CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
 Author| Post time 15-6-2021 12:59 PM | Show all posts
Perempuan Sihir ?

Ada satu kawasan di Quebec yang mak aku tak berani nak pergi sebab satu peristiwa.  Kalau ikutkan, kami sekeluarga jarang pergi Kanada, tapi aku ada seorang makcik yang tinggal di Quebec. Makcik aku ni ada sebuah rumah peranginan di sebuah tasik kecil yang dinamakan Petit lac Brompton. Peristiwa ni berlaku pada tahun 1990an, jadi rumah peranginan makcik aku ni agak tersorok dan kawasan tu pun bukan tumpuan ramai macam sekarang.  Selalunya pada musim panas aku banyak menghabiskan cuti sekolah di rumah peranginan makcik aku ni bersama-sama ahli keluarga yang lain.

Belakang rumah ni waktu tu, masih hijau dengan hutannya yang melangkaui sampai berbatu-batu luasnya.  Kami sekeluarga suka mengembara memasuki hutan itu dan masa tu memang hutan ni masih belum diterokai lagi. Kalau masuk sorang diri memang tak mustahil boleh sesat tak jumpa jalan keluar.

Pada suatu hari, di suatu pagi yang tenang di musim panas, masa ni aku dah berumur 13 tahun, aku, emak, makcik dan 2 orang pakcik masuk ke dalam hutan tu nak mengutip buah raspberi liar apabila kami terdengar bunyi jeritan seorang wanita.  Jeritan wanita itu terlalu kuat sampaikan kami semua spontan menjatuhkan diri ke tanah seperti orang mengelak tembakan peluru.  Tapi jeritan nyaring itu sekejap je, tapi impaknya cukup sampai buat kami terpinga-pinga.  2-3 minit lah jugak kami cuba mencari dari mana arah jeritan itu.  Dari kekuatan jeritan itu, kami rasa macam orangnya dekat je, dan yang aku perasan bunyinya datang dari arah atas.  30 kaki dari atas kami tapi bila tengok atas takde pulak nampak perempuan tengah panjat pokok ke.

Mak aku dah ketakutan dan terus ajak kami balik.  Sebab jeritan itu memang jelas dari manusia, bukan mesin ataupun haiwan. Tapi pakcik aku suruh abaikan, malahan pakcik aku ajak kami masuk lebih dalam lagi ke dalam hutan.  Beberapa minit sudah berlalu, kami semua masih tertanya-tanya, apabila kami semua menyaksikan sesuatu yang tak masuk akal.  Tuhan sebagai saksiku, apa yang aku nampak tu memang aku tak boleh lupakan sampai bila-bila.

Jeritan itu muncul semula, tapi kali ini ia muncul bersama-sama seseorang.  Makcik aku yang nampak dulu benda tu.  Ianya berjarak 50kaki daripada kami dan dalam 30 kaki dari aras tanah.  Apa yang kami nampak adalah seorang seseorang yang berpakaian serba hitam dan rambut panjang hitam dengan kaki bersilang sedang terbang di atas kami!  Kami tak nampak dari arah mana dia datang, tapi kami boleh nampak ianya terbang dari satu puncak pokok ke pokok lain dengan kelajuan kira-kira 10 ke 15 batu sejam.  

Kami semua terkaku di situ, masing-masing tidak berani nak bergerak walau seinci pun. Kami hanya perhati je makhluk itu terbang makin jauh ke dalam hutan sehingga ianya hilang dari pandangan kami. Hanya selepas itu barulah kami semua pecut balik ke rumah peranginan makcik aku tadi.  Keesokan harinya, pakcik-pakcik aku masuk semula ke dalam hutan membawa senapang nak memburu makhluk tu, tapi dah tak jumpa.

Aku yakin apa yang aku nampak tadi bukan burung, bukannya monyet yang terlepas, tapi 100% orang. Untuk senang korang gambarkan, perempuan yang aku nampak tu sebijik macam hantu Sadako dari filem The Ring, cuma dia serba hitam dan boleh terbang je.

Makcik aku sehingga ke hujung hayatnya tetap percaya apa yang dia nampak tu adalah perempuan sihir.  Dan kerana itulah, makcik aku terus je jual rumah peranginan tu, dan itulah percutian terakhir aku di situ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2021 01:20 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 18-6-2021 09:43 AM

Kisah Orang Asli Dari Kanada 1

Aku membesar sekadar mendengar kisah-kisah yang ayah aku ceritakan je, tentang hantu dan fenomena yang diluar jangkauan pemikiran yang dialami oleh ahli keluargaku. Ada 2 cerita dari ayah aku ni yang aku ingat lagi sampai sekarang. Ayah aku, Pakcik Keith dan Pakcik Trevor membesar di tanah rizab Kawacatoose di Kanada.


Pakcik Keith dan ibunya, nenek Alvina sedang berjalan pulang ke rumahnya bersama 2 orang anak saudaranya yang masih kecil.  Nenek Alvina terpaksa menjaga 2 orang anak saudara tu untuk malam tu, jadi diorang ni bawaklah budak-budak tu balik ke rumah Pakcik Keith.  Kalau korang biasa masuk kawasan rizab orang asli ni, memang jarak dari satu rumah ke rumah lain ni memang jauh-jauh.  Malam tu je, Pakcik Keith dan Nenek Alvina terpaksa berjalan ulang-alik 4 batu semata-mata nak ambil budak-budak tu.

Malam tu adalah suatu malam di musim panas di mana bulan tengah mengambang penuh.  Nenek Alvina pegang 2 orang budak tu, manakala Pakcik Keith berjalan mengiringi ibunya.  Di sebelah Pakcik Keith tu ada sebatang parit kering.  Pakcik Keith ternampak sesuatu dalam parit tu, ada benda berwarna putih tengah duduk mengeliling sebatang pokok kecil.  Makin dekat, makin jelas nampak yang benda putih tu adalah makhluk seperti manusia, tapi kepalanya tirus, hidung dan dagunya tajam, hujung matanya naik ke atas tapi makhluk ni takde mulut!  Makhluk ni tinggi luar biasa, sebab Pakcik Keith kata kedalaman parit tu je pun dah 10 kaki, tapi makhluk tu pun dah separas dengan tebing parit tu walaupun jelas ianya tengah duduk bertinggung. Bukan 1, tapi adalah dalam 3-4 makhluk tu duduk mengelilingi pokok tu.

Pakcik Keith menyiku ibunya. 'Ye Keith, mak nampak apa yang kau nampak tu'.  Tapi Nenek Alvina melarang Keith menegur benda tu.  'Buat tak nampak je'.  Bila Keith dan ibunya dah betul-betul berada di tepi makhluk-makhluk itu, Pakcik Keith tak dapat menahan diri dari nak menengok jugak makhluk itu.  Pakcik Keith nampak makhluk-makhluk tu macam tengah bersembang, mengangguk-angguk kepala dan saling berpandangan, macam orang bersembang la, tapi takde suatu suara keluar pun dari makhluk-makhluk itu.  

Tapi  budak kecil yang Nenek Alvina tengah dukung tu terperasan la pulak makhluk tu, dan dia terus menangis sebab ketakutan.  Nenek Alvina cuba pujuk budak tu berhenti menangis.  Dari ekor mata Pakcik Keith, dia tahu yang makhluk-makhluk dah perasan yang mereka berempat sedar akan kehadiran makhluk itu. Keempat-empat makhluk itu berhenti menyembang, dan terus memandang ke arah mereka berempat.  Tapi Nenek Alvina tetap melarang Pakcik Keith jangan lari dan buat macam biasa, sedangkan Pakcik Keith dah terketar-ketar satu badan.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah berjalan kaki tu, Pakcik Keith tak berani nak pandang belakang, tapi dia tahu yang makhluk-makhluk itu sedang mengekori mereka sebab dia terdengar bunyi orang berjalan dalam parit kering tu.  Itulah perjalanan paling panjang yang dia rasa dalam hidup dia.  Akhirnya mereka berempat selamat sampai ke rumah.  Pakcik Keith jadi orang terakhir masuk dan masa dia nak kunci rumah, masa tulah dia ternampak, di atas jalan hadapan rumah dia tu, dah ada 5-6 makhluk putih tadi sedang menunggu.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2021 01:36 PM | Show all posts
Kisah Orang Asli Dari Kanada 2


Kisah kedua ni terjadi pada Pakcik Keith jugak, di kawasan yang sama. Masa ni Pakcik Keith dah berumur lingkungan 30an, dan sedang berpacaran dengan seorang wanita Orang Asli juga yang bernama Missy.  Jadi pada suatu malam tu, Pakcik Keith datanglah ke rumah Missy nak jemput dia keluar date, tapi Missy tak habis bersiap lagi (biasalah kan perempuan), jadi Pakcik Keith pun lepaklah kejap kat ruang tamu sambil tunggu Missy ni bersiap.  Tiba-tiba, Pakcik Keith terdengar bunyi loceng pintu, Pakcik Keith nak bukak pintu rumah tapi dia pun bukan tuan rumah, jadi Pakcik Keith pun panggilah Missy, tapi Missy tak menyahut pun.  Loceng pintu berbunyi lagi, Pakcik Keith panggil Missy lagi, kali ni barulah Missy keluar dari biliknya.


"Eh awak ni Missy, awak tak dengar ke bunyi loceng rumah awak tadi?",  tapi Missy hanya mengerutkan mukanya. "Apa abang cakap ni? Dahla, jomla kita keluar makan".  Dan date mereka berjalan dengan lancar malam itu tanpa ada peristiwa yang pelik.


Beberapa bulan kemudian, hubungan Pakcik Keith dan Missy semakin serius dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk tinggal serumah. Tapi di rumah Missy la.  Untuk itu, mereka berdua pun ubahsuai rumah Missy itu untuk jadi lebih selesa sebab sekarang dah duduk berdua.  Semasa ubahsuai tu, pintu bilik utama terpaksa ditanggalkan untuk beberapa waktu mereka cuma sangkut je langsir jadi pintu.  Suatu malam tu, Pakcik Keith dikejutkan dengan bunyi jeritan Missy.  Pakcik Keith tengok muka Missy ketakutan yang teramat sangat sambil dia menunjuk ke arah langsir pintu mereka.


Rupanya, apa yang Missy nampak adalah, seorang budak kecil dengan mata yang besar sedang mengintai mereka dari celah langsir.  Pakcik Keith pun kejarlah budak tu tapi yang peliknya, pakcik Keith kejar sampai keluar ikut pintu belakang, macam mana pintu tu boleh ternganga luas sedangkan dah berkunci pun Pakcik Keith tak pasti, tapi kelibat budak kecil tu hilang terus bila dah sampai kat luar.


Oh ye, aku lupa nak cakap, sebenarnya rumah Missy tu takde loceng rumah pun, sebab tu Missy macam pelik bila Pakcik Keith kata dia dengar bunyi loceng tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
terima kasih rajin update
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 12-6-2021 10:29 PM
dlm kisah mistik melayu pon ade kan perrmpuan kaki terbalik..suka culik lelaki untuk kawen

Ya ka...tk pernh dgr pun..cer citer cer citer
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 12:18 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 11-12-2020 12:11 PM
5.  Penemuan mayat dan rangka orang hilang

Dalam semua operasi mencari orang hilang yg aku join,  ...

macam menyesal baca thread ni...  dah la aku suka bawak anak2 aku pi camping...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2021 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 23-2-2021 01:08 PM
Dating Kali Pertama
Cerita ni bukan cerita mistik atau paranormal, tapi cerita ni memang menyeramka ...

cerita ni pernah keluar news…  heboh kejap…  skeri…  nasib diorang baik…
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 10:14 AM | Show all posts
eyansss replied at 17-6-2021 12:18 AM
macam menyesal baca thread ni...  dah la aku suka bawak anak2 aku pi camping...

jgn bawak anak2 uols camping tempat takde orang udah le...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2021 11:53 AM | Show all posts
annehuda replied at 17-6-2021 10:14 AM
jgn bawak anak2 uols camping tempat takde orang udah le...

sekarang ni memang pegi tempat yang sesuai for family yang ada budak kecik...  cuma jadi takut sebab cerita2 ni ada cakap paling muka a few seconds je anak dah hilang...  berderau...  huhuhu...  tapi selama camping ni, memang mata tak lepas la sebab anak2 pun boleh tahan aktif...  sampaikan masak pun simple2 je sebab takut masa masak tak perasan...  kalau masa tu husband or adik beradik ikut, baru la lega sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 01:10 PM | Show all posts
eyansss replied at 17-6-2021 11:53 AM
sekarang ni memang pegi tempat yang sesuai for family yang ada budak kecik...  cuma jadi takut seb ...

i teringat mcm kes yg hilang masa hiking kt perak tu. lupe dah namanye, kan ke siap masuk hiking ramai-ramai ada pertandingan kan, yg i ingat ada org tangkap gmbr dia, sekelip mata je hilang smpi hari ni tak dikesan. nauzubillah... takpelah uols bacalah doa banyak2 yg penting jgn terlepas pandang anak uols udahle
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 01:58 PM | Show all posts
annehuda replied at 17-6-2021 01:10 PM
i teringat mcm kes yg hilang masa hiking kt perak tu. lupe dah namanye, kan ke siap masuk hiking r ...

acap tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 02:45 PM | Show all posts
kannn yg ilang tu... sampai sudah tak jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 03:06 PM | Show all posts
annehuda replied at 17-6-2021 01:10 PM
i teringat mcm kes yg hilang masa hiking kt perak tu. lupe dah namanye, kan ke siap masuk hiking r ...

kes acap tu ke? i tengok youtube hari tu , depa kata may be si acap nie kena sorok dengan bunian . tenggek sat, to tt  cerita2 you memang world class only . sampai termimpi2 i .
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 03:30 PM | Show all posts
annehuda replied at 17-6-2021 01:10 PM
i teringat mcm kes yg hilang masa hiking kt perak tu. lupe dah namanye, kan ke siap masuk hiking r ...

acap eh...  meriah kes ni siap menimbulkan gosip gempar di cari ni ha...  tapi memang sampai sekarang tak jumpa...

kes lama yang memang meruntun jiwa, hassan...  not only tak jumpa dia, geng hikers kami ada yang meninggal excident masa balik dari SAR...  sedih sangat2 tau...  and it just so happened adik dia satu dept dengan aku masa memula aku keje kat sini...  dia cerita mak dia sampai ke sudah tak akan accept yang hassan dah meninggal...  sedih weih...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
havovasta replied at 17-6-2021 01:58 PM
acap tu ke?

Ye kes acap ni lah. Aku ni pun rajin gak hiking, tp aku hikers mudah pewai selalu tertinggal kt belakang. Masa kes acap ni tgh hot aku pun risau gak nauzubillah la kalau benda ni terjadi pd aku. Lgpun nk ikut logik ramai kot peserta larian ni. Memang misteri btul kes acap ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 17-6-2021 03:30 PM
acap eh...  meriah kes ni siap menimbulkan gosip gempar di cari ni ha...  tapi memang sampai sekar ...

Ye kes acap tu bg aku menggemparkan sbb bukannye hiking Suka-suka mmg ada pertandingan kot ramai pesertanye. Sblm acap hilang dh 2 kali buat pertandingan tu. Kalau uols google gmbr acap join run tu mmg bersepah-sepahlah.

Kes Hassan tu pun antara kes top jugak. Sbnrnye byk gak kes org hilang kt hutan malaysia, yg aku ingat plg top raja sutera hilang kt Cameron Highlands tp ni dulu la. Uols leh google tp yg tak boleh blah ada yg speku ni bkn kes paranormal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 17-6-2021 04:02 PM
Ye kes acap tu bg aku menggemparkan sbb bukannye hiking Suka-suka mmg ada pertandingan kot ramai p ...

apa keywords raja sutera tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwakacau06 replied at 17-6-2021 04:31 PM
apa keywords raja sutera tu..

Ni ha

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Disappearance_of_Jim_Thompson

Katenye jumpa rangka takde kepala kt Brinchang tapi polis tak suspect tu mayat org hilang tu sbb lokasi jauh sgt katenye
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-6-2021 12:59 PM
Perempuan Sihir ?

Ada satu kawasan di Quebec yang mak aku tak berani nak pergi sebab satu peristi ...

Seriau tengok pic hantu ni semalam. Baca tengah malam dah la semua orang dah tidur
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 01:55 PM | Show all posts
annehuda replied at 17-6-2021 05:05 PM
Ni ha

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Disappearance_of_Jim_Thompson

kes jim thompson ini macam2 spekulasi keluar, ada yang cakap beliau spy CIA, ada cakap kena kidnap dan bunuh dengan komunis dan lari join perang Vietnam dan macam-macam lagi. Cuma yang menarik selepas kehilangan dia, adik perempuan dengan anak dia kena bunuh dekat Pennsylvania.. tapi report cakap tak ada kaitan antara kehilangan beliau dan pembunuhan adik perempuan dan anak dia..memang misteri. Diorang kondem cara Malaysia handle kes ini, yela tahun 1967 apa yang kita ada sangat kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.813416 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list