|
@mawibotak @adzyla Dah hapdet sikit. Sorrylah kalau lambat. Cerita ke laut, maka idea pun tenggelam timbul...
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 10-11-2014 01:47 PM
tronnnnn..... miss u
Motipp Tron overshadow Qi?
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 10-11-2014 12:57 PM
nasib die tak campak ko dlm bilik air time arania tgh mandi buih
Arania mandi bawak pedang. Mampus kena cantas nanti....
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 10-11-2014 11:16 AM
hebatnya menaip.
Thanks. Huhuhu
Takde hebat mana pun, Es. Banyak lagi yg kena diperbaiki....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 10-11-2014 02:42 PM
Arania mandi bawak pedang. Mampus kena cantas nanti....
naklagi best.. tau2 smp amariya tgh sedap2 duduk atas singgahsana raja
|
|
|
|
|
|
|
|
macam dua-dua arania dgn syakilla ada hati kat qi...
siapakah yg menjadi pilihan qi? |
|
|
|
|
|
|
|
merahsilver2U posted on 10-11-2014 03:16 PM
macam dua-dua arania dgn syakilla ada hati kat qi...
siapakah yg menjadi pilihan qi?
Jeng jeng jeng...
rasa-rasa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 10-11-2014 03:16 PM
Mau kena pancung terus dengan Raja Amsyar...
dahhhhh.. link tu sedap2 campak Qi kat mana saja die suka
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 10-11-2014 02:35 PM
La…budak ni pun ada…
Matanya Qusyairi tertancap pada Megatron yang kini berada dalam pelukan S ...
Qi lagi tertarik pada Syaqilla ... Solve the puzzle...
|
|
|
|
|
|
|
|
pen_biru posted on 10-11-2014 08:18 PM
Comel... Hikhik..
Siapa? Tron ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 21
Di kamar bersebelahan dengan kamar milik Puteri Arania, Qusyairi menunggu dalam resah. Dia sudah siap mengenakan pakaian yang diberi oleh Syakilla seawal 15 minit yang lalu. Tidak sangka pula, pakaian itu benar-benar sesuai dengan saiz badannya.
Pakaian berwarna seperti biru gelap itu cukup selesa. Sama seperti baju milik Dariz yang pernah dipakainya dulu cuma kali ini, kainnya jauh lebih tebal dan lembut. Jika baju Dariz dulu, tiada apa-apa corak menghiasi baju. Yang diberikan oleh Syakilla pula, terdapat butang pada bahagian hadapan dan sedikit corak di bahagian lengan. Seluar juga berwarna sama.
Sesekali, Qusyairi menebarkan pandangan ke serata kamar itu. Di waktu malam begini, kamar itu diterangi dengan cahaya dari pelita-pelita yang tergantung di sekitar kamar. Menakjubkan kerana walaupun hanya pelita, cahaya itu cukup terang bagaikan lampu eletrik di dunia nyata.
Katil dalam kamar itu menjadi tempat duduknya. Semua perabot dalam kamar ini diperbuat dari kayu. Tidak pula Qusyairi tahu dari kayu jenis apa. Kamar ini agak sarat dengan pelbagai ukiran yang menghiasi dinding. Langsir baldu turut menghiasi tingkap dan pintu.
Cermin yang terdapat di hujung bilik cuba dihindari. Sedikit sebanyak, timbul rasa seram sehingga mahu melihat bayang di cermin itu pun, Qusyairi berfikir empat, lima kali. Tidak mahu terlihat yang bukan-bukan sekiranya memandang cermin itu. Benar, dapat kembali ke Amariya membuatkan dia teruja namun teka-teki dunia mimpi ini masih belum terjawab. Masih banyak persoalan yang berlegar-legar dalam minda.
Manalah tahu. Entah-entah, dia sebenarnya tercampak ke alam jin…
Qusyairi menghela nafas lalu dilepaskan perlahan. Duduk bersendirian begini membuatkan pelbagai perkara berlegar di fikiran. Megatron pula sudah hilang entah ke mana. Kucing itu jauh lebih teruja berada di Amariya. Tambahan pula, Syakilla dan Arania bagai terlalu memanjakan Megatron tanpa sebab. Lebih mengada-ngada jadinya lagak si kucing itu.
Mungkin kerana di Amariya tiada kucing. Sebab itu Arania dan Syakilla memberi perhatian kepada haiwan itu. Sepanjang dia berada di Amariya, tidak pernah lagi dia melihat kucing walau seekor melainkan Megatron.
Ah, tak logik langsung! Qusyairi menggeleng. Dia juga tidak melihat haiwan lain seperti harimau, singa atau beruang lagi di Amariya. Adakah itu menandakan bahawa haiwan-haiwan itu tidak wujud di sini?
Gila. Kepala tergeleng lagi. Masih belum ada penjelasan logik yang boleh menerangkan segala situasi yang berlaku.
Qusyairi menghembus nafas kasar. Semakin gelisah mencongak masa. Rasanya, sudah agak lama dia bersendirian di sini. Untuk keluar dari kamar ini, dia tidak berani. Awal-awal tadi, Syakilla sudah memberi amaran untuk tidak keluar dari kamar ini sesuka hati. Jika terserempak dengan pengawal, buruk padahnya.
Akhirnya Qusyairi bangun, menuju ke jendela. Dari jauh, dia dapat melihat satu kawasan yang diterangi cahaya terang-benderang. Terdapat ramai pula yang keluar masuk ke kawasan itu. Ada yang kelihatannya membawa makanan. Ada yang mengusung perkakas kerusi dan meja. Sibuk kelihatannya. Mungkinkah mereka semua sedang membuat persiapan untuk majlis makan malam itu nanti? Qusyairi terlalu asyik memerhati dan berfikir.
“Asyik sungguh kau memerhatikan mereka.”
Qusyairi tersentak lantas berpaling. Terpegun. Terpersona buat kesekian kali. Malah, kali ini lebih lagi.
Gadis itu jauh lebih anggun dari biasa. Jika selalunya, gadis itu berpakaian ringkas seadanya tetapi ketika ini, gadis itu telah berubah sama sekali. Personanya jelas terserlah. Apa yang kelihatan pada mata Qusyairi, gadis itu mengenakan gaun labuh berhias warna perak. Rambut ikal mayangnya ditocang separuh dan dihiasi dengan bunga-bungaan kecil berwarna putih. Tidak pula Qusyairi ketahui jika gadis itu ada mengenakan apa-apa solekan.
“Bagai bidadari…” Qusyairi berbisik. Last edited by Nicki_Meow on 11-11-2014 08:53 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Qi dh terpikat ... Nice entry Nicki... Saya suka... Keep it up... |
|
|
|
|
|
|
|
“Apa yang kau sebutkan tadi?” Kening Syakilla berkerut seketika. Kata-kata Qusyairi kurang jelas pada pendengarannya.
“Tak…tak ada apa-apa.” Jawab Qusyairi. Nafasnya ditarik panjang.
“Maaf. Aku masuk tanpa kebenaran. Sudah berkali-kali aku mengetuk pintu kamar ini tapi, tiada sahutan.” Syakilla berkata lagi. Qusyairi diam.
“Aku ada bawakan sepasang capal untukmu. Aku harap, ianya sesuai.” Syakilla menghulurkan bungkusan yang di bawa kepada Qusyairi. Perlahan-lahan, Qusyairi menyambut bungkusan itu.
“Bukalah.” Suruh Syakilla. Qusyairi menurut. Bungkusan itu dibuka. Sepasang capal berwarna hitam kini berada dalam gengamannya.
“Aku cuba, ya?” Qusyairi meminta kebenaran. Syakilla senyum dan mengangguk. Capal itu Qusyairi sarungkan pada kaki.
“Pandai kau cari ukuran yang sesuai untuk aku.” Ujar Qusyairi.
“Aku hanya mengagak sahaja. Mujur sesuai.” Syakilla membalas.
“Pada pendapatmu, bagaimana aku kelihatan sekarang ini? Masih seperti orang gila?” Qusyairi menembak soalan lantas membuatkan Syakilla terus tertawa. Bahunya terhingut-hinggut dengan tangan kanan menutup mulut.
“Tidak.” Jawab Syakilla setelah tawanya reda.
“Betul?”
Syakilla mengangguk. Qusyairi tersenyum.
“Tapi…” Syakilla menghentikan kata-kata.
“Kenapa?”
“Baju itu…sepatutnya…”
“Baju ni? Kenapa?”
“Baju itu…”
Kening Qusyairi terangkat, wajahnya beriak tanda tanya. Syakilla kelihatan teragak-agak sedikit pada mulanya tetapi kemudian, dia terus menghampiri Qusyairi. Terlalu hampir, membuatkan Qusyairi tergamam sekali lagi.
“Izinkan aku…” Syakilla berkata lalu membetulkan butang baju Qusyairi di bahagian atas. Qusyairi hanya mampu menatap wajah itu tanpa bersuara. Nafasnya juga seolah terhenti. Setelah selesai, Syakilla pantas mengundurkan diri tiga tapak ke belakang.
“Sekarang, kau kelihatan benar-benar seperti pemuda bangsawan dari Amariya.” Tutur Syakilla, tersenyum manis lagi.
“Terima kasih.” Ucap Qusyairi. Gadis dihadapannya itu direnung saja.
Mereka berjeda. Lama. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|