CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

[Tempatan] banjir di pantai timur, melaka dan johor : Vol 2

[Copy link]
 Author| Post time 7-12-2013 08:47 AM | Show all posts
Pindah kubur kerana banjir



RANTAU PANJANG - Urusan pengebumian jenazah seorang warga emas di Kampung Tasik Hulu, semalam. hampir tergendala apabila kawasan itu masih dilanda banjir.

Jenazah Allahyarham Samid Ghani, 86, terpaksa dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam Gual Periok kerana kubur terdekat di Rantau Panjang ditenggelami air sedalam 0.4 meter.

Menantunya, Mohd Noor Abu Bakar, 50, berkata, mereka juga terpaksa mengubah lokasi ke masjid untuk urusan memandikan jenazah di Masjid Gual Periok yang terletak lapan kilometer dari pekarangan rumah.

“Selepas buntu memikirkan masalah ini, kami bersyukur kerana Jabatan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang menyalurkan bantuan untuk membawa jenazah ke lokasi baru,” katanya, semalam.

Mohd Noor berkata, arwah bapa mentuanya meninggal dunia di rumah kerana penyakit tua, jam 6.30 pagi semalam.

Sebelum itu katanya, kaki kanan arwah terpaksa dipotong kerana penyakit saraf setelah mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Arwah meninggalkan seorang balu, 41 cucu dan 20 cicit.

Dalam pada itu, Mohd Noor turut berterima kasih kepada pihak Masjid Gual Periok kerana membantu mengurus jenazah bapa mentuanya sehingga selesai urusan pengebumian.



sinar harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2013 08:50 AM | Show all posts
Tergamam lihat keadaan kedai





KEMAMAN – Banjir memperlihatkan kemusnahan teruk khususnya di bandar Chukai, termasuk jalan di belakang deretan kedai Kampung Banggol dekat Jambatan Sungai Limbong, runtuh.

Ketika tinjauan Sinar Harian, kawasan itu dikerumuni orang ramai yang  melihat runtuhan tersebut.

Penduduk, Norhashim Tun Ali, 21, berkata, jalan di tebing Sungai Limbong itu runtuh kira-kira jam 6.45 pagi akibat arus sungai  yang laju.

“Sebelum runtuh, kawasan itu retak sedikit demi sedikit dan akhirnya runtuh sebelum masuk ke dalam sungai dan dihanyutkan arus.

“Arus laju juga menyebabkan  hakisan pada tebing Jambatan Sungai Limbong merebak. Sebahagian struktur jambatan ini runtuh sejak lewat petang semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui di  tempat kejadian.

Berikutan banjir kian pulih semalam, talian telefon beransur pulih dengan bekalan elektrik kembali disalurkan di beberapa kawasan di bandar Chukai.

Bagaimanapun, bekalan air masih terputus sehingga petang semalam.

Sementara itu air yang menenggelamkan bandar Chukai, Rabu lalu, turut menyebabkan ramai pemilik premis perniagaan dan gerai terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit.

Peniaga gerai buah dekat Sungai Limbong, Suhaida Deraman, 35, berkata, apabila sampai di gerainya pada jam 10 pagi semalam, dia tergamam melihat keadaan gerai yang musnah dengan kanopi roboh dan buah-buahan pula berselerakan.

“Kelu lidah saya apabila lihat keadaan gerai. Seolah-olah tidak percaya kerana dalam sekelip mata, hanya tinggal kanopi dan beberapa biji buah-buahan di sebalik bumbung kanopi yang roboh.

“Sebelum air naik kira-kira jam 3 petang Rabu lalu, sembilan bakul durian baharu sahaja sampai di gerai saya termasuk beberapa bakul durian Musang King bernilai RM2,000. Tapi sekarang, cuma beberapa biji durian sahaja tidak hanyut,” katanya.

Suhaida berkata, air yang naik mendadak menyebabkan dia, suami, Mohd Zawawi Yusof, 35 dan bapa mentuanya, Yusof Ngah, 57,sempat memasukkan buah-buahan ke dalam bakul, tetapi tidak sempat mengalihnya ke tempat tinggi.

“Pada jam 6 petang, air sudah naik separas dada. Jadi, saya, suami dan bapa mertua tidak sempat berbuat apa-apa, sebaliknya hanya sempat naik ke atas jambatan baru Sungai Limbong untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Sementara itu, Yusof berkata, kejadian itu menyebabkan kerugian kira-kira RM12,000.

Katanya, turut musnah antaranya empat kanopi, penimbang digital, dua generator, televisyen dan buah-buahan.


sinar harian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2013 08:51 AM | Show all posts
Cadangan tangguh bayar balik pinjaman kerana banjir
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Bandar dan Wilayah mempertimbang untuk membenarkan penangguhan bayaran balik bulanan pinjaman Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) bagi perniagaan yang terjejas akibat bencana banjir.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata jika diluluskan, penangguhan itu akan berkuat kuasa selama enam bulan mulai 1 Jan hingga Jun tahun depan.

"Kita harap langkah ini dapat memberi ruang kepada usahawan berkenaan untuk
memulihkan semula perniagaan yang terjejas.
"Kita bersama-sama dengan Bank Pelaksana SPED akan menubuhkan jawatankuasa
bagi menangani isu ini dalam kadar segera," katanya dalam sidang akhbar selepas

bertemu wakil Kelab UMNO Luar Negara bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2013, di
sini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah usahawan di bawah skim itu yang
menjadi mangsa banjir.

SPED mula dilaksana pada 2001 dan sehingga kini, kelulusan diberi kepada
3,344 syarikat menerusi peruntukan berjumlah kira-kira RM332 juta dengan jumlah
pinjaman antara RM20,000 dan RM500,000.

Mohd Shafie berkata kementerian amat bersimpati dengan bencana yang menimpa
rakyat, khasnya usahawan di kawasan terjejas, dan berharap pena

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 08:51 AM | Show all posts
noraidil_06 posted on 7-12-2013 02:02 AM
Ofkos.kalau x cerita org2 mcm awk n set2 CI yg weng ni akan berkeriau.x de org tolong, x de org to ...

org dh smpai vol2, dah hari ke-5 banjir, tempat ko bru banjir k?...  sian ko, lain kali bca thread vol 1, bru nk tunjuk bagus
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 08:52 AM | Show all posts
naen posted on 6-12-2013 11:44 PM
kat sebelah stesyen bas seksyen 17

sini - http://www.streetdirectory.com.my/malaysia/kl/travel/ ...

Ok... mekasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2013 08:52 AM | Show all posts
Gelombang pertama sudah ....Adakah akan ada gelombang kedua ....Selagi tak habis musim dia gak kena staby sokmo la adik kakak


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2013 08:55 AM | Show all posts
kawasan bukit istana dan astana permai naik air ke? harap2 sape boleh bagi pencerahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2013 09:10 AM | Show all posts
kosmo ari ni




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2013 09:15 AM | Show all posts
kosmo


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2013 09:18 AM | Show all posts
paper kosmo


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Jln kuala krau dah banjir
Sesiapa dari jerantut yg nk ke temerloh ..kuala lumpur..sila buat pagi ni
Petang kang confirm x dpt lalu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2013 09:22 AM | Show all posts
info


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2013 09:30 AM | Show all posts
metro

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 09:34 AM | Show all posts
kt karak hujan lebat dari tghari smlm...nampaknya air sungai semantan semakin naik...semakin teruk laa banjir kt temerloh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2013 09:38 AM | Show all posts
info




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2013 09:51 AM | Show all posts
Terkini dari Wisma Belia. Hujan..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2013 09:54 AM | Show all posts
hurm....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2013 09:56 AM | Show all posts


KUANTAN
Update terkini : lokasi asal pengumpulan brg sumbangan telah berubah memandangkan cuaca tidak menentu.. kami sekarang berada di DIASTAKA hadapan Masjid Negeri

TT SAMPAI & SERAH MANGSA BANJIR KUANTAN kerjasama antara FB KUANTAN, HCTTG & PPOC

Sesiapa yang berhajat nk membuat sumbangan ikhlas berbentuk barangan keperluan boleh hadir ke ASTAKA hadapan Masjid Negeri dari jam 0900 hrs - 1600 hrs. barangan tersebut akan dihantar ke Pusat Pemindahan Banjir

Wakil Admin kami ada disana. sebarang pertanyaan boleh menghubungi puan ZARIANA BUHARI (012-6157568)

*Admin akan update dari semasa ke semasa perkembangan sumbangan org ramai nnt.
*pic dibawah lokasi pengumpulan sumbangan org ramai..



Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 10:05 AM | Show all posts
miawpink posted on 7-12-2013 09:38 AM
info

minta share info banjir di JOhor kalow ader...tq

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 10:06 AM | Show all posts
kuantan takde surut banjir ke ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.143084 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list