CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farahanafarah

TAK SEINDAH SYURGA

[Copy link]
Post time 2-1-2013 07:36 PM | Show all posts
Welkam back farah... Ya ya je iols mcm ada smbungan ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2013 07:36 PM | Show all posts
kikuri posted on 28-12-2012 10:53 AM
ari tu baca rasanya tak ada yang maria tu kena rogol...ke terlepas pandang eh...kesian jugak maria t ...

kikuri best citer lelaki pondan tu...lain dari yg lain hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2013 07:37 PM | Show all posts
Sherasi posted on 2-1-2013 07:36 PM
Welkam back farah... Ya ya je iols mcm ada smbungan ni..

ada...lewat sikit ah...nak mandi dah magrib...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2013 08:09 PM | Show all posts
BAB 33

        Lisa sedang memasukkan baju-baju kotor guest hotel ke dalam mesin basuh sewaktu ain kelam kabut menjerit memanggilnya sambil tercungap-cungap menerjah ke dalam bilik laundry yang menempatkan mesin basuh.

        “kenapa pulak ni? Tak kan kena kejar hantu siang-siang buta.” Lisa berdiri tegak dihadapan ain yang berombak-ombak dadanya menyedut oksigen.

        “mintak nyawa….mintak nyawa….” Ujar gadis itu tersekat. Lisa hanya menggelengkan kepala. Kalau tak ada nyawa tak adanya kau berdiri depan aku ain oi…

        “ain ni kenapa? Dah tau semput, yang pergi berlari tu kenapa? Nak kuruskan badan kea pa?” soal lisa. Dia duduk di kerusi yang memang sudah dikhaskan untuk menunggu kain dicuci. Ain masih lagi terbongkok-bongkok menyedut udara dihadapannya.

        “ada hot story! Panas berapi!” setelah seketika menstabilkan diri, ain turut melabuhkan punggung di sisi lisa. Tangan gadis itu digenggam dan muka cuak ditunjukkan pada lisa.

        “kalau nak bergosip benda mengarut akak tak nak dengar. Banyak lagi benda lain akak nak buat.” Lisa menolak tangan ain. Adalah nak nak diumpatnya. Guest hotel over la, guest hotel itu la…pekerja hotel ini la, chef hotel handsome la…ada aje yang nak diumpatnya. Nak kumpul dosa sensorang dahlah, jangan ajak aku yang sememangnya lemah godaan ni.

        “ni gossip pasal akak!” ain panas hati. Mentang-mentang aku kaki gossip, dia buat macam ni pulak. Touching tau…

        “hah?”!

        Ain ketawa jahat, ha…tau takut…

        “kalau bukan pasal gossip akak tak ada maknanya saya nak terhegeh-hegeh datang sini. Ni gossip panas punya…” ain memprovok lisa.

        “cerita cepat, gossip apanya?” lisa memandang tepat mata ain. Ni yang tak berapa nak sedap hati ni.

        “gossip apa? Siapa yang bawak bulut cerita benda tak elok pasal akak ni ain? Apalah salah akak dengan diorang tu…” lisa mula tayang muka sedih. Dia tak kacau orang pun selama bekerja di sini. Dia buat je kerja yang disuruh dengan elok, belum pernah ada guest hotel atau sesiapa mengadu tentang dirinya.

        Ain ketawa lagi. Cepat sangat buruk sangka!

        “bukan cerita buruk pasal akak yang tersebar, ni ha…diorang semua duk kecoh, semalam bodyguard tengku dennis bawak dia balik hotel dalam keadaan mabuk. Lepas tu tengku dennis mengamuk-ngamuk dalam bilik hotel dia. Baling-baling barang, habis pecah pasu bunga, lampu, alarm. Hisy! Apa punya perangai lah! Tak semenggah!” kutuk ain geram. Dia pulak sakit hati dengar cerita rakan-rakan yang terpaksa kemas bilik tengku dennis semalam.

        Nasib baik dia off semalam, kalau tidak….

        Lisa mula tidak sedap hati. Bagaimana kalau tengku dennis tau dia ada di sini. Kalau boleh dia langsung tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu lagi. Kalau boleh jugak dia nak jadikan tengku dennis sebagai seorang lelaki yang hanya hadir dalam mimpinya, bukan realitinya.

        “yang akak cemas semacam ni kenapa? Tak senang duduk je saya tengok…” ain menegur lisa yang seperti cacing kepanasan.
        Tak panas apanya kalau dah lelaki itu ada di hotel.

        “cemas kenapa ain cakap? Macamana kalau tengku tau akak kerja kat sini?” tanya lisa. Wajah ain yang berkerut dipandangnya. Cuak!

        Ain garu kepala, aduh! Kenapa lah dia terlupa tentang hal itu. bala sudah datang jawabnya. Tangkas otaknya berfikir.

        “macamana akak nak buat ni ain.” Bahu gadis itu digoncang kuat. Matila dia kali ni…

        “ain….” Lisa memanggil lagi apabila gadis itu masih berdiam diri.

        “sabarla kak….ain tengah fikir ni, ram otak ni lembap sikit hari ni…” mereka sama-sama diam sejenak.

        “hahh!!!” teriakan ain memeranjatkan lisa. Kus semangat, boleh mati cepat dibuatnya dengan budak ni.

        “ain dah tu dah…”

        “apa yang ain tau…?” soal lisa segera. Telinga difokuskan kepada apa yang bakal diperkatakan ain. Mintak-mintak janganlah isea yang tidak masuk akal.

        “akak nak risau buat apa…pertama, tengku tak tau akak ada kat sini. Kedua, tengku bukan duduk sini, bodyguard dia yang datang hantar sebab mungkin kat rumah tak ada orang nak jaga dia. Ketiga, akak bukan under management, so akak tak kan jumpa dia.” Terang ain sambil keningnya di angkat-angkat.

        Lisa befikir sejenak. Betul jugak…buat apa nak risau.

        “hmmm…teori yang masuk akal. Buat apa nak takut kan…eh, baju akak dah siap. Akak nak sambung kerja dulu la. Doakan tak terserampak dengan tengku dennis ye.” Lisa segera menuju ke mesin basuh yang sudah berhenti berputar. Baju-baju itu dia keluarkan dan dimasukkan dalam bakul yang tersedia. Selepas ini aka nada yang melipat dan dihantar ke bilik pemiliknya. Lisa hanya ditugaskan mengutip dan mencuci sahaja.

        Baru saja lisa dan ain mahu melangkah keluar dari bilik laundry, kak melah sudah terpacak depan mereka sambil tersengih-sengih. Dah kenapa pulak!

        “ada apa kak sengih-sengih ni?” ain terlebih dahulu menyoal. Kak melah hanya tarik sengih.

        “aku nak mintak tolong, tengku suruh kemas bilik dia. Kau pergi…” suruh kak melah pada ain. Bulat mata gadis kecil molek itu dibuatnya. Tak nak aku!

        “eh, apahal pulak saya nak kena buat, suruhla orang lain.” Ain mengelak, tentu saja dia tak nak. Tengku dennis tu cerewer, garang pulak tu. Kalau ada tak kena free je kena fire. Eiii…mintak simpang!

        “alah kau ni ain, berkira sangat kenapa? Yang lain sibuk” kak melah jawab dalam lenggok mengada. Lisa hanya diam, janganlah suruh aku.

        “habis tu saya ni tak busy? Ha..apa kata kak melah je yang pergi kemas bilik tengku.” Usul ain tersengih lebar.
        Kak melah cebik bibir tebalnya.

        “aku ni bukan tak nak kemas bilik tengku. Sambil kemas sambil cuci mata tengok tengku yang handsome nak mati tu…tapi tulah, aku ada kerja lain. Kau pergi ye ain?” kak melah pujuk lagi.

        Ain mendecit geram.

        “saya dah habis shift la kak melah, tak rasa pulak nak buat overtime. Sorry ye. Bye!” cepat saja ain memboloskan diri. Terkulat-kulat kak melah dan lisa dibuatnya. Dan dan pulak habis shift, bukan kah shift dia baru start setengah jam yang lepas?

        Mata kak melah berpindah pula pada lisa yang masih tercegat didepannya. Senyumnya lebar.

        “lisa tolong kemas ye bilik tengku. Lisa kan belum pernah jumpa tengku dennis. Handsome tau, pergola kemas. Boleh cuci mata! Akak ada kerja ni, jangan lupa pergi tau…sekarang, nanti bising pulak cik abang handsome tu. Tata titi tutu…” tergedik-gedik kak melah berlalu meninggalkan lisa yang terlopong. Tak cakap pun setuju! Bala betul!

        Sambil berjalan menuju ke stor menyimpan troli mencuci, lisa berfikir-fikir. Macamana nak buat supaya tengku dennis tidak cam dia. Pintu bilik setor ditolak, troli dihadapannya diperiksa, takut ada kelengkapan yang tidak cukup. Tidak semena-mena lisa ternampak kotak face mask yang digunakan mak cik cleaner untuk menutup hidung apabila membersihkan carpet. Idea idea!

        Melenggang kangkung lisa berjalan sambil menolak troli. Senyum simpulnya disembunyikan disebalik penutup hidup yang melekat kemas dimukanya. Yakin tengku dennis tidak akan mengenalinya. Sampai di depan pintu bilik tengku dennis dia berdeham seketika membetulkan suara. Sesaat kemudian loceng dipicit.

        “room service!” laung lisa sopan sekali. Tidak lama kemudian pintu dibuka. Tengku dennis yang bertuala dengan rambut yang masih basah menunjukkan wajah tanpa perasaan. Pintu dibiar terbuka.

        “tutup pintu, bawak masuk troli.” Arah tengku dennis tanpa memandang pekerjanya yang bertutup hidung dan mulut.

        Lisa segera menolak troli masuk ke dalam bilik. Biasanya troli dibiarkan di luar bilik dan pintu dibiar terbuka kalau dia kemas bilik tapi dah arahan big boss. Kenalah ikut.

        Bagai lipas kudung lisa menyiapkan kerja. Buka sebab terlalu rajin tapi malas mahu berlama di situ. Dengan keadaan tengku dennis yang tidak reti-reti nak pakai baju. Taulah body cantik, tough…erk!

        Katil yang berselerak ditukar cadarnya dan ditegangkan sebaik mungkin. Siap! Pintu bilik air pula di tolak. Shampoo dan kelengkapan lain turut ditukar. Sinki di lap kering, tuala kotor turut dikumpun setempat dan ditukar dengan tuala baru yang bersih. Cadar dan tuala kotor diasingkan dan diletakkan dalam ruang yang telah disediakan dalam troli.

        Tengku dennis yang santai bertuala duduk di beranda sambil menghisap rokok. Tak senonoh pakai tuala duk tepi beranda. Orang kat bawah Nampak baru tau…

        Tanpa diduga tengku dennis mengalihkan pandangannya ke arah lisa. Kelam kabut dia berpura-pura mencari barang dalam troli. Nasib baik tak kantoi! Lewat ekor matanya dia dapat melihat tengku dennis bangun dari duduknya dan menuju ke arah dia. Ha, sudah!

        “tolong ambilkan baju aku,” arah tengku dennis. Langkahnya melencong ke katil dan melabuhkan duduknya di situ. Sebenarnya dari tadi dia memerhatikan susuk tubuh housekeeping itu. macam biasa lihat. Rambut yang ditocang ekor kuda juga macam pernah dilihatnya. Tapi tak kan lah…

        “yang mana bapak mau?” soal lisa tiba-tiba. Tak pasal terkeluar bahasa indon, banyak sangat sinetronlah ni. Padahal nak cover line punya pasal. Dia berdiri static di hadapan almari yang terbuka luas.

        “ambik jeans and t shirt. Mana-mana pun boleh.”

        Tengku dennis mulai curiga. Setahunya hotelnya tidak mengambil pekerja asing sebagai housekeeping. Kalau cleaner ya. Sebelum housekeeping itu melangkah menghampirinya, dia sudah bangun dan menuju ke arah gadis itu. sengaja dirapatkan badannya pada gadis itu. ketinggiannya hampir sama seperti lisa tapi tak mungkin lisa. Baju yang dihulur gadis itu diambil. Dia Nampak tangan itu sedikit terketar.

        “cuba kau bukak mask tu…” tegas tengku dennis bersuara. Berpeluh lisa dibuatnya.

        Bunyi loceng menyelamatkan lisa. Dia mengeluh lega. Dahi yang berpeluh di kesat. Cepat-cepat menuju ke pintu, senang nak cabut nanti.

        Bila pintu dibuka, ahmad tersengih lebar dengan troli makanan di depannya.

        “eh lisa! Kau pun ada kat sini?” kuat ahmad bersuara. Mask sudah diturunkan, lemas! Excited dia berjumpa dengan lisa, macam setahun tak jumpa. Over!

        “syhhh…cakap slow sikit boleh, kau buat apa kat sini?” soal lisa perlahan sambil terhendap-hendap ke belakang. Takut tengku dennis datang.

        “aku datang hantar breakfast dengan air madu campur limau nipis. Semalam kan orang tu mabuk.” Suara ahmad kembali normal.
Tidak kuat dan tidak juga perlahan.

        “nah, kau pergi tolak ke dalam…aku ada banyak kerja lagi.” Ahmad segera berlalu dari situ sebelum sempat lisa berkata apa-apa.

        “ahmad…ahmad…” panggil lisa dengan suara yang cuba ditahan.

        “hish dia ni…semua benda nak lepas kat orang. Pemalas!” bebelnya sambil menolak troli berisi makanan ke arah tengku dennis yang duduk di katil. Mata tajam lelaki itu tidak mampu dipandang. Nanti kantoi!

        “tuan, ini sarapannya. Saya permisi duluan yan pak.” Sekejap tuan sekejap pak. Nampak sangat, getus hati kecil tengku dennis. Matanya sempat mengerling tag nama yang tersemat di dada gadis itu. nak tipu tak reti, inilah jadinya. Tengku dennis senyum sinis.

        “sebelum keluar bukak dulu mask tu.” Selamba tengku dennis bersuara sambil meneguk air madu dan perahan limau ditangannya. Tiap kali mabuk air itu akan dicarinya.




p/s : untuk lepas rindu tapi dah tau dah mesti tak cukup..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 10:17 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 2-1-2013 07:32 PM
cerita ni makin lama makin buat aku sendiri rasa entahlah.....susah nak cakap...kakaka

Tulahkan...lain nak wat lain lak yg ditaip kekadg pesong ntah ke mana...huhu...

Apa pun sokong lisa sajor....TD tu pi jalan ler....igt hadap sgt ler lisa nak mamat xda deria manusia segala...dah hari2 tegok air setan mana tak hati karat camtu...kalu nak samak hati & anggota dalamn lain pun kena samak air tanah & 7 kali bersih...boleh ke gitu....geram nih tau...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 10:32 PM | Show all posts
Hahahahaha Lisa kantoi... Ishhhh farah cepat2lah satukan Lisa n TD, nnt tak pasai2 si jahat mikhail dtg buat onar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2013 10:34 PM | Show all posts
Farah, tak cukup, mana cukup mkn nasi setengah pinggan jer, busuk2 buffet bru puas meratah... Farah smbung lg pleaseeeeeeeeeeee....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 10:49 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 2-1-2013 08:09 PM
BAB 33

        Lisa sedang memasukkan baju-baju kotor guest hotel ke dalam mesin basuh sewaktu ain kelam ...

Ko saja kan saja jer kan...part suspen je idea ko terencat lak kan... nak amik ko  ram, ram pisang masak layu...hiaappp!!!!!...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2013 10:52 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 2-1-2013 07:28 PM
tengku darius...ok lah kot sama putis dengan tengku dennis..hehe

Waaahhhhh....so hensem..........

Nak lisa ngan darius ler.....huhu....lisa aku bayg umo 19....

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 10:57 PM | Show all posts
xellinne posted on 2-1-2013 01:30 PM
Watak TD bnyk melakukan perkara salah (mengedar dadah, minum arak, dsbg)... kalau dia ditangkap piha ...

Huhu...tak kisah xeline...mmg penulis ni saja wat watak yg begitu lain dr yg lain...hero yg jaht tahp setan nih....aku pon x sokong TD nih...aku sokong heroinnya...Lisa...yes...tajuknya pun dah tau...ada adegan tragis...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2013 12:14 AM | Show all posts
sellie003 posted on 2-1-2013 10:49 PM
Ko saja kan saja jer kan...part suspen je idea ko terencat lak kan... nak amik ko  ra ...

kihkihkih...ko jangan carut aku, sentap dabel A ko amik title dia sat lagi... saja bagi ko bengang kahkahkah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2013 12:14 AM | Show all posts
Sherasi posted on 2-1-2013 10:34 PM
Farah, tak cukup, mana cukup mkn nasi setengah pinggan jer, busuk2 buffet bru puas meratah. ...

haip...sabar...hahahha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2013 12:14 AM | Show all posts
sellie003 posted on 2-1-2013 10:52 PM
Waaahhhhh....so hensem..........

Nak lisa ngan darius ler.....huhu....lisa aku b ...

tengku darius kena hensem gila bab baru menjadik...hihih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2013 12:16 AM | Show all posts
Sherasi posted on 2-1-2013 10:32 PM
Hahahahaha Lisa kantoi... Ishhhh farah cepat2lah satukan Lisa n TD, nnt tak pasai2 si jahat mik ...

kalau satukan habislah cerita...kata nobellll...harus berjela...kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 12:37 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 3-1-2013 12:16 AM
kalau satukan habislah cerita...kata nobellll...harus berjela...kihkih

Jenuhlah mak nak tunggu berjela2 sblm dpt tgk Lisa disatukan ngan TD ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 12:38 AM | Show all posts
Farah, dimlm yg hening ni apakata uols bg n3 10page....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2013 08:34 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 3-1-2013 12:14 AM
kihkihkih...ko jangan carut aku, sentap dabel A ko amik title dia sat lagi...  saja bagi ko b ...

Nih mukan saja bengang...ni dah tahp bengang gunug merapi dah ni..kita bako, kita bako...

Cepat sambung...nak semua bab keluar...takde sambung part sespen lg...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 08:37 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 3-1-2013 12:14 AM
tengku darius kena hensem gila bab baru menjadik...hihih

Huhu...pilihn ko pasti tepat nyer...mmg kena yg digambarkan...erk...nak tanya darius tuh komplot gak ker ngan abg dia edar dadah ...kunun dia buka klinik ...dlm masa yg sama dia gak yg wat sample dadah & ujikaji...jawab sepat...kalu tak....aku nangis

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 08:38 AM | Show all posts
Sherasi posted on 3-1-2013 12:38 AM
Farah, dimlm yg hening ni apakata uols bg n3 10page....

Setuju tp aku nak double treeple terus ending....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 09:43 AM | Show all posts
oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii saspen ni.... apahal berenti plakkkkkkkkkkkkkk
arghhhhh sakit jantungggg akuuuu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.446149 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list