|
Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015
[Copy link]
|
|
juliet80 posted on 15-1-2014 10:51 AM
khen... juliet pun lg suka zack bsama kate !
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 15-1-2014 04:37 PM
kaka ana...celah mana nak dimunculkan awek vios tu..
mungkin awek vios putih tu doktor/nurse yg ...
Anak Cik Ta sume jantan ler... takdok pompuan...
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 15-1-2014 08:41 AM
Ini kisah pencarian soulmate saja ke nicki? Tak ade konflik ?
Yup. Kisah mencari jodoh...kihkihkih
Konflik ada. Tapi konflik jiwa kacau lite-lite jah...malas le nak buat cerita berat2. Sesekali layan cerita ringan2 pun okay juga...dekat dengan pengalaman ummah marhaen gituks....
Psssttt...baca tak komen kat benang Keith Foo itu? Huhuhu. Laser uols. Tetiba iols rasa cuak lak nak hadap komen bila SAK dah kuar nanti.....
|
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 15-1-2014 10:49 AM
Karang zack mduda forever alone lg...x hbs cte nicki kalu gtu...
Zack terus-menerus forever alone gituh boleh?
Takpun tiba-tiba rupanya Zack bermimpi...
Last edited by Nicki_Meow on 20-1-2014 04:50 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
khaizarina posted on 13-1-2014 08:07 PM
Daripada kate baik amy
Senang makpak theols nak buat kenduri kans? Jimat katenyeee...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 20-1-2014 03:00 PM
Yup. Kisah mencari jodoh...kihkihkih
Konflik ada. Tapi konflik jiwa kacau lite-lite jah...malas ...
so..penulis2...sila menulis dgn berhemah..
jgn jadikan novel anda kategori 18sx...
anak dara usu yg sek. ren. tu baca lap u mister eregen kemain lagi..
terus usu rampas buku tu dia pinjam dari kawan..tak seswai ok...
|
|
|
|
|
|
|
|
ismaha posted on 20-1-2014 11:53 AM
tag xmenjadi kan
kan akak..... kita lak salah....
meh kita tembak @Nicki_Meow mauk :l ...
Hahahaha....saja jek...
Tak tau tang mana nak munculkan balik si awek vios itu... bak kata Usu... mungkin nurse yg merawat Kate di spital?
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 15-1-2014 03:09 PM
errrrr sesungguhnya xde harapan ke awek vios putih akan muncul pabila cerpen dag menjd cerpan ni
...
JENG JENG JENG
|
|
|
|
|
|
|
|
ovina posted on 20-1-2014 01:31 PM
lamanya takde n3
Kesuntukan masa.
Terpaksalah slot Akasia jadi Slot Lestary jerss.... huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 25
“Izzy, dah sampai.”
Farizah yang sejak tadi mendiamkan diri, menoleh ke arah Aaron dan mengangguk.
Aaron memberhentikan kereta betul-betul di hadapan Methaphoria Club lalu turun dari kereta. Segera dia keluar dari kereta lalu membuka pintu disebelah tempat duduk pemandu lalu menghulurkan tangan kepada Farizah untuk membantu gadis itu keluar dari kereta. Gaya seorang gentleman. Farizah mengukir senyum nipis dibibir. Tangan Aaron disambut lalu dia keluar dari kereta. Kunci kereta, Aaron serahkan kepada penjaga Valley.
“Let’s go.” Aaron bersuara.
“You tahu, kenapa Badli ajak datang sini?” Sambil berjalan masuk ke dalam kelab, Farizah bertanya.
“No idea. Bad cuma suruh I datang sini and dia nak I bawa you sekali.” Jawab Aaron. Mendengar jawapan itu, Farizah tidak bertanya lebih lanjut. Lagipun, Aaron sudah mengatakan, dia tidak tahu tujuan sebenar Badli mengajak mereka ke sini. Jadi, tak perlu untuk dia bertanya soalan yang sama berulang kali.
Methaphoria.
Sebuah kelab ekslusif yang terletak di tengah-tengah kota lumpur. Yang menjadi ahli adalah mereka yang terdiri daripada kalangan ada-ada sahaja. Mahunya tidak, yuran tahunan saja mencecah lima ribu ringgit bergantung kepada level masing-masing.
Tidak seperti kelab-kelab esklusif yang lain, Methaphoria difokuskan kepada ahli perniagaan, sosialit ternama, kerabat di raja, jutawan dan jelitawan muda di mana umur mereka terhad sehingga empat puluh tahun.
Yang bukan ahli perniagaan, bukan sosialit ternama, bukan kerabat di raja, bukan jutawan dan bukan jelitawan pun boleh jadi ahli juga. Yang penting, bayar saja yuran tahunan.
Servis yang ditawarkan termasuklah restoran bertaraf lima bintang bertemakan barat, Fitness Club, Spa, majlis keramaian dan sudah pasti, tak lengkap jika tidak disertai dengan hiburan kelab malam.
Dan di situlah destinasi yang ingin di tujui. North Wing - The Methaporia. Last edited by Nicki_Meow on 20-1-2014 04:52 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Hello Mr. Low..” Aaron disapa oleh seorang gadis penyambut tetamu di hadapan kelab. Aaron tersenyum.
“Hi Cheryl…”
Cheryl? Kening Farizah terangkat. Maklumlah, duduk KL katanya. Haruslah nama pun ditukar agar lebih urban dan modern walaupun dari segi rupa, memang sah-sah Melayu.
Cheryl tersenyum sopan kepada tetamu yang datang. Sudah memang kerjanya begitu. Senyum. Sambut tetamu. Buka pintu.
Irama berentak R&B Berkumandang tatkala mereka melangkah masuk ke dalam kelab. Pengunjung yang pastinya, bukan secalang-calang marhaen, sedang enak berlibur.
Aaron menarik lengan Farizah, membawanya menaiki tangga ke tingkat dua kelab ini di mana, rakan-rakannya sudah sedia menunggu.
“Bro…”
Aaron di sambut meriah. Aaron tersenyum lantas bersalaman dengan rakan-rakannya. Sebenarnya, bukanlah bersalam pun. Lebih kepada sesi menggenggam tangan dan melaga penumbuk.
“Izzy…” Senyuman diberikan. Arman, orang pertama yang menegur Aaron memandang Farizah dari atas ke bawah. “Beautiful as always…” Sambungnya, memuji.
“Thanks Arman.” Balas Farizah, tersenyum sedikit sambil menganalisa gaya gatal Arman itu. Poyo saja yang lebih. Matanya memandang pula rakan-rakan Aaron yang lain. Rakan-rakan Aaron, tentunya rakan-rakan Badli juga.
Ada yang memandangnya dari atas ke bawah, ada yang memberikan senyum sinis. Mungkin mereka pelik, kenapa dia hadir ke sini dengan Aaron, bukan Badli. Secara umumnya, mereka tahu…dia adalah teman wanita Badli, bukan Aaron. Jadi, kehadirannya di sini dengan Aaron pasti menimbulkan tanda tanya.
Seperti biasa, Farizah melemparkan senyuman saja tanpa berkata apa-apa.
“Aaron. I nak pergi ladies.” Kata Farizah. Sengaja mahu mengelakkan diri dari duduk bersama-sama dengan mereka yang ada di situ. Terasa seperti haiwan pra-sejarah apabila seorang demi seorang memandangnya dengan seribu macam ekspresi di wajah.
“Okay…” Aaron membalas dan mengangguk sedikit, menghantar Farizah dengan pandangan mata. |
|
|
|
|
|
|
|
Di dalam bilik air, Farizah memerhatikan wajahnya di cermin manakala otaknya masih memikirkan tujuan Badli mengajaknya datang. Bukan itu yang menjadi teka-teki. Bukan dia tak pernah hadir ke sini dulu dengan Badli. Yang menjadi persoalannya sekarang, mengapa Badli menyuruh Aaron yang datang menjemputnya ke sini?
Apa tujuan sebenar Badli?
Bunyi air yang mengalir menyedarkan Farizah dari lamunan lantas dia tertoleh sedikit. Seorang gadis yang turut berpakaian seksi sedang mencuci tangan. Nama pun pergi kelab kan? Takkanlah nak pakai jubah pula…
Gadis itu melihatnya agak lama sebelum mengukir senyum manis. Farizah membalas sedikit. Gadis itu mencapai jaket yang diletakkan di sebelah sinki lalu memakainya, untuk menutupi bahagian atas bahu yang terdedah.
“Pergi dulu…” Kata si gadis lantas melangkah pergi tanpa sempat Farizah membalas.
Farizah meilhat jam tangan. Rasanya, sudah hampir sepuluh minit dia di tandas. Farizah kembali memandang wajahnya di cermin. Solekannya masih elok tanpa cacat cela. Ringkas namun masih menyerlahkan kejelitaannya.
Setelah proses membelek diri tamat, Farizah keluar dari situ.
Aaron masih berbual dengan rakan-rakannya di tempat yang sama. Farizah merengus. Terdetik rasa kurang senang dalam hati lantas dia menuju ke meja bar seorang diri. Punggungnya di labuhkan di atas salah sebuah kerusi di situ.
“Hi…” Si pelayan bar kacak tersenyum ke arahnya.
“Hi…” Balas Farizah turut tersenyum.
“Sorang je?”
“Tak lah. Dengan...hhhmmm...kawan…”
“Okay. ” Si pelayan bar pantas mengalah apabila si jelitawan datang bersama 'kawan'. Tak perlu membuang masa meneruskan niat untuk mengayat. “Any drinks for you?” Sambungnya, masih tersenyum.
Farizah lantas membaca teg nama dibaju si pelayan bar sambil berkira-kira hendak memesan apa.
“Hhmm…I tak tahulah nak minum apa. Any suggestion…Ned?” Farizah senyum menggoda. Ned mengangkat kening.
“Well...I think, i know what suits a beautiful lady like you. Tunggu.” Ned berlalu sambil mengenyitkan mata. Farizah ketawa. Setakat godaan sebegitu, tidak akan memberi kesan langsung padanya. Last edited by Nicki_Meow on 20-1-2014 03:39 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambil menunggu, Farizah mereling ke segenap penjuru, mencari sekiranya ada kelibat Badli di mana-mana. Tiada. Sekali lagi, otaknya ditujah persoalan yang sama. Apa tujuan sebenar Badli?
“Hey…” Ned sudah kembali lalu meletakkan segelas menuman di hadapan Farizah.
“Thanks Ned. Care to explain what this is?”
“Untuk si cantik macam you...it’s vodka with a mixed of cranberry syrup and…”
“Hi…”
Farizah menoleh.
“Hi.” Balas Farizah lalu tersenyum. Wajah gadis itu ditatap lama. Seperti pernah berjumpa sebelum ini.
Oh, gadis yang sama menegurnya di dalam tandas, awal dua puluh minit yang lalu.
“Kita jumpa dalam ladies tadikan? Soal Farizah. Gadis itu mengangguk perlahan.
“Do I know you?” Wajah Farizah masih beriak tanda tanya.
“Tak. I yakin you tak kenal I.” Jawab gadis itu. “Tapi…” Gadis itu merenung tajam ke arah Farizah sambil tersenyum sinis. “I kenal you…”
Seperti ada aura disekeliling gadis itu yang membuatkan Farizah kurang selesa. Serta-merta dia tahu, gadis ini bukan datang untuk menghulurkan salam perkenalan.
Apa dia nak?
“Okay…macam mana you kenal I?” Farizah bertanya lagi.
“Tak susah nak kenal orang macam you…” Dingin bunyinya. Kening Farizah terangkat.
“Maksud you?”
Senyum sinis terukir sekali lagi. “You…Farizah…kan?”
Farizah mengangguk.
“NICE to meet you, Farizah.” Perkataan ‘Nice’ sengaja ditekan. “Mesti you tertanya-tanya, siapa I kan?”
Seperti tadi, Farizah hanya mengangguk. Sikap gadis itu diperhati sambil membuat penghakiman sendiri dalam hati.
“Nama I…Tengku Nadirah.”
Tengku Nadirah?
Farizah hampir melopong. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|