CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gjoy_chester

MUKHSIN [gjoy_chester+ fairytale]

[Copy link]
Post time 19-3-2007 11:18 AM | Show all posts
filem ni ada kata best ada kat buhsan...tp yg aku heran byk betul bajet yasmin buat promosi mukhsin kat TV...tayang iklan mukhsin waktu prime time lak tu...3,4 kali sehari..dasyat giler yasmin ni..all out buat promosi...kalau tak box ofis gak tak tahu la ni, buat malu company je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2007 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by king_kong at 17-3-2007 12:26 PM
hermm...still tak abis lagi debat isu sexuality Yasmin Ahmad nih...hehe..well aku tak berminat nak mencelah pasal tu...aku nilai Yasmin Ahmad melalui hasil kerja dia, samada dia lelaki atau perempuan atau kedua2nya..itu bukan isu bagi aku..

well back to the relevance issue here, about the movie, Mukhsin...

dengan harapan yang tinggi, aku pergi menonton filem yang baru memenangi anugerah festival filem berlin ini mlm tadi..tapi malangnya Mukhsin gagal memuaskan hati aku.

Mukhsin bermula dengan baik, seperti yg aku harapkan dari hasil kerja tangan antara pengarah tersohor di Malaysia...exposition karekter2 utama dan scene2 act-1 kelakar yg warmth feeling membuatkan aku merasakan this will be better than Sepet.

tapi bila masuk act-2 aku mula rasa plotline Mukhsin agak dragging, and i couldn't help myself but feel very irritating dengan lakonan Sharifah Aleya sebagai Mak Inom...dialog2 english ber"slang" ala2 British itu sangat menjelekkan aku...maybe memang intention Yasmin Ahmad sengaja menjadikan karekter Mak Inom agak annoying seperti itu (mungkin juga kesinambungan dari karekter Mak Inom dari filem Sepet) sebagai artistic direction tapi ianya tak berkesan pada aku dan aku rasa merosakkan the whole mood of the film itself.

Sharifah Aryana juga bagi aku gagal menyerlah, karekter "Orked" yang bijak dan penuh sinikal yang dilakonkan dengan jayanya oleh kakaknya tidak dapat dijiwai sepenuhnya oleh Aryana. Walaupun memang karekter Orked digambarkan sebagai seorang yg pasif tapi bijak, aku tak rasa "Orked" tu pada lakonan Aryana...Aryana hanya nampak seperti Orked pada surface, dalam kosong.

Mohd Syafie Naswip lebih outstanding dari Aryana dan memang seperti apa yang diharapkan dari pelakon utama...Adibah Noor sbg Mak Yam...macam tu jugak, takde ape2 perbezaan dari Sepet...dan untuk watak Abah, pelakon yg melakonkan karekter Abah (aku tak tau nama dia sapa) bagi aku 100 kali lagi bagus dari Harith Iskandar (Abah dalam Sepet)..dan terus-terang aku katakan, kalau tak kerana "Abah"..aku dah keluar dari wayang.

watak2 tambahan yang lain memang aku tak ambil kisah sebab aku lagi banyak tengok jam dari tengok scene2 yg takde screentime pelakon2 utama...tapi aku sangat kagum dengan pelakon cilik yang membawa watak Ayu, bagi aku dialah comic-relief dan scene stealer dalam Mukhsin...setiap kali "Ayu" enterframe aku mesti gelak sampai tahap aku harap "Ayu" lagi banyak enterframe dari Orked.

overall...Mukhsin membosankan aku..tak memberi impak sebagaimana Sepet membuatkan aku still berfikir pasal filem tu dari kluar wayang sampaila aku baring atas katil...Mukhsin berjaya bagi aku untuk 30 minit pertama, selepas itu hanyalah sebuah filem flat dragging yang hanya berjaya membuat aku berfikir "bila la filem ni nak habis"...

ape2pun aku still akan menonton filem2 Yasmin Ahmad yg akan datang.

Mukhsin, sebuah filem yang bosan tetapi diselamatkan oleh lakonan beberapa pelakon yg berkualiti dan musik latar yang sangat feel...aku kasi 2.5 out of 5

sebuah komen yg sgt jujur dan bijak dari anda, membuktikan anda mempunyai minda yg mampu berfikir dan mempunyai pendiarian sendiri, bukan seperti komen dari fanatik yasmin yg tak berapa cerdik tp perasan cerdik dgn memuji membuta tuli apa jua hasil dari yasmin ahmad..hehehe..jgn marah ok..sebab aku pun tak berapa pandai dlm filem2 ni, cuma aku bohsan dgn fanatik yasmin
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by mrstan at 17-3-2007 11:27 AM
dengar kata boks opis MUKHSIN dah melebihi 1.2 million.  


camna tak box ofis, tgk je la promosi bukan main hebat lagi..aku rasa mukhsin ni filem melayu yg paling hebat promosi kat TV dlm sejarah filem melayu....kan? mada ada filem melayu yg keluar promosi kat TV waktu2 prime time 3,4 kali sehari lak tu...byk betul modal yasmin hamad ni...takpe la, janji dah dpt 1.2 million
pastu kena lak time dia tayang tu cuti sekolah...
then, takde persaingan dari filem melayu lain..normally akan ada 2 filem melayu ditayang serentak kan...tapi kali ni mcm filem2 lain beri laluan pada mukhsin...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by Dicota8 at 19-3-2007 11:35 AM
camna tak box ofis, tgk je la promosi bukan main hebat lagi..aku rasa mukhsin ni filem melayu yg paling hebat promosi kat TV dlm sejarah filem melayu....kan? mada ada filem melayu yg keluar p ...


betol jugak cakap kau tu, ek?  hmmm... tapi camner nak explain yang ramai orang tengok dua tiga kali ek?  takkan pasal promosi jugak kot?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 12:48 PM | Show all posts
dkt tgv klcc mmg dah tak tyg cite nie ke??
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 12:56 PM | Show all posts
tak tayang?  depa tayang kat dua panggung, siot!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2007 01:29 PM | Show all posts
Originally posted by mrstan at 19-3-2007 11:50 AM


betol jugak cakap kau tu, ek?  hmmm... tapi camner nak explain yang ramai orang tengok dua tiga kali ek?  takkan pasal promosi jugak kot?

yg tgk dua tiga kali tu jenis fanatik yasmin...baik duit tu kau layan 300 ke primeval ke persuit of happiness ke..ada gak pekdahnya, sekurang2nya kau leh kembangkan minda filem kau tuh dgn tgk hasil2 seni orang luar..jgn dok tgk yasmin ahmad's je....baru lah dpt menilai sejauh mana kualiti filem2 sebenarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 01:37 PM | Show all posts
cukup jelah sekali tgok...tgok byk2 kali pun kesudahannya sama ajer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2007 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by Dicota8 at 19-3-2007 01:29 PMyg tgk dua tiga kali tu jenis fanatik yasmin...baik duit tu kau layan 300 ke primeval ke persuit of happiness ke..ada gak pekdahnya, sekurang2nya kau leh kembangkan minda filem kau tuh dgn tgk  ...


TAPI Mukhsin MEMANG filem yg lebih baik dpd filem2 yang ko sebut tu. so bukakla minda ko tu sikit dgn filem2 yg benar2 berkualiti ok.

dpd perabihkan duit kat filem2 luar, baik lakukan filem2 tempatan yang berkualiti.

ada paham?

p/s: kau mual dgn fanatik Yasmin, aku lagi la mual dgn golongan pendengki. dan aku rasa ko silap tujukan ayat ni kat sape. mrstan ni dah tengok belambak filem2 foreign yang ko sendiri pun aku jamin tak penah dengar. so baik ko diam.

[ Last edited by  maberik at 19-3-2007 01:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 01:47 PM | Show all posts
aku xpect lebih lgi drpd tu tp biasa lah filem yasmin camnih..duk diam2 atas pokok pun boleh difilemkan..mcm senang jerk buat filem..senang jerk blakon..4 me,gubra is better..

aku bkn fanatik yasmin tp cite simple cam nih mudah nk tgk..lgpun org duk hentam dia, aku jd nk tgk ahh!!...hentaman tu berasas ker x..??!!!..not 2b bisa bcuz aku ni penyokong gak lah flim2 yasmin卆ku bg 3 bintang berkelipan..2 x berkelip.!

4 me no regret to spend ur rm10...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by maberik at 19-3-2007 01:40 PM


TAPI Mukhsin MEMANG filem yg lebih baik dpd filem2 yang ko sebut tu. so bukakla minda ko tu sikit dgn filem2 yg benar2 berkualiti ok.

dpd perabihkan duit kat filem2 luar, baik lakukan fil ...


hik hik..kalau dah fanatik yasmin tu aku takleh nak kata apa lerr......tp pada aku, sorry to say aku rasa persuit of happiness far cry better dari mukhsin...uncomparable ok,...aku suker sgt filem tu, very inspirational and motivating...kau dah tgk Babel? kau dah tgk Blood diamond? Blow? kalau kau nak tgk filem yg betul2 best..kau tgk Blow lakonan Johnny Depp, then kau compare dgn mukhsin

[ Last edited by  Dicota8 at 19-3-2007 03:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 03:59 PM | Show all posts
aku boleh bayangkan si maberik ketawa bergolek-golek...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 04:08 PM | Show all posts
saperla dicota8 ni... cetek sungguh pemikirannya.. nak banding blow dgn mukhsin...
sama gak macam ko banding citer p. Ramlee denga 300, cinema paradiso dgn mr. bean, city of god dgn life is beatiful, matrix dgn agguirre-wrath of god, sound of music dgn fargo, scary movie dgn amadeus, 12 angry men dgn cinta kolestrol.... and the list goes on....

utk pengetahuan ko, citer yg ko list tu, sumer filem mainstream, i'm sure semua org dah tgk..... in fact, agaknya kitorang tgk dulu dr ko... muahaha... lawak betul bdk ni....  n t a h h a p e h a p e b o d o
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 04:48 PM | Show all posts
Originally posted by buiscasey at 19-3-2007 04:08 PM
saperla dicota8 ni... cetek sungguh pemikirannya.. nak banding blow dgn mukhsin...
sama gak macam ko banding citer p. Ramlee denga 300, cinema paradiso dgn mr. bean, city of god dgn life is beat ...


panatik fasha sandha buleh?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 06:16 PM | Show all posts
Originally posted by Dicota8 at 19-3-2007 03:14 PM


hik hik..kalau dah fanatik yasmin tu aku takleh nak kata apa lerr......tp pada aku, sorry to say aku rasa persuit of happiness far cry better dari mukhsin...uncomparable ok,...aku suker sgt f ...


Blood Diamond filem yang cetek. Babel filem yang bercita-cita tinggi tapi execution yang kureng. sila bukak minda ko untuk filem2 SELAIN dpd Hollywood.

kau dah tengok Fellini's 8 1/2? Kau dah tengok Ingmar Bergman's Cries And Whispers? Kau dah tengok Kriestof Kieslowski's Trois Colours? Kau dah tengok Yasujiro Ozu's Tokyo Story? Filem2 Akira Kurosawa? Werner Herzog? Jean Luc Godard? Atau paling mudahlah, filem2 Stanley Kubrick?

aku boleh sebut banyak lagi filem yang betul2 berkualti, jauh lebih baik dpd filem melodrama dangkal macam Pursuit Of Happyness. tapi memandangkan minda ko yang tertutup tu, aku rasa kau tak boleh terima.

betul kata mrstan. ketawa tergolek-golek aku dengan kejahilan ko ni. Know your place, please.

oh lupa nak cakap, Blow pun aku dah tengok. dan hanya basa-biasa saja. dahla byk tiru filem Goodfellas ngan Boogie Nights. jangan bajet la wey Dicota8. nampak sgt  pengetahuan filem ko ni takdela seluas yang ko sangka. lagipun nak compare Blow dgn Mukhsin buat apa?? dua-dua punya cerita yang berbeza! Blow cerita pasal kisah cinta kanak2 ke? Bukan kan? lainla kalau ko compare filem Superman dengan Batman. logik la sikit. dangkal betul ko sama macam filem2 dangkal yang ko suka tu.

[ Last edited by  maberik at 19-3-2007 06:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 06:19 PM | Show all posts
Originally posted by Dicota8 at 19-3-2007 11:35 AM


camna tak box ofis, tgk je la promosi bukan main hebat lagi..aku rasa mukhsin ni filem melayu yg paling hebat promosi kat TV dlm sejarah filem melayu....kan? mada ada filem melayu yg keluar p ...



Semua film terbitan Grand Brilliance dapat promo gila2 kat TV3, termasuklah Mukhsin, Nana Tanjung dan Cinta...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2007 06:24 PM | Show all posts
Originally posted by Dicota8 at 19-3-2007 03:14 PM


hik hik..kalau dah fanatik yasmin tu aku takleh nak kata apa lerr......tp pada aku, sorry to say aku rasa persuit of happiness far cry better dari mukhsin...uncomparable ok,...aku suker sgt f ...



dear Dicota8, just curious, u dah tgk ke Mukhsin?

BTW, i dont think they all fanatik yasmin, mmg dah terbukti film2 Yasmin membuka laluan baru utk film2 Malaysia berkembang... rasenye film2 die biasa2 je, tapi film2 die beri inspirasi utk film2 Malaysia beranjak satu langkah lagi utk maju... thats why ramai suka film die (suka yg bererti sama seperti suka film2 baik yg lain)
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by laislabonita at 19-3-2007 06:24 PM



dear Dicota8, just curious, u dah tgk ke Mukhsin?

BTW, i dont think they all fanatik yasmin, mmg dah terbukti film2 Yasmin membuka laluan baru utk film2 Malaysia berkembang... rasenye f ...


and the fact that filem2 Yasmin punya bajet hanya RM1 juta saja dibanding dgn bajet filem2 Hollywood yang berjuta2 tu(tapi takde la best mana pun).
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 06:55 PM | Show all posts
lagi pon, i don't think para juri di berlin tu fanatik yasmin kot...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 06:55 PM | Show all posts
Originally posted by Dicota8 at 19-3-2007 11:35 AM

mada ada filem melayu yg keluar promosi kat TV waktu2 prime time 3,4 kali sehari lak tu...byk betul modal yasmin hamad ni...

Err.....bukan ke promosi filem CiNTA lagi dasat ? n....modal promosi Mukhsin tu GBSB punya kerja la...bukan Yasmin.....awak ni "membaca" ke idak ni ? Hehehe.....

Aha...belajarlah dari King Kong camna nak menjadi seorang yg jujur dengan filem...tonton dulu dan baru komen....adakalanya dlm masa kita mahu membenci terhadap fanatik, secara tak sedar kita sendiri pula yg fanatic....in opposite way lah.....contoh :-

Fanatic peminat CT = fanatic

Fanatic anti CT = fanatic

Kesimpulannya.... 2x5 je ...bukan gituh ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.063092 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list