CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
Post time 9-8-2011 03:38 PM | Show all posts
tq for the n3
makin exciting nih
siapalah mastermind agaknya?
smiley saspek mak Tg Kamil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 03:58 PM | Show all posts
apalah plan si ecah nanti.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 08:49 AM | Show all posts
Semoga AISHAH punya plan berjaya dengan jayanya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 09:19 AM | Show all posts
Tengku Alyah punya angkara ke?.... suspen ni x sbr nk tunggu cite selanjutnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 10:33 AM | Show all posts
yeay..akhirnya muncul N3 yg ditunggu2...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 11:07 AM | Show all posts
tq fizzy. citer makin suspens
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2011 02:45 PM | Show all posts
apalah agaknya rancangan Ecah.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 03:22 PM | Show all posts
Siapa le dalangnya......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 03:38 PM | Show all posts
tak sabar nak tahu dalang penculikkan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:35 AM | Show all posts
eeeeiiiii skerinya ecah nih...  ecah jangan ler terbunuh orang... harap faris boleh cool kan ecah yang tengah membara ngan dendam kesumat... fizzi sambung ler cepatttt.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:59 AM | Show all posts
hmm kali ni aisyah yg akan plan dan jadi bos kpd faris dalm misi mreka....suspen nye
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 10:14 AM | Show all posts
hahaha... bestnya Aisyah tunjuk kepakarannya......
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 10:20 AM | Show all posts
aishah ade plan dhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 11:16 PM | Show all posts
suspen2..nk lg
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 08:31 AM | Show all posts
aishah nak jadi pembela kematian dol n abu yang cun melecun....
so org xleh nak syak.... kan??? kan??? kan???
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 09:06 AM | Show all posts
mekacih fizz kasi n3.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2011 04:07 PM | Show all posts
tt skrgni suka bertapa
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 08:44 AM | Show all posts
apa je rancangan AISHAH nie...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 09:38 AM | Show all posts
aishah ooooo aishah..... kemana kau .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2011 09:21 AM | Show all posts
“Jemput masuk,” Faris membuka pintu banglonya lalu mempersilakan Aishah masuk. Penerbangan dari Johor Bharu terus ke Kuala Lumpur diambil awal pagi tadi. Mereka keluar secara berasingan, bimbang jika dapat diekori lagi. Setelah sampai di lapangan terbang Skudai, barulah mereka betemu kembali untuk meneruskan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur.


Aishah meneliti rumah mewah yang tersergam indah, namun isinya kosong.
       

“Tak ada orang jaga ke rumah ni?” soal Aishah seraya duduk di sofa yang berhampiran. Sepanjang penerbangan tadi, Faris sudah menceritakan serba sedikit latar belakang tempat tinggal mereka.


“Tak,” Faris menggeleng lalu menanggalkan jaket luarnya. Dia meletakkan bagasinya di tepi tangga lalu berlalu menuju ke dapur.


“Kau nak minum?” soal Faris dari dapur. Aishah bangun, membuntuti langkah Faris. Faris sedang membelek isi peti sejuk yang agak besar.


“Habis, rumah ni dibiar kosong sepanjang masa?” soal Aishah sambil meneliti ruang dapur pula. Faris kembali ke meja makan yang diduduki Aishah bersama sebotol air mineral ditangan.


“Yup,” balas Faris sambil menuangkan air ke gelas kosong. Segelas kosong lagi diambil lalu air dituang dan disurungkan kepada Aishah.


“Kalau aku tahu rumah ni tak ada orang sepanjang masa, dari dulu aku datang rompak…”kata Aishah sambil meneguk air yang baru diberikan oleh Faris.


Mendengar kata2 Aishah, Faris memandang Aishah sambil tersenyum. Masih belum hilang jiwa penjenayahnya. Faris mengukir senyum simpul.


“Kau pastikah yang rumah ni takkan dapat diceroboh oleh sesiapa?” soal Aishah pula.


“Aku akan upah security untuk berkawal sekeliling banglo ni 24 jam. Kau jangan bimbang…” Faris meletakkan gelasnya yang kosong di meja sambil memandang Aishah. Aishah senyum senang hati.


“Selagi plan kita belum tamat, aku harap tak siapa akan tahu akan kewujudan aku di rumah ni, terutama ahli keluarga kau..” ujar Aishah. Faris memandang Aishah. Perbincangan mereka pada malam sebelum mereka bertolak ke Kuala Lumpur kembali menjengah mindanya.


Perlahan2, Faris angguk. Meski dia kurang setuju dengan rancangan Aishah, namun dia tidak punya cara lain untuk membongkar misteri ini. Aishah pula, nampaknya begitu bersungguh2. Yang pastinya, rancangan itu harus dipastikan berjalan lancar tanpa dapat dihidu oleh mana2 pihak hatta pihak polis sekalipun.


“So…apa kata aku tunjukkan bilik kau,” Faris bangun, mahu berlalu dari ruang dapur. Aishah akur, lalu bangun membuntuti langkah Faris yang turut membantunya membawa bagasinya yang agak banyak ketingkat atas. Mereka sama2 melangkah ke tingkat atas. Sebuah bilik yang terletak di kiri sudut dihampiri.


Faris membuka pintu bilik tersebut lalu membiarkan Aishah masuk terlebih dahulu. Aishah terpegun melihat susun atur yang terdapat di dalam bilik itu.


“Besarnya…3 orang boleh tinggal dalam bilik ni…”kata Aishah perlahan sambil meneliti bingkai lukisan yang tergantung di dinding.


“Kalau kau rasa bilik ni terlalu besar untuk tinggal sorang, aku boleh temankan…” Faris tersenyum nakal. Sengaja mahu mengusik gadis itu. Reaksi gadis itu juga amat dinantikan.


Aishah berpaling memandang Faris di muka pintu bilik. Aishah mengukir senyum sinis lalu ketawa kecil.


“Terima kasih sajalah Tengku Faris,” Aishah senyum kelat sambil memandang Faris. Jawapan Aishah benar2 menghampakan Faris. Aishah direnungnya lagi.


“Kasih diterima…So, kalau ada apa2, aku kat bilik depan,” Faris membalas senyuman kelat itu lalu menutup pintu bilik Aishah, membiarkan gadis itu seorang diri di dalam biliknya. Faris melangkah ke biliknya yang terletak berhadapan dengan bilik Aishah.


Pintu bilik dibuka dan ditutup rapat2 kembali. Faris terdiam sejenak. Lambat2, dia melabuhkan punggungnya dibirai katil. Wajah Aishah kembali berlegar2 di ruang ingatannya. Reaksi Aishah hasil usikannya tadi bermain di fikiran.


Bukanlah dia mengharapkan Aishah membenarkannya tinggal bersama di bilik itu. Dia pun tahu, hal itu tak mungkin akan terjadi. Namun, jika Aishah yang dahulu yang pernah dikenalinya, pasti akan melenting jika diusik sebegitu.


Paling koman pun, mesti dia akan dihadiahkan oleh kata2 indah seperti ‘mangkuk’ atau ‘bingai’ oleh Aishah. Tetapi, Aishah hanya bersikap selamba sahaja tadi. Bak kata orang, macam orang ‘hati kering’ saja.


Faris menghela nafas lemah. Direnung pintu biliknya lama2. Perlahan2, direbahkan badannya ke tilam lalu matanya cuba dipejamkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.196199 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list