|
Aeril Zafrel & WawaZainal Mengaku NikahDua Kali
[Copy link]
|
|
Whatever pn kesimpulan aku buat zubir mmg kurang ajar kt instagram. Dia bajet good good je nak ckp org munafik la pe la. Gila jadi nasi tambah. Dah la bajet mcm dia wartawan yg hebat so retis mmg ptut hormat n kamceng ngn dia |
|
|
|
|
|
|
|
X pe la wawa..nnt dh tunjuk baby yg comel tu nnt sure hati peminat lembut sikit..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
David Menanti Kepulangan Wawa Zainal & ‘Anaknya’
Khabar sebenar mengenai pelakon cantik Wawa Zainal sehingga kini masih menjadi misteri. Meskipun laporan akhbar sisipan BiPop hujung minggu lalu cukup mengejutkan ramai, namun tuan empunya badan masih lagi mendiamkan diri. Begitu pun sebagai pihak pengurusan, Metrowealth (MIG) diburu bagi mendapat penjelasan sebenarnya mengenai anak artis naungannya itu. “Banyak orang cakap dia terkena penyakit misteri, misteri. Tapi… mana tahu, tiba-tiba ada bayi”, itu kata-kata seloroh pengurus besar MIG, Mejar (K) David Teo kepada para media sewaktu ditemui pada majlis pra-tonton filem Longkai bertempat di e@Curve, Damansara, malam tadi. David berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ‘kehilangan’ Wawa Zainal serta ditambah dengan khabar pelakon kelahiran Lahad Datu Sabah itu kononnya sudah berkahwin dengan pelakon Aeril Zafrel dan kini Wawa sedang berpantang selepas melahirkan anak. “Memang dua bulan sebelum hari raya Aidilfitri, Wawa ada berjumpa saya dan memaklumkan dia sedang mengalami penyakit misteri. Ketika itu, dalam pada sedang dia bercakap dengan saya, tiba-tiba dia berzikir. “Itu yang saya nampak misterinya tu. Lepas tu saya suruh dia cepat-cepat balik ke Sabah untuk berubat. Dia berjanji akan pulang selepas Aidilfitri tapi sampai sekarang dia belum balik ke sini lagi. Ketika dia datang jumpa saya tu, dia bertudung”, tambah bos besar MIG yang memang terkenal dengan ungkapan pantun-pantun spontannya ini. Dalam pada itu David juga berkata beliau menghormati laporan akhbar berkenaan. Seandainya apa yang dilaporkan itu ternyata benar, David tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap Wawa. Sebaliknya pihak sentiasa menati dan mengalu-alukan kepulangan pelakon drama bersiri Cinta Qaseh itu. “Saya pun tak pasti sejauh mana kebenaran apa yang dilaporkan oleh akhbar itu. Tetapi saya tahu kerja media. Masakan media mahu mengada-adakan cerita dan membuat laporan yang tidak berasas. Laporan tersebut lengkap dengan maklumat dari jabatan pendaftaran dan perkataan ‘sah’. Sebelum ni kalau hanya gosip mesti tidak ada perkataan ‘sah’. Saya menghormati dengan laporan akhbar berkenaan”, Saya juga hormat apa jua keputusan Wawa. Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadapnya. Saya sayang Wawa. Saya akan terus menyokongnya. Dia boleh balik ke sini. “Malah saya akan bentangkan karpet merah dan sediakan kek untuk sambut kepulangan dia dan ‘orang baru’. Itu pun… kalau laporan akhbar itu benar lah”, selorohnya lagi. David juga memberitahu dia ada bercadang mahu melawat Wawa di Sabah tetapi pelakon itu tidak membenarkan majikannya itu datang ke kampung halamannya. Enggan Ulas Tentang Aeril Sementara itu, David enggan mengulas mengenai kenyataan Aeril menerusi Twitternya dengan mengatakan seolah-olah ada pihak cuba menjatuhkan reputasinya. Ariel memberi gambaran apa yang ditulis wartawan Berita Harian itu sebagai senjata terakhir pihak tertentu untuk mengaibkan dirinya dan pihak yang dimaksudkan seperti menunding ke araah pihak MIG. “Kenapa mesti saya nak jatuhkan reputasi Wawa sedangkan saya susah nak naikkan namanya”, ujarnya David ringkas tanpa menjawab persoalan mengenai Aeril. –Malaysian Digest
|
|
|
|
|
|
|
|
tetibe tgh ckp wawa berzikir ,misteri betol sakit sheols..kalo si dt tu garang bebeno,apsal die bg wawa cuti,siap nk melawat lg tu..adoyai wawa,sian betol ak rse kat ko ni..erel xajr ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
syukur la mereka Muslim.
boleh la bajet alim good2 kata itu ini penuh Islamik bila dah kantoi mengandung secara haram.
|
|
|
|
|
|
|
|
takda ka wartawan yang tanya hat nikah kali pertama tu nikah jenis apa..?
pasal pa sampai dua kali..?
ada dikasi alasan, tapi tak cukup kuat...
medalami agama..puii...
buat bruk nama islam...
|
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 12-10-2013 09:16 PM ![](static/image/common/back.gif)
stok wawa banyak tak dekat sabah? kalau banyak nak bercuti kt sabah
ramai. pandai2 la cari Suluk kacuk Pakistan. macam Sabhi Sadhi tu, keturunan Wawa jugak aku tengok (tengok muka).
|
|
|
|
|
|
|
|
masih kurang paham ngan penjelasan aeril pasal apa kena nikah 2 kali?
dan alasan wawa yg takut david teoh...maaf rasanya david tak la sekejam itu nak buat kat org...dah kalau jodoh david mana blh halang...
so now tunggu respond david plak utk penjelasan bab kontrak |
|
|
|
|
|
|
|
udah2 lah tu
mereka dahpun lakukan kesalahan dahpun mengaku n dahpun terima hukuman
dari uols - cemuhan n kejian
sekurang2nya aeril ada impian nak belajar ugama n menjadi lebih baik dari dulu
berilah mereka peluan n ruang
sapa lah kita nak menilai n menghukum mereka
kalau nak minat - minatlah n sokonglah bakat mereka n doalah yg baik2 saja
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa buat maksiat x takut pd Allah... bila dirikan masjid buat sembunyi2 kunun takut pd DT... adoiyaiiiiii... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah...kerana Berjaya mendirikan masjid di usia muda. Syaitan menangis. Dulu aku menyampah dengan wawa yang terlebih gedik dalam drama klik. Sekarang aku tak sangka wawa dah bertudung, Alhamdulillah Aeril Zafrel Berjaya mendidik isterinya menutup aurat.
Korang marah-marah apa hal....menyampah aku membacanya..patutnya bersyukur mereka tu tidak berzina, dosa berzina lebih besar dari menipu, menipu mereka pun bersebab, maklumlah belum matang, masih budak-budak lagi semasa kawin...aku doakan perkahwinan mereka dirahmati dan diberkati hingga ke jannah... |
|
|
|
|
|
|
|
zairol79 posted on 12-10-2013 11:00 PM ![](static/image/common/back.gif)
Tahniah...kerana Berjaya mendirikan masjid di usia muda. Syaitan menangis. Dulu aku menyampah dengan ...
I like.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku sikitpun x akn ada rasa nk menyumpah si wawa ngn aeril ni..aku doakn biar si zubir tu dpt hidayah n petunjuk drp Allah sblum dia mati...gila takot kot bila bayangkn mcm mn naseb dia lpas mati esok2,brapa byk dah kes dia jd batu api,dedah aib org... |
|
|
|
|
|
|
|
zairol79 posted on 12-10-2013 11:00 PM
Tahniah...kerana Berjaya mendirikan masjid di usia muda. Syaitan menangis. Dulu aku menyampah dengan ...
Dorg ni bese laa.. mane pandai mendoakan kebaikan org. Segala kejian, makian klu dpt luah baru leh tido dgn hati yg puas. Nak mmbela sangat DT tu buat ape. Die pon ade salahnya... tak reti bahasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
x larat nak beklog. tp setakat the last few pages, mcm x de lagi. aku tepek dr kosmo. sapa yg betul ni , wawa ke david? mcm bercanggah je stetmen memasing.
Aeril, Wawa menipu kerana darurat
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2013/1012/Kosmo/Hiburan/hi_01.1.jpg)
SUASANA seawal pukul 4 petang seperti yang dijanjikan pihak pengurusan Aeril Zafrel di Restoran Western 114, Neo Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam tegang!
Lebih 30 orang petugas media yang sudah siap sedia berkumpul semakin hilang sabar apabila lebih sejam menunggu ketibaan pasangan sensasi Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang akhirnya membuat kemunculan pertama kali bersama-sama tepat pukul 5.10 petang.
Baik Aeril mahupun Wawa, kedua-duanya nampak tenang sehingga soalan bertubi-tubi diajukan untuk menjelaskan spekulasi yang timbul berhubung status pernikahan mereka sebelum ini.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 25, menafikan dakwaan media sebelum ini yang mendakwa dia telah berkahwin dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 21.
Wawa kepada Kosmo! sebelum ini turut menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan dia telah berkahwin dan melahirkan seorang bayi lelaki tidak tepat.
Semalam, tanpa segan-silu Aeril dan Wawa membuka mulut mengesahkan dakwaan mereka telah bernikah. Kata Aeril penafian yang dibuat sebelum ini tidak berniat untuk memutar belitkan cerita atau menipu peminat sebaliknya kerana 'darurat'.
Ikuti temu bual bersama Kosmo!.
Kosmo!: Benarkah Aeril dan Wawa telah bernikah?
AERIL (A): Ya, kami telah bernikah dua kali. Pertama pada 25 Februari 2012 dan kali kedua pada 4 Februari 2013. Hasil pernikahan ini kami dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ahmad Fakhruddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013.
WAWA (W): Saya minta maaf sebab merahsiakan pernikahan kami, ini bukan penipuan tapi penafian.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2013/1012/Kosmo/Hiburan/hi_01.2.jpg)
AERIL dan Wawa diasak oleh pihak media dengan pelbagai persoalan tentang tindakan mereka menyembunyikan fakta tentang perkahwinan yang telah lama berlaku.
Kenapa perlu bernikah dua kali?
A: Kali pertama bernikah untuk menghalalkan hubungan, tapi merahsiakan perkara ini kerana menghormati permintaan Wawa kerana masih terikat dengan kontrak bersama sebuah syarikat pengurusan. Kami bernikah kerana Allah. Kali kedua bernikah mengikut proses dan prosedur undang-undang Malaysia kerana Wawa telah hamil dan kami perlu mendapatkan dokumen sah untuk mem'bin'kan anak saya kelak atas nama saya.
Bermakna pernikahan pertama kalian tidak sah?
Pernikahan kali pertama sah di sisi syariah kerana menepati rukun nikah iaitu perlukan pasangan lelaki dan perempuan, wali, saksi dan ijab kabul, tapi tidak sah di sisi undang-undang Malaysia. Perkahwinan pertama berlangsung di kediaman pengurus saya, Shariman Wahab di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor dan tidak didaftarkan. Kami mempunyai bukti bahawa pernikahan ini sah.
Bagaimanakah prosedur nikah kali pertama dan kedua?
Kali pertama bernikah mengikut rukun nikah dan mencukupi syarak. Kali kedua bernikah di Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor dan dinikahkan oleh imam masjid itu.
Kenapa perlu menafikan pernikahan anda sebelum ini dan mengambil masa yang lama untuk memberitahu kepada orang ramai?
Kami sudah merancang untuk membuat sidang akhbar selepas bernikah kali pertama, tapi apabila perkara ini telah bocor kepada pihak umum, kami terpaksa mengadakan sidang media sebegini untuk memberitahu kedudukan sebenar. Sebelum ini kami menafikan kerana saya menghormati permintaan Wawa yang masih terikat dengan kontrak yang menghalang artis daripada bercinta. Dia takut dimarahi oleh bosnya, (David Teo) kerana itu saya mengambil keputusan untuk berahsia. Saya anggap diri berada di medan perang dan sekarang tengah darurat, muslihat dihalalkan untuk mengaburi musuh.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2013/1012/Kosmo/Hiburan/hi_01.3.jpg)
AERIL dan Wawa dikawal ketat sewaktu hadir ke sidang akhbar mengenai pengesahan status perkahwinan mereka di Petaling Jaya, Selangor.
Apakah impak yang paling teruk Aeril terima akibat spekulasi ini?
Saya tidak kisah dihina, tapi disebabkan orang membuat pendedahan identiti anak saya tanpa pengetahuan saya, saya tertanya-tanya apa motif mereka sebenarnya? Apa yang terjadi pada saya ada hikmahnya. Saya minta maaf kerana merahsiakan perkara tertentu.
Bilakah sepatutnya anda merancang untuk memaklumkan pernikahan kalian?
W: Selepas tamat kontrak saya pada tahun 2015 dan ketika itu anak saya pun sudah besar. Saya tidak kisah sorok anak saya demi kontrak.
Sibuk sangatkah sampai lambat benar untuk memaklumkan perkara ini?
A: Saya memang sibuk dan sedang mendalami ilmu agama selain memulihkan diri daripada sakit.
W: Bos melarang saya bercinta dan dia menasihatkan saya supaya fokus terhadap karier kerana saya masih lagi muda. Itu sebabnya saya merahsiakan pernikahan ini.
Adakah cerita Wawa terkena penyakit misteri dan pulang ke Sabah untuk berubat semata-mata untuk menutup kisah bahawa anda sedang mengandung?
W: Saya memang terkena penyakit misteri dan penyakit sama turut menyerang kelima-lima orang kakak dan adik saya yang lain. Derita dan sakit saya hanya Allah dan keluarga saya yang tahu. Alhamdulillah saya sudah pulih sepenuhnya dan Insya-Allah saya akan kembali bekerja seperti biasa selepas ini. Allah lebih mengetahui perkara yang berlaku.
Wawa menafikan kerana diancam pihak pengurusan dan takutkan tindakan yang bakal dikenakan terhadap anda? Bagaimanakah sifat ancaman itu sehingga menyebabkan Wawa membuat penafian sekian lama?
W: Sepanjang mengenali Aeril saya pernah maklumkan kepada bos saya tapi dia menghalang saya daripada meneruskan hubungan itu. Dia tidak suka saya menjalinkan hubungan dengan Aeril, jadi saya hormati keputusan itu. Sedangkan bercinta pun dihalang, inikan pula berkahwin. Atas sebab itu juga saya mengambil keputusan untuk merahsiakan perkahwinan saya. Saya pernah dikuarantin selama sebulan di Ijok, Selangor ketika penggambaran filem Sumpahan Kum Kum dan sepatutnya saya berlakon empat babak saja. Saya diharamkan untuk berhubung dengan Aeril sepanjang tempoh itu.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2013/1012/Kosmo/Hiburan/hi_01.4.jpg)
AERIL bertegas dia mendahulukan undang-undang Allah berbanding undang-undang manusia yang menyebabkan mereka terus menafikan fakta tentang perkahwinan mereka.
Adakah anda terfikir untuk keluar daripada syarikat pengurusan itu?
Tidak tahu lagi. Sebenarnya pengurusan saya telah sedia maklum akan berita pernikahan kami dan saya sudah ada anak. Malah bos saya telah mengucapkan tahniah menerusi laman sosial rasmi syarikat seminggu sebelum berita ini tersebar dan menjadi kecoh. Saya tidak tahu tindakan lanjut daripada pihaknya. Sampai sekarang dia tidak menghubungi saya, tapi melalui beberapa rancangan televisyen dia ada mengeluarkan kenyataan pura-pura terkejut.
Pandangan Wawa apabila berkahwin dalam usia muda dan adakah anda masih menetap di kediaman yang pihak pengurusan sediakan?
Saya tak mahu mendekati zina. Daripada melakukan dosa lebih baik saya bernikah dan mendapat pahala. Sekarang saya menetap bersama Aeril di rumahnya.
Bagaimanakah kehidupan bergelar seorang ibu sekarang?
Pada mulanya saya fikir akan kembali bekerja selepas bersalin, tapi apabila setiap kali memandang wajah anak saya hati jadi hiba dan tidak sanggup meninggalkannya. Tapi buat masa sekarang saya akan berehat dulu sehingga anak saya berusia tiga bulan.
Wawa kini sudah berhijab?
Saya masih belajar untuk berhijab tapi ini bukan imej kekal saya. Doa-doakan agar kekal. Saya mula berhijab perlahan-lahan sejak selepas saya berkahwin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nayzu posted on 12-10-2013 06:23 PM ![](static/image/common/back.gif)
Mod San, besar ni tuduhan ni.
Just like before mod pernah comment yg comments pasal neelofa tak b ...
didn't say it was true.mana2 komen i pasted here i said, tak boleh dianggap betul, terpulang diri masing2. i just paste here.
cuma komen pasal neelofa tu tak sama dgn komen pasal wawa. i can check the IP, komen pasal lofa tu selalu dr orang yg sama, dan cakap benda yg terang2 tak betul, contohnya 'bapak lofa bayar karangkraf kasi menang dewi remaja', or 'bapak lofa bayar media suruh cover pasal anak dia', which are of course utter bullshit, so i don't see kenapa you nak kaitkan dgn kes ini. i never said 'semua komen kat BN langsung tak oleh caya', i said 'komen negatif pasal lofa kat BN tak boleh caya. Last edited by Santeira on 12-10-2013 11:47 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
zairol79 posted on 12-10-2013 11:00 PM ![](static/image/common/back.gif)
Tahniah...kerana Berjaya mendirikan masjid di usia muda. Syaitan menangis. Dulu aku menyampah dengan ...
kan...org tu buat benda yg dituntut... dari dok berzina bermaksiat segala....
xsalah pun menyorokan seketika kebenaran kalo2 kebenaran itu memberi kemudaratan yg lebih besar or fitnah...
cth: seorang pompuan xda dara diharuskan tidak memberitahu bakal suami or suami yg dirinya tidak lagi berdara...dikhuatiri akan memberi permasalahan yg lagi besar...
isu nikah 2 kali tu... rasanya sbb formaliti dan mengelakan kalo2 nikah2 pertama xsah... dan kalo xdinikah kan... mungkin berterusan hidup tanpa ikatan yg sah... zuriat xsah taraf....then move on...
sama je kes student kita kat obersea nikah berwalikan hakim... balik mesia diam2... bile nak daftar.... akan dinasihatkan utk nikah skali lagi...
yg sebok2 nih agak2 dah lupa kot rukun nikah mase uztaz ajar dlm kursus nikah.... or maybe jaman depa nikah kursus nikah xde lg...the worst xkawen lagi...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
MengkuduMasam posted on 12-10-2013 11:24 PM ![](static/image/common/back.gif)
kan...org tu buat benda yg dituntut... dari dok berzina bermaksiat segala....
xsalah pun menyorok ...
kalo nikah kat luar negara, understood, mmg kena nikah/daftar kat mesia lg, utk rekod.
ni yg pertama mmg dah kat mesia, daftar je lah yg tu. awat kena nikah lg?
|
|
|
|
|
|
|
|
MengkuduMasam posted on 12-10-2013 11:24 PM
kan...org tu buat benda yg dituntut... dari dok berzina bermaksiat segala....
xsalah pun menyorok ...
Itulh yg mommy dok ckp..depa xfaham..dok kt mommy backing..
Tu yg mls nk ckp byk..xguna becakp dgn org jahil kot mn pon kita yg slh |
|
|
|
|
|
|
|
bezanya kalau nikah di luar negara, ada pihak berwajibnya yg memastikan rukun nikah tu dipatuhi, sbb tu sah dari segi syarak dan sah dari segi undang2 negara terlibat, cuma mungkin prosedur di negara tersebut lebih mudah dr prosedur di malaysia saja.
yg nikah pertama dorang ni buat kat malaysia, bukan luar negara. dorang cakap je cukup rukun, tapi sapa yg bertauliah boleh verify cukup? itulah kepelikannya.
Last edited by Santeira on 12-10-2013 11:47 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|