|
Laut Kasih 118
kusemai sepohon mawar
yang kubajai dengan kata rindu
moga tumbuh subur mawar kasih
menguntumkan kelopak yang mewangi
untuk kuselitkan ke telingamu sayang.
kubaitkan puisi-puisi cinta
untuk kubacakan saat dikau berbaring ke riba
di kamar peraduan berdua
memadu kasih mesra
dalam nikmat asmara laut kasih kita.
CNM, 2/6/12, 10.52pm
FTS |
|
|
|
|
|
|
|
Bulan di tapak tangan
inilah yang termampu
meletak bula di tapak tangan
nak mengapai tak kesampaian
yang memadang dari kejauhan
indahnya cintaan Tuhan
bulan mengembang.
CNM, 5/6/12, 10.11pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 6-6-2012 09:44
Dikaulah
dikaulah penyuluh kegelapan
dengan cahaya wajah
putih berseri
tiada tandingan.
dikaulah yang ditunggu
pengembara malam
penunjuk jalan pulang
panduan terbilang
tiada tandingan.
dikaulah
sang bulan
tinggi di balik awan
tak tercapai dek tangan
hanya terlihat di pandangan
tiada tandingan.
dikaulah
penyinar gelita malam
sumber cahaya idaman
dirindu seluruh alam
dipuja tiada tandingan.
CNM, 7/5/12,
THMK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cerita Potong
i.
kata Ah Long
lu lansi lu kena potong
wa tarak kelentong
lu punya telinga kita kasi lelong
itu kaki lima pasar borong.
ii.
aiskrim potong
pekena lepas gotong royong
nak-nak penat angkat tong
kutip sampah sepanjang lorong
jadi drebar kereta sorong.
iii.
tukang potong
cuti sekolah memang untung
sana-sini dijemput memotong
meriah satu kampung
majlis khatan anak burung.
CNM, 5/6/12, 11.52pm
THMK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki Sasa
sungguh mantap bodynya
berketul-ketul dari kaki ke kepala
apa kerja mudah dilaksana
kudrat macam hulk dalam cerita
menghayun tangan pasti tak bersisa
tapi ambo nak tanya
bak solat macamana
boleh bangkit solat subuh tanpa paksa
menarik selimut yang memang menggoda
tak sampai sekilo beratnya
cer citer ada jawapankah kome...
CNM, 6/6/12, 12.14pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 119
merdunya
suara siti nurhaliza
mendendangkan lagu
cintanya bukan di atas kertas
cintanya di hati yang ikhlas.
romantiknya
bait kata yang kuingin coretkan
cinta ini kupersembahkan di atas kertas
untuk kulayarkan ke laut kasihmu
tunggu di dermaga cinta kita dinda.
CNM, 6/6/12, 5,48pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Sumpah
sumpah
aku bukan faham
dengar lagu jepun
mek mayumi itsuwa
sungguh asyik.
sumpah
aku bukan mengerti
dengar lagu hindi
mek lata megeshkar
sungguh mendayu-dayu.
layan....
CNM, 6/6/12, 10.46pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 120
Usah tunduk tersipu
menahan debar sukma
donggakan pandangan
tataplah senyuman ini
agar tenang getaran dada laut kasihmu.
Usah melirik pandang
mencuri renung tampangku
palingkan jelingan
lihatlah semahu-mahumu
esok jangan rindu-rinduan pada laut kasihku.
CNM, 7/6/12, 12.43am
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 121
Di teratak laut kasihmu dinda
aku menumpang teduh
menghirup wangian taman kasihmu
buat membajai pohon sukma
yang berpucuk kasih sayang.
Di pelantar laut kasihmu dinda
aku menumpang berbaring
beralaskan cadar kesetiaan
membuai lenaku
menghadirkan mimpi indah.
Di dermaga laut kasihmu dinda
aku menumpang bercanda
bertemankan secangkir rindu
membelai jiwaku
membenih kesyahduan.
CNM, 7/6/12, 8.33am
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 7-6-2012 21:23
hati bertampal
hati yang bertampal koyok
membawa diri termenung monyok
melancar perang mogok
macam ayam tak mahu berkokok
enggan berseronok
walau dipujuk elok-elok
katanya usah menyogok
dirinya bukan terlalu bongok
untuk membeza yang tulin dengan yang olok-olok
hati jangan sesekali dibelok-belok
nanti katanya tiada bagimu esok
dendam memakai tengkolok
silaturrahim jatuh terjelepok
dicampak orang ke bawah pokok
bersepah macam puntung rokok.
CNM, 7/6/12, 9.14pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 122
malam ini
hati melonjak ingin berkata-kata
berbisik ke kuping sukmamu
ingin sekali aku didekap erat
ditemani hela nafas bayu laut kasihmu.
malam ini
sanubari teruja ingin menyuara
berbisik ke telinga jiwamu
ingin sekali aku dibelai manja
ditemani detak jantung laut kasihmu.
CNM, 7/6/12, 10.12pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 123
mencintaimu kasih
satu ketentuan yang berbayar
kerana cintamu tidak pernah hambar
setiasa bersinar
memancar suria.
mencintaimu sayang
satu keputusan yang gemilang
kerana cintamu penuh kasih sayang
sentiasa merangsang
kedamaian.
mencintaimu dinda
satu perbuatan yang berharga
kerana cintaku yang kamu takhta
sentiasa setia
dalam suka duka.
laut kasihmu yang terindah...
CNM, 7/6/12, 10.21pm
THMK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 124
di ufuk laut kasihmu
terbentuk lengkungan pelangi cinta
satu seperti rupa wajahmu menyeri
satu seperti rupa wajahku tersenyum menanti
indah berpasangan.
di dada langit laut kasihmu
terbentuk gumpalan awan gemawan
satu seperti hati dan jantungmu putih suci
satu seperi kalbu dan jiwaku redup memayungi
indah alam cinta kita.
CNM, 7/6/12, 10.42pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 125
ingin sekali dinda
kumenyelam ke dasar laut kasihmu
mengutip karang-karang cinta
untuk kubina mahligai
keluarga bahagia.
ingin sekali sayang
kuberenang ke teluk laut kasihmu
mengumpul puing-puing kasih
untuk kuukir istana
keluarga tercinta.
CNM, 7/6/12, 11.38pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 126
cintamu dan cintaku
berpegangan tangan menyusuri laut kasih
bercanda menyaksi
ombak bejujukkan membelai hati
tak pernah henti.
kasihku dan kasihmu
beriringan berjalan di gigian laut kasih
berpelukan memerhati
bayu menghembus menyapa sanubari
hari berganti hari.
CNM, 7/5/12, 11.53pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 127
aku rela
dipanggil pencuri
kerana sememangnya
aku mencuri hatimu
untuk kusimpan ke akhir hayatku.
aku redha
digelar peragut
kerana sememangnya
aku meragut kasihmu
untuk kutahta ke hujung nyawaku.
terima kasih sayang
kerana mengizinkan
kerana memberi ruang
kerana memberi peluang
aku memiliki laut kasihmu hingga saat ini.
CNM, 8/6/12, 11.28am
THMK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 128
aku ingin
bercanda di pesisir pantai laut kasihmu
mengutip karangan cinta
buat menghiasi
kamar peraduanku.
aku ingin
terbang tinggi hingga ke pelangi kasihmu
mengukir ayat-ayat cinta
buat unggun
menghangatkan kasihku.
aku ingin
beranang menuju pulau rindumu
memetik bunga-bunga asmara
buat mewangi
sekujur tubuh rinduku.
CNM, 8/6/12, 11.38am
THMK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 129
aku di sini
ditemani rindumu
yang tersenyum manis
tersipu-sipu tunduk kepadaku
pabila ketemu.
aku di sini
ditemani warna pelangi kasihmu
yang merona elus
menyerikan kamar sukmaku
berseri cahaya bahagia.
aku di sini
tarikan jemari
menitip kata bahagia
mengusir sepi biar ditelan senja
kerana memiliki khazanah laut kasihmu
CNM, 8/6/12, 11.44am
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 130
Kutulis warkah dalam mimpimu
dalam memorimu datang ia menyeru
bila pagi menjelma, ia jadi bunga
bila malam menjelma, ia jadi purnama
cerita kita, bila kau datang
dunia ini penuh warna, penuh keindahan
bila pelangi menjelma , itulah seri wajahmu
bila haruman mewangi, itulah haruman rambutmu
di mana kau berada kupasti ada
aku pengembara, destinasinya kamu
kau nadi denyut jantungku
duniaku dalam mimpi-mimpi laut kasihmu.
CNM, 8/6/12, 11.47 am
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
aku pelukis kata
pada kanvas bercahaya
kulukis kata-kata
dengan warna-warna pelangi rasa
menjadi sebuah lukisan pesanan buat semua
buat renungan mentaati titah-Nya.
pada layar minda
kulakar bait-bait doa
berhias bunga-bunga bahasa
moga kalian dalam sejahtera
melayari hari yang bergelora.
salam jumaat buat semua...
CNM, 8/6/12, 2.24pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|