CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Sektor Hartanah Dah Dok Sejuk, Tunggu Apa Lagi Turunkan Harga Kalau Nak Survive

[Copy link]
Post time 29-9-2014 03:20 PM | Show all posts
blastoff posted on 29-9-2014 03:17 PM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nong-chik-pelaburan-skim-rumah-ppr-untuk-k ...

5.5% tu dtg dpd pembeli rumah yg byr 6.5% ms buat pinjaman, spwp ambik 1%, kwsp ambik 5.5%.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2014 03:21 PM | Show all posts
sumber media ni biased la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2014 03:45 PM | Show all posts
badaksumbu posted on 29-9-2014 03:21 PM
sumber media ni biased la.

Yang aku amek conclusion adalah dari statement yang di buat oleh menteri yang terlibat dengan perkara ni directly la yang di siarkan oleh media , apa kena mengena dengan media biased ke idak plak.

Menurut kenyataan yang di buat oleh Raja Nong Chik sendiri ( baca artikel atas tu la) , SPWP di lantik oleh kementeriannya waktu tu untuk menguruskannya .

So syarikat ni cuma menguruskan aje bagi pihak kerajaan M'sia apabila depa dilantik oleh kementerian di bawah kuasa kerajaan M'sia , bukannya syarikat ni berurusan dengan KWSP secara entiti bersendirian plak.

Di sebut dana KWSP sebanyak 1.5 billions untuk membiayai pinjaman perumahan dengan pulangan sebanyak 5.5 % , memandangkan KWSP tak bagi pinjaman pada individu , dan SPWP cuma syarikat yang di lantik kementerian....

Maka itu jelas menunjukkan KWSP bagi pinjam kat kerajaan kerana KWSP bakal dapat balik pokok dan untung ,  dan SPWP cuma uruskan aje la bagi pihak kerajaan pemberian pokok dan untung tu pada KWSP.

Masaalah kau yang aku perati adalah kau tak reti buat kesimpulan dengan segala info kenyataan menteri2 yang terdapat dalam artikel2 yang aku dah tepek .
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 03:52 PM | Show all posts
blastoff posted on 29-9-2014 03:45 PM
Yang aku amek conclusion adalah dari statement yang di buat oleh menteri yang terlibat dengan perk ...

i x ikut pun perbincangan ni, x berminat pun nak buat kesimpulan, tertengok hang duk sembang2 dgn tekoyong, fakta mcm x betul so i tlg la betul kan, u nak terima x nak terima, nak spin ke terpulang la.

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 04:18 PM | Show all posts
blastoff posted on 29-9-2014 11:11 AM
5.5 tu bukannya interest yang peminjam bayar kat kerajaan tapi interest yang kerajaan baya ...

sebab tu la aku kata kat hang, jangan melampau-lampau

setakat 1.5B tu, KALAU la semua NPL, KALAU la, tak kan bankrup punye kerajaan malaysia

dan jauh panggang dari api kalau nak banding dengan suprime crisis di USA

1.5B tu celah gigi je bro
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 04:25 PM | Show all posts
artikel pun ambik yang 2012 punya

kalau saudara @blastoff nak tahu, bank negara dah ketatkan syarat pinjaman sejak 2013

tenure pun dah kurang sebelumnya 40 tahun, sekarang maksimum 35 taun jah

kalau nak overlap loan pun, cara pengiraan komitmen pun dah berubah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-9-2014 09:39 PM | Show all posts
@badaksumbu:

Persoalannya bagaimana kerajaan boleh dapat jumlah 1.5 billions yang perlu di pinjam dari EPF , kalau yang di hantar surat pun cuma kepada 25 ribu bakal pembeli aje malah yang bersetuju cuma 12675 orang plak tu ?

Kenapa kerajaan siap2 sebut 1.5 billions yang di perlukan padahal tak tahu lagi dengan pasti berapa pembeli yang setuju nak beli ?

Memandangkan KWSP tak bagi pinjaman pada individu tapi pada kerajaan terus, itu bermakna 1.5 billions tu dah siap2 di asingkan sebagai pinjaman pada kerajaan la, yang bermakna walau tak di beri pinjam habis lagi pada peminjam interest dah berjalan dah pun.

Lagi membazir lah jawabnya apabila interest kerajaan bayar pada EPF tapi wang masih tak di beri lagi sepenuhnya pada peminjam.



-------------------------------

http://www.themalaysianinsider.c ... -kwsp-lebih-selamat
Sekitar 25,000 bakal pembeli telah diberikan surat tawaran oleh DBKL dan pembiayaan sepenuhnya kepada rumah yang dianggarkan bernilai antara RM21,500 kepada RM35,000 akan diberikan kepada mereka oleh KWSP.
“Setakat ini, 12,675 bakal pemilik telah bersetuju untuk menerima tawaran pembelian tersebut,” kata Nong Chik, yang juga Ketua Umno Lembah Pantai.















@tekoyong :


Di post # 527 atas nuuuu , kau tengok tarikh artikel Jul 2013 dah aku beri pun bukti BSN dan Bank Islam terlibat dengan subprime mortgages , ni bukan skim guna duit EPF yang 2012 punya tu    , nii guna duit bank Islam dan BSN di jamin oleh kerajaan so skim baru .

Dan 2014 plak dah ada kenyataan dari Muhyiddin kat artikel bawah ni untuk mewujudkan bank perumahan untuk bagi pinjaman pada orang yang di reject oleh bank2 biasa .

So 2012, 2013, 2014 ..... tiap-tiap tahun ada je skim baru di wujudkan yang beri subprime mortgages pada golongan yang bakal kantoi membayar , sapa kata 2012 je plak.

Bank Negara ketatkan kat bank2 biasa pada 2013 , lalu pada 2014 kerajaan nak tubuhkan banknya sendiri plak untuk bagi subprime mortgages, malah nak bagi lesen pada koperasi dan syarikat besar untuk membolehkan depa plak bagi subprime mortgages.

Berbillion duit kalau di buat subprime mortgages nonstop every year gitu dengan berbagai2 skim baru di wujudkan, dan guna berbagai2 agen plak dari bank biasa kepada mewujudkan bank sendiri kepada bagi lesen pada koperasi dan syarikat besar ,  jadi besar amat sangatlah risikonya. Itu bakal jadi menyeluruh dah tu bunyinya kelak .

So bukan celah gigi la kalau tarak sapa yang boleh hentikan depa dari terus menerus memberi setiap tahun berlambak2 subprime mortgages pada golongan yang memang tak mampu totally untuk sustain membayar selama berpuluh tahun tu.

Sedikit2 kalau di buat secara berterusan maka lama2 jadi gunung everest banyaknya la




-----------------------------
http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html

Kaji cadangan  Bank Perumahan


Oleh Siti A’isyah Sukaimi
Putrajaya: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini sedang meneliti cadangan penubuhan Bank Perumahan dalam memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri.
Menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pada masa sama, pihaknya juga akan mengkaji cadangan supaya lesen yang diberikan kepada syarikat pinjaman wang berlesen ketika ini turut diberikan kepada syarikat insurans dan koperasi.
  Katanya, langkah berkenaan supaya syarikat insurans dan koperasi boleh memberi pinjaman kepada golongan terbabit untuk membeli rumah kos rendah dan sederhana rendah.
  Abdul Rahman berkata, inisiatif berkenaan adalah antara mekanisme baru yang dipertimbangkan kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah yang kebanyakannya berdepan masalah mendapatkan pinjaman perumahan daripada bank komersial berikutan syarat ketat dikenakan Bank Negara.
  “Kita memberi ruang dengan cadangan mewujudkan Bank Perumahan dan paling tidak pun, menggunakan kemudahan lesen pinjaman wang di bawah kementerian untuk digunakan syarikat insurans dan koperasi besar.
  “Jika ada sebuah bank khusus untuk urusan perumahan, ia mampu bertindak lebih cepat dan menguruskan risiko pinjaman perumahan dengan lebih berkesan berbanding bank komersial yang mempunyai pertimbangan lain termasuk keuntungan, risiko dan kuota pinjaman,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT Ke-68) di sini, semalam.
  Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta dihadiri menteri Kabinet, menteri besar, pengurusan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan negeri yang berlangsung selama tiga jam.
Last edited by blastoff on 29-9-2014 09:44 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2014 10:09 PM | Show all posts
Amerika yang merupakan kuasa besar dunia yang mengalahkan M'sia jauh ke depan dari segi kuasa ekonomi pun boleh merudum ekonominya kerana pemberian subprime mortgages , inikan M'sia yang cuma negara menbangun je pun yang cuma seciput je pun kuasa ekonominya tu, lagi laa senang nak merudum kaw kaw nanti  .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2014 10:14 PM | Show all posts
blastoff posted on 29-9-2014 09:39 PM
@badaksumbu:

Persoalannya bagaimana kerajaan boleh dapat jumlah 1.5 billions yang perlu di pinjam ...

bc dpd link gov.my la bkn malaysian insider. kerajaan apa bendanya, aiyooo!!!

1.5 bilion? kwsp issue chq 1.5 bilion bg dbkl. dbkl guna 700k, baki x tau pg mn? go check the dbkl's cashbook la. ingat 1.5 bilion tu bg cash ke blh hilang unrecorded. mn bukti payment 1.5 bilion tu dah buat? assume, assume, assume..................


Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 10:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2014 10:46 PM | Show all posts
badaksumbu posted on 29-9-2014 10:14 PM
bc dpd link gov.my la bkn malaysian insider. kerajaan apa bendanya, aiyooo!!!

1.5 bilion? kwsp ...

Malaysian Insider quote dari kata2 Raja Nong Chik yang merupakan menteri yang di tugaskan untuk menerangkan skim ni dan perkembangannya di media... So kau nak kata apa nih ? Raja Nong Chik berbohong pada Malaysian Insider ? Malaysian Insider berbohong mengenai kata-kata Raja Nong Chik yang depa quote tu  ?

We are talking about kata2 mulut menteri sendiri yang di siarkan oleh Malaysian Insider laa. Aparaa kalau kau nak anti dengan Malaysian Insider pun kau kena bagi dulu la bukti yang depa berbohong mengenai kata2 Raja Nong Chik tu  , ini kau main tuduh MI tanpa bukti pun. Duh .

Link yang kau bagi tu hanya menyebut proses camne duit tu di beri , bukannya menyebut pun berapa banyak yang dah di beri atau tak di beri lagi , malah tak sebut langsung pun berapa banyak peminjam yang setuju nak beli .

So kalau kau nak depend kat link tu semata2 memang knowledge kau jadi sempit la jawabnya , kerana kau menolak info perkembangan semasa mengenai skim tu yang cuma boleh di baca dari kenyataan media yang di buat oleh menteri sendiri dalam Malaysian Insider.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2014 10:51 PM | Show all posts
Dok tuduh aku assume, padahal dia yang main pukul rata tuduh MI tak boleh di percayai , padahal MI cuma quote je kata2 menteri mengenai skim tu. Tak boleh di percayai pekejadahnya plak . Stakat depa quote kata2 pun dah tak boleh percaya kaa ? Aiyoyooo awat lagu tu punya prejudis nyaaaa.


Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 10:58 PM | Show all posts
blastoff posted on 29-9-2014 10:46 PM
Malaysian Insider quote dari kata2 Raja Nong Chik yang merupakan menteri yang di tugaskan untuk me ...

kat mn sy tuduh tmi?

btw, this is for u, do the calculation.

sumber : http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Tajuk_utama_4.html

44,146 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam, DBKL, hari ini ditawarkan kepada golongan berpendapatan rendah di ibu negara.

Yang disasarkan - penyewa sedia ada bagi kedua-dua jenis perumahan itu.

Dan yang menariknya - skim pembiayaan khas itu menjanjikan bayaran bulanan rendah antara 200 dan 300 ringgit sebulan.

Namun hanya mereka yang mempunyai rekod pembayaran sewa yang baik akan diberi keutamaan untuk skim pembiayaan khas itu.

Setakat ini, 12 ribu 675 penyewa bersetuju menerima tawaran berkenaan.

DATUK RAJA NONG CHIK RAJA ZAINAL ABIDIN / MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR

"Kita akan mula roadshow pada bulan Mac 2012 dan untuk jelaskan kepada bakal-bakal peminjam dan Insya Allah pada pertengahan bulan Mei, kita akan uruskan peminjam yang berjaya. By May, June they should get the loan".

Rumah di bawah skim itu dijual pada harga 21 ribu 500 ringgit hingga 35 ribu ringgit.

Rumah yang dibeli boleh disewakan kecuali kepada warga asing dan boleh dijual semula.

Ciri utama skim, tiada bayaran pendahuluan dan pembiayaan 100 peratus akan diberikan.

Kelayakan meminjam, berumur 18 tahun ke atas dan tiada sekatan had umur maksimum.

Tempoh pembiayaan pula sehingga 25 tahun bagi memudahkan peminjam membuat bayaran bulanan yang rendah.

Bagi bayaran insurans, pindah milik dan khidmat guaman, ia termasuk di dalam jumlah pembiayaan.

Skim itu dilancarkan Perdana Menteri, pada 28 Januari lalu.

Skim akan dikendalikan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan, yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan, dengan dana pembiayaan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - RM 1.5 bilion.




Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 11:04 PM | Show all posts
so mn satu nak pakai? last2 laporan audit yg jd rujukan,
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 11:17 PM | Show all posts
sumber :++gov.my



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2014 11:22 PM | Show all posts
badaksumbu posted on 29-9-2014 03:21 PM
sumber media ni biased la.

Sundrik cakap sundrik boleh lupa ka , awat short term memory sangatnyaaa . "Biased" yang kau sebut nih maknanya apa kalau tak memberi maksud "tak boleh di percayai"?

The fact that kau dok berkeras agar aku abaikan laporan kenyataan Raja Nong Chik di MI dan fokus kat link yang kau bagi tu jelas menunjukkan kau memang tak anggap laporan MI tu reliable laaa, bukannya aku payah nak faham apa yang kau cuba buat tu .

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2014 11:27 PM | Show all posts
blastoff posted on 29-9-2014 11:22 PM
Sundrik cakap sundrik boleh lupa ka , awat short term memory sangatnyaaa .  "Biased" yang kau sebu ...

semua sumber media biased. google apa maksud biased tu.

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 11:33 PM | Show all posts
blastoff posted on 29-9-2014 11:22 PM
Sundrik cakap sundrik boleh lupa ka , awat short term memory sangatnyaaa .  "Biased" yang kau sebu ...

p/s : dpd laporan media jugak la kan hang dpt calculation yg 700 juta je sebenarnya akan guna bkn 1.5 bilion?

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 11:46 PM | Show all posts
satu lg, sampai sekarang sy x blh nak digest statement ni dpt dpd mn, kwsp bg duit kpd dbkl, spwp byr kwsp dgn 5.5% interest, alih2 kerajaan kena tanggung 5.5% interest tu.

5.5 tu bukannya interest yang peminjam bayar kat kerajaan tapi interest yang kerajaan bayar kat EPF , so yang menanggung interest tinggi adalah kerajaan, dan yang menanggung risiko kerugian 100%  adalah juga kerajaan sebab kerajaan yang bagi pinjam kat orang tak layak


Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 11:59 PM | Show all posts
ni jawapan kj v skim dbkl/spwp dlm media pro bn, xde tulis kerajaan akan tanggung 5.5% tu.

Tuduhan 1 Tony Pua & Nurul Izzah:

EPF akan meminjamkan wang kepada individu bagi membeli rumah. Ini bersalahan dengan Seksyen 26 Akta KWSP yang melarang KWSP memberi pinjaman kepada individu.

Jawapan KJ & KWSP:

KWSP akan meminjamkan wang kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). YWP pula akan memberi pinjaman kepada individu yang layak. Ini jelas tidak melanggar sebarang peruntukan Akta KWSP.

Kesimpulan: TUDUHAN TONY PUA & NURUL IZZAH ADALAH FITNAH SEMATA-MATA.

Tuduhan 2 Tony Pua & Nurul Izzah:

Pinjaman yang diberi adalah berisiko tinggi kepada KWSP.

Jawapan KJ & KWSP:

Pinjaman ini tidak berisiko tinggi kerana KWSP telah menetapkan syarat yang ketat.

1. Jumlah pulangan yang diterima KWSP ialah 5.5% setahun.

2. Nilai cagaran adalah lebih dua kali ganda nilai pinjaman.

3. DBKL perlu menyediakan rizab sebanyak 25% dari jumlah pinjaman.

4. Hanya penghuni yang mempunyai rekod pembayaran sewa yang baik sahaja akan ditawarkan pinjaman.

5. DBKL juga memberi jaminan akan membeli balik semua rumah jika terdapat masalah pembayaran oleh peminjam.


ni jawapan kj v skim dbkl/spwp dlm media pro pembangkang, ref post no.526

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/epf-housing-scheme-in-need-of-clarification-khairy-jamaluddin
The risk with this scheme is not borne by EPF but by the government. Even if the home buyer cannot service his loan to the government, the government will still have to pay EPF. So the credit risk is entirely carried by the government. It is the government that is making “subprime” loans, not EPF. It is the government that is exposing itself to unsecured loans, not EPF.
As a Member of Parliament and custodian of my voters’ trust, I want to know what the process for vetting loan applications under this scheme would be? What risk management processes will the government institute before giving out these loans? If borrowers are those that would otherwise be rejected by commercial banks, what criteria will the government use to approve a loan application?
These are far more important questions than the irrelevant ones that opposition MPs have come up with because ultimately the exposure will be to the entire rakyat’s money, not EPF.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.273765 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list