CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: modem

Kenapa Rufaqa Di Haramkan ?

 Close [Copy link]
Post time 10-4-2007 12:23 PM | Show all posts
My..my...still discussing the topic should have long been thrown into the # bucket. This innovation or bidaah must be destroyed totally or else it will harm the society!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2007 12:36 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 10-4-2007 12:07 PM


itukan fitnah, memang fitnah besar menyatakan :

org rufaqa anggap Abuya Tuhan Kedua...di mana rasionalnyer anda klau menafikan hak org rufaqa menafikan fitnah itu ?...sebb ini adalah fakt ...


Berjuang terhadap puak-puak seperti kau ini adalah sunnah para Nabi dan Rasul dan mengajak orang melakukan kebaikan seperti mengajak orang solat dan sebaginya itu amal ma'ruf dan mencegah dari kelakuan mungkar itu adalah cabang Iman.

Yang pertama-tama sekali kerja para Nabi dan Rasul le kerana itu membahaya,sesat dan menyesatkan. Lebih membahaya daripada orang yang minum arak. Orang yang meminum arak,manusia tahu perkara semacam itu adalah salah disisi agama tetapi puak-puak seperti kamu ini,tidak nampak kesesatannya kecuali bagi orang yang mengetahuinya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 02:09 PM | Show all posts
masalahnya, jemaah lain pon ada jugak memperjuangkan Islam, tapi tak lah pernah mendabik dada kononnya dia sahajalah jemaah yg perfect solatnya, amirnya seorang sohibusszaman atau sampai cakap

kesian yer kat depa, mungkin belum tuhan rezekikan mereka nak ikut abuya

[ Last edited by  snipersnake at 10-4-2007 02:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 06:23 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 10-4-2007 12:07 PM


itukan fitnah, memang fitnah besar menyatakan :

org rufaqa anggap Abuya Tuhan Kedua...di mana rasionalnyer anda klau menafikan hak org rufaqa menafikan fitnah itu ?...sebb ini adalah fakt ...



sdr rainbows, saya rasa awak ada hak nak mempertahankan apa yang saudara kata fitnah di pihak saudara/jemaah saudara. Adalah juga fitnah yang besar berlaku dalam agama jika perkara yang tiada dalam syariat Islam diada-adakan dalam agama. Tetapi rasanya perkara ini tidak dianggap serius sebagaimana anda melihat 'fitnah' ke arah saudara/jemaah saudara.

Mana-mana individu (termasuklah orang agama) mungkin melalukan kesilapan jika salah maklumat sampai kepadanya. Adalah tugas semua umat Islam menyampaikan yang haqq dan benar. Namum bila keputusan Ijma Ulama telah dicapai, jika kita tak setuju maka kita sepatutmya buktikanlah kepada Ulama apa yang sebenarnya tak betul. Kata-kata individu tidak boleh dijadikan bahan untuk menegakkan sesuatu yang jelas salah untuk dikira segabai betul. Kita tak boleh salahkan individu tertentu contohnya macam pihak yang menjalankan tugas (pegawai JAIS) jika pembawaan mereka tidak mengikut kehendak Islam, dan gunakan isu tersebut untuk menutup kesalahan lain. Kita boleh beri teguran kepada mereka apa yang mereka buat tak betul, dalam mereka menjalankan tugas mereka menurut arahan.

Antara soal Akhlaq dan soal Aqidah, kedua-duanya tuntutan agama namun soal Aqidah adalah lebih utama. Tidak timbul isu kafir-mengkafir jika semua faham soal Aqidah menurut pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Soal Akhlaq lebih cenderung kepada amalan tasawwuf, soal Aqidah lebih cenderung berkaitan keImanan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 08:42 PM | Show all posts

Reply #544 mnm77's post

anda mungkin baru di sini, atau mungkin org lama tapi guna nick baru. anda mungkin tidak faham kedudukan sekarang ni. kenapa org yg mengikut Abuya bersungguh2 menidakkan fitnah tersebut. kerana ia melibatkan akidah. bukan sebarangan perkara kerana inilah yg menentukan anda sebagai seorang Islam beriman kepada tuhan yg esa atau tidak. ini perkara asas. silap di sini, maka tiada apa ertinya lagi hidup dunia dan akhirat.

mungkin anda menganggap org yg mengikut Abuya tidak pernah belajar ilmu tauhid mengikut ASWJ.

anda merasakan benda ini tidak penting kerana anda rasa anda berada dalam kebenaran. anda merasakan org membuat bidaah itu telah membuat fitnah yg besar. tetapi pada masa yg sama anda mengkafirkan org islam yg lain. sedangkan perkara yg dikatakan bidaah itu, tidakpun menyebabkan org jatuh keislamannya mengikut kaedah ASWJ.

jika rosak akhlak, masih lagi seorang islam, tetapi kalau rosak akidah, anda pun tahu apa kesudahannya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 09:32 PM | Show all posts
Dr. A. Tasman Ya'cub, Pensyarah tetap Fakulti Dakwah IAIN (Institut Agama Islam Negeri) Imam Bonjol, Padang, mendapatkan gelaran PhDnya adalah hasil sebuah tesis berjudul `Dakwah Islam Dalam Perspektif Ashaari Muhammad'. Tesisnya berjaya diselesaikan pada Mac 2006, mendahuluinya ialah beberapa orang doktor lain yang mendapatkan PhD mereka hasil mengkaji Abuya Ashaari Muhammad. Antaranya:

i.    Dr. Mohd Syukri dengan tesis bertajuk: `An Islamic Approach to Rural Development - the Arqam Way'

ii.    Tahun 1994, Dr. Hendra Messa dari Institut Teknologi Bandung, tesisnya bertajuk: `Perilaku Organisasi Mengenai Pendekatan Keagamaan (Islam) Dalam Pengelolaan Perusahaan Industri, Studi Kasus pada Al Arqam Group of Companies Malaysia'.

iii.   Dr. Asep Zaenal Ausop, dari Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta. Tesis bertajuk: `Ashaari Muhammad, Al Arqam, Ajarannya dan Gerakannya'.

iv.   Drs. Misri A. Muchsin 1995, IAIN Al Raniri, Darul Salam Banda Aceh. Tesis bertajuk: `Aspek Tareqat Dalam Pemikiran Darul Arqam' (studi perbandingan dengan tareqat Naqshabandiyah)

v.   Dr. Ahmad Fauzi Abd Hamid di University of Newcastle, Upon Tyne, United Kingdom, di Fakulti Sains Politik, membuat tesis bertajuk: `Islamic Resurgence in the Periphery: A Study of Political Islam in Contemporary Malaysia with Special Reference to the Darul Arqam Movement'.

Demikianlah Abuya Ashaari Muhammad dapat menarik perhatian golongan intelektual untuk mengkaji tentangnya. Walhal Abuya tiada apa-apa sijil. Apalagi PhD.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2007 09:36 PM | Show all posts
Tesis Dr. Tasman Ya'cub misalnya, telah dibahaskan oleh tujuh orang ilmuwan-ilmuwan besar Indonesia. Selama tujuh jam mereka `menyerang' Pak Tasman dengan soalan-soalan provokatif mengenai Abuya. Mereka telah hakimkan bahawa tesis itu lulus. Mereka yang menjadi team penguji (panel penilai) kepada tesis `Dakwah Islam Dalam Perspektif Haji Ashaari Muhammad' itu ialah:

i.    Dr. Hidayat Nurwahid selaku ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Republik Indonesia.

ii.    Prof. Dr. Bambang Pranowo, selaku Staf Ahli Menteri Pertahanan dan Keamanan Republik Indonesia.

iii.   Prof. Dr. Azyumardi Azra, MA. Rektor Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta.

iv.   Prof. Dr. Komaruddin Hidayat, MA. Direktur Pasca Sarjara UIN Syarif Hidayatullah Jakarta.

v.   Prof. Dr. HM Yunan Yusuf selaku Dekan Fakultas Dakwah dan Komunikasi UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta.

vi.   Dr. A. Wahib Mu'thi, selaku Dosen Senior pada Fakultas Dakwah dan Komunikasi UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta.

vii.  Prof. Dr. Badri Yatim, MA. Dekan Fakultas Adab dan Humaniora UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang ini, silalah rujuk kepada buku Dr. Tasman Ya'cub, cetakan pertama 04/2006, penerbit Giliran Timur bertajuk Dakwah Islam dalam Perspektif Haji Ashaari Muhammad.

Penulis tersebut menangis sebaik diumumkan tesisnya lulus. Walhal dia sama sekali tidak menyangkanya kerana kontroversi politik yang besar, yang diajukan ke atas figure rujukannya itu. Ertinya secara ilmiah, Abuya Ashaari Muhammad sebenarnya tidak bersalah. `Kesalahan'nya ialah kerana mencabar politik dengan mewujudkan sistem di dalam sistem bersama pengaruh yang makin membimbangkan. Penulis tesis itu juga berbangga kerana figure yang ditampilkannya diiktiraf oleh barisan ilmuwan yang ada PhD, sedangkan setahunya, barisan ulama yang mengharamkan dan menyesatkannya seorang pun tidak ada PhD.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:09 PM | Show all posts
Originally posted by kelat at 10-4-2007 08:42 PM
anda mungkin baru di sini, atau mungkin org lama tapi guna nick baru. anda mungkin tidak faham kedudukan sekarang ni. kenapa org yg mengikut Abuya bersungguh2 menidakkan fitnah tersebut. kerana i ...


Anda berhak menyatakan pandangan anda terhadap saya. Mungkin betul pada pandangan anda, tapi hakikatnya mungkin silap dan hanya Allah yang Mengetahui. Saya tak mengganggap ahli kumpulan Rufaqa' tidak pernah belajar tauhid. Cuma dari pemerhatian dan usaha saya, mereka berat untukmenerima ilmu berdasarkan Al Quran dan Sunnah jika ianya tidak di-'sampaikan' oleh ketua mereka. Jika nak kaji dan senarai sebab-sebabnya tentulah panjang berjela...

Adakah anda menyebut saya mengkafirkan org Islam yg lain? Sila  rujuk tulisan saya sebelum ini adakah ia menunjukkan saya setuju dengan 'mengkafirkan' orang Islam lain?

Semua orang Islam setuju Aqidah adalah asas yang penting. Ada juga perkara yang melibatkan Aqidah tetapi belum jatuh hukum kufur, namun jika tidak diperhalusi dan diperbetulkan boleh membawa kepada hampirnya kekufuran. Contoh perkara yang boleh membawa kepada kekafiran adalah meninggalkan solat, ini jelas dari hadith nabi dan umum untuk semua umat Islam, bukannya khusus untuk golongan tertentu sahaja.

Saya tidak berani nak mempromosikan yang saya ini dalam kebenaran (mungkin seperti anggapan anda), sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui. Saya mengajak kita semua rujuk Al Quran dan Sunnah dan belajar dari guru-guru dan para alim Ulama yang beramal sebanyak-banyaknya menurut Sunnah Nabi. Belajarlah dengan ramai guru. Kalau nak berbai'ah dengan seseorang tak menjadi kesalahan jika orang itu mengikut dan beramal menurut Sunnah Nabi, namun belajarlah dengan ramai guru untuk lebih selamat. Dalam sejarah terbukti para Sufi, Muhaddithin, Mufassirin, Ahlullah dan Ulama Haqq terdahulu berguru ramai. Hatta para sahabat pun berguru dengan sahabat-sahabat lain yang lebih arif setelah kewafatan Rasulullah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2007 11:06 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 10-4-2007 10:09 PM

Anda berhak menyatakan pandangan anda terhadap saya. Mungkin betul pada pandangan anda, tapi hakikatnya mungkin silap dan hanya Allah yang Mengetahui. Saya tak mengganggap ahli kumpulan Rufaq ...


tuduhan lagi...penuh dgn prasangka awak nih...

aku kdg2 malas nak layan depa nih kelat....aku rasa yg betul2 nak kaji dan faham dan mencari kebenaran tentang apa yg telah berlaku kepada isu rufaqa, akan diberikan hidayah dan taufik dari Allah SWT bagi setiap persoalan..

so, depa nak kata dan tuduh aperpun, pedulikan....

yg penting, perjuangan diteruskan dlm alam realiti...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 12:15 AM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 10-4-2007 09:36 PM
Tesis Dr. Tasman Ya'cub misalnya, telah dibahaskan oleh tujuh orang ilmuwan-ilmuwan besar Indonesia. Selama tujuh jam mereka `menyerang' Pak Tasman dengan soalan-soalan provokatif mengenai Abuya. ...


Tesis bukanlah suatu ukuran untuk kebenaran. Ia hanya cadangan kepada suatu pendapat dan disertakan dengan bukti yang boleh di bina sendiri.
Tesis tentang kesesatan Arqam pun bukannya tak ada.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 01:18 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 10-4-2007 11:06 PM


tuduhan lagi...penuh dgn prasangka awak nih...

aku kdg2 malas nak layan depa nih kelat....aku rasa yg betul2 nak kaji dan faham dan mencari kebenaran tentang apa yg telah berlaku kepada i ...


Ini adalah jawapan yang biasa diperolehi dari golongan Rufaqa'. Mereka kata orang boleh, kemudian mereka rasa orang lain tuduh berprasangka. Cuba bagi tau apa yang aku prasangka, supaya boleh dibuat penjelasan?

Pesanan dari Pejabat Mufti Perak:
Adalah diingatkan kepada seluruh umat Islam agar tidak terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan yang jelas menyalahi Al Quran dan Hadith serta pandangan Ulama'. Umat Islam juga dilarang untuk menyebar dan mengamalkan dakwaan-dakwaan yang ternyata telah sesat.

http://mufti.perak.gov.my/isu1/rufaqa'.pdf

Itu dari pejabat mufti Perak, bukan dari prasangka saya...

[ Last edited by  mnm77 at 12-4-2007 07:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 02:02 PM | Show all posts

Reply #549 rainbows's post

itu la, aku pun kadang2 aje mencelah. setelah hampir 2 tahun jenguk2 secara serious kat forum ni, boleh la faham sikit2 perangai org2 yg selalu berforum di sini. boleh la kenal latarbelakang mereka ni sikit2.

tu la yg kadang2 tu buat tak tau aje kalau ada nak minta jawapan. sebab sebenarnya dia saje nak berhujah bukan mencari kebenaran. kalau memang nak cari kebenaran jawapan dah diberi panjang lebar. kalau search kat forum rasanya mesti jumpa. cuma kadang2 tu diaorang buat2 tak tau, pastu tanya balik soalan yg sama. sampai bilapun tak selesai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 11-4-2007 01:18 AM


Ini adalah jawapan yang biasa diperolehi dari golongan Rufaqa'. Mereka kata orang boleh, kemudian mereka rasa orang lain tuduh berprasangka. Cuba bagi tau apa yang aku prasangka, supaya boleh ...


nampaknya jika ulamak malaysia masih bermain2 dan menyembunyikan kebenaran....di hari yg penuh berkat ini, segerombolan ulamak indonesia (fahaman ASWJ), kiai2nya (diketuai ketua SYED aka ahlulbait  mereka)  datang ke malaysia utk berbaiah dengan Abuya Ashaari MUhammad...itu yg atas2 dulu dtgnyer hari ini...kemudian akan diikuti dgn pengikut2nya....biarlah aku rahsiakan dulu nama kiai2 tersebut...nanti mudah sgt lak pihak2 inteligen dpt info....hehehehe....apapun, aku rasa seminggu dulu, kau org dah tau pasal hal ini kan......

menghairankan????.....

tidak ada yg pelik....kerana itu semua janji Tuhan dan Tuhanlah yg akan berbuat, dan memberi hidayah dan petunjuk kepda hati2 yg benar2 tulus mencari kebenaran...

[ Last edited by  rainbows at 13-4-2007 12:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 05:54 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 13-4-2007 12:19 PM


nampaknya jika ulamak malaysia masih bermain2 dan menyembunyikan kebenaran....di hari yg penuh berkat ini, segerombolan ulamak indonesia (fahaman ASWJ), kiai2nya (diketuai ketua SYED aka ahlu ...


Daku tidak memusuhi ahli Rufaqa', cuma berharap diriku sendiri dan juga ahli Rufaqa' berpegang teguh pada ajaran Islam dan amalkan nasihat Rasulullah yang bermaksud sesiapa yang berpegang teguh kepada kitab Allah dan Sunnahku (Sunnah Nabi) nescaya tidak akan sesat.

Daku pernah dengar sendiri dari pejuang Rufaqa' suatu ketika dulu dakwaan yang Mufti Perak tahu akan kebenaran Rufaqa', begitu juga kerajaan Malaysia tahu kebenaran Rufaqa' dalam usaha mereka (pejuang Rufaqa') menyebarkan pegangan mereka. Jika perkara ini tidak benar bermakna sesetengah pejuang Rufaqa' telah membuat cerita palsu.

Sekarang ada dakwaan Sultan Mizan menyokong Rufaqa' dan kali ni Kiai Indonesia pula. Apa yang lebih utama adalah sumber dari Kitabullah dan Sunnah Nabi, bukan menerusi dakwaan-dakwaan.

Agaknya siapa yang menyembunyi kebenaran? Dari Pejabat Mufti Perak telah memperjelaskan hal ini berlandaskan Al Quran dan Hadith. Namun pihak yang tidak menerima berkata Ulama bermain-main (Al Quran dan Hadith mainan ke?) dan menyembuyi kebenaran!

Kalau kita perhati, orang Syiah pun ada yang baik-baik. (Bukan tujuan nak menyamakan Rufaqa' dengan Syiah). Mereka percaya Imam Mahdi ghaib, tetapi mereka tidak berpegang kepada Al Quran dan Hadith sebagaimana ASWJ. Dari zaman dulu sampai sekarang mereka masih ada. Yang kuat pegangannya semakin kuat, yang menentang tetap menetang. Ini ujian dari Allah untuk kita supaya kita perpegang teguh kepada Al Quran dan Hadith sepertimana yang disarankan oleh Rasul kita......
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 11:03 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 13-4-2007 05:54 PM


Daku tidak memusuhi ahli Rufaqa', cuma berharap diriku sendiri dan juga ahli Rufaqa' berpegang teguh pada ajaran Islam dan amalkan nasihat Rasulullah yang bermaksud sesiapa yang berpegang teg ...


ermm....baguslah tidak memusuhi tapi sdra masih bersangka2 dan cuba mempertikaikan sedangkn org rufaqa sudah menafikan tuduhan bahwa mereka menyatakan Abuya tuhan kedua, jika ditilik dari akal yg tajam, sifat2 bersangka2 itu  juga subset kepada ciri2 permusuhan yg tersembunyi.....hanya org yg tahap kemahiran berfikir yg rendah sahaja tdk faham maksud sdra...

aku tk mahu sentuh saper2, dan statement akupun bukan khusus kepd sesiapa..kenapa kau maksudkan sbg mufti perak lak....supaya senang kau nak belit kata aku tuduh mufti perak pula ker?....cantik strategi kau yer...

yer....klau kau tk nak percaya pasal cerita aku pasal sekumpulan kiai2 dari indon dtg utk berbaiah dgn abuya..itu kau punya pasal ler....yg pasti mereka bukan muhammadiah indon yg berfahaman wahabi itu tetapi ulamak2 ASWJ yg keturunannya turun temurun adalah ulamak2 sejak dari keturunan mereka (ahlulbait) berhijrah ke nusantara ini...setiap dr mereka ada bersusurgalur dari keturunan ba alawi...mereka ini bermazhab shafei, berakidah asyaariah dan bertasawuf al ghazali...

itu sahaja coretan aku buat masa ini.....nanti aku sambung lg jika ada masa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 11:58 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 13-4-2007 11:03 PM


ermm....baguslah tidak memusuhi tapi sdra masih bersangka2 dan cuba mempertikaikan sedangkn org rufaqa sudah menafikan tuduhan bahwa mereka menyatakan Abuya tuhan kedua, jika ditilik dari aka ...


=========posted by rainbows at 13-4-2007 11:03 PM====================
aku tk mahu sentuh saper2, dan statement akupun bukan khusus kepdsesiapa..kenapa kau maksudkan sbg mufti perak lak....supaya senang kaunak belit kata aku tuduh mufti perak pula ker?....cantik strategi kauyer...

yer....klau kau tk nak percaya pasal cerita aku pasal sekumpulan kiai2dari indon dtg utk berbaiah dgn abuya..itu kau punya pasal ler....ygpasti mereka bukan muhammadiah indon yg berfahaman wahabi itu tetapiulamak2 ASWJ yg keturunannya turun temurun adalah ulamak2 sejak dariketurunan mereka (ahlulbait) berhijrah ke nusantara ini...setiap drmereka ada bersusurgalur dari keturunan ba alawi...mereka ini bermazhabshafei, berakidah asyaariah dan bertasawuf al ghazali...

itu sahaja coretan aku buat masa ini.....nanti aku sambung lg jika ada masa...
=========posted by rainbows at 13-4-2007 11:03 PM====================

Jawapanku kali ni nak jelaskan salah tanggapan saudara/saudari pelangi (saya tak pasti awak tu laki ke pompuan), bukannya nak berhujah.

1. Saya tak maksudkan awak tuduh mufti perak, sila baca balik posting saya betul2. Saya menyatakan dari apa yang saya dengar dari pejuang Rufaqa' sebelum ni (dalam lingkungan 3 tahun lalu), bukan bermaksud saya kata awak tuduh Mufti Perak. Seboleh-bolehnya strategi saya nak berlandaskan Al Quran dan Hadith, bukan nak berbelit-belit.

2. Bagi saya pasal kiai Indon tu, jika betul atau tak betul bukan kiraan saya. Al Quran dan Hadith adalah lebih utama. Saya tak pula kata tak nak percaya. Cuma, kenapa perlu saya percaya bulat2 jika tiada bukti kukuh dan saudara/i sendiri masih berahsia hal tersebut...

3. Saya tak pula ulas pasal Abuya tu tuhan kedua dalam posting saya. Saya tak tahu itu benar ke tidak dan saya enggan ulas perkara yang tak pasti.

Saya minta maaf kerana tidak pandai di sini. Sesiapa sahaja dialu-alukan untuk tegur saya jika saya ada melakukan kesilapan, dan sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui....

[ Last edited by  mnm77 at 14-4-2007 12:08 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2007 11:45 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 13-4-2007 11:58 PM


=========posted by rainbows at 13-4-2007 11:03 PM====================
aku tk mahu sentuh saper2, dan statement akupun bukan khusus kepdsesiapa..kenapa kau maksudkan sbg mufti perak lak....su ...


kirim salam pada budak2 melayu kat Manchester .... kata kat depa suruh selalu2 ler buka rufaqadaily.com....

eh apasal malam2 ni aku melalut psl manchester lak dgn kau ...hehehhe...

pagi tadi, ada  program malaidurrasul kat BCH rawang...meriah gak...mkn tengahari utk 3000 org.....

MOTO : MENCINTAI RASULULLAH SAW dan AHLULBAIT SUMBER LIMPAHAN RAHMAT....

[ Last edited by  rainbows at 14-4-2007 11:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 01:07 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 13-4-2007 11:03 PM

yer....klau kau tk nak percaya pasal cerita aku pasal sekumpulan kiai2 dari indon dtg utk berbaiah dgn abuya..itu kau punya pasal ler....yg pasti mereka bukan muhammadiah indon yg berfahaman wahabi itu tetapi ulamak2 ASWJ yg keturunannya turun temurun adalah ulamak2 sejak dari keturunan mereka (ahlulbait) berhijrah ke nusantara ini...setiap dr mereka ada bersusurgalur dari keturunan ba alawi...mereka ini bermazhab shafei, berakidah asyaariah dan bertasawuf al ghazali...


Aku percaya...aku percaya. Tentu sekarang ni pengikut Abuya sudah menjangkau ratusan ribu orang termasuk rijal2 yang ghaib di alam baqa'.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 16-4-2007 01:07 AM


Aku percaya...aku percaya. Tentu sekarang ni pengikut Abuya sudah menjangkau ratusan ribu orang termasuk rijal2 yang ghaib di alam baqa'.


bagus ler klau gravedigger percaya...hehehehe....tp silap tu, perjuangan kebenaran bukan berdasarkan kuantiti, tetapi kualiti..selusurilah sejarah....powernya dalah TAQWA...
pengikut ASZ di Msia inipun tk sampai 1000 kot...tp yg berbaiah lebihlah dari itu sebb dicampur dgn bilangan di seantero dunia...mana tknyer, sheikh2 tarekat yg 6 org itupun, dah ada beratus ribuan pengikut, yg setia kepada sheikhnya, siapa yg sheikhnya berbaiah mereka turut sekali juga berbaiah...

apapun, eloklah aku bgtahu di sini, perjuangan kebenaran yg dijanjikan Tuhan adalah ditgn keturunan ahlulbait dan para2 sahabat RSAW....

[quote]Ad-Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari 慉li RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: 揇i antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 05:50 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 16-4-2007 09:28 AM


Tegasnya, keutamaan ahlul-bait Rasulullah SAW diperakukan dalam hukum syarak mengikut nash hadeeth-hadeeth mutawatir yangtidak harus menimbulkan sebarang kekeliruan ataupun perselisihan.Keutamaan ini diperkukuhkan oleh khabar yang sahih bahawa keturunanbaginda, Al-Mahdi akan menjadi khalifah akhir zaman kepada umat Islam


Saya setuju tentang keutamaan Ahlul Bait. Ramai dari keturutan Nabi (Sayyid, Syed,...) juga tidak mengikuti pegangan Jemaah Rufaqa' bahkan menentang. Ramai juga Ahlul Bait di kalangan orang Arab yang tidak meletakkan Sayyid (kerana nak elakkan berbangga dengan nasab) bukannya takut dengan musuh seperti tanggapan sesetengah pihak yang percaya Ahlul Bait sembunyikan identiti takut ditangkap musuh. Ada juga dakwaan sekarang ni pemimpin tertentu tengah rekrut Ahlul Bait untuk memperkuatkan kekuatan tentera Imam Mahdi.

Saya setuju Imam Mahdi adalah dari Ahlul Bait, ini jelas dari mafhum Hadith. Namun tiada siapa boleh sahkan siapa sebenarnya Imam Mahdi sehingga Imam Mahdi sebenar muncul, dan ini akan terbukti setelah para Ulama dari Syria dan Ulama di Hijaz akan berbai'ah dengannya setelah tanda-tanda dari Hadith menjadi jelas (mafhum Hadith berkaitan Imam Mahdi)

Saya tak setuju Imam Mahdi itu sedang dighaibkan, sebab tidak dapat dibuktikan dari Al Quran dan Hadith. Soal Nabi Isa telah diangkat ke langit ada dalam Hadith. Kita tak seharusnya percaya Imam Mahdi telah dighaibkan menerusi dakwaan yang tiada asas kukuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.066520 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list