CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Siti_ViPs

[HIJAB]Sixth Sense - Misteri Deria Ke-Enam

[Copy link]
Post time 27-9-2013 11:31 AM | Show all posts
Sufeenan posted on 18-9-2013 08:37 PM
Jumpa puteri gunung ledang..?
Camne nak make sure yg kita jumpa tu truly putri gunung ledang ye.. ...

Yang pasti, puteri gunung ledang yg asal dari kesultanan demak dulu tu dah meninggal lama dah..

Yang ade duk ngaku jadi puteri tuh jin setan jek..hehehe, sapa yg berinteraksi/komunikasi dengan yg ngaku puteri tu,
sebenornyer berkomunikasi dengan setan yang selalu berusaha menyesatkan manusia.

Jadi tak payah laaa caya kalo ade org cakap pergi jumpa puteri sana/puteri sini, seme setan yang jahat.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2013 11:34 AM | Show all posts
Baru-baru ni aku dikenalkan dengan seorang perawat oleh kawanku yang merupakan seorang perawat dari Ruqyah Syariah.
Aku memberitahu dia kalau boleh aku tak mahu lagi nampak 6th sense dan mahu menutup hijab mataku.
maka bermulalah ekspedisi antara aku dengan perawat tersebut. disebabkan dia mempunyai kebolehan pergi dua alam,
maka dia mencari aku dengan kaedah yang sama. alhamdulillah.
dia memberitahu aku memang ada cahaya yang menjaga aku. disebabkan aku baca ayat kursi dan aku percaya pada ayat-ayat aku baca.
maka malaikat-malaikat datang dan membentuk cahaya. jadi cahaya itu adalah aura yang kuat melindungi aku.

Disamping itu ada juga penjaga dan pelindung aku. dia memberitahu dia berjumpa dengan seorang dari pelindung ku.
pelindung ku memberitahu dia jangan menggangguku.
perawat aku memberitahu dia tak akan mengganggu pelindungku.

jadi perawatku mengajarku sesuatu. mengajarku cara-cara nak tutup hijab dan ada antara amalan yang aku perlu buat.
dan bergantung pada niatku. jadi aku pun membuatlah seperti yang diajarkan. keesokan harinya ada perkara pelik yang berlaku kepada aku.
1) Aku tiba-tiba bangun pagi lihat aku lengkap dengan tudung labuh, pakaian menutup aurat dan tasbih di tangan.
2) Badan aku jadi extremely penat.

aku mengadu kepada perawat aku. perawat aku sangat terkejut dengan apa yang berlaku kepadaku. Dia memberitahu aku bahawa selepas subuh dia menghantar
surah kepada ku. effect dia aku jadi penat. ini bermakna ada lagi pelindung aku yang lain. dia cuba untuk cari pelindung aku yang satu lagi.
dia memberitahu aku bahawa, ada seorang sahaja yang mampu buat aku jadi macamni iaitu ifrit. tapi dia rasa ifrit islam yang menjagaku dan ianya sangat kuat.

haritu aku rasa sangat penat dan extremely penat sampai tak terkeluar dengan kata-kata. aku asyik zikir saja nak bagi aku kuat balik.
petang tu perawat aku pelindung aku semua dah tak ada lagi. cahaya tu pun dah tak ada lagi.
untuk keselamatan, perawat aku dengan sahabatnya bertarung nyawa memecahkan pelindung aku.
so sekarang tak ada siapa yang melindungi aku lagi. akibatnya aku sakit teruk sampai tak mampu nak bercakap dengan orang.

dalam beberapa hari aku jadi macamni. penat.. letih...kosong..sedih.. macam nak mati.  Perawat ku kata ini adalah antara effect yang aku rasa.
tapi malangnya, hijab mataku still tak tutup. aku dah berusaha sampai ke hari ini. malah aku sanggup memecahkan cahaya pelindung tu.
jika takdirNya aku masih tak dapat tutup mataku, aku redha.
cuma sekarang aku still sakit dan penat.. sangat sakit. letih.. dan tak larat.. aku betul-betul rasa sangat sakit dan sangat sedih jugak.
tak tahu kenapa.

semoga kesakitan yang aku alami ini bertukar menjadi nikmat yang sangat baik..yang kita tak tahu. alhamdulillah.. sakit tu indah..
inilah kata-kata semangat yang setiap hari aku ucapkan pada diriku. even penat dan sakit, aku tetap bangkit dan bangun..
semoga aku kuat dan tabah..

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 11:38 AM | Show all posts
Siti_ViPs posted on 20-9-2013 12:48 PM
yup.. saya berharap akan ada jawapan di atas sebab semua ni. in shaa Allah..

TT, sekadar nasihat aku jek ni..

Kalo ade amal pendinding buangkan x payah amalkannyer,
kalo ade amal ayat2 buangkannyer x payah amalkannyer
kalo ade rasa diri tu hebat buangkanyer ingat Allah lagi hebat.
jika ade kelebihan selalulah muhasabah adekah ianya dari allah atau godaan setan.

istiqamahkan diri beramal dengan ikhlas, kerana Allah semata2. mintak dari Allah,

Insyaallah jumpa lah yg TT cari tu.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 12:10 PM | Show all posts
gammbir33 posted on 27-9-2013 11:38 AM
TT, sekadar nasihat aku jek ni..

Kalo ade amal pendinding buangkan x payah amalkannyer,

sy tak ada amalkan apa-apa pendinding pun..
ayat-ayat??
ni je amalan saya sebelum tido, sebelum keluar rumah dan selepas solat.

1) ayat kursi
2) surah yasin
4) al~fatihah
4) 3 qul
dan doa diri saya sendiri

"Ya Allah lindungi aku dari segala bencana, perkara buruk, perkara jahat, yang akan berlaku, yang berlaku, yang bakal berlaku, sepanjang hari ini,
sepanjang malam ini dan sepanjang hambamu ini tidur."

lepastu saya akan zikir lailahaillallah sampai tertidur.

ini je.. tak sangka pulak dengan ayat-ayat ni benda lain yang datang.jadi sy tak payah la baca ayat-ayat kat atas ni lagi? hurm..


Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 03:30 PM | Show all posts
Siti_ViPs posted on 27-9-2013 12:10 PM
sy tak ada amalkan apa-apa pendinding pun..
ayat-ayat??
ni je amalan saya sebelum tido, sebelu ...

ni je amalan saya sebelum tido, sebelum keluar rumah dan selepas solat.

1) ayat kursi
2) surah yasin
4) al~fatihah
4) 3 qul


Siti, baca quran tu bagus, bagus sangat tapi ingat baca quran dengan hati yg ikhlas memuji dan mentauhidkan Allah,
bukan dengan niat sebagai pagar diri, dan macam2 lagi tu...kan setiap huruf quran tu di balas 10 kebaikan..ngapa kite plok nak pilih2 kebaikan yang mana satu, bior Allah yang tentukan apa kebaikan yg patut bagi kite..tu janji Allah..kite sebagai hambanyer memuji dan mentauhidkan Allah semata2 tu tugas utama manusia yg lahir kat muka dunia nih.

dan doa diri saya sendiri

"Ya Allah lindungi aku dari segala bencana, perkara buruk, perkara jahat, yang akan berlaku, yang berlaku, yang bakal berlaku, sepanjang hari ini,
sepanjang malam ini dan sepanjang hambamu ini tidur."


Berdoa memang bagus dengan bahasa sendiri sebab kite tahu apa yg kite minta.

Berzikirlah dengan ikhlas lillahitaala..niat mentauhidkan Allah yang esa.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 05:16 PM | Show all posts
gammbir33 posted on 27-9-2013 03:30 PM
ni je amalan saya sebelum tido, sebelum keluar rumah dan selepas solat.

1) ayat kur ...

berikutan dulu sy selalu kena cekik masa tidur. banyak kali sy diganggu macamtu. orang pesan, sebelum tido kena berdoa dan membaca ayat-ayat tersebut. dulu masa kecik memanglah membaca untuk melindungi. tp dah lama-lama ianya dah menjadi kebiasaan. kalau tak baca sy akan rasa bersalah. perasaan tu macam, bila masa saya takut saja baru ingat Allah. kalau tak takut saya lupa.. sebab tu sekarang dah jadi biasa..

saya pun bukan baca untuk perlindungan diri dah sekarang. baca untuk ingatkan diri saya. ayat2 tu sekarang bukan masa tido je.. boleh di katakan hampir setiap masa. ye betul, kita baca ayat-ayat ni kenalah dengan niat.

sebabnya saya bukan orang yang belajar ilmu-ilmu ghaib..saya juga bukan dukun. malah bukan perawat. saya hanya insan biasa yang tak pernah sedar akan deria ke enam saya sehingga ada orang test saya dan bagitau perkara-perkara yang pelik. start dari haritu saya ingin tahu sendiri.

kalau ada salah, tolong tunjuk ajar..ehehehe.

alhamdulillah. even cahaya tu dah tak ada. saya tak kisah.. sebab bab kata saudara gambir tu. semuanya kerana Allah kan? ^__^
sebab tu saya terima je semua..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-9-2013 05:35 PM | Show all posts
saya telah dirawat oleh 3 orang. perawat 1 dan perawat 2 yang telah memecahkan pelindung saya.
perawat no 3 pulak yang check saya. dia mengatakan ada bunian jugak yang telah berkenan.
buat masa sekarang saya telah dilarang oleh perawat saya untuk join mana-mana event paranormal.
dikhuatiri saya akan menarik yang lain.

perawat saya ada jugak menyarankan saya kene sentiasa berada dalam keadaan wudhu dan tak boleh putus.
kalau putus saya kene ambil balik wudhu. semalam saya pun dapat tahu ada benda mau rapat balik.

tak tahu lah keadaan ini akan berterusan sampai bila. tetapi motif utama masih belum tercapai. untuk tutup 6th sense.

saya ada buat solat hajat agar diberi petunjuk. semakin lama saya rasa pelik sebab,

Dalam masa 2 minggu ni saya asyik termimpi, teringat, terfikir mengenai nabi sulaiman. setiap masa dan setiap hari
saya asyik nampak nama nabi sulaiman di mana-mana. mula-mula saya ingat kebetulan jugak. Mula-mula saya terbaca mengenai
kisah nabi sulaiman dengan jin dan bercakap dengan binatang. lepastu beberapa hari kemudian bila saya mengaji ayat dalam surah an-naml.
bila saya bukak tafsir al~quran ada mengenai nabi sulaiman. tapi saya masih anggap kebetulan. lepastu mp3 yang saya dengar satu hari
asyik memutarkan lagu Balqis. sampai 5 ke 6 kali sekali putar. saya macam pelik. lepastu dalam kepala saya asyik terfikir kehebatan Sulaiman.
ayat ni asyik keluar kat kepala saya.
tapi mana tahu malam tadi saya nak baca buku, cerita saya bukak "Nabi Sulaiman dan Kubah Ajaib". saya terus terfikir. kenapa asyik terfikir nabi sulaiman ni.
lagi saya nampak orang post mengenai orang pertama menulis bismillah. nabi sulaiman lagi. mana tahu hari ni saya dah nampak 4 post yang sama dari orang berbeza
malah saya pun dapat mesej mengenai orang menulis bismillah.

bagi nak hilangkan redha hati saya dah sedekahkan al-fatihah kepada nabi sulaiman. saya runsing pulak sekarang bila saya asyik terfikir mengenainya.
semoga terjauh dari hasutan syaitan.

kepala sakit bila memikirkan benda yang macamni..huhhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 08:08 PM | Show all posts
Rumit jugak kes awak ni.. Dah jumpa dengan makcik tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2013 10:41 AM | Show all posts
zeed posted on 27-9-2013 08:08 PM
Rumit jugak kes awak ni.. Dah jumpa dengan makcik tu ke?

mak cik tu tak de skang uruskan hal family dia.. kene tunggu die balik
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
saya rase kelebihan awak ni sama dngan team paranormal dari indonesia..gadis tu name citra dari program masih dunia lain..die pun bleh tgk aura org ni..biru, kuning, coklat dan lain2..cube search kat youtube masih dunia lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2013 07:39 AM | Show all posts
rangerloone posted on 2-10-2013 03:56 PM
saya rase kelebihan awak ni sama dngan team paranormal dari indonesia..gadis tu name citra dari prog ...

ok..baik..terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2013 09:07 PM | Show all posts
satu-satu misteri terjawab. sememangnya saya ada penjaganya..
ada 3 benda yang berada dekat dengan saya.

1) Cahaya yang meliputi seluruh tubuh saya..
2) Seorang Jurutera Pembinaan
3) Seorang Budak Kecik

No 1 tu adalah terjadi di atas amalan-amalan zikir dan al~quran yang saya baca. di atas kepercayaan saya.
no 2 tu adalah seseorang telah menyuruhnya untuk menjaga dan melindungi saya dari kejahatan.
no 3 adalah sesuatu yang terpikat pada saya di sebabkan cahaya yang ada pada badan saya. dia mengikuti cahaya tersebut
dan secara tak langsung telah mengikuti saya dan berdamping dengan saya.

saya akan kupaskan lagi cerita ini dengan details dan yang lebih terang.

no 3 & no 4 dah tak ada lagi dah. merekat telah pun pergi pada satu tempat.
yang tinggal no 1 tu..yang tak boleh dihapuskan kerana ianya terjadi di atas zikir dan ayat al~quran. hal ini ada dijelaskan
dalam al~quran surah an-nur ayat 35~37 bolehlah baca.

sebab laptop rosak dan baru sahaja elok. saya akan ceritakan sebentar lagi..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2013 09:07 PM | Show all posts
tidak lupa juga..sy akan terangkan kenapa saya asyik teringat mengenai Nabi Sulaiman itu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 10:45 PM | Show all posts
Sabar menunggu cerita..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2013 11:16 AM | Show all posts
cerita di sambung.

aku hairan kenapa aku asyik teringat nabi sulaiman. siang malam aku teringat kisah nabi sulaiman.. permaisuri balqis dan macam-macam lagi. ni semua terjadi after aku berubat.

jadi aku pergi la bertanya dengan perawat aku. aku just bertanya mengenai penjaga aku yang di letakkan pada satu tempat tu.

perawat aku pun menerangkan lah pada aku. dia memberitahu penjaga aku ada 3 jumlah keseluruhan. satu cahaya yang terjadi dari zikir yang ada dalam badan aku. yang ni dia memang tak boleh nak halau. silap-silap dia akan kena sambar petir.

satu lagi budak kecik. yang terikut-ikut dan bermain-main.. dia terikut cahaya yang ada pada aku. sebab tu dia ada saja bersama-sama dengan aku.
tapi dia akan hilang bila tiba waktu solat. lepas berbincang secara baik dengan budak ni, dia pun telah pergi meninggalkan aku.

satu lagi adalah yang paling setia dan paling susah nak di pisahkan.. dia merupakan seorang jurutera pembinaan yang hidup sejak zaman permaisuri balqis dan Nabi Sulaiman. Dia berada bersama dengan ku atas sebab perjanjian yang telah dibuat. amanah orang. Ada orang telah menghantar dia untuk menjaga aku. Mengamanahkan dia untuk memastikan aku hidup dengan selamat dan jauh dari sebarang  kejahatan. Ianya paling susah nak di halau. kerana ianya adalah jin ifrit. yang hidup semasa zaman pemerintahan nabi sulaiman. tapi dia adalah jin ifrit yang islam.
tetapi perawat aku dengan kawannya tetap tak berputus asa maka terjadilah satu perjanjian baru dengan perawat aku dengan dia. dia memberitahu bahawa tak akan menyakiti aku. Jadi perawat aku sudah meletakkan dia di satu tempat yang jauh dari aku.

tapi dua hari yang lepas aku di datangi oleh seorang pak cik tua. dalam lingkungan umur 70an. dia berjubah putih. badannya bercahaya.. cahaya yang terang sangat.. pak cik tu memakai ketayap putih dan berselendang emas. di letak atas bahu. perawat aku memberitahu aku pak cik tu dah lama tunggu seseorang kat rumah aku tu. dia macam pelik. bila di soal dia hanya datang untuk melawat. melawat saudara sesama islam.

bila aku balik rumah dia hanya pergi ke arah aku. memerhatikan aku. rupanya dia adalah jurutera pembinaan tu. perawat aku marah. kenapa dia datang balik. ni semua sebat amanah orang tersebut ke atas aku. tapi dia hanya datang melawat aku sahaja, untuk memastikan aku selamat. bila dia tengok aku selamat, dia pun pergi semula. tetapi bila-bila masa dia pun akan datang melawat aku lagi.

alhamdulillah segalanya semua telah berakhir. tapi yang pasti 6th sense aku je belum berakhir. aku memang dah nak tutup mata aku ni. tunggu masa je lagi ni. sebab segalanya dalam proses.

sekian buat masa ini



Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 09:51 AM | Show all posts
TT, baru baca kisah TT dan merempit sejak semalam. ..tak sangka ade orang camni ye..tapi betullah, apa2 penjaga even jin Islam pun tak boleh dibiar..eloklah dibuang atau jauhkan..tentang kelebihan TT tu, biar sajalah, mungkin boleh digunakan untuk membantu insan yang memerlukan.  cuma saya mintak TT berhati2 lah sebab kita tak tahu niat seseorang terhadap kita terutama apabila mereka tahu TT ade kelebihan..mungkin ade pembaca di forum ni ade niat jahat, moga TT kuatkan amalan dan sentiasa dilindungi Allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2013 05:27 PM | Show all posts
jaa139 posted on 8-10-2013 09:51 AM
TT, baru baca kisah TT dan merempit sejak semalam. ..tak sangka ade orang camni ye..tapi betullah, a ...

yup..sekarang sy sentiasa berhati-hati..buat masa sekarang sy dipantau sepenuhnya oleh perawat saya.. sb terlalu banyak benda lain nk mendekati saya..terima kasih atas nasihat yang diberi
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
siti,saya baru jumpa benang siti ni...macam tengok movie..dah nak sampai ending..siti takcre okk..hope everything go as smooth as u hope for..Aminnnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2013 10:25 AM | Show all posts
missayeen posted on 9-10-2013 09:50 PM
siti,saya baru jumpa benang siti ni...macam tengok movie..dah nak sampai ending..siti takcre okk..ho ...

terima kasih atas semangat yang diberi..yup, dah nak sampai penghujungnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 05:54 PM | Show all posts
Siti_ViPs posted on 6-10-2013 11:16 AM
cerita di sambung.

aku hairan kenapa aku asyik teringat nabi sulaiman. siang malam aku teringat k ...


kalau 6th sense tu tak mengganggu napa nak dibuang
boleh jg siti gunakan untuk membantu orang lain


tentu takkan ada apa-apa yg akan berlaku pada siti
sbb  siti di jaga oleh cahaya yg terbentuk dari  amalan berzikir kan?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.225339 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list