|
[Tempatan]
Sektor Hartanah Dah Dok Sejuk, Tunggu Apa Lagi Turunkan Harga Kalau Nak Survive
[Copy link]
|
|
blastoff posted on 30-9-2014 12:06 AM 
Laaa, post # 555 kau sendiri tu pun dah jelas tunjukkan bawah dari 14000 je pun dah terjual , habi ...
post 553.
|
|
|
|
|
|
|
|
badaksumbu posted on 30-9-2014 12:13 AM 
post 553.
Aku refer pada post # 555 yang kau kata sebagai dari gov sendiri yang kau anggap reliable tu laaa, duhh awat kau ni ?
|
|
|
|
|
|
|
|
blastoff posted on 30-9-2014 12:20 AM 
Aku refer pada post # 555 yang kau kata sebagai dari gov sendiri yang kau anggap reliable tu laaa, ...
553
|
|
|
|
|
|
|
|
ada ke dibgtau jumlah 1.5 bilion tu keluar sekaligus, @blastoff |
|
|
|
|
|
|
|
sumber : tmi
KWSP memberikan fasa pertama RM300 juta untuk sistem khas (SPV) dan membiayai lebih kurang 24,000 flat kos rendah di ibu negara. |
|
|
|
|
|
|
|
sumber the sundaily pulak,
Raja Nong Chik said the foundation will disburse the RM1.5 billion in stages through Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan, which is incorporated under it. |
|
|
|
|
|
|
|
badaksumbu posted on 29-9-2014 11:46 PM 
satu lg, sampai sekarang sy x blh nak digest statement ni dpt dpd mn, kwsp bg duit kpd dbkl, spwp by ...
Pi baca balik laa post 540, kat situ ada artikel aku dah tepek yang menunjukkan kenyataan Raja Nong Chik bahwa SPWP dilantik oleh kementerian untuk uruskan projek tu, faham tak makna cuma di lantik untuk uruskan ? Kat bawah ni yang merah tu merupakan statementnya.
Projek tu kerajaan yang buat laa, ia projek kerajaan M'sia tau dakkk. Bukan projek peribadi SPWP , so kerajaan M'sia la yang bagi 5.5 pada EPF sebenarnya , dan SPWP cuma tukang uruskan aje pemberian tu .
--------------------------
Bagi tujuan itu, kementeriannya telah melantik Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan Persekutuan (SPWP) bagi menguruskan projek berkenaan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
blastoff posted on 30-9-2014 12:35 AM 
Pi baca balik laa post 540, kat situ ada artikel aku dah tepek yang menunjukkan kenyataan Raja Non ...
peminjam byr spwp 6.5%, spwp byr kwsp 5.5%. cagaran rumah harga 2x ganda. mmg berisiko sgt la kan, 
Di dalam kes ini, SPV Yayasan WP akan mengadakan urusan pajakan (Skim Ijarah) dengan peserta individu. Hakmilik rumah-rumah tersebut kepunyaan SPV Yayasan WP sehingga urusan pajakan di bawah Skim Ijarah ini diselesaikan sepenuhnya oleh peserta terlibat. Pinjaman kepada SPV Yayasan WP adalah terjamin kerana semua unit rumah akan dicaj atau diuntukkan oleh SPV Yayasan WP kepada KWSP, dengan perlindungan jaminan sekurang-kurangnya dua kali ganda amaun pinjaman.
Di samping itu, terdapat penahanan tunai sebanyak 25 peratus daripada pembayaran pinjaman KWSP kepada SPV Yayasan WP yang akan disimpan dalam akaun rizab kecairan yang diuntukkan kepada KWSP bersama-sama dengan semua peruntukan aliran tunai.
|
|
|
|
|
|
|
|
lupa pulak,
Lemony Snicket
“Assumptions are dangerous things to make, and like all dangerous things to make -- bombs, for instance, or strawberry shortcake -- if you make even the tiniest mistake you can find yourself in terrible trouble. Making assumptions simply means believing things are a certain way with little or no evidence that shows you are correct, and you can see at once how this can lead to terrible trouble. For instance, one morning you might wake up and make the assumption that your bed was in the same place that it always was, even though you would have no real evidence that this was so. But when you got out of your bed, you might discover that it had floated out to sea, and now you would be in terrible trouble all because of the incorrect assumption that you'd made. You can see that it is better not to make too many assumptions, particularly in the morning.”
― Lemony Snicket, The Austere Academy

p/s : peringatan utk diri sendiri jugak, ok @blastoff,  |
|
|
|
|
|
|
|
Camne flat murah DBKL nak boleh jadi 2x ganda nilai nya di kemudian hari apabila baru duduk je dah retak merata hala ? Ni baca artikel bawah ni apa sebenarnya kualiti flat murah yang di buat kerajaan . Let's face it laa most flat murah yang dah lama duduk lagi laa teruk kondisinya. 
-----------------------------
http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhb ... 06c0f9?OpenDocument
KUALA LUMPUR – Menakutkan. Perasaan itu menghantui hampir 4,000 penduduk Flat Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Desa Rejang, Setapak Jaya, melihat kesan keretakan yang mula timbul di dinding-dinding rumah mereka.
Baru sahaja mendiami kawasan tersebut awal November tahun lepas, masalah keretakan pada struktur rumah mereka dikesan selepas menjelang tahun baru ekoran bermulanya kerja-kerja projek perumahan bersebelahan.
Mereka adalah sebahagian daripada penduduk yang berpindah dari Flat Jalan Pekeliling yang bakal dirobohkan untuk projek pembangunan komersial.
Tinjauan KOSMO!semalam, hasil daripada aduan pembaca melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mendapati keretakan sepanjang dua meter dikesan dengan jelas di dalam rumah beberapa penghuni di situ termasuk di struktur dinding ruang tangga flat tersebut.
Kebanyakan penduduk yang ditemui merungut kerana tiada tindakan diambil oleh Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL).
Menurut seorang penduduk di situ, Hamdi Jaafar, 35, masalah keretakan kecil itu sudah diadukan kepada DBKL dan dia sendiri ada mengambil gambar untuk ditunjukkan kepada pihak atasan.
"Ada pegawai DBKL yang datang memeriksa keretakan itu.
Namun beliau hanya mengatakan ia hanya masalah biasa yang melibatkan mana-mana struktur bangunan baru," katanya.
Kata seorang penduduk yang dikenali, mungkin disebabkan keretakan itu hanya terdapat di dalam rumah, DBKL memandang remeh masalah tersebut dan membuatkan mereka lambat bertindak.
"Rumah ini sahaja yang mampu disewa oleh kebanyakan penduduk di sini. Kami mahu rumah yang disediakan oleh DBKL selamat didiami untuk jangka masa panjang," katanya.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali Rani, berkata, walaupun ia hanya keretakan kecil, namun jika dibiarkan berlarutan, menyebabkan kesan yang lebih besar di samping mengancam keselamatan penduduk di situ.
"Hampir setiap hari saya melihat kesan retak tersebut. Lama-kelamaan kesan itu semakin besar dan ini cukup meresahkan saya," ujarnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ARKIB : 01/05/2012 Punca flat kotor, tidak terurus Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
[email protected]
Sampah-sarap yang telah lama dan reput turut meresahkan sebahagian penghuni yang bimbang ia akan menjadi punca kepada masalah kesihatan.
KUALA LUMPUR 30 April - Bau busuk dan sampah-sarap yang bertaburan di sekitar rumah pangsa Seri Sarawak, Jalan Kenanga merupakan pemandangan biasa di perumahan yang berhampiran dengan kawasan elit Bukit Bintang itu.
Mana tidaknya, penduduk mendakwa, penghuni flat berkenaan terutamanya di Blok B dengan sewenang-wenangnya mencampakkan sampah dari atas.
Perbuatan tersebut bukan sahaja mengotorkan blok berkenaan tetapi turut membahayakan penghuni lain yang sedang berjalan di bawah.
Bukan itu sahaja, mereka turut meletakkan sampah-sarap di aras masing-masing yang sepatutnya dibuang di tempat pembuangan sampah.
Akibatnya, flat berkenaan menjadi bertambah busuk dan menggalakkan pembiakan tikus.
Tinjauan Utusan Malaysia ke flat berkenaan mendapati, terdapat beberapa bungkal sampah yang dilihat seperti baru sahaja dicampakkan.
Turut kelihatan dinding di aras lima Blok B yang diconteng 'Jangan membuang sampah di sini' yang jelas menunjukkan bahawa sampah-sarap dibuang merata-rata oleh penghuni flat itu.
Malah, penduduk yang ditemui mendakwa, disebabkan keadaan flat 16 tingkat itu yang sentiasa berada dalam keadaan yang tidak terurus, ia menjadi tempat kutu rayau dan penagih dadah berkumpul.
Penduduk juga mendakwa, kontraktor pembersihan yang dipertanggungjawabkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jarang dilihat membersihkan flat berkenaan.
Mungkin DBKL perlu menganjurkan program gotong-royong bersama penduduk di situ untuk mendidik mereka agar menjaga kebersihan tempat tinggal sendiri.
Penduduk juga seharusnya memiliki kesedaran bahawa menjaga kebersihan adalah tuntutan agama, dan kekotoran di tempat tinggal mereka bukan hanya menunjukkan sikap jelik diri sendiri tetapi akan menyusahkan orang lain dan boleh mengundang penyakit.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm#ixzz3EjArbZuN
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
Berbillion2 duit di guna untuk bagi pinjaman pada yang tak layak totally dengan bercagarkan flat2 murah yang bakal jadi kotor, retak dan mengalami seribu satu masaalah di kemudian hari tu .... hmm nampak gaya memang burn laa duit2 pinjaman tu . 
|
|
|
|
|
|
|
|
Artikel di post # 540 , kenyataan menteri yang aku paste balik bawah ni, memang boleh tepuk dahi laa tengok betapa bengongnya pak menteri tak faham risiko teramat tinggi yang di tanggung KWSP nanti , dan penganiayaan hebat yang bakal di alami pembeli2 tu sendiri .
Sebelum ni orang2 miskin tak mampu buat pinjaman tu hanya perlu membayar lebih kurang RM100 je sebulan untuk duduk rumah2 flat murah kerajaan /
Pabila dah jadi status pembeli bayaran bulanan dah jadi 3x tinggi sampai RM300 la plak, dan apabila tak mampu bayar kelak rumah bakal di sita dan di rampas walau berikat perut nak membayar 3x lebih tinggi selama ni, last-last depa end up tak berumah la jugak
Lalu apa yang pak menteri dok jaja kata KWSP menolong orang susah akan dapat ganjaran akhirat plak, sedangkan yang di buat tu pun cuma pinjaman beriba terhadap orang2 miskin yang tak mampu plak tu , weyy riba dosanya cukup besar .
Di tambah lagi pembeli2 tu bakal kantoi tak berumah jugak one day apabila di sita , so tolong orang susah untuk ganjaran akhirat kok mana nya ?
Kemudian dok canang kata sektor hartanah stabil dan bernilai tinggi , excuse me we are talking about flat murah DBKL la, yang kalau dah duduk bertahun2 maka nilai nya dan kondisinya lagi makin merudum jadinya .
Pencarum rela ka duit caruman depa di laburkan ke sektor hartanah gitu ? Mati hidup balik para pencarum tak setuju duit KWSP di laburkan gitu kalau kerajaan pi tanya pencarum2 tu sendiri.
Duit caruman merupakan duit hasil penat lelah pencarum berbelas jam sehari bekerja tak henti2 , buat pe nak labur kat rumah murah yang bakal jadi usang dan retak dalam masa singkat tu plak.
------------------------------------
“Pelaburan tersebut adalah lebih selamat berikutan badan tersebut melabur dalam sektor hartanah yang mempunyai kestabilan dan nilai yang lebih tinggi.
“Selain itu, ia turut menyaksikan pulangan bersih sebanyak 5.5 peratus.“Melalui pelaburan tersebut, KWSP akan ‘menyelam sambil minum air’ kerana selain membiayai pinjaman perumahan, mereka juga akan mendapat ganjaran di akhirat kerana membantu orang susah,” katanya ketika sidang media selepas taklimat bersama Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bersama wakil Gabungan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di ibu pejabat DBKL di sini.
Last edited by blastoff on 30-9-2014 01:34 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|