|
Bagai tersedar dari lamunan, Syakilla segera mengalihkan pandangan.
“Puteri sedang menunggumu.” Ujar Syakilla.
“Oh...ha’ah. Iyalah.” Qusyairi terangguk-angguk.
“Ingat pesanku ini. Adalah lebih baik jika kau tidak terlalu banyak bercakap dengan para tetamu.” Nada suara Syakilla bertukar nada. Garang. Qusyairi mengangguk lagi.
“Jika ada yang bertanya, katakan saja yang kau adalah saudara jauhku yang datang dari Keramat.”
“Okay. Tapikan, wujud ke tempat bernama Keramat di Amariya ini?”
“Ianya wujud.” Syakilla menarik nafas seketika. “Istana Raja Zulkhan terletak di daerah itu.” Sambungnya, perlahan.
“Raja Zulkhan?”
“Bila ada masa terluang, akan aku ceritakan padamu lebih lanjut.” Syakilla menutup cerita. “Sekarang ini, lebih baik kita pergi. Aku tak mahu membuatkan Puteri tertunggu-tunggu.”
“Baiklah.” Sahut Qusyairi.
Syakilla berpaling lalu berjalan menuju ke pintu. Qusyairi menurut dari belakang.
“Oh…sebentar.” Syakilla menghentikan langkah apabila sampai ke pintu kamar. Dia berpaling semula ke belakang. Kemudian, Syakilla mengibaskan tangannya ke udara sekali lalu. Serentak dengan itu, semua pelita di dalam bilik itu terpadam dengan sendiri.
Dalam kesamaran, Qusyairi tercengang berbaur sedikit seram.
“Syakilla. Macam mana kau buat tu?” Soal Qusyairi.
“Rahsia…okay?” Jawab Syakilla. Qusyairi tersengih sumbing mendengar perkataan 'okay' yang keluar dari mulut Syakilla.
“Amboi. Dah pandai…”
Syakilla menyembunyikan senyum.
“Mari.”
Mereka pun beredar dari kamar itu. Last edited by Nicki_Meow on 11-11-2014 09:15 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka2 sapo pulak la yg akan timbul kat majlis tu nnt? Puan azlina? Mak Qi? Rafi?? |
|
|
|
|
|
|
|
OMGeee.. Jadi betullah Syakilla anak Raja Zulkhan ........
Akan ada pertumpahan darah merebut cinta Qi
Tapikan Nicki, apakata buat twisted.. Syakilla hanya di jadikan alat oleh Bendahara
yang gilakan pangkat dan kuasa..
Jadi tebih haru Raja Amsyar kahwinkan Syakilla dengan anak Bendahara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pandai2 jer Nay nak buat cerita panglipur lara untuk Nicki |
|
|
|
|
|
|
|
Nice plot nicki. Lady pun mengharapkan qi dgn syakilla. Baru tak klise...
psst... ada satu dialog yg sama tajuk dgn novel yg sedang iol karang. Ah! Kadang2 hidup terlalu byk kebetulan.... |
|
|
|
|
|
|
|
cinta makin berputik |
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 11-11-2014 09:37 AM
Pandai2 jer Nay nak buat cerita panglipur lara untuk Nicki
Takpe.... speku je. Speku-spekuan sebenarnya menjana idea tau. Serius ni...
Kalau benang sendu takde sapa komen, memang tenggelam terus ke laut dalam le jawabnya. Huhuhuhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 11-11-2014 10:51 AM
cinta makin berputik
Suka ko kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Di hadapan kamar milik Arania, langkah mereka terhenti. Syakilla mengangkat tangan kanannya untuk mengetuk pintu namun kemudian, dia membatalkan niatnya. Syakilla teringat sesuatu.
“Qi.”
“Iya?”
“Kau perlu belajar cara menghormati keluarga di raja.”
“Oh? Macam mana?” Kening Qusyairi terangkat.
“Begini.” Lalu Syakilla meletakkan tangan kanan ke dada lalu menundukkan kepala. “Sekarang, kau cuba.” Syakilla kembali ke posisi asal.
“Okay.” Qusyairi menurut. Dia lalu meniru tingkah Syakilla dan tunduk.
“Tangan di sini.” Syakilla menegur. Tangan Qusyairi di tarik dari bahu lalu diletakkan pada dada. Qusyairi tersengih kelat namun membiarkan saja tindakan Syakilla. Kemudian, dia melakukan lagi cara tunduk hormat itu.
“Begitulah.” Syakilla kelihatan berpuas hati kali ini. “Aku sudah pun memaklumkan kehadiranmu pada Raja Amsyar dan Ratu Malaeka. Pastikan kau tertib menghormati mereka. ”
“Err…hhmmm.” Qusyairi tak keruan.
“Mengapa?”
“Raja Amsyar dengan Ratu Malaeka…okay ke? Dia orang…err…mereka tak kisah ke aku datang sini?”
Kening Syakilla berkerut sedikit namun kemudian, dia terangguk kecil. “Maksudmu, adakah Raja Amsyar dan Ratu Malaeka menerima kehadiranmu ke Istana Suriyan?”
Qusyairi angguk.
“Telah aku bilang pada mereka, kau adalah saudaraku. Kau juga adalah tetamu Puteri. Sudah pasti mereka menerima kehadiranmu dengan tangan terbuka.” Syakilla cuba menyedapkan hati walaupun sebenarnya, dia sendiri belum pasti bagaimana penerimaan Raja Amsyar nanti.
“Usah bimbang….okay?” Sambung Syakilla.
Qusyairi tersengih. “Comel…”
“Comel? Apa?” Soal Syakilla.
“Gayamu menyebut perkataan okay…”
“Okay.” Ulang Syakilla. Qusyairi ketawa kali ini.
“Hmmm…Sudahlah. Makin gila jadinya melayan kerenahmu.” Tutur Syakilla apabila melihat Qusyari masih lagi ketawa.
“Aku pula yang kau salahkan?” Qusyairi membidas dalam tawa.
“Ah…apa-apa sajalah.” Balas Syakilla, senyumnya disembunyikan. |
|
|
|
|
|
|
|
“Qi, aku ada satu permintaan.” Syakilla bersuara setelah tawa Qusyairi pudar.
“Iya, apa permintaanmu? Katakan saja…”
“Aku mahu kau berjanji untuk menunaikannya.”
“Okay.”
Syakilla menanggalkan gelang emas yang dipakai pada tangan kirinya. Gelang emas bertatah berlian berbentuk kelopak bunga itu kemudiannya dihulurkan kepada Qusyairi. Qusyairi terpinga-pinga.
“Gelang ini adalah hadiah dariku untuk Arania.” Terang Syakilla.
“Jadi?”
“Tapi aku rasa, pastinya Arania akan lebih gembira jika kau yang memberi hadiah ini. Jadi, aku mahu kau persembahkan gelang emas ini pada Arania.”
“Eh…Syakilla. Tak…tak boleh. Mana boleh?” Pantas Qusyairi membantah. Tindakan Syakilla itu dirasakan tidak patut.
“Katakan saja hadiah ini darimu.” Syakilla tidak memperdulikan kata-kata Qusyairi. Gelang itu masih terhulur.
“Syakilla. Kau tak sepatutnya berbuat begini. Kau yang sepatutnya memberi hadiah ini pada Arania. Bukan aku…”
“Kau sudah berjanji untuk menunaikan perminataanku, bukan?” Syakilla mendesak kali ini. Qusyairi merengus.
“Tolonglah. Aku hanya mahu menggembirakan Arania.” Syakilla berusaha memujuk.
Terdiam seketika. Qusyairi merenung Syakilla yang juga sedang memandangnya penuh berharap.
“Baiklah.” Qusyairi akhirnya mengalah lalu menyambut gelang yang dihulur oleh Syakilla.
“Terima kasih.” Ucap Syakilla. Qusyairi menggeleng beberapa kali. Sungguh dia tidak bersetuju dengan tindakan Syakilla namun sudah malas untuk bertikam lidah.
“Sudah bersedia untuk berjumpa dengan Puteri?” Soal Syakilla. Qusyairi angguk. Gelang emas pemberian Syakilla digenggam kemas.
Syakilla berpaling ke depan. Pintu kamar Arania diketuk beberapa kali. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 11-11-2014 12:36 PM
Takpe.... speku je. Speku-spekuan sebenarnya menjana idea tau. Serius ni...
Kalau benang sendu ...
faham2... tengah bergelut dengan genre yang lain dari yang lain kan memang macam tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 11-11-2014 12:55 PM
“Qi, aku ada satu permintaan.” Syakilla bersuara setelah tawa Qusyairi pudar.
“Iya, apa permin ...
suspen lah pulak... mcm mana penerimaan raja amsyar tu bila tengok Qi... |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 11-11-2014 01:03 PM
suka... tapi sian pulak arania
arania dengan tron je la
nanti last-last tron bertukar jadi jeja ...
tu laa...baru nak cakap..
tron rupanya anak raja yang kena sumpah jadi kucing
dan tercampak ke dunia Qi
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 11-11-2014 01:08 PM
ye la tuuu..pehtu Qi bagi gelang kat arania..
pehtu arania salah sangka n syok sendiri..
pehtu sya ...
Ipo jugak yang kena
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 11-11-2014 01:10 PM
Ipo jugak yang kena
ratu belit tu.. pemikiran di luar dimensi..
tak terjangkau dek akal kadang2 tuh..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|