|
[Dunia]
Serpihan sayap kapal terbang ditemui. MH370 punyakah?
[Copy link]
|
|
Dgar cite pihak france pon blom confirm kan 100%, cuma highly suspected je. Diorang akan buat confirmation dgan test harini. Adekah bijan cuba nak jadik hero dgan confirmkan terlebih dahulu drpd pihak france? |
|
|
|
|
|
|
|
Harap jumpa lagi la part2 lain. |
|
|
|
|
|
|
|
adik twitter yang kuat mencapub itu pun menggelupor konon sobing tak tahu nak buat apa gitu dengan berita ini
|
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya ibu pertiwi dan MAS declare lebih kurang sehari awal dari french official. sebab abang french semalam bagitahu hari ini baharu mereka boleh betul kompomkan, semalam statement heshe hanya cakap most likely it is from MH370 namun heshe tak kompomkan maybe ada SOP analysis yang belum siap kot? namun begitu of course la ianya dah kompomkan cuma tak officially jah dari french official yg di tugaskan memeriksa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kronologi tragedi pesawat MH370
6:46AM - 6 Aug 2015
http://www.malaysiakini.com/news/307506
Berikut kronologi operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, hampir 17 bulan selepas ia terputus hubungan pada jam 2.40 pagi 8 Mac tahun lepas.
Pesawat tersebut terputus hubungan di kedudukan, 120 batu nautika ke timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan, dan tiada isyarat kecemasan daripada pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Pesawat malang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam dan dijadual mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.
Penumpangnya terdiri daripada 38 rakyat Malaysia, China (153), Indonesia (tujuh), Australia (tujuh), Perancis (tiga), Amerika Syarikat (tiga), New Zealand (dua), Ukraine (dua), Kanada (dua), Rusia (satu), Itali (satu), Taiwan (satu), Belanda (satu) dan Austria (satu).
Berikutan kejadian itu, Malaysia melancarkan operasi SAR melibatkan pelbagai negara dan usaha itu berterusan hingga kini.
* 8 Mac 2014 (Hari Pertama) - Operasi SAR pesawat itu dilancarkan pada jam 5.30 pagi di Laut China Selatan.
* 9 Mac 2014 (Hari Kedua) - Kawasan mencari diperluas ke Selat Melaka apabila disahkan pesawat berkenaan berpatah balik. - Beberapa negara termasuk Singapura, Vietnam, Indonesia, China dan Amerika Syarikat mengerahkan petugas dan aset masing-masing membantu gerakan itu.
* 15 Mac 2014 (Hari Kelapan) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kali terahir pesawat berkomunikasi dengan satelit ialah dengan satu daripada dua koridor yang berkemungkinan; koridor utara yang bermula lebih kurang di sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand atau koridor selatan, lebih kurang dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.
- 26 negara menyertai operasi dalam fasa ini, yang meliputi 2.24 juta batu nautika persegi.
* 24 Mac 2014 (Hari Ke-17) - Najib mengumumkan bahawa data dikeluarkan satelit Inmarsat Britain memutuskan bahawa penerbangan itu berakhir di selatan
Lautan Hindi dan Australia akan mengetuai operasi mencari di kawasan itu.
* 1 April 2014 (Hari Ke-25) - Kerajaan Australia melancarkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) bagi menyelaras operasi mencari MH370.
* 3 April 2014 (Hari Ke-27) - Najib tiba di Perth, Australia untuk meninjau sendiri operasi mencari, mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Australia Tony Abbott.
* 4 April 2014 (Hari Ke-28) - JACC berkata operasi mencari MH370 memasuki fasa baharu dengan pencarian dilakukan di dasar laut di selatan Lautan Hindi bagi mengesan 'pinger' kotak hitam.
* 31 Julai 2014 (Hari Ke-146) - JACC berkata kerja ukur batimetrik yang dilakukan kapal Zhu Kezhen dan Fugro Equator di sepanjang arca ketujuh di selatan Lautan Hindi, berjalan lancar.
* 21 Okt 2014 (Hari Ke-227) - Kapal yang diberi kontrak oleh Malaysia, GO Phoenix, menyertai operasi mencari bersama kapal yang diberi kontrak oleh Malaysia-Australia, Fugro Discovery dan Fugro Equator.
- Kemudian, satu lagi kapal, Fugro Supporter ditambah untuk membantu usaha mencari.
* 29 Jan 2015 (Hari Ke-326) - Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengisytiharkan secara rasmi bahawa MH370 mengalami kemalangan mengikut Standard Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Chicago dan kesemua 239 penumpang serta anak kapal MH370 dianggap telah terkorban.
* 12 Feb 2015 (Hari Ke-340) - Kerajaan Malaysia berbincang dengan China untuk menambah kapal bagi menyertai operasi mencari Penerbangan MH370, yang ketika itu melibatkan empat kapal.
* 18 Jun, 2015 (Hari Ke-466) - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia meneruskan misi pencarian fasa dua MH370 dengan hanya dua buah kapal meredah lautan kawasan terpencil di Lautan Hindi. Fasa satu selesai pada bulan yang sama dan kawasan pencarian seluas lebih 52,000 kilometer persegi telah selesai diliputi dalam pencarian.
* 29 Julai, 2015 (Hari Ke-508) - Seorang pekerja pembersih pantai menjumpai bahagian sayap sepanjang 2.7 meter dikenali sebagai flaperon yang pakar-pakar percaya ia berasal dari pesawat Boeing 777. Satu-satunya pesawat Boeing yang hilang di Lautan Hindi ialah MH370.
* 30 Julai, 2015 (Hari Ke-509) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah menghantar dua pasukan - satu ke Toulouse di Perancis dan satu lagi ke Pulau Reunion - susulan penemuan serpihan pesawat di pulau yang terletak di Lautan Hindi.
* 6 Ogos (Hari Ke-515) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa flaperon yang dijumpai di Pulau Reunion ialah daripada pesawat MH370 yang hilang.
- Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
up balik thred...jenuh mencari tadi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|