CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: DREAM IT, BELIEVE IT, ACHIEVE IT

 Close [Copy link]
Post time 27-12-2024 12:22 AM | Show all posts
Berubah pikiran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2024 12:22 AM | Show all posts
Hanya kerana peristiwa itu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 12:22 AM | Show all posts
Kau hancurkan kota cinta
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 12:22 AM | Show all posts
Yang kita bina bersama
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 12:22 AM | Show all posts
Di masa yang lalu


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 12:23 AM | Show all posts
Kini aku terus tersiksa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2024 12:23 AM | Show all posts
Oleh kepalsuan cintamu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 12:23 AM | Show all posts
Tinggallah aku sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2024 12:23 AM | Show all posts
Menanggung derita ini

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 12:23 AM | Show all posts
Setelah engkau pergi
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 12:23 AM | Show all posts
Tertutup hatiku
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 12:24 AM | Show all posts
Tak mungkin bercinta lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 12:24 AM | Show all posts
Biar kusendiri

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 12:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 02:44 AM | Show all posts
selamat pagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 02:45 AM | Show all posts
check in rumah baru

thanks tashu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2024 03:45 AM | Show all posts
Takutlah nak komen isu curang - Mira


Mira tetap dengan pendirian tidak memberi komen terhadap isu curang walaupun membabitkan penceritaan drama terbaharu, Curang Tanpa Niat.




KUALA LUMPUR: Pelakon Mira Filzah, 32, tetap dengan pendirian tidak memberi komen terhadap isu curang walaupun membabitkan penceritaan drama terbaharu lakonannya, Curang Tanpa Niat.
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, dia tidak berani komen isu curang yang terkait dengan pasangan dan rumah tangga itu.
"Dengar tajuk drama ini, Curang Tanpa Niat pun sudah menakutkan. Sebab, boleh ke curang itu dilakukan tanpa niat? Umpama, tidak sengaja atau mungkin kebetulan.
"Secara umumnya, saya tidak pernah berada dalam kedudukan atau situasi itu (pasangan curang). Tetapi, perkara sebegini pasti membabitkan dua pihak, takutlah nak komen," katanya kepada Harian Metro.

Mira kini muncul dengan drama Curang Tanpa Niat arahan Eyra Raman sebanyak 34 episod, disiarkan Astro Ria, jam 10 malam mulai Selasa lalu terbitan iFabulous Art Media & Event Sdn Bhd.
Ujar Mira lanjut, cabaran dihadapinya itu bukan sahaja dari segi emosi, tetapi psikologi perlu ditangani dengan tenang dan mengikut cara tersendiri.
"Watak Elina dalam drama Curang Tanpa Niat ini memang memberi cabaran berat kepada saya sebab kena banyak bermain emosi dan psikologi serentak.
"Elina adalah seorang 'true lover' (pencinta sejati) yang percaya seumur hidupnya akan jatuh cinta pada seorang lelaki sahaja. Dia (Elina) juga penuh sifat keibuan, penyayang dan pemaaf walaupun selalu jadi sasaran orang berniat buruk termasuk suaminya.
"Terus-terang, saya sendiri tengok watak Elina memang kasihan dengan kehidupannya selepas berkahwin dan ada anak yang membuatkannya sangat 'simple', rileks dan tak bersiap sebab suri rumah sepenuh masa," katanya.
Menurut Mira lagi, Elina itu memang diberikan 'look' emak-emak yang sentiasa kejar masa menguruskan keperluan keluarga, suami dan anak-anak tanpa memikirkan keinginan diri sendiri.
Selain Mira, drama Curang Tanpa Niat yang diinspirasi daripada drama The Office Wife itu dibintangi Shukri Yahaya sebagai Eshaal, Sharifah Sakinah (Astrid) dan Fadlan Hazim (Ashraff).
Ia turut dibarisi pelakon lain seperti Hasnul Rahmat, Nafiez Zaidi, Zarina Anjoulie, Fauzi Nawawi, Sheila Mambo, Kazar Saisi, Evertt Gomes (Hero Remaja 2024), Aqza Aziz (Dewi Remaja 2024) dan ramai lagi.






https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1341291/takutlah-nak-komen-isu-curang-mira


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 03:47 AM | Show all posts
Tolong berhenti tokok tambah cerita tak betul - isteri Along




Afreena berharap orang ramai mempercayai maklumat yang betul daripadanya, bukan cerita tersebar di media sosial. - Foto IG Afreena Suhaimi



KUALA LUMPUR: Isteri kepada pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi menasihatkan orang ramai selidik dulu maklumat diterima mengenai suaminya.
Afreena menerusi Instagram (IG) berkata, orang ramai sebaik-baiknya mempercayai berita daripada sumber betul iaitu daripada dirinya sendiri.
"Saya mahu anda tahu, sekiranya dengar, baca atau terima apa-apa maklumat mengenai suami saya, tolong jangan ambil bulat-bulat.
"Sebab apapun dimuat naik dalam media sosial sebagai berita terbaharu, ia adalah salah.

"Apa-apa informasi atau maklumat terbaharu akan datang daripada saya. Jadi, saya berharap anda tolong berhenti menokoktambah cerita yang tidak betul," tulisnya.
Tambah Afreena, dia juga menasihatkan orang ramai berhenti mengkritik Along dan lebih baik sekiranya mendoakan yang terbaik buatnya.
"Saya saja tanya, tak penat ke 'condemn' Along macam-macam? Saya baca pun letih. Tapi, saya tak marah sebab anda semua ada hak untuk bercakap apa sahaja, itu telefon, papan kekunci, media sosial anda, cuma sudahlah...
"Hanya doakan untuk suami, saya, anak-anak dan keluarga. Insya-Allah semua akan okay," katanya.




Terdahulu, pelakon dan pelawak, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, atau dikenali Along Cham didakwa dengan dua pertuduhan miliki ganja di dua mahkamah berasingan, masing-masing membabitkan ganja seberat 58.23 gram dan 2.07 gram.
Bagaimanapun, Along mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan. Di Mahkamah Sesyen, Along didakwa memiliki ganja seberat 58.23 gram.
Mengikut pertuduhan pertama, selebriti itu didakwa memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram di sebuah rumah di Cyber 9, Cyberjaya, jam 3.10 petang pada 14 Disember lalu.
Along didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan sebat maksimum 10 sebatan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kesalahan itu tidak boleh dijamin.
Bagaimanapun, Along merayu jaminan diberikan berikutan mempunyai anak yang akan bersekolah, tahun depan.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Along didakwa memiliki ganja seberat 2.07 gram mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952
Beliau membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Muhamad Bukhori Ruslan.
Tarikh perbicaraan ditetapkan 28 Februari tahun hadapan.





https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1341388/tolong-berhenti-tokok-tambah-cerita-tak-betul-isteri-along









Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 03:50 AM | Show all posts
Adi kembali bekerja, masih dalam rawatan




Adi masih dalam rawatan dan berharap semua urusannya dipermudahkan. - Foto NSTP




KUALA LUMPUR: Selepas dimasukkan ke wad akibat jangkitan kuman di paru-paru dan batu karang, pelakon Datuk Adi Putra kini kembali meneruskan komitmen kerja dengan menjalani penggambaran.
Bagaimanapun, Adi memberitahu, dia masih dalam rawatan dan berharap agar semua urusannya dipermudahkan.
"Hari ini (semalam), saya akan meneruskan penggambaran Sekam Di Dada (drama). Amanah dan tanggungjawab harus digalas.
"Saya juga mendoakan anda yang mendoakan saya agar diberkati dan dirahmati Allah. Saya mendoakan juga urusan anda dipermudahkan," katanya menerusi hantaran video di Instagram (IG), semalam.

Bintang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu juga menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakannya agar diberi kesembuhan.
"Saya ingin ambil manfaat dan peluang untuk ucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan media, ahli keluarga dan sahabat handai yang mendoakan saya agar cepat sembuh.
"Alhamdulillah, saya dalam rawatan dan mudah-mudahan dapat dipermudahkan segala urusan," katanya.
Pada 21 Disember lalu, Adi dilapor dimasukkan ke pusat perubatan, di sini untuk dirawat selepas selepas mula rasa lemah ketika di lokasi penggambaran drama bersiri, Sekam Di Dada.
Isterinya, Datin Aida Yusof dilapor berkata, suaminya agak keletihan disebabkan jadual penggambaran yang padat selepas pulang dari Makkah, termasuk mengalami kencing berdarah.
Terdahulu, Adi turut memuat naik foto di hospital dan memohon agar urusannya dipermudahkan





https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1341340/adi-kembali-bekerja-masih-dalam-rawatan






Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 03:51 AM | Show all posts
Hikmah konsert batal, Aisha terbang ke Indonesia rakam lagu




Aisha merencana pelbagai projek termasuk kolaborasi bersama komposer di Indonesia untuk lagu baharu, tahun depan. - NSTP/Hazreen Mohamad



KUALA LUMPUR: Pengalaman berlaku tidak pernah membuatkan penyanyi Aisha Retno berputus asa, sebaliknya dijadikan pemangkin semangat untuk merencana dengan lebih baik.
Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, berkata dia merencana pelbagai projek termasuk kolaborasi bersama komposer di Indonesia untuk lagu baharu, tahun depan.
"Saya ada perancangan ke Indonesia, bulan depan, di mana saya akan menjalankan proses penulisan lagu untuk single seterusnya. Tapi, saya tak boleh nak berkongsi lanjut, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja.
"Saya sebenarnya teruja kerana ini akan menjadi kali kedua menulis lagu dan bekerjasama dengan komposer di Indonesia. Lagu baharu ini bakal dilancarkan di Malaysia, tetapi ia adalah projek kerjasama dengan penggiat seni di tanah seberang,

"Saya teruja sebab ia boleh dikatakan 'rebound' daripada apa yang berlaku tahun ini. Kalau ada rezeki saya mahu belajar banyak dan menggunakan ilmu sebaik-baiknya," katanya kepada BH Online.
Terdahulu, Aisha menghiburkan warga Berita Harian pada majlis Cheritera Malaya - Santapan Malam Berita Harian di Cornerstone IPC, malam tadi.


Aisha mendendangkan lagu popularnya, Sutera dan Ketipak Ketipung Raya.


Katanya, 2025 akan menjadi permulaan baik, bagaimanapun soal berkahwin belum ada dalam perancangan.
"Insya-Allah, projek ini akan menjadi permulaan baik buat saya. Orang tanya juga bila nak kahwin, tapi tiada perancangan ke arah itu, calon pun belum ada lagi.
"Saya masih muda, jadi saya nak fokus mengeluarkan lagu-lagu seterusnya dan merancang untuk membuat showcase secara kecil-kecilan selepas mengeluarkan album.
"Kiranya ini untuk peminat yang sudah lama menunggu konsert yang terbatal, jadi saya merancang untuk mengadakan showcase secara kecil-kecilan buat mereka," katanya.
Dalam masa sama, Aisha yang juga baru tampil dengan single Terbang mahu mengusahakan album solo yang turut memuatkan lagu kolabarasi bersama penggiat seni di Indonesia.






https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1341378/hikmah-konsert-batal-aisha-terbang-ke-indonesia-rakam-lagu


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.134257 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list