CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

[Copy link]
 Author| Post time 28-4-2022 08:09 PM | Show all posts
seribulan replied at 28-4-2022 05:34 AM
Tahu xpe...saya pun akan teruskan mask

dgn face mask, kita boleh sorok  muka meluat kita bila jumpa orang yang kita tak berkenan  dgn perangainya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 28-4-2022 07:03 PM
dah kat kampung ke ni?

Hotel...kerja lapangan...semlm kg...esok kg balik
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 28-4-2022 07:09 PM
dgn face mask, kita boleh sorok  muka meluat kita bila jumpa orang yang kita tak berkenan  dgn per ...

Teruskan bermask...ala niqab dah
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 28-4-2022 07:05 PM
masa iftar hujan lebat sampai 8:30 malam. tapi tido on ac sebab rasa panas.

Hari ni hujan lebat masa iftar
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 28-4-2022 07:07 PM
sahur semalam buat sandwich telur dan kopi. dah lama tak minum kopi.

Hari ni sahur hotel sediakan
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 12:57 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 29-4-2022 12:05 AM



SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
28 APRIL 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 27 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%(Jadual1);
  • Katil Bukan ICU: Tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) statik kepada 68 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator8%.


Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 27 April 2022, sebanyak 161 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 74 kes (46.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 87 kes (54.0 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 27 April 2022:
  • Kes sembuh: 6,900 kes [4,346,421 kes kumulatif          (97.9%)];
  • Kes baharu: 3,471 kes (4,440,383 kes kumulatif);
  • Kes import: 10 kes [10 warganegara (100.0%)];
  • Kes tempatan: 3,461 kes [3,324 warganegara (96.0%); 137 bukan warganegara (4.0%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 98 kes (56 kes disahkan COVID-19; 42 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 63 kes (33 kes disahkan COVID-19; 30 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 3,471 kes harian yang dilaporkan pada 27 April 2022:
  • Kategori 1: 1,118 kes (32.21%);
  • Kategori 2: 2,326 kes (67.01%);
  • Kategori 3: 11 kes (0.32%);
  • Kategori 4:  8 kes (0.23%); dan
  • Kategori 5: 8 kes (0.23%).
Daripada 27 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 27 April 2022:
  • 5 kes (18.52%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 13 kes (48.15%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 9 kes (33.33%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 13 kes (48.15%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 14 kes (51.85%) mempunyai komorbid[url=].[/url]
KLUSTER COVID-19
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 27 April 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
WP Putrajaya1.05
Melaka0.88
WP Kuala Lumpur0.85
Selangor0.81
Negeri Sembilan0.79
Perak0.78
Pulau Pinang0.75
Sabah0.74
Johor0.69
Sarawak0.68
Kedah0.65
Pahang0.62
Kelantan0.58
Terengganu14 kes
Perlis10 kes
WP Labuan5 kes
MALAYSIA0.70
*Kiraan nilai RT bagi kes kurang daripada 20 tidak dapat dikira dengan tepat
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan yang tertutup. Pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka  adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Kes positif COVID-19 dikehendaki melakukan isolasi selama tujuh (7) hari. Walau bagaimanapun, di bawah Ujian dan Perlepasan, individu mempunyai pilihan untuk menjalani ujian RTK-Ag yang diselia pengamal perubatan pada hari ke-4. Sekiranya negatif, individu boleh menamatkan isolasi.
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
Walaupun pelonggaran SOP telah diberikan, KKM berharap agar semua masyarakat sentiasa berwaspada dengan mengamalkan kawalan kendiri kerana virus SARS-CoV-2 ini masih ada dalam kalangan kita. Bagi individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
28 April 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2022 01:00 AM | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 28 April 2022 – Makluman Produk-produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON APRIL 28, 2022
1.      Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Bil.Nama ProdukRacun Berjadual Yang Dikesan
1.PUTERI RATU TREATMENT CREAMMerkuri
2.FLASHH TREATMENT CREAMMerkuri
3.FLASHH NIGHT CREAMHydroquinone



2.      Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
3.      Produk yang mengandungi hydroquinone adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
4.      Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
5.      Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
6.      Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.  
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
7.      Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
8.      Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
Sekian.
TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
28 April 2022




Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 01:01 AM | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 28 April 2022 – Makluman Berkenaan Pertukaran Status Hospital Sungai Buloh Kepada Hospital COVID-19 Hibrid[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON APRIL 28, 2022

Mengambil kira situasi terkini pandemik COVID-19 di Malaysia terutamanya kes-kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 serta kadar penggunaan fasiliti kesihatan khusus untuk kes COVID-19 yang rendah di Lembah Klang, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersetuju agar perkhidmatan perubatan bukan COVID-19 yang tertangguh di Hospital Sungai Buloh dimulakan semula. Sehubungan itu, perkhidmatan hospital ini telah ditukar kepada status hibrid di mana ianya akan merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.
Sebagai makluman, Hospital Sungai Buloh telah diwartakan sebelum ini pada 10 Mac 2020 sebagai hospital perawatan perubatan khusus kepada pesakit-pesakit COVID-19 sahaja. Langkah strategik ini telah dijalankan oleh KKM pada masa tersebut sebagai salah satu inisiatif untuk menampung keperluan katil hospital di Lembah Klang bagi merawat kes COVID-19 serta membolehkan pengurusan fasiliti, ubat-ubatan, peralatan perubatan, kepakaran dan sumber manusia yang optimum. Pada kemuncak operasinya, Hospital Sungai Buloh telah mampu menampung lebih daripada 2,000 pesakit COVID-19 pada satu-satu masa dan sehingga semalam, seramai 92,874 orang pesakit COVID-19 telah dirawat di hospital ini sepanjang pandemik COVID-19.
Selaras dengan strategi negara semasa fasa peralihan ke endemik COVID-19 ini, KKM akan sentiasa memantau dan bersiapsiaga dalam menyediakan perkhidmatan perubatan khusus bagi kes-kes COVID-19 termasuk perkhidmatan rawatan kritikal berdasarkan Pelan Strategik KKM Bagi Pengurusan COVID-19 sekiranya berlaku sebarang peningkatan kes di negara ini.
KKM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan di seluruh negara terutamanya di Hospital Sungai Buloh yang telah memberikan komitmen yang jitu untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik di sepanjang pandemik COVID-19 ini.
TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
28 April 2022 @ 5.00 petang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 28-4-2022 08:52 PM
Hari ni sahur hotel sediakan

Berapa hari duduk hotel?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 28-4-2022 08:51 PM
Hari ni hujan lebat masa iftar

Kat tempat saya tak lebat sangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2022 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 28-4-2022 08:49 PM
Teruskan bermask...ala niqab dah

Tebaca perkongsian doc kat fb.sejak 2 tahun diwajibkan pakai facemask,kes berkaitan pernafasan kurang di hospital.Nampak muda bila pakai facemask
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 29-4-2022 09:37 AM
Berapa hari duduk hotel?

2 hari...hari ni gerak balik kampung
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 29-4-2022 09:38 AM
Kat tempat saya tak lebat sangat

Ok le...sini lebat...pekej banjir kilat
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 29-4-2022 09:40 AM
Tebaca perkongsian doc kat fb.sejak 2 tahun diwajibkan pakai facemask,kes berkaitan pernafasan kur ...

dah terbiasa pakai mask kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-4-2022 10:01 AM
Memang pun...ada je yg x jaga SOP

Kejap je dah nak raya. Iols tahun ni recycle je baju tahun2 lepas. Sana sini jalan jem teruk
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 29-4-2022 03:09 PM
Kejap je dah nak raya. Iols tahun ni recycle je baju tahun2 lepas. Sana sini jalan jem teruk

Sama gak recycle...ingat nak cari sepasang kurung moden merah mujo dah lepas blk kg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2022 09:42 PM | Show all posts
seribulan replied at 29-4-2022 11:30 AM
2 hari...hari ni gerak balik kampung

dah sampai kampung ke kome?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2022 09:43 PM | Show all posts
seribulan replied at 29-4-2022 11:31 AM
Ok le...sini lebat...pekej banjir kilat

hari ni tak hujan pulak, tapi rasa bahang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2022 09:45 PM | Show all posts
seribulan replied at 29-4-2022 11:32 AM
dah terbiasa pakai mask kan

agak kekok bila keluar tak pakai facemask. setuju dgn yong, facemask mcm pengganti niqab.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2022 09:47 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 29-4-2022 04:09 PM
Kejap je dah nak raya. Iols tahun ni recycle je baju tahun2 lepas. Sana sini jalan jem teruk

samalah kita. recycle baju tahun lepas. bukan orang tahu pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 6.148476 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list