|
Edited by KILL_NANCY at 8-1-2019 01:18 PM
Monolog Dalam Tempayan
aku ingat dulu, lepas setahun lebih bekerja, aku dinaikkan pangkat, tak tinggi mana pun, setapak dua je.
lepas sain promotion offer letter hidung dah mula kembang, jalan secara automatis bertukar macam orang kaya, almaklumlah epf potong seratus lebih masa tu, jalan berkepaklah mat, dalam otak dah fikir macam2 nak buat, nak travel, beli gitar baru, nak kahwin, nak bawa parents pergi pulau redang .... ah kau .... mengalahkan gaji 3k kau.
tengahari HR Manager panggil aku, suruh sembah menghadap, aku pun berjalan dengan gaya EX ke admin office, bersiul2an, tangan masuk saku celana, sebelum masuk, keluar sikat kat saku belakang, sikat rambut dulu, pakai cermin separa depan office.wangi tak?eh wangilah mat, aku sembur dashing seakan2 tiada hari esok.
HRM aku dulu nama Puan Marfuzah.aku dikehendaki turunkan tandatangan di atas sekeping kertas, sebelum sain untuk tak nak samakan fikiran aku dengan filem2 melayu, aku pun membaca dulu.kumat kamit mulut aku baca, shhhuuusshhh shshshshshshhs wachahahahashshshsh congratulations sshhhhshshhs 3 years contract shhshshshshs mampuslah kau lepas ni shshshshshshh shohsohssksjs ....
lepas je baca helaian surat dari atas ke bawah, aku berfikir sambil tangan mengurut dagu, acah2 mikhail botvinnik nak check mate bobby fisher.namun sebab dah excited sangat, aku pun bersetuju, aku sain cantik2, walaupun sain aku tak cantik.
"ikut i pergi store", ajak Puan Marfuzah.
pintu store dibuka, Puan Marfuzah pun menanggalkan .... ah agak2 arr .... aku diberikan smartphone Nokia N75 (kan?) dengan sebuah Laptop Acer setebal buku yellow pages yang kau buat alas telefon telekom kat rumah kau tu.bapak gempakkkk arrr.masa tu aku rasa punggung aku macam nak pecah, bangga siot kau ingat apa.anak melayu pegang lappy acer intel pentium, cpu 1.6ghz, eh gempak arr.memang tampak geniuslah masa tu.
"these are your needs, to suit your needs"
lama2 aku rasa sangat tahi bila benda2 yang aku dapat bukanlah sebenarnya keistimewaan atau keperluan tetapi lebih kepada beban.
bila kau guna harta orang, kau kena ikut prosedur dia contohnya,
call aku tengah malam buta.
bagi assignment banyak2.
bila aku terguna bil telefon call parents, kena issue show cause letter, bil berapa ringgit je aku boleh bayar balik, tapi nak issue show cause letter macam *******!
email2 bodoh daripasa bos2 yang takde life, shoot email memalam buta lepas tu suruh respond pakai sms.lepas shoot 1 sms, tak paham, kita explain panjang2, limited characters sampai 5 sms yang penuh aku bagi kat dia.lepas tu untuk setiap sms aku send aku kena bayar kat company.tak ke celaka yaya celaka wawa uuuuuuu we wuuuuu tak selalu bertanya2 ke mana hilangnya cintaa hahahaha kan?
tapi aku bersyukur pada masa yang sama, aku dapat pengalaman dan tahu apa kehendak makhluk2 atas ni nak walaupun memang semua yang kononnya KEPERLUAN tu aku anggap sebagai BEBAN. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|