CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jingodeep

CLOSED

 Close [Copy link]
Post time 1-12-2014 02:37 AM | Show all posts
alaaaaaa tertinggal ketapi la plak...
walau tak tau cerita ujung pangkal ttp nak kutuk gak.. TT manusia paling bangang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum thread penuh kontotbesi ni ditutupkan,izinkan aku menrecall flowcart jalan cerita yang mencetuskan fenomena pemakian dan pelaharan porumers dari awal page hingga ke titisan akhir nafasnya thread 'ex-wife aku zalim-aku menyesal-closed'.

TT memulakan penceritaan dengan menghighlightkan betapa dia bencikan ex wife atas kezaliman yang ex wife telah lakukan pada dirinya. Kezaliman apa?

Kisahnya bermula apabila si TT berhati molia ini mendapat kerja oberthesea,dan sblm dia berangkat ke obersea itu,dia ada memiliki 2 ketul kereta (jenis apakah ia,tidaklah dinyatakn di sini,tapi busau kemungkinan kereta orang ada-ada yang menjadi perebutan antara dua darjat). Si ex kala itu sedang menyambung pengajian Phdnya+bekerja dan trpaksa berulang dari Kuala Kangsar-Tg Malim tiap ari,kua umah 6am balik umah 8malam. Tapi memandangkan si TT ini saaaaayaaaaangggggggg banget sama ummi dan abbinya,kedua-dua ketul kereta itu diserahkan kepada mereka atas dasar: ummi dan abbi saya amat-amat-amat-amat-amat teringin dan kepingin pada KEDUA-DUA kereta tersebuuuttttt.....

Maka terkontang kantingla si ex bini tanpa 'kaki',mana mau pigi keghoja laie,mana mau pigi kelas lagi. Mau tidak mau,kenela si ayah ex mengambil alih tugas menjadi posto;tukang menghantar-mengambek anak sendiri ke tempat belajar. Nak harap menantu sedekahkan kereta,dikatanya ex tidak patut diberi kereta lantaran ketidacekapan beliyau membawa kereta (sayang keto dari bini,woiii!)

Nak dijadikan cerita,in the proses penghantaran ex ke tempat belajar,suatu hari selepas beberapa bulan si hamba Allah ni berada di obersea,ditakdirkan Allah subhanahu wa taala kereta buruk si ayah telah termati di tengah jalan. Nak jadik drama jugak,kala itulah datangnya lori lalu disauknya kereta buruk anak beranak itu berserta dengan orang-orangnya sekali yang mengakibatkan ex wife si sampritdol ni patah tulang belakang () dan anak depa koyak muka...! Dah gitu sekali impaknya,faham-faham sendirilah apa emosi si ex yang bukannya wanita lindungan kaabah,jauh sekali malaikat kat simpang 44!Bila disalahkan si TT kerana sikap berkira tak nak kasik kereta dia yang dua ketul itu kepada bini sendiri tapi lagi rela bui ke mak pak yang tamak haloba memaksa si isteri naik kereta buruk,rosak plak tengah jalan--itulah penyebab kemalangan itu terjadi dan penyebab si ex bini terpaksa menanggung derita sakit. Eh kalu dari sihat-sihat tetiba jadik hampir lumpuh,jalan pun bertongkat,ada laki plak laki buta perut,apa masih boleh nak kata 'xpelaaaaaa..ini sume ketentuan Alllahhhhhhhhhhh!'-seperti yang diingini TT yang langsung tidak menerima sedikit sebanyak malapetaka itu terjadi disebabkan dia yang tak reti nak bertimbangtara mana keperluan,mana kehendak. Dikatanya si TT:ape lak salah saya,bukan saya yang sebabkan kemalangan tu,semuanya takdiiiirrrrrrrrrrrrr.

Makin mengecillah hati si ex bini pada ex laki yang langsung tak tunjuk rasa simpati,jauh sekali untuk empati.:@

Sebelum kejadian itu,dikhabarkan jua punca kemarahan yang meluap-luap tt ke atas ex nya adalah,tatkala ummi,abi dan ex nya berada di airport untuk menghantar tt naik flight,didakwanya ex tt ni secara tetiba tanpa apa punca hilang ghaib selama 15 MINIT meninggalkan umi dan abinya terpinga-pinga dan hilang arah tujuan di airport itu. 'kot ye pun nak pegi mana-mana,bagitaula dulu pada umi abi..ni tak..hilang gitu jer.umi saya sangat kecik ati dan menanges-nanges umi saya memberitahu saya yang ex bini meninggalkan mereka 15 minit tanpa memberitahu sepatah haram ke mana bini saya nak pegi......umi saya menangis,setitis airmata umi gugur,saya bole masuk neraka,tauuuuu!'-katanya TT..

Disebabkan kejadian 'missing in action for 15 minutes' itulah membuatkan umi dan abi si TT makin nak marah dan benci pada si menantu hantu ini,katanya..Justeru,sepulangnya TT dari obersea (mungkin urusan keghoje dia dah solosai),tanpa memberi peluang pada si ex bini untuk bersua muka dengan si suami yang sudah terpisah seketika untuk melepaskan rindu dan mengadu sakit hasil dapatan trajedi malang itu,si TT ini telah mengambil keputusan untuk brcerai dan langsung tidak pulang ke rumah sewa mereka kala itu. Sewa rumah pun TT sudah tidak bayar,atas alasan : dah saya tak duduk rumah tu lagi,dan kami pun dah nak bercerai,buat apa saya nak bayarkan sewa lagi?sementelah bapak mertua saya kaya,pencen dia rm3k sebulan,takkan tak bole nak tolong bayar dan tanggung anak dan cucu dia sendiri..?'

Dalam masa yang sama jua,si TT anak ketiak ummi ni telah mempunyai buah hati baru. Cerai pun belum,dah carik pengganti kate ko! Budak syariah law uia,hokeiiiii...hebat tuuuu...! Dengan bangganya diheretnya budak syariah law itu dibawa pulang ke rumah menemui ummi dan abbi..Ajaibnya,si ummi dan si abbi tak kata apa si anak mengkelek anak dara orang ke hulu ke hilir,malah menunjukkan support yang tak berbelah bagi lagi. (ummi abbi jaman milahnium kheeennn..) Dan bila ditanya pada si awek ini tentang keadaan konflik si tt dengan ex bini kala itu,si budak ini yang aku saspek tak tahu hujung pangkal mana kisah sebenar tt dengan bini dia masa tu,dengan bitaranya menyatakan memang wajib taat ibu dulu,kene lebihkan ibu dari segala-galanya termasuklah dari bini sendiri (aku agak si pompuan ni baca hadis nabi yang suruh taat ibu yang nabi sebut ibumu,ibumu,ibumu kemudian barulah bapamu) Kemain girangla si tt mendapat sokongan padu dari awek tercenta dan mengukuhkan lagi pendiriannya untuk menceraikan si bini yang dikatakan durhaka ya amat itu.........

Namun,ku sangkakan panas hingga ke malam,tup-tup belum apa-apa gerimis sudah mengundang di awal subuh lagi,centa yang dibina atas suka sama suka,dapat pulak restu orang tua (ummi abbi tt lerr tu) tidak kesampaian. Habisla ia di situ. then si tt kemudiannya telah mencari pengganti lain,lalu dijumpailah seorang pompuan berkelayakan spm lalu disunting menjadi isteriiii. Hasil perkahwinan kedua, TT dan bini baru telah dikurniakan sepasang anak kembar..Gitu. (Nak katanya,bahagia ya amatla TT ni bila dah bernikah baru ni. Ummi dan seantero kaum keluarga pun suka melantun-lantun kat menantu baru nih,siap sokong lagi: bagus carik yang tarap spm jer,jangan cari yang educated sangat,nanti pijak kepala...)

sebelum terlupa, TT ni masa 5 tahun berkahwin dengan ex,ada 2 anak dan sekali miscarriage si bini TT. Now,pada saat thread ini dibuka,depa dah 8 tahun bercerai. So pandai-pandai kita la ye nak calculate bila tt ni nikah,umo bape si tt ni sekarang..Kot malas nak semakkan kepala,abaikan saja. Lantak pi situlah umo brape pun TT ni kan..?

OK sambung. Yang bini baru TT ni pulak,lepas bernikah pun tak abeh-abeh dok sms dok call bakal-madu-tak-jadi dia ni. Atas apa alasan,tidaklah diceritakan oleh tuan tanah kelaut. Tapi nak cerita betapa annoyingnya pompuan ni sakan call,msg orang tu,sampaikan ex tt menukar no phonenya.( kat sini obvious dah baiknya si ex ni..kalu dia ni bangsa setan,pasti akan dilayan si bini TT ni amek peluang cerita segala hal termasuk hal dlm kain kat bini tt,biar bini TT tahu dan kenal skit dengan manusia ka dengan cipan yang dia bernikah ni. Tapi dia tak,dia tukaq no lain so that no more connection between them)

Dah bercerai,of krosla ex tuntut macam-macam dengan bekas laki. Takkan nak kasik bekas laki lepas tangan sesedap rasa jahh. Maka marahla si TT ni bila ex bini minta dinaikkan nafkah anak dari rm500 sebulan ke rm800 sebulan.pastu tt pun builaaa segala maknenek expenses yang dia kene tanggung astro la unifi la,personal loan la (personal loan rm1800 hokeiiii kene byr bulan-bulan) etc etc etc sedangkan gaji TT x sampai pun rm5k. so tt nk kata: lihatla doniaaaa..betapa zalimnyaaaaaaaa ex bini aku niiii..!

Bila dihencap dan direnyuk oleh porumers yang two third of majority,maka terkeluarlah cerita tentang perangai ex tt yang antara lain,suka mengungkit segala pemberian dia kasik termasukla terpaksa gadaikan personal belongingnya (gelang ke 'kereta skuter' ke apa..sori aku x ingat)tapi hakmilik ex tt laa semata nk bantu tt ni dari segi kewangan. maklum saja,tt ni bukan bule culas skit bab balik kg jmpa umi abi dia. duit takdak pun takpa..bia budget lari pun takpa..janji bule balik kampung jmpa ummi abbi. takdak duit,ade ape hal,bini aku ada..pak mentua aku kaya..-katanya TT..:Q

Then tt kata lagi, si ex ni buruk perangai, Nya gi cerita kat boss tt masalah depa laki bini sampaikan tt yang patutnya jadik menejer,langsung dibuang keje. menejer ke mana ape ke mana. Makin membuakla marah si tt dan makin terserlah 'kezaliman' si ex bini...

Kemudian tubek lagi cerita yang menyatakan si ex ni pemalas ya rabbi,malas mengemas rumah,malas memasak. Bila kelik kampung jer,asyikla dok kelek anak ke hulur anak ke hilir. sampai menjadi buah umpatan sedara maralah. Time ex tt mengandung pun gitu,malas masak. Bila ummi datang umah depa,ummi laaa pulak kene bersilat memasak kat dapur,sedangkan menantu hantu tu langsung tak reti membantu..katanya.

ohya,hampir ku terlupa. Tt mendakwa ex bini tak kasik dia jumpa anak-anak depa dah. kalu nak jumpa jugak kene mai umah pak mentua. 'bukan dia tak tahu saya dah bercerai, saya dah tak bole lagi ke rumah mentua saya'-katanya TT..huk huk huk. but before that,ada kejadian yang membuatkan wife marah hingga menjerkah si TT ni. puncanya tt penah tinggalkan anak depa yang umo 6 dan 8 tahun dalam keta berkunci sendirian sementara si tt gi beli pizzaaaa..dan ini diceritakan sendiri oleh salah sorang anak TT kepada bondanya.Katanya TT lagi,itu pun jadik masalah ke,bukannya jadik apa-apapun kat anak-anak..selamat je pun mereka dalam kereta...(jawapan paling takleh blah!)

*********************************





Ok setakat itu sajalah rumusan hamba untuk tatapan porumers sekalian. Yang lain-lain jika ada,sesapa rajin bulela tambah. eden dah ngantuk ni haaa. itupun kalu mod masih ada ehsan nak memanjangkan hayat thread penuh api ni.....

Di sini suka aku tambahkan point-point penting yang diremindkan oleh kawan-kawan porumers..makaseh korang..!


POST TIRAMISU #550: tatkala isteri baru saja lepas bersalin anak kecil, demi adik tercenta yang baru loya-loya, si TT ni sanggup meninggalkan isteri (masa tu laa) dan pulang ke kampung demi menjenguk adiknya yang keloyaan itu. Sayang adik punya pasal. Juga, sebelum itu, si TT ni yang tahap tawakkal tinggi ya amat, keringkan hati meninggalkan isteri yang tengah mengandung semata nak jadik pengapit sepupunya yang kaweeeennnn. (Macamlaaaaa takdak makhluk lain nak jadik pengapit haish. Ke TT ni yang gedik nak tayang muka kat public, mana la tauuu ada plak anak-anak dara miang mengendap, naik jugak saham. Tak betul..?) Bini dah cakap jangan tinggal dakuuu..oh dewiii..oh juwitaaaaaa..disebabkan ada rasa cramp-cramp dalam perut..tapi takk..tt tetap tegar pegi jugak. Menjadi pengapit lagi utama. Dah kata tawakkal tinggi kan. Apa salahnya suruh saja tuhan jagakan bini untuk dia... Natijahnya, nak make it worst, ex bini keguguran pada malam kepemergian si TT ke kampung nak jadik pengapit punya pasal.. Sedari itu, ex menjadi kemurungan dan berlangsungan hinggalah trajedi malang itu terjadiiii..

Sadis, bukan?

POST HAPPYDOT #574: TT mengadu yang ex tatkala sedang mengandung, ex tt mengalami alahan dan tak tahan bau masakan. So apa yang ex bule buat tidak lain tidak bukan hanyala uruskan anak mereka semata. Pendek kata, tak masak langsung lah! Demi anak tersayang, ummi solehahnya pun datanglaaa ke rumah tulun masak. (takut ler kot-kot anak celah ketiaknya tersayang mampuih tersungkur kebuluran...). Lantas TT mengatakan yang ex wife dia ni mengada-ngada..saja kata alah la ape la..orang lain pun mengandung jugak tapi tidaklah sengengada ex bini dia itu. Ex ni pulak, dah rasa bersalah..yelah besar oke jasa mak mentua datang tulun masak masa dia dok alah-alah tu, belila a token of consideration like pressure cooker, jam tangan, ape ntah seketul lagi tu..tapi sesuatu yang mahei jugakla untuk ummi solehah tt ni..punyala nak jaga ati mak mentua kheenn..tapi apa dia dapat?


"apa kau ingat aku ni nyonya mansorrr???(oke ini aku reka sendiri..)mata duitan?materialistik? memandang kebendeaan..??? aku tak hadap itu somua..aku hanya perlukan kasehh sayang semataa..." katanya ummi solehah TT............



Anda baca, anda nilaikan sendiri.
Kami.....hanya pengkomen picisan semata...


At 12.19, aku edit lagi.
POST MISSKITTY #594: Kan lepas kejadian accident disauk lori, anak tt cedera teruk kat muka. Terkoyak muka anak tu..(subhanallah...) Hati seorang ibu, manakan sanggup melihat kecacatan anak sendiri yang lahirnya dulu serba serbi sempurna. Demi melihat anaknya kembali pulih seperti sedia kala, si ibu telah membuat appointment dengan spetal swasta untuk surgery muka anaknya yang cedera itu. Tapi lain benarrrrr di pihak bapa yang kata "awak tu staf gobement..yang gatai-gatai pi buat kat swasta jadahnya? tahu dah swasta tu mahal..kalu spetal gobement bule dapat mughah dengan guna GL awak tu..."

Hal kebajikan anak pun bapak berkira hamba Allah sekor ni.
No word to express laaaa how selfishnya dia.




Again, sayang duit dari anak, woiiiii!



















Last edited by Clover_Hill on 1-12-2014 12:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill posted on 1-12-2014 02:44 AM
Sebelum thread penuh kontotbesi ni ditutupkan,izinkan aku menrecall flowcart jalan cerita yang mence ...

Lorr..xwife beliau orang kuala kangsar ke?..mudah ja nak cari sebrnarnya kalau org kampung teman...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill posted on 1-12-2014 02:44 AM
Sebelum thread penuh kontotbesi ni ditutupkan,izinkan aku menrecall flowcart jalan cerita yang mence ...

Mmg tbaik lah summary kisah thread ni yg clover buat..xpyh bc post yg tt delete pun dh bleh fhm apa citer yg sbnrnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 posted on 1-12-2014 06:18 AM
Lorr..xwife beliau orang kuala kangsar ke?..mudah ja nak cari sebrnarnya kalau org kampung teman.. ...

Spt yang dihabaq mai oleh tt bertuah ni la noor,depa penah menyewa di kuale masa ex dia tengah ngaji..agaknya ya kot depa asai sana..

btw,adik ipar me pun asal kuala,dekat jah dengan tempat peranginan kuala kernas tu umah dia..

noor kuale alek mana?alah-alah ke bandar ke..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kenarihitam posted on 1-12-2014 06:39 AM
Mmg tbaik lah summary kisah thread ni yg clover buat..xpyh bc post yg tt delete pun dh bleh fhm ap ...

Kesian plak ramai yang teringin nak tahu cerita kan.Tapi nak buat guano..TT kita ni tulurnya mengecut..tak berani berdepan kenyataan makanya dengan memadamkan bahan bukti dia rasa dia dah selamat donia akheratt...

Moga kesah laguni dijadikan teladan pada kita semua;kejahilan murokkab membawa kezaliman mughallazoh!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2014 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill posted on 1-12-2014 06:49 AM
Kesian plak ramai yang teringin nak tahu cerita kan.Tapi nak buat guano..TT kita ni tulurnya menge ...

Ye la..kisah ni jadi teladan utk kita semua.klu yg status bakal suami,suami n bks suami tlg la jgn jadi mcm tt,klu yg status bakal mertua,mertua n bks mertua pls jgn jd mcm ummi n abi tt,klu yg status bakal isteri,isteri n bks isteri tuntut la hak anda sekiranya anda berada dlm situasi x wife tt,jgn jd spt bini tt yg sibuk sgt nk contact x wife tt.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt if ko nak kontek xwife utk tya khbar ank2 ko ble je refer kt saman mahkamah yg ko dpt utk kes perubahan nfkh ank yg x wife ko failkn tu.dlm saman tu kan ada dikepilkan skali penyata tuntutn so ko tgk la alamat n no fon plaintif.dh dpt no fon tu ko jgn la mengada2 pegi bagi kt bini ko plak srh kcu x wife ko..kang x wife ko tuka no lagi..so xde alasan ko nk bg yg ko xthu nk contact ank2 ko yer..nak seribu daya taknak seribu dalih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 07:49 AM | Show all posts
kenarihitam posted on 1-12-2014 07:02 AM
Ye la..kisah ni jadi teladan utk kita semua.klu yg status bakal suami,suami n bks suami tlg la jgn ...

yang xleh blah current bini p dok kacau ex tu pehal...ke dia ni pun mulut celaka juga dok maki ex tu,sama2 kutuk ex..ke nak bangga tunjuk dia dapat nikah orang hebat..hebat la sangat..sama2 bangang boleh masuk dok dl,m keluarga bangang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 posted on 1-12-2014 06:18 AM
Lorr..xwife beliau orang kuala kangsar ke?..mudah ja nak cari sebrnarnya kalau org kampung teman.. ...

csi noor..kan ramai pun janda yg ada phd..jauh juga berulang dari kuale ke UPSI..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 posted on 1-12-2014 07:49 AM
yang xleh blah current bini p dok kacau ex tu pehal...ke dia ni pun mulut celaka juga dok maki ex  ...

Bagi aku la ada 3 sbb current wife kcu x wife dia.
1)sbb dia nk bgthu x wife jgn minx nfkh byk2 kt si tt ni
2)dia nk bgthu i am his wife..so kami sgt bahagia jgn kcu laki aku
3)dia nk thu kesah sbnrnya knp mrk bcerai coz bini ni dpt detect something wrong somewhere ngn si tt
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:07 AM | Show all posts
noor2 posted on 1-12-2014 06:18 AM
Lorr..xwife beliau orang kuala kangsar ke?..mudah ja nak cari sebrnarnya kalau org kampung teman.. ...

jangan2 sedara noor..bau2 bacang ke...sedihnya,nak2 pula kena sedara kita orang buat macm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:14 AM | Show all posts
mak_wa95 posted on 1-12-2014 08:07 AM
jangan2 sedara noor..bau2 bacang ke...sedihnya,nak2 pula kena sedara kita orang buat macm ni...

tt pun kate x dia syariah law grad uia.. mungkin senior kemal kot kat sana.. mungkin satu batch.. malaysia ni kecik jek...

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill posted on 1-12-2014 06:46 AM
Spt yang dihabaq mai oleh tt bertuah ni la noor,depa penah menyewa di kuale masa ex dia tengah nga ...

Kita sebelah sayong...tp kuala kangsar jecik ja...boleh ja cari kes eksiden ayah nenghantar anak..eh...eksiden kat mana ya?..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:18 AM | Show all posts
kenarihitam posted on 1-12-2014 08:06 AM
Bagi aku la ada 3 sbb current wife kcu x wife dia.
1)sbb dia nk bgthu x wife jgn minx nfkh byk2 k ...

saya dia insecure n no 1 tu..dia hanya dengar citer dari pihak keluarga tt ja..saya rasa dia xde kepentingan pun nak  tahu citer sebenar..dia takut hak dia tergugat je......jauh tu dari kuale nak ke upsi dengan kete buruk pak dia..rasanya dlm 3jam perjalanan pe..rasanya tt ni orang kaya yang dok di bukit chandan pe..ada gelaran wan ke meor ke..ke kerabat diraja..sampai sanggup hina ex smpi macm tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 posted on 1-12-2014 08:07 AM
jangan2 sedara noor..bau2 bacang ke...sedihnya,nak2 pula kena sedara kita orang buat macm ni...

Hihi..janganla...kesian pulak..tapi vetui kata makwa yang buat phd ...janda x ramai rasanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 08:23 AM | Show all posts
nuryakmal posted on 1-12-2014 08:14 AM
tt pun kate x dia syariah law grad uia.. mungkin senior kemal kot kat sana.. mungkin satu batch..  ...

yaaaa...syariah law pun humblenya..tuntut pn ptt padan je..kalau org lain yg dlm bidang law ni(reti dr sudut undg) dia akn tuntut smpi tt tinggal spender yng notelo...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:25 AM | Show all posts
nuryakmal posted on 1-12-2014 08:14 AM
tt pun kate x dia syariah law grad uia.. mungkin senior kemal kot kat sana.. mungkin satu batch..  ...

selama joint forum ni,saya paling panas hati dengan thread ni dan satu lagi di ci,yang laki terajang bini dlm lift tu..kat hospital kpj tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:28 AM | Show all posts
mak_wa95 posted on 1-12-2014 08:25 AM
selama joint forum ni,saya paling panas hati dengan thread ni dan satu lagi di ci,yang laki teraja ...

Once in a blue moon akan ada theead yang kita semua sama sama agreed on



Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 posted on 1-12-2014 08:18 AM
Kita sebelah sayong...tp kuala kangsar jecik ja...boleh ja cari kes eksiden ayah nenghantar anak.. ...

Kak noor sayong area mne??sayong lembah ke..sayong masjid ke..tmn kelisa ke??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.923281 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list