|
Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015
[Copy link]
|
|
Nicki_Meow posted on 20-1-2014 03:38 PM
Introducing.......
tunang badli...?
sexy gak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengku Nadirah diperhati atas ke bawah. Rasa kurang percaya. Bukankah Badli mengatakan, Tengku Nadirah itu bercirikan wanita solehah. Bekas pelajar di Universiti ternama Jordan. Tapi, yang berdiri dihadapannya kini, tiada satupun yang menepati ciri-ciri yang diterangkan Badli.
Seksi. Tang mana solehahnya? Atau, dia silap orang? Benarkah Tengku Nadirah di hadapannya ini, tunang Badli? Jika benar, kenapa dia berada di sini?
Apa tujuan Badli menyuruh dia ke mari bersama Aaron?
“Anyway..I just nak kenal dengan you. Nak juga tahu, perempuan tak malu yang mana satu… yang suka ganggu tunang I…”
“What?” Farizah mula panas hati. Dia dikata muka tak malu?
“Hello. I muka tak malu? Pleaselah. Tunang you tu yang terhegeh-hegeh nak pada I..okay?”
“Really?” Nadirah senyum sinis untuk kesekian kali.
“Bad terhegeh-hegeh nak pada you? Come on Izzy. Look at you.” Nadirah memandangnya dari atas ke bawah.
“Siapa you… sampaikan Bad boleh tergila-gilakan you? Royal? Socialite? Anak datuk atau Tan Sri? Sedarlah sikit. You cuma kerja serve orang dalam flight je… ”
Rasa kurang selesa mula bertukar menjadi sakit hati. Farizah merenung Tengku Nadirah, tajam. Rasa ingin memaki hamun memuncak tetapi, dek kerana marah, tiada satu perkataan pun yang keluar dari mulutnya.
“I nak you ingat kata-kata I, Farizah. Bad tunang I and we are going to get married. So, please back off. Stop menggatal dengan tunang orang. Perempuan macam you, tak layak langsung untuk Badli.” Mendatar, tapi sinis kedengarannya. Farizah menggetap bibir.
“Izzy…” Aaron datang lalu berdiri di sebelah Farizah. “Dira?”
“Hi Aaron.” Nadirah menjawab manja.
“Surprise to see you here...” Jelas wajah Aaron turut menunjukkan riak terkejut. Tengku Nadirah dan Farizah di dalam satu kawasan yang sama.
This is not good…
“You kenal dia?” Farizah bertanya kepada Aaron. Aaron mengangguk perlahan.
“I baru kenal dia, semalam. She…is… errr….she is…Bad’s…”
“Fiancée.” Satu suara lain menyambut.
“Hi sayang…” Badli memberikan satu ciuman di pipi Nadirah. Selepas itu, Badli mengangkat muka memandang Farizah lalu tersenyum.
“Hi Izzy…”
Saat ini, apa yang ingin Farizah lakukan adalah, menumbuk muka Badli dan memaki hamun sepuas hati. Tapi dia tak mampu. Tubuhnya seakan kaku di kerusi. Last edited by Nicki_Meow on 20-1-2014 04:56 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Bad…apa yang kau buat ni?” Aaron turut mempersoalkan sikap Badli. Semalam mereka berjumpa. Badli telah memperkenalkan Tengku Nadirah kepadanya. Badli mengatakan, dia mahu memutuskan hubungan dengan Farizah dan mengahwini Tengku Nadirah dan sekaligus, membatalkan pertaruhan mereka.
Tetapi, sedikit pun Aaron tak menjangka, Badli akan bertindak begini. Memperkenalkan Farizah dengan Tengku Nadirah dengan cara ini, apa tujuan sebenar Badli?”
“Izzy. I’m so sorry. I dengan you… can never ever be…together. Kita tak setaraf.”
Arrrgghhhh! Farizah hanya mampu menjerit dalam hati. Terlalu sakit hari untuk berkata-kata hatta sepatah makian sekalipun.
“Bad. Kau tak patut buat macam ni…”
“Kau tak payah nak tunjuk baik depan akulah…bro." Suara Badli meninggi.
"Sekarang, peluang kau dah terbentang luas. She’s yours now. Sir…Aaron…” Kata-kata terakhir Badli di sertai dengan tunduk hormat lalu Badli ketawa. Aaron menarik nafas panjang. Tak mampu bersuara melihat sikap Badli..
“Jom sayang. I kenalkan you dengan kawan-kawan I yang lain…” Badli memeluk pinggang Nadirah dan berlalu sambil tersenyum. Sinis. Badli tak peduli. Malah, melihat riak wajah kedua-duanya tadi, dia cukup berpuas hati.
Farizah, si merpati yang kononnya playing hard to get. Sudah berkali-kali dirayu namun sengaja berjual mahal. Sekarang, dia sudah tak kisah tentang Farizah lagi. Tunangnya, Tengku Nadirah, jauh lebih muda dan cantik. Yang lebih penting, taraf mereka setara. Siapa dapat menjangka, Tengku Nadirah yang pernah belajar di Jordan itu tidaklah sealim yang di sangka. Moden dan bergaya, menepati citarasanya. Bukanlah berkelubung dari kepala hingga ke tumit.
Dan Aaron. Kawan yang menikam dari belakang. Tiada apa lagi yang dapat diulas tentang Aaron. Mahukan Farizah sangat? Ambillah. Boleh jalan sekali dengan Farizah.
Farizah menarik nafas dalam-dalam. Jadi, ini tujuan sebenar Badli? Memalukan dia di hadapan tunangnya? Tapi, atas sebab apa?
Sebab dia menolak Badli berkali-kali?
Dasar jantan buaya! Farizah merengus geram. Minuman di hadapannya di minum dengan sekali teguk.
“Ned! One more…” Farizah membuat pesanan dengan kasar. Tiada lagi senyuman menggoda seperti tadi. Rasa amarah memenuhi ruang dada.
“Izzy. I betul-betul sayangkan you. I’ll do whatever you want. You nak I putus tunang…fine. I’ll do it. Anything for you asalkan you tak tinggalkan I…”
Rayuan Badli ketika di London terngiang-ngiang ditelinga.
Damn it!
Dia bukan marah kerana Badli memungkiri janji. Dia bukan sedih kerana Badli hanya bermain kata. Dia memang sudah lama sedar bahawa lelaki seperti Badli tak boleh dipercayai. Yang sakit bukan hatinya. Yang tercalar bukan jiwanya.
Yang terluka adalah egonya...
Last edited by Nicki_Meow on 20-1-2014 05:01 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Stop..Izzy. Dah empat kali you minum…” Suara Aaron menerjah telinga.
Empat? Tidak sedar yang sudah empat gelas dia minum minuman yang sama.
“Cukup. I bawak you balik.” Sekali lagi, Aaron bersuara.
“You jangan sibuklah.” Farizah membalas garang, cuba untuk memesan minuman yang sama buat kali kelima.
“CUKUP. Ikut I sekarang.”
Lengannya di tarik. Terasa ada tangan melingkari pinggangnya lalu dia dibawa keluar. Mahu tak mahu, Farizah menurut sahaja.
Sedar tak sedar, dia sudah berada dalam kereta yang bergerak dengan kelajuan sederhana. Lampu-lampu terang yang menghiasi kota lumpur di waktu malam kelihatan lebih indah dari biasa.
“Izzy…are you okay?”
“I’m fine…” Jawab Farizah. Kepalanya tersandar tegak di kerusi.
“You do not look like you are fine…”
Farizah mendiamkan diri.
“I hantar you balik.” Tegas suara Aaron.
“Balik? No. I taknak balik. You tahu tak…kalau Amy tahu yang I minum lagi…mesti dia membebel.”
“Amy?”
“She’s my housemate. Amy… kalau dah membebel, macam mak nenek…” Farizah menjawab sambil memejamkan mata. Tak dapat dia bayangkan kalau Amy membebel panjang.
Dia sudah lama meninggalkan minuman keras, semenjak serumah dengan Amy. Jadi, kalau Amy dapat tahu yang dia kembali bermabukan, pasti berbakul-bakul bebelan yang akan diterima.
Farizah juga tak mahu, Amy melihatnya dalam keadaan begini. Amy, sahabat baiknya dari dulu lagi. Amy telah banyak memberikan nasihat kepadanya dan Farizah tak mahu Amy menyangkakan, dia kembali kepada kehidupan lalu. Bukan sengaja dia mahu kembali minum minuman keras. Semuanya akibat rasa marah pada Badli.
Jauh di sudut hati, Farizah tak sanggup melukakan hati Amy.
“Then, where you want to go?”
Suara Aaron menerjah lagi telinganya. Farizah tak menjawab. Matanya tetap terpejam. Saat ini, separuh otaknya mula dikawal alkohol manakala separuh lagi sedang berusaha keras untuk kekal waras.
"Izzy...tell me. You nak pergi mana?"
"Anywhere...."
"Okay..."
Kereta di pandu membelah kotaraya. Last edited by Nicki_Meow on 20-1-2014 04:47 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
errk...pegi mana tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 26
Aaron buntu. Tidak tahu ke mana dia patut membawa Farizah. Hendak dihantar pulang. Farizah menolak keras. Katanya, teman serumah yang bernama Amy itu pasti akan marah seandainya Farizah pulang dalam keadaan mabuk.
Habis? Ke mana Farizah perlu di bawa?
Sesekali, Aaron memandang Farizah yang diam memejamkan mata di sebelahnya. Tidak pasti sama ada sedang tidur atau melayan perasaan ataupun, mungkin sedang melawan rasa mabuk yang menyerang.
Harap-harapnya, janganlah Farizah terjeluak dalam keretanya. Jadi satu kerja pula hendak dibersihkan.
Kesal bertamu dalam hati. Kesal kerana Badli memperlakukan Farizah begitu. Kesal kerana membawa Farizah ke kelab. Kesal kerana Farizah bertindak kurang bijak dengan minum terlampau banyak.
Aaron melepas keluhan dengan perlahan.
Hampir sejam dia memandu tanpa arah tujuan. Ada juga dia mengejutkan Farizah tiga, empat kali namun jawapan yang diterima hanyalah “Hhhmmmm…”.
Lalu, persoalan yang sama kembali menujah kepala. Ke mana dia perlu membawa Farizah?
Masa tambahan lima minit diperlukan sebelum Aaron membuat keputusan untuk membawa Farizah ke rumahnya saja. Sekurang-kurangnya, ada juga tempat Farizah boleh berehat. Dan dia juga sudah malas hendak berfikir panjang.
Usai memakirkan kereta, Aaron duduk bersandar di kerusi. Enjin dibiarkan hidup. Mahu merehatkan badannya dan otaknya buat seketika.
“Izzy…” Nama Farizah di sebut perlahan, menantikan reaksi. Namun, tiada apa-apa yang keluar dari mulut Farizah. Kekal membatukan diri seperti tadi.
Aaron menghela nafas perlahan. Memang dia sukakan Farizah. Malah, lebih dari suka. Tak dinafikan, dia telah jatuh cinta. Gadis sejelita Farizah, hati lelaki mana yang tak bergetar?
Tapi, isu cantik adalah subjektif. Bukan dia tak pernah berjumpa dengan mana-mana jelitawan sebelum ini. Entah mengapa, dengan Farizah hatinya boleh terpaut. Berani, manja dan menggoda. Sudah sinonim sikap itu dengan Farizah. Disebalik sikap itu, Aaron merasakan, Farizah sebenarnya tidak begitu. Semakin Farizah dikenali, semakin Aaron sedar yang ada sesuatu yang lain dalam diri Farizah yang dia sendiri tak tahu bagaimana hendak diterjemahkan dalam bentuk bahasa.
Pada Aaron, Farizah sebenarnya baik hati dan penyayang namun cuba disembunyikan dengan mempamerkan sikap luaran yang berlainan. Untuk apa, Aaron tiada jawapan yang pasti. Hati Farizah yang keras beku itu masih belum dapat difahami.
Aaron menjeling jam. Hampir ke pukul satu pagi. Penyaman udara dan radio dimatikan dan seterusnya enjin kereta.
“Izzy…” Pipi Farizah ditepuk perlahan. “Wake up…”
Masih tiada respon. |
|
|
|
|
|
|
|
Aaron keluardari kereta. Pintu di sebelah tempat duduk pemandu di buka. Lengan Farizah di tarik lembut. Akibat tarikan lembut di lengan, mata Farizah terbuka lantas memandang ke arah Aaron.
“Let’s go…”
Farizah hanya menurut tanpa banyak soal. Terlalu pening barangkali. Dia lalu keluar dari kereta sambil dibantu Aaron. Tak mampu berjalan gaya normal, Farizah membiarkan saja Aaron memeluk pinggangnya ketika di arah berjalan.
Pintu kondominium mewahnya di buka dengan sebelah tangan. Sebelah lagi, masih diampu kemas dipinggang Farizah, untuk memastikan Farizah tidak terjatuh.
Farizah didudukkan di atas sofa putih di ruang tamu. Dan seperti dalam kereta tadi, Farizah kembali memejamkan mata dan menyandarkan tubuhnya di sofa.
Aaron tidak membuka penyaman udara tetapi memilih untuk membuka pintu beranda, membiarkan angin masuk. Mengharapkan Farizah akan terasa lebih segar daripada duduk dalam penyaman udara.
Mujur Farizah tidak menunjukkan tanda-tanda hendak muntah. Aaron memang tidak suka dengan orang mabuk. Menyusahkan saja. Tapi, oleh kerana yang dihadapannya kini adalah Farizah, rasa jengkel itu ditelan saja. Lagipun, dia tahu. Sebab Badli, Farizah bertindak begini.
“Izzy…you nak air?” Aaron bertanya. Farizah menganggukkan kepala perlahan. Aaron lantas berlalu ke dapur dan kembali dengan membawa segelas air buat Farizah.
“Minumlah…”
Tangan Farizah dicapai, membantunya memegang gelas. Farizah membuka matanya sedikit lalu membawa gelas ke mulut. Setelah diteguk beberapa kali, gelas itu dihulurkan semula kepada Aaron dan dia kembali memejamkan mata.
Senggang masa antara mereka hanya diisi dengan jeda yang lama.
“Where are we?” Akhirnya, Farizah memecah sunyi.
“Rumah I.”
Farizah tersenyum sedikit lalu membuka mata. Dalam keadaan separuh otaknya yang berusaha keras untuk kekal waras, sempat dia memerhatikan suasana ruang tamu rumah Aaron.
Tampak mewah walaupun ringkas. Gaya modern minimalist.
“Cantik…” Farizah sempat memuji.
“Thanks.”
Mereka kembali mendiamkan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Aaron memandang Farizah sambil cuba menafsir dasar hati. Hati Farizah dan hatinya sendiri.
Cinta yang dia rasa buat Farizah, sukar untuk dihuraikan sebabnya. Dan dia tidak perlukan sebab untuk mencintai seseorang. Walaupun Aaron tahu, Farizah tak pernah mempunyai perasaan yang sama, dia kekal mendampingi Farizah. Dia mahu Farizah mengerti, dia bukan datang untuk berseronok. Dia hadir bukan untuk suka-suka. Dia membawa rasa dan cinta. Tapi, sedikit pun Farizah tak pernah cuba membuka hati untuk dia.
Aaron tahu, sekiranya dia ingin bersama Farizah, dia perlu menukar agama. Dan dia rela asalkan Farizah sudi menjadi miliknya. Lagipun, Farizah bukanlah gadis Melayu pertama yang pernah mengisi ruang hati. Selepas bercinta dengan Emily, dia pernah berpacaran dengan gadis Melayu.
Bukan sembarangan gadis. Gadis itu adalah Natasha Huda, pelakon dan model terkenal di Malaysia.
Berpacaran dengan Natasha Huda memerlukan kesabaran yang cukup tinggi. Kerenah yang perlu ditangani cukup banyak. Walaupun berasal dari keluarga korporat ternama di Sabah, Aaron lebih suka untuk memilih hidup secara low-profile. Kalau tidak dimaklumkan, tiada siapa yang mengetahui bahawa dia adalah anak kepada Tan Sri Michael Kaningan Low, seorang ahli perniagaan terkenal dan juga merupakan orang kuat sebuah parti politik di Sabah.
Dan apabila berdampingan dengan Natasha Huda yang popular itu, hidupnya langsung tak aman seperti dulu. Menemani Natasha Huda di lokasi penggambaran berjam-jam, bukanlah sesuatu yang dia suka. Buang masa. Tapi, seandainya tidak dituruti, kekasih hati merajuk pula. Dia juga tak betah menghadapi soalan provokasi wartawan hiburan dan tak mampu berjalan seiring dengan Natasha di karpet merah. Glamour dan ternama hanya untuk Natasha, bukan dia.
Yang paling membuatkan dia tak sanggup adalah, apabila melihat lakonan Natasha di kaca TV atau skrin wayang. Kurang senang melihat keintiman Natasha dengan lelaki lain.
“Itu cuma lakonan, sayang…”
“I’m an actress. That’s my job. Diaorang dah bayar I untuk berlakon. Takkan I nak berlakon macam kayu-kayan…”
Alasan yang sering Natasha berikan kepada dia. Tapi, lakonan atau tidak, sebagai lelaki normal, dia tetap cemburu.
Jadi, oleh kerana tidak mahu memberatkan kepala dengan masalah remeh seperti itu, dia dan Natasha bersetuju untuk berpisah. Agak lucu juga bila mengenangkan perkara itu. Hampir seminggu topik perpisahan dia dan Natasha menjadi hit di dada akhbar dan majalah hiburan, blog dan tak kurang juga, forum gossip artis.
Natasha Huda berpisah dengan kekasih anak Tan Sri.
Kami tiada persefahaman – Natasha Huda.
Dan entah apa-apa lagi tajuk yang sengaja 'bikin panas' digunakan sebagai pelaris . Merasa juga hidup bawah spotlight ketika itu hingga menjadi bahan lelucon keluarganya. Lucu, tapi menyusahkan.
Dan kini, sekali lagi hatinya terpaut pada gadis Melayu. Farizah.
Walaupun hanya datang dari keluarga marhaen biasa, bukanlah penghalang untuk membuatkan dia jatuh cinta.
Farizah, yang hatinya keras dan beku seperti air batu. Entah bila dapat dicairkannya. Last edited by Nicki_Meow on 21-3-2014 04:49 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Izzy, are you okay?” Sekali lagi, Aaron bertanya. Susah hati melihat keadaan Farizah ketika ini.
“I’m fine, Aaron.”
“Sorry.”
“Kenapa you…” Farizah menoleh ke arah Aaron di sebelahnya. “Minta maaf?”
“Kalau I tahu Badli buat perangai macam ni, I takkan bawak you jumpa dia.”
“Badli…” Farizah merengus. Sakit hatinya timbul lagi.
“He’s such a jerk. Tunang dia pun sama. How dare she said…I yang tergila-gilakan Badli?” Farizah mula membebel sendiri.
“I rasa…satu dunia tahu yang Badli tu terhegeh-hegeh dengan I. You pun tahukan..dia kejar I dalam flight. Badli yang merayu-rayu pada I. Dia cakap apa tau…Badli cakap, dia sanggup putus tunang asalkan I tak tinggalkan dia….”
“Tadi, dia twist pulak cerita. Kononnya I yang hadap sangat ke Badli. Stupid. Dia ingat, I sayangkan sangat si Badli tu… pleaselah…”
“Kalau you tak sayangkan Badli, kenapa you marah sangat Badli tinggalkan you?”
“I…sakit hati.” Ketika ini, mata Farizah kembali terpejam. “Lelaki…semua sama. Dasar buaya. Tak guna.” Dan Farizah berterusan berkata tanpa jelas biji butirnya.
Walaupun sedikit terasa dengan kata-kata Farizah, Aaron tidak membalas. Wajah Farizah ditatap tanpa jemu.
“Izzy…kenapa you marah sangat dengan lelaki?”
“Sebab lelaki, I jadi macam ni…” Jawab Farizah. Serta-merta pula, hatinya jadi sebak. Dan secara tiba-tiba saja, wajah Shah hadir dalam mindanya.
Shah. Walaupun bukan cinta pertama tetapi Shah adalah lelaki yang benar-benar membuatkan dia jatuh cinta.
Jatuh...hingga dia tak mampu bangkit lagi walaupun sudah beberapa tahun Shah tinggalkan dia.
Shah pergi, tinggalkan dia dengan cintanya yang tidak pernah mati.
Shah hilang, membiarkan dia dengan luka yang tak pernah sembuh.
Telah diserahkan segalanya kepada Shah. SEGALANYA. Hati, cinta dan jiwa tetapi Shah pergi tinggalkan dia tanpa alasan kukuh.
Dan sakitnya, hanya dia saja yang tahu. Dan atas sebab itu, dia sengaja mempermainkan perasaan lelaki lain yang tergilakannya, hanya untuk membalas dendam. Hanya untuk lelaki-lelaki itu tahu, betapa sakitnya sekeping hati yang dihiris kejam.
Anehnya, biarpun telah ramai hati lelaki dilukai, luka hatinya sendiri tidak pernah pulih. Anehnya, semakin ramai lelaki dipermainkan, semakin hebat cinta yang dirasa pada Shah. Anehnya, semakin dia cuba untuk melupakan Shah, semakin kuat rindunya pada lelaki yang telah menghancurkan jiwanya.
Hingga saat ini, nama Shah tetap terukir kemas dalam dada.
Membenci dan menyayangi seseorang dalam masa yang sama. Pelik sungguh rasa yang dipanggil cinta…
Shah…mana kau pergi? Apa salah aku? Kenapa kau tinggalkan aku? Baliklah Shah...
Air matanya turun mengalir di pipi.
Aaron terpempan seketika melihat air mata yang turun membasahi pipi Farizah. Last edited by Nicki_Meow on 22-1-2014 03:27 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
yeay...ada sambung...
|
|
|
|
|
|
|
|
“Izzy…” Aaron menyapu air mata di pipi Farizah. Tersentuh seketika melihat keadaan Farizah seperti itu.
Merasai pipinya diusap perlahan, Farizah membuka mata.
Alkohol yang menguasai fikirannya sudah mencapai tahap maksima. Otaknya sudah tak mampu untuk kekal waras membuatkan Farizah berada di zon khayalan.
Ya, dia berkhayal. Shah muncul dihadapannya seperti yang dia mahu.
Farizah tersenyum sendiri. Membalas dengan menyentuh kembali tangan yang mengusap pipinya.
“Mana you pergi?”
“I tak pergi mana-mana. Ada je kat sini…”
“Boleh tak you janji dengan I?”
“Janji apa?”
“Jangan tinggalkan I lagi.”
Kening Aaron berkerut. Pelik melihat sikap Farizah kala ini.
“Izzy…why don’t you take a rest? There’s a guest room. You boleh pakai…rehat…tidur dalam tu.”
“Tak nak.”
“Izzy…I rasa, you tak sihat ni. Badan you…panas…”
Farizah hanya memandang ke arahnya dengan senyuman. Sepatah kata pun tidak keluar dari bibir.
“Err…Izzy…” Aaron mula merasa tidak selesa. “I ambilkan you air lagi ya?” Aaron bangun.
“No. Stay.” Dengan pantas, lengannya digenggam. Aaron mematikan niatnya untuk ke dapur.
“Izzy…”
“You tahu tak…I betul-betul sayangkan you…”
“Izzy, teruk sangat mabuk you ni…”
“Tak. I cakap betul. I sayangkan you sangat-sangat.”
Aaron tergamam. Hampir tak percaya dengan ayat yang baru dia dengar sebentar tadi.
“Please…stay with me. Jangan tinggalkan I…please. Jangan tinggalkan I.”
Farizah menangis dan merayu. Aaron menjadi buntu. Last edited by Nicki_Meow on 22-1-2014 03:28 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“No. I tak akan tinggalkan you. Jangan nangis…” Aaron cuba memujuk.
“Sekarang ni, I nak you rehat dulu. Okay?”
Farizah tidak menjawab. Apa yang dia mahu buat sekarang adalah, memastikan lelaki itu tidak pergi lagi darinya.
“I sayangkan you…” Berulang-ulang kali dia berkata begitu.
Aaron menghela nafas. Sudah lama dia ingin mendengar ayat itu keluar dari mulut Farizah. Tapi saat ini, biarpun impiannya menjadi kenyataan, Aaron tidak pasti...adakah kerana disebabkan Farizah dibawah pengaruh alkohol atau pun lahir dari hati Farizah sendiri?
“Izzy…” Aaron tak tahu apa yang perlu dia katakan tika ini kepada Farizah.
“I sayangkan you. You dengar tak?” Ada desakan dalam suara Farizah.
“I dengar.”
“Habis, kenapa you tak jawab? You tak sayangkan I lagi ke?”
“I sayang you…”
Farizah diam, seolah-olah belum berpuas hati dengan kata-kata yang dia dengar.
“Izzy…I sayang you. Sekarang, you rehat…okay?”
Farizah mengangkat muka. Dan tanpa amaran, dia memeluk lelaki dihadapannya. Erat.
“I Love you…”
Aaron menarik nafas panjang. Last edited by Nicki_Meow on 22-1-2014 03:29 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
@NaylaArisha
Nayyy...kalau macam tak sesuai untuk kategori U, iols memberi izin untuk dipagarkan saja benang ini...
Tapi jangan tukau kaler benang....
Last edited by Nicki_Meow on 22-1-2014 11:10 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Minta Izin nicki Jgn msuk bilik |
|
|
|
|
|
|
|
next pls... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|