CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

   Close [Copy link]
Post time 29-1-2018 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Doakan keadilan buat arwah ye kawan kawan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 09:06 AM | Show all posts
Justice for Farhan. sesiapa yg pegi court.. harap2 ble la share kt sini yer..
pm @lil_sparky kalau tak nak share direct kt sni. thanks uols
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 09:12 AM | Show all posts
salam uolss...dah lama x jengah umah arwah paan ni..siyes ke arini start perbicaraan?moga kebenaran akan terbukti la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 10:52 AM | Show all posts
Edited by yayangmama at 29-1-2018 02:19 PM

nanti update sini ek....moga yang baik2 sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 10:55 AM | Show all posts
Moga perbicaraan hr ni berjalan dgn lancar...amin
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga harini perbicaraan berjalan lancar..xde update sgt pasal kes ni kat FB..harap the IronBoys yg terlibat..mendapat hukuman yg setimpal..it will be a long battle in court..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2018 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tghari xdak update lg kah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Any updates? Dr td duk refresh page kot2 ada berita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 11:57 AM | Show all posts
semoga perbicaraan berjalan lancar untuk arwah Paan dan keluarga..

kenapa 6 orang itu, semoga kalian dapat balasan yang setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 12:11 PM | Show all posts
Harapan perbicaraan ni ni dapatlah membuka lembaran baru di institusi yang diamanahkan untuk melahirkan professional tentera tapi dapat juga menjamin keselamatan nyawa pelajarnya. Kalau masa berperang pahamlah..sekali sign mati. Tp baru belajar nak hidup tak sempat ibu bapa tengok anaknya menjulang skrol.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 12:16 PM | Show all posts
follow benang ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ada keadilan untuk arwah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2018 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat masa skrg..xda PM lg
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
lil_sparky replied at 29-1-2018 01:38 PM
Buat masa skrg..xda PM lg

Maybe perbicaraan masih berlangsung sebab tu belum ada sesiapa yg pi hadiri belum update kpd kita
Sis yg tengah demam teruk ni masih gigih dok jengah thread ni dgn perasaan tak keruan nak tahu sgt perkembangan kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama la jengah jugak ni, x sabar tunggu update
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 02:26 PM | Show all posts
Sebelum ni gigih buat postings sebab nakkejar thread ni yang berpagar tinggi. Dah dapat lepas pagar tetiba thread unlocked. Check in. Will try to get infos.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde apa2 update lg ye...
Check kat fb Pn Hawa pun xde post baru pasal trial hari ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 04:39 PM | Show all posts
Edited by nadie90 at 29-1-2018 08:41 AM

Updated






Pendakwaan akan buktikan Zulfarhan mati didera
Oleh Siti Nurazlinee Azmi
[email protected]


KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan yang mengendalikan kes penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dipercayai akibat didera akan membuktikan si mati dipukul, ditendang dan ditekap seterika wap oleh 19 tertuduh sehingga mengalami komplikasi luka lecur membabitkan hampir 80 peratus permukaan badannya.

Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah berkata, pendakwaan akan membuktikan 19 penuntut UPNM itu membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan si mati ekoran keengganannya mengaku mencuri sebuah komputer riba.

Othman berkata, semua tertuduh memukul dengan tangan dan menendang mangsa tiga jam berturut-turut bermula jam 2.30 pagi 21 Mei 2017 sehingga jam 5.30 pagi hari sama dan tindakan sama berulang pada jam 1.30 pagi sehingga jam 4.30 pagi, keesokannya.

Beliau berkata, nasib yang menimpa Zulfarhan Osman tidak terhenti pada jam 4.30 pagi pada 22 Mei 2017, kerana fakta kes pendakwaan akan menunjukkan pada jam 4.45 pagi iaitu selepas sebahagian tertuduh keluar dari bilik 04-10 (asrama UPNM), soal siasat ke atas si mati diteruskan semula oleh tertuduh pertama hingga tertuduh keenam.

"Sepanjang soal siasat dibuat, tertuduh pertama memegang seterika wap, seterusnya tertuduh keenam menyuruh tertuduh pertama mencucuh si mati dengan seterika wap sehingga si mati menjerit kesakitan.

"Tertuduh kedua hingga kelima juga menggunakan seterika wap sama untuk mencucuh badan si mati. Perbuatan itu dihentikan selepas selesai azan Subuh berkumandang pada kira-kira jam 5.45 pagi," katanya.

Othman berkata demikian dalam ucapan pembukaan kes itu pada hari pertama perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah.

Beliau berkata, pendakwaan melalui saksi Pakar Perubatan Forensik juga akan mengemukakan hasil bedah siasat yang menunjukkan si mati mengalami beberapa kecederaan pada badan dan sebab kematian adalah luka bakar teruk.

"Terdapat kesan lecur tahap satu, dua dan tiga yang sedang mengalami proses penyembuhan. Komplikasi luka lecur adalah 'hypovolemic shock (kekurangan cecair dalam badan), jangkitan kuman, organ penting rosak dan ketikdakseimbangan elektrolit sehingga boleh menyebabkan kematian, selain terdapat pendarahan di bawah kulit kepala pada bahagian temporal kanan, kiri dan tengah kepala yang boleh diakibatkan objek tumpul," katanya.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap Zulfarhan Osman bagi maksud hendak memeras mangsa untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Mereka yang semuanya berumur 21 tahun ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri , Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Akmal Akif Alias, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Tertuduh lain ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik 03-05 Blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara jam 2.30 pagi hingga jam 5.30 pagi, 21 Mei lalu dan di bilik 04-10, asrama sama, antara jam 1.30 pagi hingga 4.30 pagi, 22 Mei lalu.

Semua mereka dituduh mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Pada 10 November 2017, lima daripada 19 penuntut berkenaan iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin dan Mohamad Shobiri menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan Osman di tempat, masa dan tarikh sama, manakala seorang lagi iaitu Abdoul Hakeem menghadapi pertuduhan bersubahat membunuh pelajar itu.

Lima tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan, manakala Abdoul Hakeem pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang sabit kesalahan boleh dihukum sama.

Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2016, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakannya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 04:46 PM | Show all posts

dah bunuh orang tak ngaku bersalah lak

mmg setan setua pembunuh adik zulfarhan


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
nadie90 replied at 29-1-2018 04:39 PM
Updated



Thanks a lot Nadie90
Ya Allah semasa aku baca ni, air mata aku automatically keluar
Betapa azab dan kejamnya Allahyarham di perlakukan sebegitu rupa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.451781 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list