CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kakasotong

Update majlis bertandang Yana Samsudin | Fadzil Zahari di Jitra #593

[Copy link]
 Author| Post time 18-2-2015 02:17 PM | Show all posts
Mungkin dia tak boleh terima kalau saya pergi dulu - Fadzil Zahari


KUALA LUMPUR: Rakaman video perkahwinan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari berdurasi lebih tujuh minit yang dimuat naik dan dikongsi ramai di laman sosial cukup menyentuh perasaan.
Lebih menyayat hati apabila Yana sendiri menuturkan mengenai sesuatu yang tak terduga.
Yana menuturkan secebis harapan semoga beliau dulu yang pergi bertemu Tuhan sebelum suaminya itu.
Fadzil yang dihubungi BH Online sebentar tadi turut mengakui agak tersentuh dengan hal berkenaan kerana ia dituturkan Yana tanpa dirancang.
"Saya sendiri tak tahu yang soal ajal maut itu yang terluah dari bibirnya. Saya terdiam seketika namun jauh di sudut hati saya berharap semoga kami akan panjang umur. Insya-Allah," kata Fadzil memberi reaksi terhadap rakaman video terbitan CST Production dan Prokuya Studio itu.
Tambah adik kepada Farid Kamil itu lagi, beliau memahami apa yang cuba disampaikan isterinya itu dan percaya setiap wanita yang bergelar isteri mahu kebahagiaan itu terus berakhir hingga ke jannah.
"Mungkin dia tak boleh terima kalau kawan baik iaitu saya sendiri pergi dulu mengadap Ilahi. Tapi daripada sisi sendiri, saya pun tak sanggup kehilangan isteri yang dicintai. Ini soal semua ajal dan maut, ia di luar bidang kuasa kita sebagai manusia biasa," katanya.
Ditanya mengenai isteri yang dinikahinya pada 13 Februari lalu, Fadzil menjelaskan kali pertama bertemu dengan Yana pada 2008 ketika menjadi pembantu peribadi kepada Farid Kamil. Ketika itu, Yana terbabit dalam penggambaran filem V3: Samseng Jalanan.
"Kini selepas ibu saya, dialah wanita yang bertakhta di hati saya. Di sebalik kejayaan seorang lelaki itu ialah perempuan yang berada di belakangnya. Mereka berdualah yang berada di belakang kejayaan saya kini.
"Masa kami kenal ketika itu, saya dari tak punya apa-apa dan kini mengahwininya di saat sudah bergelar penerbit. Saya kini memiliki syarikat Prokuya Studio. Dia (Yana) memang banyak menyokong saya.
"Dia sendiri seorang yang bekerja kuat. Dia umpama guru saya. Sepanjang mengenalinya saya tahu dia bermula dari bawah dengan melakukan banyak kerja demi sebuah pengalaman berharga," katanya sambil memberitahu Prokuya Studio turut mengkhusus kepada pengurusan artis, pengiklanan dalam talian, produksi dan selain bakal meneruskan skop baru iaitu pengurusan acara.
Ketika ini Fadzil dan Yana belum berpeluang untuk berbulan madu kerana kesibukan masing-masing.
"Ada kerja yang tertangguh dari produksi Prokuya sendiri membabitkan Yana. Yana terbabit untuk penggambaran telefilem dan filem. Hanya selepas selesai dua agenda itu baru kami boleh memikirkan hal bulan madu.
"Ikut keinginan Yana, dia teringin berbulan madu di Itali. Saya sendiri pernah katakan kepada rakan media ingin berbulan madu di Kepulauan Maldives. Tengoklah bagaimana nanti," katanya.
Majlis bertandang pasangan ini dijadualkan pada 7 Mac depan di Jitra, Kedah.




http://www.bharian.com.my/node/35674?Yana


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2015 02:17 PM | Show all posts
kakasotong replied at 18-2-2015 01:57 PM
Dah boleh rangkul2 pinggang dah

yana umur bp? fadzil bp? nampak mcm yana lg matured...anyway diorg ni nampak sesuai sgt. suka tengok pics kawin diorg
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 02:34 PM | Show all posts
kuchenta_81 replied at 13-2-2015 04:13 PM
Cantik. Sweet.

Adik Farid ni kerja apa? berlakon jugak ke?

aku pulak tak suka dengar suara dia bercakap
tak tahu le kenapa
dlm lakonan dan
in real mmg mcm tu ke suara dia?
maksud saya suara keanak2an
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 02:49 PM | Show all posts
kakasotong replied at 18-2-2015 01:53 PM
Kali pertama Fadzil masuk merisik Yana pada tahun 2010

tu dia ke?
awat lain na....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 02:50 PM | Show all posts
kakasotong replied at 18-2-2015 01:44 PM
Amran tu ala2 pemenat si yana nih. Kekonon claimed yana ni dia punya. Last2 meratib yana kena amik ...

hek ele
Amran tu perasan
semua artis dia nak
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 03:00 PM | Show all posts

diana danielle ke ni?
la lainnya muka dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2015 03:08 PM | Show all posts
Lorra2411 replied at 13-2-2015 04:25 PM
taktau pulak si Erra dgn Yana kawan baik. wahhh.

aku pun baru tau ni haaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 03:30 PM | Show all posts
kuchenta_81 replied at 13-2-2015 04:44 PM
seronok tengok majlis nikah macam ni, kat rumah sendiri nampak sweet jer
takde la kat tengah2 panas ...

emak farid belajar dari kesilapan....

dlm gambo2 ni ada tak muka mak diana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2015 03:37 PM | Show all posts
doubleA replied at 13-2-2015 05:15 PM
mak dia la kot, muka pun nak iras2 yana versi tua nanti kekdahnya

ko ni pun....tapi mungkin bener....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 04:01 PM | Show all posts
makneng replied at 13-2-2015 05:17 PM
Selama ni iolls ingat si intan bff dia..ghopenya erra.
Simple yet nice je majlis n baju nikah
Pre  ...

JGN gadoh ngan Diana dah le....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 18-2-2015 04:01 PM
JGN gadoh ngan Diana dah le....

Erk...nape uolls berkata begittew...theyolls x de konflik kan selama ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 18-2-2015 12:48 PM
tudung ijo tu sapa wei?
awat muka cam yana je?

Itu erra lee
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 09:09 PM | Show all posts
Edited by anno_miss at 18-2-2015 09:34 PM

lainnye yana in the make up.. pandai tatarias makeupkan idung ya..
SELAMAT PENGANTIN BARU YANA.. semoga berkekalan hingga ke jannah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2015 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 18-2-2015 02:50 PM
hek ele
Amran tu perasan
semua artis dia nak

Hahahaha tp dia lawak la. Iols terhibur baca dia punya post2 kat page official amran tu.

Yg xboleh blah nya si yana ngan fadzil pn layan dak amran nih. Siap mlm lepas diorg nikah tu fadzil post selamat malam dekat page amran.

Bengang budak amran tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2015 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
iznanaziz replied at 18-2-2015 02:49 PM
tu dia ke?
awat lain na....

Masa ni fadzil lg busok dr abang dia farid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2015 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
shunnaray replied at 18-2-2015 02:17 PM
yana umur bp? fadzil bp? nampak mcm yana lg matured...anyway diorg ni nampak sesuai sgt. suka teng ...

Umur yana 30, umur fadzil 32 tahun ni noks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2015 11:23 PM | Show all posts
muka husband yana macam mamat british dalam peep show, mark.
hahaha tapi versi melayu and hensem.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Itali & Maldives

Motip orang berhanimun iols yang eksaited
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 05:56 PM | Show all posts
de_ikea replied at 20-2-2015 12:53 PM
Itali & Maldives

Motip orang berhanimun iols yang eksaited

lepas ni boleh update gambo honeymoon, resepsi kat jitra sekali kat sini.

all in one about wedding dorang kekdahnya konsep benang ni.

tak gitu @kakasotong ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 07:47 PM | Show all posts
petang tadi tertinguk sat Adnan Sempit 3 kat Astro Ria.
kisahnya Fadzil pun ada acting sama dalam filem tu yang Yana kahwin dengan Along Charm dan Sam kahwin Intan Ladydiana tu.

Scene kejap ajer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.460289 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list