CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fredbok87

KESAL - Kelab Kami Sokong EWAL AF'14 - WCOPA GOLD MEDALIST & 3rd PLACE AF'14

 Close [Copy link]
 Author| Post time 11-11-2014 02:14 PM | Show all posts
santubung posted on 11-11-2014 02:02 PM
ciplak dr elamor

meletop gamboooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2014 02:16 PM | Show all posts
chinchan78 posted on 11-11-2014 01:17 PM
Ewal nk cipta kontroversi murahan kot...

takpe kita tgk permainannya mcm mana.... tetap positif dengan ewal...InsyaAllah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 02:19 PM | Show all posts
santubung posted on 11-11-2014 01:47 PM
i tgh karang surat untuk ewal. bila dah siap i mintak staff astro bg kat ewal

ko kena kejutan b ...

kejutan budaya noksss.... kan kena quarantine dlm gua AF..kua2 terus tak kenal diri...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
fredbok87 posted on 11-11-2014 02:13 PM
tak judge...cuma terkejut beruk jek dengan info ni... apapun sokongan padu tetap la sayang... dont ...

Saya dah pernah rasa betapa sakit jaga orang berbakat. ..harap bersabar. ..banyak teguran je. ..kita sayang bakat tu buat kita geram hehe. ...rasa ya ewal masih terbawa IG lama ya tu. ..risau juga andai ada gf semua dia post IG tu. ..maca chaca dulu. ..ewal ewal kami baru bawa lagu anda masuk dalam radia jangan buat hal plizzz....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 02:21 PM | Show all posts
yukiafiq posted on 11-11-2014 02:19 PM
Saya dah pernah rasa betapa sakit jaga orang berbakat. ..harap bersabar. ..banyak teguran je. ..ki ...

chuolszah pernah jg org berbakat ? siapakah ?....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut orang cari kesalahan  ewal je ni. ..banyak banyak sabar semua. ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-11-2014 02:27 PM | Show all posts
Badrul: Konsert Akhir #AF2014, Saya Minta Maaf Kerana 'Menipu'!

Maafkan saya! Maafkan saya! Saya mohon seribu kemaafan kerana 'menipu' anda semua! Sebelum ini saya selalu katakan saya tidak kisah sesiapa pun yang menjadi juara. Tetapi sebenarnya saya kisah! Saya memang mahukan Firman menjadi juara! Dan setiap minggu saya menghantar Afundi kepada Firman! Maafkan saya kerana 'menipu' anda, tapi saya tak akan minta maaf kerana akhirnya Firman menjadi juara! Tahniah Firman! Tahniah Firrmmmmaannnnnnn!

Kita sudah ada juara pop ballad yang hebat seperti Hafiz. Kita juga sudah ada juara pop dance yang hebat seperti Stacy. Dan kini kita patut ada juara rock yang hebat seperti Firman. Mungkin buat masa ini dia nampak agak 'raw' tetapi Insya Allah, digilap dengan betul, ditunjukkan jalan yang betul, diberi bimbingan yang betul dan dipertemukan dengan komposer serta pemain seni yang betul, dia akan berkembang menjadi satu fenomena.

Bercakap tentang konsert akhir Akademi Fantasia musim 2014 ini, saya rasakan ianya meriah tetapi tidak gah! Saya akan cuba mencari ayat yang sesuai supaya tidak menyinggung sesiapa. Pada saya, konsert akhir sepatutnya diadakan di tempat yang lebih luas dan besar seperti Stadium Putra atau setidak-tidaknya, Stadium Melawati. Itu tradisi

Akademi Fantasia. Penutup tirainya dibuat begitu 'grand'! Tapi mungkin juga ini percubaan pertama untuk kembali kepada arah tuju Akademi Fantasia yang dulu-dulu. Satu yang pasti, ikatan kekeluargaaan yang diterapkan di awal-awal musim Akademi Fantasia diadakan, kini muncul kembali. Ketat dan erat, kukuh dan utuh!

Minggu lalu saya menerima banyak komen yang mahukan saya terus memberikan ulasan konsert. Walaupun mereka sudah menontonnya, mereka tetap inginkan pandangan saya. Terharu! Terima kasih atas komen anda, baik dan buruk saya terima kerana apa yang saya tulis adalah atas dasar pandangan peribadi saya sendiri terhadap konsert

Akademi Fantasia yang saya tonton sendiri tanpa meminta pendapat sesiapa. Okay, mungkin saya ulas sedikit tentang konsert akhir Akademi Fantasia, walaupun kita dah tahu pemenangnya adalah Firrmmmmaannnnnnn!

Adel – I have Nothing (Whitney Houston) / Hati dan Tasbih (Adel)
Permulaan Adel agak biasa tetapi ada feel. Kemudian masuk bahagian kedua lagu I have Nothing, Adel dapat memberikan gaya yang tersendiri, tetapi feel untuk lagu itu pula hilang. Lagu sendiri Adel bertajuk Hati dan Tasbih, errrr... pada saya sedikit tidak kena. Tetapi nak buat macam mana. Lagu ciptaan Kuncidemak ini seperti lagu ballad lainnya. 'Hook' lagu ini agak lembik tetapi kalau kita dengar rakamannya, mungkin kita dapat dengar kelainannya. Saya belum sempat lagi mendengar album istimewa Hits AF2014 yang dijual. Mungkin sekejap lagi! Tahniah Adel, mendapat tempat kelima Akademi Fantasia 2014.

Ewal – Kembalikan Semula (Ewal) / Matahari (Hafiz)


Permulaan lagu Ewal agak bagus, tetapi saya tidak tahu adakah cara penyampaiannya atau lagu itu sendiri yang 'membunyikan' ketuaan pada lagu. Lagu Kembalikan Semula ini sedap dan mungkin akan naik, tetapi saya mahu mendengar Ewal menyanyikan lagu ballad seorang remaja berumur 22 tahun! Tidak dinafikan, Ewal mempunyai keupayaan vokal yang sangat bagus. Apa yang Ewal 'lacking' adalah feel.


Ewal kena belajar memegang feel sampai habis dan tidak terlalu memikirkan soal teknikal nyanyian. Feel itu yang akan membawa beliau jauh ke hadapan. Sebab itu, ketika dia menyampaikan lagu Matahari, dia agak gagal
. Matahari ditangan Hafiz penuh dengan perasaan, jiwa dan raga.Manakala Ewal mungkin hanya menjejaki separuh sahaja daripada feel tersebut. Tahniah Ewal, mendapat tempat ketiga Akademi Fantasia 2014.

Aman – Mewangi (Akim & The Magistrate) / Without You (Aman)
Saya tidak akan nafikan sekali-kali kesungguhan Aman untuk memperbaiki diri. Saya perlu melihat dari konteks yang berbeza, iaitu perkembangan dirinya sendiri. Mewangi di tangan Aman biasa-biasa sahaja. Tapi kesungguhannya untuk melunaskan tanggungjawab menjentik hati saya. Saya harap kesungguhan itu akan disambung di luar nanti. Manakalalagu Without You adalah lagu yang saya lihat paling catchy dalam semua lagu yang ada. Lagu ini akan kerap dimainkan di radio, itu saya boleh jamin! Saya perlu mendengar rakaman lagu ini daripada cd.Tahniah Aman, menjadi Naib Juara Akademi Fantasia 2014.

Nuha – Pertama Kali (Nuha) / Beribu Sesalan (Tiga Suara)
Di awalnya, bunyinya agak sedap, tetapi kemudiannya saya keliru! Lagu Pertama Kali Nuha dipersembahkan dengan penuh keliru, apatah lagi bermain sorok-sorok di belakang props tidak membantu beliau memberikan konsentrasi sepenuhnya. Saya cuba mencari 'hook' lagu ini, cuba mendengar verse, chorus, bridge dan sebagainya. Serius, saya lost! Kemudian masuk Beribu Sesalan. Dua kali dia terlupa lirik! Malam konsert akhir memang bukan malam Nuha kerana dia sememangnya lebih baik! Jauh lebih baik! Tetapi itu adalah rezeki yang telah ditertulis. Mungkin di luar sana nanti, dia akan lebih berjaya.Tahniah Nuha, mendapat tempat keempat Akademi Fantasia 2014.

Firman – Kejoraku Bersatu (Search) / Di Pintumu (Firman)
Meremang segala bulu mendengar Firman menyampaikan lagu Kejoraku Bersatu. Setiap patah perkataan dapat dirasakan dan diberi makna. Gamat sungguh auditorium kecil itu bergegar dengan sorakan! Sememangnya ia sebuah persembahan terbaik daripada Firman. Cuma saya sedikit terkilan bila Firman menyanyikan lagunya sendiri. Beliau tidak sepatutnya bermain gitar kerana ianya mengganggu penghayatannya. Saya terlalu ingin melihat dia menyampaikan lagunya sendiri dengan sempurna. Bahagian permulaannya, saya tidak dengar lirik yang disampaikan. Saya sangat berharap Firman akan terus memperbaiki diri terutamanya perihal sebutan supaya dia mampu menjadi penyanyi rock era modern ini yang sangat hebat. Tahniah Firman, menjadi Juara Akademi Fantasia 2014

Apa-apa pun, tahniah kepada pihak produksi Akademi Fantasia 2014 yang saya rasa berjaya membawa rancangan ini kembali ke landasan hebatnya! Saya pasti rancangan realiti ini akan terus melahirkan bakat-bakat seni tanahair yang mampu bersaing bukan sahaja di pentas tempatan, malahan di peringkat antarabangsa. Tidak ada yang mustahil. Mee segera? Itu untuk orang yang malas berusaha! Semoga terus berjaya! Wassalam.



Yang Menulis

Badrul Hashim

Last edited by fredbok87 on 11-11-2014 02:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
fredbok87 posted on 11-11-2014 02:21 PM
chuolszah pernah jg org berbakat ? siapakah ?....

Anda pun tahu hehehe  ....juri juara hahaha...apa perlu kita hilang geram rumah ewal je. ..sayang ada ferum sini ada tak rapat keluarga ewal....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2014 02:29 PM | Show all posts
yukiafiq posted on 11-11-2014 02:27 PM
Anda pun tahu hehehe  ....juri juara hahaha...apa perlu kita hilang geram rumah ewal je. ..sayang  ...

eh lupaa.... hahaaahaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 02:30 PM | Show all posts
yukiafiq posted on 11-11-2014 02:24 PM
Takut orang cari kesalahan  ewal je ni. ..banyak banyak sabar semua. ..

tgh sabarrrrrr .......
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 02:37 PM | Show all posts
santubung posted on 11-11-2014 02:02 PM
ciplak dr elamor

ewal juga yg ada star quality
sorry to say Firman nampak macam crew astro
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita dah janji support habisan perjuang bakat ewal kan. ...apa perlu teguran &nesehat. ..kalau pergi show ewal tegur dia. ..sampai apa perlu. ..contohi kami macam mana support hafizsuip &akimahmad. ...sabar sabar. .tak putus asa. ...nanti dia sadar sendiri betapa fans tak pernah menyerah support dia  dengat semangattt..harap ewal contohi hafizsuip dan akim. .hayper juga tapi kontrol banyak orang memperhati kita. ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 02:41 PM | Show all posts
yukiafiq posted on 11-11-2014 02:39 PM
Kita dah janji support habisan perjuang bakat ewal kan. ...apa perlu teguran &nesehat. ..kalau pergi ...

dulu masa awal2 susah jgk kan dak hafiz ni nak pemes.... performance dia di AJL lagu Masih Jelas tu agak flop la.. org still tak nampak dia.. lepas tu baru dia naik dan naik....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 02:42 PM | Show all posts
bungaros posted on 11-11-2014 02:10 PM
chill babe....kita jgn jump d gun hokeh. kita pun tatau perkara sebenar...kita tak tengok pun vid  ...

betul ....
kita pun tak tahu kesahihan
mungkin kita buat assumption salah
wartawan/ blogger sedap sedap cilok..... jeng jeng jeng
siapa yg rugi.... ewal
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 02:43 PM | Show all posts
fredbok87 posted on 11-11-2014 02:27 PM
Badrul: Konsert Akhir #AF2014, Saya Minta Maaf Kerana 'Menipu'!

Maafkan saya! Maafkan saya! Saya  ...

mcm mana ewal nak bagi all out. dia terpaksa ikut acuan cikgu2.
tunggu la ewal perform kat luar nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
fredbok87 posted on 11-11-2014 02:41 PM
dulu masa awal2 susah jgk kan dak hafiz ni nak pemes.... performance dia di AJL lagu Masih Jelas t ...

Kalau share ni banyak. ..satu je teguran teguran. .nesehat nesehat. ..semangattt. ....apa salah tegur...kalau ada sini frends fb mama ewal. .rasa inbox je....banyak sabar. ..saya tengok ewal rajin berusaha tak putus asa. ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2014 02:47 PM | Show all posts
Incanto posted on 11-11-2014 02:42 PM
betul ....
kita pun tak tahu kesahihan
mungkin kita buat assumption salah

sep sket

ai tengok karekter ewal ni mcm Syafie Naswip. umurpun sama. hyper, mesra, manja dgn org yg rapat. bila bergambar kat ig terlebih mesra.
tapi sosial life zero..... tak clubbing, tak smoking...just enjoy masa remaja
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 02:49 PM | Show all posts
elamor posted on 11-11-2014 12:31 AM
hello perembes ewal sekeliannn...

saja singgah jap nak hantar something

amboi singgah jer

dok la lama2 sikit

ni kan rumah laki nuha
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 02:57 PM | Show all posts
bungaros posted on 11-11-2014 02:10 PM
chill babe....kita jgn jump d gun hokeh. kita pun tatau perkara sebenar...kita tak tengok pun vid  ...

iols pun x rasa dorang dok serumah. gila batak benarkan dorang dok serumah.

fans yang bagus, adalah fans yang sokong sampai berjaya. pada masa yg sama terus nasihatkan dia. agar x terjebak ngan kontroversi murahan.

me x leh blah dia poluk wawa kerepek yg penuh ngan bekas jerawat tu .



Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 02:59 PM | Show all posts
fredbok87 posted on 11-11-2014 02:41 PM
dulu masa awal2 susah jgk kan dak hafiz ni nak pemes.... performance dia di AJL lagu Masih Jelas t ...

dia agak sendu masa mula2 keluar AF sampaikan ada drama yg dorang shoot kat jakarta tu dia cuma jadi xtra je. kelebihan hafiz suara yg unik dan ada identiti sendiri. masa ASK aritu ai tak tengok tv pun tapi bila dengar suara dia dah tau itu hafiz.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.230179 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list