah-tambah housekeeping.” Ain memberi tahu.
“eh, tak payah interview ke?” tanya lisa pelik. Tak kan tup-tup sudah boleh kerja.
“tak payah kak, sebab kitorang yang recommend, tak payah interview punyoooo…” ain berlawak.
Lisa dan yana ketawa mengekek. Macam-macam! Lisa pantas bangun dan mengajak mereka berdua ke dapur.
“jom makan, akak dah siap masak. Tunggu korang balik je nak ngap.”
“bestnya bila akak ada…balik je dah ada orang masak. Masak sedap pula tu.” Puji yana.
“sekarang tak kerja bolehla, kalau dah kerja makan luar la jawabnya.” Balas ain. Lisa hanya senyum. Mereka sama-sama mengisi perut. Lisa bersyukur dipertemukan dengan mereka. Hidupnya terasa lebih bahagia dan ceria.
Tengku dennis melangkah masuk ke dalam kelab malam diikuti adam dan bob. Dari kejauhan dia melihat razman sedang asyik menari berpelukan dengan seorang gadis seksi. Dia hanya menggelengkan kepala. Tengku dennis melangkah ke arah bar dan duduk disitu. Adam dan bob masih setia menanti. Tengku dennis meminta sebotol red wine 2 gelas coke untuk adam dan bob. Mereka tidak dibenarkan minum sewaktu bertugas.
Red wine dituang ke dalam gelas kaca berkaki tinggi. Gelas itu kemudian diangkat dan dipusing perlahan-lahan. Bergerak-gerak air di dalamnya, bau masam manis yang terbit dari red wine itu menyegarkan tengku dennis. Perlahan-lahan minuman itu diteguknya. Menggoyangkan gelas sebelum menikmati wine sebenarnya adalah satu teknik untuk menjadikan wine itu rasa lebih lazat dan sedap. Baunya akan lebih menyenangkan rongga hidung sewaktu meneguknya.
Razman yang perasankan kelibat tengku dennis segera menghampiri lelaki itu. bahu sahabatnya ditepuk perlahan. Gadis seksi di sisi razman hanya dipandang tanpa perasaan. Gadis itu tersipu-sipu dan senyum menggoda.
“sorang je?” tanya razman sambil melabuhkan duduk. Tina, gadis seksi yang baru dikenalinya menyandar manja di dadanya. Leher razman dipaut mesra dan sekali sekala leher lelaki itu diciumnya ghairah.
“macam biasa, dengan bob dan adam.” Jawab tengku dennis. Aksi romantic depannya dipandang tanpa perasaan. Lebih dari tu pun dia pernah tengok.
“awek mana? Yang cun melecun tu…” soal razman lagi sambil tangannya menggosok punggung tina. Gadis itu tergelak menahan geli. Tina sebenarnya mahu menarik perhatian tengku dennis. Lelaki itu lebih kacak dari razman dan pastinya lebih kaya. Tengok saja jam dan jaket yang dipakainya.
Tengku dennis hanya mengangkat bahu. Malas mahu layan. Hidupnya terasa agak sunyi sejak lisa tiada. Dia ada juga mencari tapi tidak secara serius. Kadangkala timbul juga rasa bersalah meninggalkan gadis itu dtepi jalan tapi apa boleh buat, bila barannya datang. Dia lupa segalanya.
“hey! Termenung pulak dia…jom menari? Ramai aweks tu…” ajak razman. Dia sudah mula mahu melangkah ke dance floor.
“pergila..aku malas.” Tanpa perasaan lelaki itu membalas. Sejak lisa tiada dia rasa hidupnya tidak bermaya dan bosan. Tanpa sedar dia mengeluh. Kenapa dengan aku ni…
“tu ha…adik kau dah sampai.” Beritahu razman sebelum berlalu. Tengku dennis berpaling ke arah yang ditunjukkan. Kenapa pulak tengku darius boleh ada kat sini. Dia hanya memandang tengku darius yang mengambil tempat duduk razman tadi.
Tengku dennis menolak botol red wine ke arah adiknya. Tengku darius menggeleng.
“aku datang sorang, malas minum. Roadblock banyak, susah nanti. Malam minggu kan..” tengku dennis hanya menggeleng. Sudah separuh botol minuman itu diminumnya namun dia masik belum rasa mabuk. Sudah biasa meneguk minuman keras menyebabkan tubuhnya sudah kebal. Kalau dia mabuk, itu tandanya dia minum dengan kuantiti yang sangat banyak.
“ada apa kau datang?” soal tengku dennis sambil meneguk minuman.
“papa suruh datang cari kau. Dia cakap lama kau tak balik.”
“ada apa dia cari aku?” soal tengku dennis lagi. Tengku darius mengeluh.
“malam besok birthday mama, papa suruh aku ingatkan kau. Kau jangan tak datang, nanti mama bising.” tengku darius terus ke tujuan asal dia ke mari. Kalau tidak kerana papanya memaksa tentu saja dia sedang berlumba sekarang. Untung-untung menang dapat duit. Tapi bukan duit yang dicari tapi kepuasan. Kalau takat duit, berkepuk dia ada…kalau papa tak bagi tengku dennis ada malahan kliniknya juga memberikan pulangan yang lumayan.
“tengoklah kalau aku tak busy.” Tengku dennis menjawab malas. Kalau boleh baying ibu tirinya pun dia tidak mahu lihat. Bukan dia tidak tahu, perempuan tak guna itu ada menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki muda. Semua bukti dia ada tapi dia belum mahu membocorkan rahsia itu. tunggulah satu hari nanti, lagipun kesihatan papanya kurang memuaskan.
“jangan tengok-tengok, kau wajib datang. Nanti mama kecik hati…payah! Kau tu anak kesayangan dia walaupun anak tiri. Aku anak kandung dia ni pulak yang rasa macam anak tiri.” Tengku darius bersuara. Dia tidak ada langsung perasaan iri hati pada abangnya malahan dia rasa gembira kerana abangnya menerima mamanya dengan baik walaupun wanita itu hanya ibu tiri.
“macamana dengan business kau?” tanya tengku dennis pada adiknya. Tengku darius tersenyum, adiknya itu memang kacak.
“okay..semuanya okay…untung banyak tapi ada customer aku datang cakap ada barang baru. Aku tengok gambar je, minggu depan dia janji nak tunjuk barang tu. So aku tak boleh agak apa barangnya tu.” Tengku dennis panggung kepala.
“bentuk barang tu bersegi dan banyak warna?” soal tengku dennis. Matanya difokuskan pada tengku darius.
“kau dah tengok? Aku rasa sama dengan gambar yang aku tengok. Siapa punya barang tu?” soal tengku darius.
“kau dah hantar lab?” soal adiknya lagi.
“dah…aku dah hantar tapi report belum keluar. Tak payah risau, benda macam ni kejap je. lagi pun tu dadah sintetik. Pasaran tak luas…” tengku dennis bersuara tenang. Dia langsung tidak tergugat Cuma dia rasa bengang sebab dia dapat rasa ada yang cuba menutup periuk nasinya.
Bunyi music yang kuat langsung tidak menghalang bicara 2 beradik itu.
“kau tau siapa yang punya?” Soal tengku darius. Tengku dennis hanya menggeleng. Ada beberapa orang yang aku syak tapi aku belum pasti siapa. Kalau aku tau senang aku nak uruskan. Tengku darius mengangguk sambil menyalakan api rokok. Rokok dihulur kepada abangnya, tengku dennis menolak. Tidak terasa ingin merokok.
“kes kau kena tikam tu, dah settle?” soal tengku darius lagi. Tengku dennis senyum sini dan mengangguk.
“budak aku dah uruskan. Orang yang mengupahnya pasti sedang ketakutan sekarang.” Tengku dennis yakin, orang itu pasti tidak senang duduk. Sepatutnya awal-awal lagi dia tahu dengan siap dia mahu bermusuhan. Ini tengku dennis, kalau tak huru hara hidup kau aku kerjakan, jangan panggil aku tengku dennis.
Jaket ditarik sedikit dan kotak besi sebesar ibu jari dan sepanjang sejengkal dikeluarkan dari poket dalam jaketnya. Sebatang curut berjenama Davidoff dikeluarkan dari bekas besi berwarna putih itu. curut itu dibakarnya. Tengku darius hanya melihat.
“patutlah tak nak rokok, ada yang lebih mahal.” Tengku darius menyindir abangnya. Tengku dennis hanya tarik sengih.
“kau nak? Datang rumah, berlambak ada…” tengku darius mencebik. Dia pun boleh beli kalau nak.
“kau sentiasa bawak pistol ke sana sini ke?” soal adiknya tiba-tiba. Mungkin tengku darius ternampak pistol yang terselit dipinggangnya sewaktu dia mengeluarkan curut dari jaket.
“kita tak tau siapa musuh kita, so, kena berhati-hati. Kau pun sama…jangan cepat percaya orang. Bisnes kita ni bukan macam orang lain, nyawa kita sama nilainya dengan barang yang kita jual.” Tengku darius hanya diam. Dalam hati dia mengiakan kata-kata abangnya itu. sebenarnya pernah terdetik diruang hatinya mahu berhenti dari terlibat dalam kerja gila itu tapi dia sudah melangkah jauh, bukan senang utnuk berpatah balik.
“dah lewat ni…pergi balik…” suruh tengku dennis pada adiknya. Dia semdiri belum mahu pulang. Balik pun bukan ada siapa pun kat rumah. Bosan!
“okaylah…nanti jangan lupa, birthday mama. Belikan hadiah yang mahal, kalau tak membebel orang tua tu nanti.” Sekali lagi tengku darius mengingatkan sebelum meninggalkan abangnya. Tengku dennis menarik botol jack Daniel yang telah di order untuk kali ketiga. Yang terbayang diruang matanya ialah lisa, senyuman lisa, susuk tubuhnya, amarahnya…semuanya tentang gadis itu. ah! Gila! Botol itu dibaling ke lantai, mengejutkan bartender di situ. Adam dan bob bergegas mendapatkan bos mereka.
p/s : belum cuti lagi noks...mak busy..exam semalam 2 paper satu hari..lemau kepala otak...salam berbahagia dan selamat tahun baru untuk semuaaaaaa!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
HAPPY NEW YEAR FARAH!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Farah, mana cukup n3 byk tu jer... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|