|
Koleksi Petikan Kata Hikmat/Ahli2 Falsafah (merged with simplelife)
[Copy link]
|
|
Hadis daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan apa yang ikhlas kepada-Nya dan yang ditujukan hanya untuk-Nya. (Hadis riwayat Imam an-Nasaei) |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar radhiallahu anhuma, dari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, maksudnya: Ketahuilah! Semua kamu bertanggungjawab atas tanggungannya masing-masing. Amir (ketua) adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan rakyatnya, suami adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan keluarganya, isteri adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan rumahtangga suaminya dan anak-anaknya; dan hamba-hamba sahaya adalah pengawas yang bertanggungjawa atas harta tuannya. Ketahuilah! Semua kamu adalah pengawas yang bertanggungjawab atas tanggungannya masing-masing. (Hadis riwayat Imam Muslim) |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa radhiallahu anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, maksudnya: Orang mukmin dengan orang mukmin itu adalah seperti sebuah bangunan, menguatkan antara sebahagiannya dengan sebahagian yang lain, kemudian baginda menyelang kuat di antara jari-jari baginda. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi saw. bersabda,
"Apabila lalat masuk ke dalam minuman seseorang kamu,
hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuangkan lalat
itu, kerana sesungguhnya salah satu sayapnya
mengandungi penyakit dan yang satu lagi mengandungi
ubat."
SHAHIH BUKHARI |
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN HADITH
Berkata Abu Wail r.a., katanya, "Abdullah (bin Umar)
mengajar suatu jamaah tiap-tiap hari khamis.
Seorang laki-laki berkata, "Hai, Abu Abdurrahman! Saya
mengharap supaya anda dapat mengajar kami setiap
hari."
Jawab Abdullah, "Saya khuatir, kalau-kalau anda semua
jadi bosan. Saya memilih waktu yang baik, sebagaimana
juga Nabi memilihkan waktu yang baik untuk kami
belajar, menjaga supaya kami tidak bosan."
SHAHIH BUKHARI |
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN HADITH
Dari Aisyah r.a. katanya, "Pada suatu ketika, Nabi
pulang ke rumah Aisyah, didapatinya dekat Aisyah duduk
seorang wanita.
Lalu nabi bertanya, "Siapakah wanita itu?"
Jawab Aisyah, "Inilah si Fulanah yang terkenal banyak
melakukan solat."
Sabda nabi saw., "Jangan begitu! Kerjakanlah
sekuasamu. Demi Allah! Dia tidak bosan memberikan
pahala, sehingga kamu sendiri yang malas berbuat amal.
Amal (agama) yang lebih disukai di sisi Allah ialah
amal yang dilakukan secara tetap dan teratur."
SHAHIH BUKHARI |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Anas r.a., dari Nabi saw. katanya, "Ada tiga
perkara, barangsiapa melaksanakan ketiga-tiganya,
nescaya ia akan mendapat kesedapan iman :
Orang yang cinta kepada Allah dan RasulNya melebihi
dari cintanya kepada yang lain daripada keduanya.
Orang yang mencintai orang lain kerana Allah
semata-mata.
Orang yang benci untuk kembali kepada kafir, setelah
Allah melepaskannya daripada (belenggu) kekafiran itu,
sama dengan bencinya akan dijatuhkan ke dalam neraka."
SHAHIH BUKHARI |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Hakim bin Hizam r.a., katanya Nabi saw. bersabda,
"Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik
dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau
meminta). Maka kerana itu mulailah memberi kepada
keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya.
Siapa yang pohon diperlihara (agar dia tidak sampai
meminta-minta) Allah akan memeliharanya, dan siapa
yang mohon dicukupkan (agar tidak ada ketergantungan
selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya." |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Umar bin Khathab r.a., katanya dia mendengar
Rasulullah saw. bersabda, "Tiap-tiap amal harus
disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia
ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka
barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan
RasulNya, baginya pahala hjirah kerana Allah dan
RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana
hendak memperoleh dunia atau kerana perempuan yang
hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai
dengan niatnya, untuk apa dia hijrah". |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya:
"Iman mempunyai lebih daripada enam puluh cabang.
Adapun malu itu adalah salah satu dari cabang iman." |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Abu Qatabah r.a. katanya,
"Nabi saw. bersabda, "Mimpi yang baik dari Tuhan, dan
mimpi yang buruk dari syaitan. Apabila seseorang di
antara kamu memimpikan suatu mimpi yang menakutkannya,
hendaklah ia meludah ke sebelah kirinya, dan mohon
berlindung kepada Tuhan daripada bahaya. Sesungguhnya
dengan demikian, nescaya tidak akan membahayakan
kepadanya." |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., katanya Rasulullah saw.
bersabda,
"Apabila seseorang masuk Islam, kemudian Islamnya
menjadi baik, nescaya Allah menghapus segala
kejahatannya. Sesudah itu setiap kebaikannya dibalas
(Allah) sepuluh sampai tujuh ratus kali. Sedangkan
kejahatannya dibalas (hanya) setimpal dengan kejahatan
itu, kecuali pula kalau Allah memaafkannya." |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Imran bin Husaini r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Abdullah bin Amru r.a:
Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Apakah sifat yang paling baik dalam Islam? Rasulullah s.a.w bersabda: Memberikan makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Abu Hurairah r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Ibnu Umar r.a:
Nabi s.a.w mendengar seseorang menasihati saudaranya dalam hal malu iaitu melarangnya dan menganggap perbuatan itu buruk, lalu Nabi s.a.w bersabda: Malu itu sebahagian dari iman |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a:
Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah sifat orang Islam yang paling baik? Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah dan tangannya |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Anas r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang tidak boleh dikatakan beriman dan mengikut setengah Hadis Abdul Waris sebelum dia mencintai seorang lelaki lebih daripada keluarga, harta dan manusia seluruhnya |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau baginda bersabda: Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|