|
[Tempatan]
Sektor Hartanah Dah Dok Sejuk, Tunggu Apa Lagi Turunkan Harga Kalau Nak Survive
[Copy link]
|
|
tekoyong posted on 28-9-2014 03:09 PM 
"The scheme, announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak, will help those who are e ...
Ahlong bagi pinjaman pun boleh di sebut sebagai "bantuan pinjaman" laa , walau niatnya sebenar mau buat untung manyaaak saja .
Orang tak layak langsung buat pinjaman bank memang rasa di tolong la , apabila ada orang sanggup pinjamkan dalam keadaan dia terdesak tu . 
Subprime bukannya bergantung kat kenapa pinjaman tu di beri , atas nama pertolongan ke atau keuntungan ke tak penting.
Kerana yang membuat sesuatu mortgage jadi subprime adalah tak layaknya peminjam yang menerima pinjaman tu saja.
Camne nak boleh membayar selama berpuluh tahun tu plak walau RM 300 sebulan skalipun, bagi orang miskin yang tua dan tak tetap pendapatan sebulan beratus gitu memang banyak sungguh la .
Hatta rumah murah di sewa kerajaan RM100 sebulan pun banyak yang skip bayaran , inikan plak RM300 sebulan. Lagipun mana ada wujud di KL rumah murah harga RM30K ? We are talking about KL hokay. 
Perlu di ingat ye , duit tu adalah duit yang kerajaan pinjam dari EPF dengan kadar interest 5.5 ( menurut kenyataan KJ) . Mana ada orang nak tolong orang lain tapi guna duit pinjaman berinterest tinggi gitu plak .
Nak tolong rakyat kalau , guna duit surplus kerajaan sendiri la yang tak perlu bayar interest hapa pun , buat pe pi dok pakai duit pencarum plak , yang menyebabkan kerajaan terpaksa guna duit rakyat la jugak nak bayar interest tinggi tu pada EPF , so kerugian di tanggung rakyat la sebenarnya.
Duit pencarum sepatutnya untuk di guna buat melabur yang memberi pulangan yang tinggi , dengan risiko yang paling minima mungkin.
So perbuatan kerajaan guna duit pencarum untuk beri pinjaman berisiko tinggi 100% nih, adalah pelaburan yang memberi zeeerooo pulangan dan 100% kerugian .
A very stupid and reckless use of ppl's money. Kalau dah sampai berbillion duit pencarum di guna buat pelaburan yang 100% rugi tu , itu jelas memperlihatkan kerajaan ni buta investment .
Itu tak masuk lagi nak mewujudkan bank perumahan yang untuk di guna buat beri pinjam kat golongan tak layak la jugak yang bank biasa dah reject.
Kerajaan yang buta investment akan terus menerus buat investment merugikan laa jawabnya, so lagikan gunung everest kalau di cangkoi lama-lama akan jadi bukit je.
Inikan pula kewangan kerajaan yang bukannya unlimited , tetapi dah siap2 di bebani dengan pelbagai hutang tertinggi di asia dah pun 
Kalau Greece boleh bankrap , kenapa plak kerajaan M'sia tak boleh bankrap kalau asyik dok buat pelaburan yang merugikan 100% gitu ? Kerajaan M'sia dok kat kayangan kot yang terkecuali dari undang2 natural yang berlaku di alam ni . 
|
|
|
|
|
|
|
|
di sebut 1.5 B di guna untuk bagi loan pada sejumlah kira-kira 20 ribu peminjam untuk rumah seunit pada harga 30K .... itu bermakna cuma 600 Juta duit dari 1.5 billon tu yang digunakan .
Kalau kita buat estimation 30 ribu peminjam pun cuma akan jadi 900juta aje , so apa berlaku pada duit selebihnya dari 1.5 billion tu plak yang bermakna lebih dari setengah billion tak di gunakan sebagai pinjaman duit rakyat tapi tetap di amek dari duit pencarum ?
Pi mana duit tu ? Masuk poket sapa ? Jeng jeng jeng .... follow the money to know the extent of the corruption . 
Last edited by blastoff on 28-9-2014 06:29 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Taniah president REDHA, otai Umno selangor |
|
|
|
|
|
|
|
blastoff posted on 28-9-2014 06:07 PM 
Ahlong bagi pinjaman pun boleh di sebut sebagai "bantuan pinjaman" laa , walau niatnya sebenar ...
pasal dasar kerajaan tu, kawe tak nak la ulas sangat
kawe cuma nak bagitau jika 1.5B tu tak terbayar pun, xde la sampai menjerumus sehingga jadi macam subprime crisis dekat US
tak perlu exaggerate sangat
kira ok la tu interest tinggi sikit atas risiko yang ditanggung
macam aku katakan, aku pendukung dasar kapitalis, aku tak suka kalau rakyat diberi subsidi sesuka hati
kalau untuk yang benar-benar perlukan xpe, tapi entah-entah rumah bantuan itu disewa dekat indon dan bangla
xkan la kerajaan nak pantau satu-satu rumah, kang marah pulak staff gomen
btw, kerajaan bukan entiti berasaskan keuntungan, jadi pasal pelaburan ni kerajaan memang bengap pun
|
|
|
|
|
|
|
|
blastoff posted on 28-9-2014 06:26 PM 
di sebut 1.5 B di guna untuk bagi loan pada sejumlah kira-kira 20 ribu peminjam untuk rumah seunit p ...
aku taknak tuduh kalau takda bukti
kalau setakat pengiraan umum yang kamu bagi, mungkin ada logiknya
tapi ofkos la ada kos lain seperti kos pengurusan bagai yang perlu ditanggung
|
|
|
|
|
|
|
|
tekoyong posted on 28-9-2014 07:47 PM 
pasal dasar kerajaan tu, kawe tak nak la ulas sangat
kawe cuma nak bagitau jika 1.5B tu tak ter ...
5.5 tu bukannya interest yang peminjam bayar kat kerajaan tapi interest yang kerajaan bayar kat EPF , so yang menanggung interest tinggi adalah kerajaan, dan yang menanggung risiko kerugian 100% adalah juga kerajaan sebab kerajaan yang bagi pinjam kat orang tak layak .
Rumah tu plak adalah pada harga subsidi maknanya kerajaan tanggung some of the cost sebab tu yang jadi RM30K tuuu , sama macam subsidi lainnya la. So memang kerajaan bagi subsidi sesuka hati la ni . 
Kerajaan tanggung interest tinggi, tanggung kerugian kos jualan yang rendah dan tanggung kerugian apabila peminjam tak bayar balik kelak . Hanya untuk membantu sejumlah 20 ribu rakyat , 1.5Billion burn ?
Kenapa tak amek dari keuntungan jualan minyak je kalau nak bantu rakyat, tak perlu la kerajaan tanggung 5.5 interest tu . So its not about tak reti melabur aje, tapi camne nak tolong rakyat pun kerajaan tak reti fikirkan cara yang boleh menjimat perbelanjaan kerajaan sendiri.
Melabur tak reti , berbelanja pun tak reti, bengap sampai lagu tu camne tak boleh bangkrap plak di kemudian hari ? Cuba crita sket camne kerajaan dapat hindar diri dari bangkrap kalau dah kau sendiri akui depa bengap gitu ?
Btw, kos pengurusan apakah yang perlu di tanggung oleh kerajaan hingga memakan perbelanjaan lebih dari setengah billion tu hanya untuk bagi pinjaman kepada sejumlah 20 ribu peminjam je pun ?
Banyak agensi kerajaan yang goyang kaki je so kenapa tak serapkan ke dalam agensi2 tu untuk uruskannya yang bermakna satu sen pun tak perlu keluarkan duit kerana depa dah siap2 bergaji dah pun. Come on la, kos pengurusan mana plak boleh jadi sampai beratus juta apabila banyak agensi kerajaan yang boleh buatnya free aje 
----------------------------
http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/epf-housing-scheme-in-need-of-clarification-khairy-jamaluddin
The risk with this scheme is not borne by EPF but by the government. Even if the home buyer cannot service his loan to the government, the government will still have to pay EPF. So the credit risk is entirely carried by the government. It is the government that is making “subprime” loans, not EPF. It is the government that is exposing itself to unsecured loans, not EPF.
As a Member of Parliament and custodian of my voters’ trust, I want to know what the process for vetting loan applications under this scheme would be? What risk management processes will the government institute before giving out these loans? If borrowers are those that would otherwise be rejected by commercial banks, what criteria will the government use to approve a loan application?
These are far more important questions than the irrelevant ones that opposition MPs have come up with because ultimately the exposure will be to the entire rakyat’s money, not EPF.
Last edited by blastoff on 29-9-2014 12:45 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nih bukti BSN dan Bank Islam terlibat dalam pemberian subprime mortgages kepada golongan tarak pendapatan tetap. Kerajaan bagi jaminan lalu bank2 nih pun bagi laa pinjaman subprime .
Itu bermakna apabila peminjam2 tu default kelak maka kerajaan la yang akan tanggung kerugiannya tu sepenuh-penuhnya . Apa beza dengan bank2 di Amerika dulu tu di mana kerajaan Amerika yang bail out bank2 yang rugi pun .
Sama aje la, dua-dua pun kerajaan yang alami kerugian , bezanya kerajaan Amerika boleh cetak duit untuk tambah kewangannya, kerajaan M'sia ? Hanya bakal menambah beban hutang kerajaan je la .
Apa yang berlaku sebenarnya adalah kerajaan M'sia dah janji siap2 yang bail out tu pasti di beri sebelum kejadian default lagi pun, apabila kerajaan memberi jaminan gitu just untuk menggalakkan bank2 bagi subprime mortgages .
--------------------------------------------------
http://www.propertyguru.com.my/p ... arners-buy-own-home
Kerajaan membantu golongan berpendapatan tidak tetap untuk memiliki rumah sendiri 2 Jul 2013

Kerajaan persekutuan akan membantu orang yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membeli rumah mereka sendiri melalui skim yang diuruskan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd iaitu sebuah syarikat yang dimiliki oleh Perbadanan Menteri Kewangan.
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan akan memberi pinjaman yang disediakan oleh bank-bank yang terlibat dalam skim itu, menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
“Jaminan kewangan akan diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti nelayan, pemandu teksi dan peniaga kecil yang ingin membeli rumah kos rendah dan sederhana untuk pertama kali melalui Bank Simpanan Nasional dan Bank Islam.”
Walau bagaimanapun, pinjaman ini hanya terbuka kepada orang yang berpendapatan tidak lebih daripada RM1, 000 sebulan dengan jumlah yang tidak melebihi RM100, 000, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rumah Mampu Milik 1Malaysia yang diuruskan oleh Koperasi Pembangunan Hartanah Bhd Putrajaya di Putrajaya semalam.
Pinjaman ini bertujuan untuk meningkatkan kepada 1.9 juta bilangan keluarga untuk memiliki rumah sendiri daripada 6.3 juta isi rumah di Malaysia yang tidak mempunyai rumah mereka sendiri.
“Terdapat juga 2.45 juta isi rumah dengan pendapatan kurang daripada RM3, 000 dan daripada jumlah itu, 1.7 juta memiliki rumah,” kata Ahmad.
“Sebaliknya, 627,000 keluarga masih menyewa rumah manakala 140,000 tinggal di kawasan setinggan atau di rumah saudara-mara.”
|
|
|
|
|
|
|
|
blastoff posted on 29-9-2014 11:11 AM 
5.5 tu bukannya interest yang peminjam bayar kat kerajaan tapi interest yang kerajaan bayar ...
cuba cerita sikit pasal skim pembiayaan ni, 2012 punya kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
sampai bila nak tunggu bubble burst @kabukiman . . . ?
|
|
|
|
|
|
|
|
dikala warga bangla jd kaya main property di m'sia, org melayu masih mengharap harga rumah turun |
|
|
|
|
|
|
|
bangla pun dah pandai main property kat mesia
melayu hanya pandai merempit, buang anak dan hidap HIV
inilah dia ...mulayu
kepada cikgu2 Cari, berilah nasihat dan teguran kepada generasi2 muda Mulayu
Jangan sampai semua dah tergadai, baru nak Takbir & Hidup Melayu |
|
|
|
|
|
|
|
badaksumbu posted on 29-9-2014 11:48 AM 
cuba cerita sikit pasal skim pembiayaan ni, 2012 punya kan?
Raja Nong Chik sebut jelas 5.5 interest bakal di bayar oleh kerajaan pada EPF . Rumah harga bawah dari RM35K, kerajaan pinjam 1.5 billions duit EPF , nak di beri hanya pada peminjam2 yang berjumlah 20 ribu orang yang kesemuanya dari kalangan warga emas yang dah pencen serta orang yang tarak pendapatan tetap ... you do the math la. Tak sampai RM700juta pun pinjaman yang di beri, habih tu buat pe amek 1.5 billions ?
-------------------------------
http://www.themalaysianinsider.c ... ver-epf-loan-scheme
Cuepacs says left in the dark over EPF loan scheme By Shannon Teoh Published: 9 February 2012 | Updated: 10 February 2012 2:19 AM
KUALA LUMPUR, Feb 9 — Civil servants said today they were not consulted in the plan to use RM1.5 billion from the Employees Provident Fund (EPF) to give home loans to unqualified buyers.
Cuepacs, the umbrella body for civil service unions, said “so far we have not been told anything” about the scheme to give full financing for 20,000 new owners of low-cost houses in Kuala Lumpur.
“Only after there are problems, then they will tell us. They don’t consult us, then when there are problems, they will call Cuepacs,” the body’s president Datuk Omar Osman told reporters.
“But we will come as lions, not lambs,” he warned of the controversial scheme that has been criticised by opposition lawmakers and private sector unions.Private sector unions had also said they were not told of the plan before Federal Territories and Urban Well-Being Minister Raja Datuk Nong Chik Raja Zainal Abidin announced last week the EPF’s management had “come forward” to offer to fund the home loan scheme.
The EPF clarified yesterday it is in talks with a government agency to provide loans to city renters to buy homes but that the deal has not been inked.
It also said that the terms involve lending an initial sum of RM300 million to the federal government through a special purpose vehicle linked to the Federal Territories Foundation (SPV FT Foundation), and that the firm will act as the middleman to grant the home loans to potential home buyers.
Omar (picture) added today that “with any loan, there is a risk” and said there must be a clear limit to the amount that can be borrowed according to the income of those taking the housing loans.
Pakatan Rakyat (PR) lawmakers have accused Putrajaya of abusing monies from the EPFto hide its current debt levels under the guise of offering a purportedly “noble” housing scheme for lower-income earners.
But Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said on Friday the use of RM1.5 billion of EPF funds in the home loan scheme will not be detrimental to EPF contributors.
This, he said, was because the amount needed to finance the loan scheme was not big compared to EPF’s funds.
Raja Nong Chik himself gave a guarantee earlier that the government would safeguard workers’ interests, saying the deal ensured 5.5 per cent annual returns for the EPF.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.kDXZosj9.dpuf
--------------------------------------------------
http://www.thesundaily.my/news/279749
EPF to provide RM1.5 bil Posted on 30 January 2012 - 05:26am
Last updated on 30 January 2012 - 03:27pm Pauline Wong
Print
By Pauline Wong
[email protected]
PETALING JAYA (Jan 30, 2012): Some RM1.5 billion will be channeled from the Employees Provident Fund (EPF) to finance the special funding scheme for the sale of houses in public housing programmes in Kuala Lumpur.
Federal Territories and Urban Well-being Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin said the funds will be given to the Federal Territories Foundation to help some 20,000 eligible tenants and interested buyers living in the National Economic Action Council's People Housing Programme (PPR) and KL City Hall public housing units.
"The scheme, announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak, will help those who are eligible to buy public housing units but are unable to obtain loans from banks, due to them being retired or not having steady income," he told theSun yesterday.
A typical unit in a public housing programme in Kuala Lumpur costs below RM35,000.
Raja Nong Chik said the foundation will disburse the RM1.5 billion in stages through Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan, which is incorporated under it.
The company is expected to start operations by Mar 1, and the first stage of loans to be disbursed will amount to around RM400 million to RM500 million.
"These loans will be repaid over a period of 15 to 25 years, depending on the agreement," he said, adding that there will also be interest charged on the loan.
"Of course there will be an interest charged, but it will be much lower than current housing loan interest rates charged by banks."
Bank home loans interest rates are at 1.5 to 2% off the base lending rate (BLR) which is currently at 6.6%.
Allaying fears that EPF could be at a losing end if the buyers default on their loans, Raja Nong Chik assured the loan is secure as it is guaranteed against the housing unit itself.
"If the buyer does not repay the loan, then action will be taken. The house will be forfeited and sold to some 30,000 other housebuyers who are eagerly waiting for a chance," he said.
Najib, in announcing the scheme on Saturday, said it was proposed by the ministry and received cabinet approval on Jan 18.
"Through the special scheme, problems in obtaining loans can be overcome and this, in turn, will help the low- and medium-income families to own a house.
"I'm confident that the scheme will be able to assist prospective buyers and resolve numerous problems in obtaining loans all this while," the prime minister said when launching the 2012 Federal territories' Day at Dataran Merdeka.
According to a news report last September quoting Federal Territories and Urban Well-being deputy minister Datuk M. Saravanan, as of last September, the number of vacant PPR units in the nation's capital numbered fewer than 2,000, with over 20,000 applicants on the waiting list.
In an immediate response, Federation of Malaysian Consumer Associations (Fomca) CEO Datuk Paul Selvaraj said, the scheme is commendable, but caution must be exercised by the foundation.
"We support any move which will help put a roof over the people's heads, but there must be thorough consideration of an individual's ability to service the loan, as well as stringent eligibility checks to ensure the scheme is not abused," he told theSun.
"The whole process of choosing who is eligible and who is not must be open and transparent," he stressed.
He also said the EPF has a responsibility to its members to protect their interests, and so there can be no excuse to being lax about conditions set on eligibility.
Meanwhile, the Malaysian Employers Federation also applauded the move. "The EPF is assisting the rakyat to own houses, it is commendable that EPF is doing a public service," MEF executive director Shamsuddin Bardan said when contacted.
He said he is assured that any loan defaulters will be hauled up for action.
"The loan may be guaranteed against the housing units, so the house will be forfeited if the buyer does not service the loan," he said.
Under Section 26 of the EPF Act 199, loans can be given to the federal and state governments, as well as to companies incorporated under the Companies Act 1965, pending approval from its Investment Panel and the Finance Ministry.
-------------------------------
http://www.themalaysianinsider.c ... ver-epf-loan-scheme
|
|
|
|
|
|
|
|
blastoff posted on 29-9-2014 01:31 PM 
Raja Nong Chik sebut jelas 5.5 interest bakal di bayar oleh kerajaan pada EPF . Rumah harga bawah ...
dbkl v spwp v kwsp, kat mn interest bakal dibayar kerajaan? jgn ckp pasal assumption ye.
sumber : http://www.yayasanwp.org/index.php?option=com_content&view=article&id=70&Itemid=91
sumber : kwsp
KWSP Tidak Beri Pinjaman Kepada Individu
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin menjelaskan bahawa skim yang diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan baru-baru ini berhubung dengan cadangan penjualan perumahan awam kepada peserta yang layak, tidak melibatkan KWSP memberikan pinjaman kepada individu. Sehubungan itu, peserta yang berminat perlu memohon terus kepada Kementerian dan bukannya KWSP.
KWSP kini masih dalam perbincangan dengan syarikat tujuan khas (special purpose vehicle) di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan (SPV Yayasan WP) untuk memberikan pinjaman dengan syarat-syarat sedang dimuktamadkan. Pada asasnya syarat-syarat ini melibatkan kemudahan awal sebanyak RM300 juta dengan pinjaman selanjutnya akan dilluluskan atas budi bicara Panel Pelaburan KWSP tertakluk kepada prestasi memuaskan pengendalian akaun oleh SPV Yayasan WP. Kemudahan ini akan disemak semula 12 bulan selepas tarikh bayaran terakhir daripada jumlah RM300 juta dibuat.
“KWSP ingin memberikan jaminan kepada ahlinya bahawa semua pinjaman yang diberikan KWSP kepada Kerajaan Malaysia atau agensi kerajaan lain dibuat berdasarkan pertimbangan komersil dan dengan jaminan yang bersesuaian untuk melindungi kepentingan ahli,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pelaburan KWSP Dato’ Shahril Ridza Ridzuan sebagai penjelasan kepada pertanyaan yang diterima daripada orang ramai mengenai pinjaman tersebut.
Di dalam kes ini, SPV Yayasan WP akan mengadakan urusan pajakan (Skim Ijarah) dengan peserta individu. Hakmilik rumah-rumah tersebut kepunyaan SPV Yayasan WP sehingga urusan pajakan di bawah Skim Ijarah ini diselesaikan sepenuhnya oleh peserta terlibat. Pinjaman kepada SPV Yayasan WP adalah terjamin kerana semua unit rumah akan dicaj atau diuntukkan oleh SPV Yayasan WP kepada KWSP, dengan perlindungan jaminan sekurang-kurangnya dua kali ganda amaun pinjaman.
Di samping itu, terdapat penahanan tunai sebanyak 25 peratus daripada pembayaran pinjaman KWSP kepada SPV Yayasan WP yang akan disimpan dalam akaun rizab kecairan yang diuntukkan kepada KWSP bersama-sama dengan semua peruntukan aliran tunai.
“Syarat-syarat perjanjian pinjaman juga dalam risiko boleh diterima KWSP kerana ia dicagarkan terhadap aset dan aliran tunai dengan jaminan yang sesuai ke atas pembayaran balik pinjaman yang dibuat. KWSP difahamkan bahawa SPV Yayasan WP hanya akan memilih peserta yang mempunyai rekod bayaran sewa yang baik,” kata beliau.
“KWSP juga meminta SPV Yayasan WP melantik institusi kewangan yang bersesuaian untuk menguruskan pentadbiran pinjaman skim ini bagi memastikan akaun individu diuruskan dengan baik.”
Dato’ Shahril menambah di bawah cadangan syarat perjanjian, DBKL akan membeli balik rumah-rumah berkenaan bagi mendapatkan aliran tunai yang diperlukan untuk pembayaran balik pinjaman jika peserta tidak membayar pinjaman.
“Berdasarkan syarat-syarat dan aturan jaminan yang telah KWSP kemukakan, KWSP dilindungi sepenuhnya dan kadar keuntungan tahunan sebanyak 5.5 peratus yang dikenakan adalah wajar,” kata beliau.
“KWSP sentiasa menyedari keprihatinan ahli dan ingin menegaskan bahawa simpanan persaraan mereka dilaburkan secara berhemah dalam rangka kerja urus tadbir yang baik dan menerima pakai profil risiko-pulangan yang konservatif,” jelas Dato’ Shahril.
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.
Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.
KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.
Tarikh: 8 Februari 2012
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang aku sebut tu bukan assumptions la, dah jelas tertera dalam berjela2 artikel yang aku dah tepek , assumption pekejadah plak.
|
|
|
|
|
|
|
|
blastoff posted on 29-9-2014 02:37 PM 
Assumption pe yang kau maksudkan nih ? EPF memang tak bagi pinjaman kat peminjam indi ...
kwsp byr dbkl harga rumah 35k, pembeli byr spwp 35k +6.5% interest, spwp byr kwsp harga rumah 35k + 5.5% interest, kwsp untung 5.5%, spwp untung 1.5%, tang mn kerajaan malaysia pinjam dgn epf?
|
|
|
|
|
|
|
|
blastoff posted on 29-9-2014 02:37 PM 
Assumption pe yang kau maksudkan nih ? EPF memang tak bagi pinjaman kat peminjam indi ...
mn bukti 1.5 bilion tu dah habis guna?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan M'sia tanggung hutang 1.5 billions pada kadar interest 5.5 , yang betul2 di gunakan cuma 700juta aje . sementara 800 juta selebihnya tu vanish into thin air sapa pun tak boleh dapat info di guna ke mana .
siapa kata x blh trace? forensic audit. |
|
|
|
|
|
|
|
badaksumbu posted on 29-9-2014 02:58 PM 
kwsp byr dbkl harga rumah 35k, pembeli byr spwp 35k +6.5% interest, spwp byr kwsp harga rumah 35k ...
spwp 1%.
|
|
|
|
|
|
|
|
badaksumbu posted on 29-9-2014 02:58 PM 
kwsp byr dbkl harga rumah 35k, pembeli byr spwp 35k +6.5% interest, spwp byr kwsp harga rumah 35k ...
http://www.themalaysianinsider.c ... -kwsp-lebih-selamat
Nong Chik: Pelaburan Skim rumah PPR untuk KWSP lebih selamat Oleh Mohd Farhan Darwis Published: 3 February 2012 | Updated: 4 February 2012 3:18 AM
KUALA LUMPUR, 3 Feb — Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini memberi jaminan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bernilai RM1.5 bilion tetap akan selamat walaupun badan tersebut membiayai Skim Pembiayaan Khas Penjualan Program Perumahan Rakyat (PPR).
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (gambar) itu menjelaskan, nilai rumah yang dibiayai akan dicagarkan kepada KWSP dengan nilai untuk setiap rumah tersebut adalah dua kali ganda berbanding jumlah pembiayaan.
“Pelaburan tersebut adalah lebih selamat berikutan badan tersebut melabur dalam sektor hartanah yang mempunyai kestabilan dan nilai yang lebih tinggi.
“Selain itu, ia turut menyaksikan pulangan bersih sebanyak 5.5 peratus.“Melalui pelaburan tersebut, KWSP akan ‘menyelam sambil minum air’ kerana selain membiayai pinjaman perumahan, mereka juga akan mendapat ganjaran di akhirat kerana membantu orang susah,” katanya ketika sidang media selepas taklimat bersama Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bersama wakil Gabungan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di ibu pejabat DBKL di sini.
Skim Pembiayaan Khas ini telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 28 Januari lalu, yang mana skim berkenaan bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah di bandaraya ini.
Sekitar 25,000 bakal pembeli telah diberikan surat tawaran oleh DBKL dan pembiayaan sepenuhnya kepada rumah yang dianggarkan bernilai antara RM21,500 kepada RM35,000 akan diberikan kepada mereka oleh KWSP.
“Setakat ini, 12,675 bakal pemilik telah bersetuju untuk menerima tawaran pembelian tersebut,” kata Nong Chik, yang juga Ketua Umno Lembah Pantai.
“Hanya mereka yang mempunyai rekod bersih baik dari pembayaran sewa mengikut jadual akan mendapat surat tawaran.”
Menurutnya lagi, skim berkenaan tidak memerlukan pembeli mengeluarkan bayaran pendahuluan dan tempoh bayaran balik selama 25 tahun juga akan memastikan mereka membuat bayaran bulanan dengan kadar yang rendah.
“Kelayakan meminjam adalah bagi umur 18 tahun ke atas dan tiada had umur maksimum sekiranya pembiayaan dibuat secara bersama.
“Selain itu, bayaran lain seperti kos guaman, bayaran pindah milik, dan insuran boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada jumlah pembiayaan,” katanya.
Antara syarat yang dikenakan kepada bakal pembeli adalah mereka dibenarkan untuk menyewakan kediaman mereka kepada hanya kepada penduduk tempatan dan warga asing dilarang sama sekali menyewa rumah berkenaan.
Bagi tujuan itu, kementeriannya telah melantik Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan Persekutuan (SPWP) bagi menguruskan projek berkenaan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan.
“DBKL turut memberi jaminan akan membeli semula rumah berkenaan terhadap pemilik yang gagal membayar hutang mereka,” tambah Nong Chik.
“Malah, DBKL juga akan mewujudkan Dana Rizab Pembelian Semula berdasarkan 20 peratus daripada hasil jualan rumah di bawah skim ini bagi memastikan ia mempunyai dana untuk membeli semula rumah berkenaan.”
Tegasnya lagi, dana tersebut juga tidak boleh digunakan untuk selain daripada tujuan itu.
Sehubungan itu, pihaknya akan mendakan satu siri jelajah bermula Mac depan bagi memberikan penjelasan terperinci berkenaan skim ini kepada bakal pembeli, dan fasa pertama kumpulan pembeli dijangka bulan Mei ini.
DAP melabelkan skim berkenaan sebagai penyalahgunaan wang awam bagi tujuan politik.
Dalam jawapan balasnya, Nong Chik menegaskan, pihaknya hanya berusaha membantu golongan susah dan berpendapatan rendah memiliki rumah.
“Saya sudah bersama golongan ini sejak 25 tahun lepas, saya faham masalah mereka,” katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.aLFuhi9B.dpuf
Last edited by blastoff on 29-9-2014 03:30 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|