CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mbhcsf

Dr Harun Din meninggal dunia

[Copy link]
Post time 19-9-2016 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka nama anak beranak dia. Simple je.
Hakeem hamdi, huda haron.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2016 02:19 AM | Show all posts

Berdakwah hingga akhir hayat
ZULKIFLEE BAKAR  |  18 September 2016 6:00 PM


0 0 Google +0































- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.KvNP0EdB.dpuf






































“SESUNGGUHNYA Allahyarham merupakan tokoh yang mempunyai pendirian yang jelas dalam ilmu, tegas, cintakan Islam serta mendalam ilmunya. Mempunyai kefahaman yang tinggi ketika mana ramai orang kabur dan keliru dalam tindakan. Cintakan perpaduan dan mempunyai impian untuk melihat Islam dijunjung tinggi di tanah air.”

Itulah ulasan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berikutan kembalinya Mursyidul Am Pas, Datuk Dr.Haron Din ke rahmatullah kelmarin. Apa yang dikatakan oleh Zulkifli adalah gambaran tepat keperibadian, ketokohan dan perjuangan Allahyarham Haron - seorang ulama yang dihormati oleh kawan dan lawan.


Meneliti satu demi satu catatan perjalanan kehidupan Allahyarham sejak kecil, tidak keterlaluan kalau dikatakan Allahyarham adalah insan yang dilahirkan untuk menjadi pejuang Islam. Namun perjuangan yang dirintis dengan matlamat syariat Islam dilakukan secara berhemah. Biarpun tegas dan istiqamah dalam perjuangan berkenaan namun beliau sentiasa menjaga adab dan akhlak yang digariskan oleh Islam. Allahyarham tidak pernah menjatuh hukum kepada sesiapa apatah mencela dan memaki hamun orang lain.

Walaupun dianggap ulama hebat, namun Allahyarham amat merendah diri dan sentiasa bersedia menerima pandangan atau menyokong apa juga tindakan dalam satu-satu perkara waima oleh kerajaan sekalipun asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat Islam. Berada dalam barisan kepemimpinan utama Pas tidak pernah dijadikan tiket untuk Allahyarham memusuhi mana-mana kelompok Islam atau orang Melayu yang tidak sehaluan dengan parti itu.

Sebaliknya Allahyarham sentiasa berlapang dada dan berusaha mencari pendekatan terbaik agar misi dakwah yang dibawa khususnya dalam menegakkan perjuangan Islam Pas berjaya.
Berikutan sikap itulah Allahyarham tidak bersekongkol atau berkongsi sentimen dengan mana-mana pihak termasuklah dalam parti itu untuk melihat UMNO sebagai ‘musuh nyata’.


Bagi Allahyarham selagi ada ruang dan kesempatan bak kata orang biar sebesar zarah asalkan Allahyarham boleh berdakwah, Allahyarham bersedia merebut peluang tersebut. Atas sebab itulah Allahyarham tidak tergugat atau berasa resah dengan pandangan politik sempit sesetengah pihak termasuk dalam Pas sendiri yang mempertikaikan keputusan Allahyarham menerima jemputan kerajaan untuk menjadi Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) pada Februari lalu.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika mempertahankan kesediaan Allahyarham menganggotai MPI menegaskan, “Apabila ada orang yang mahu dan komited untuk berdakwah seperti Haron Din, misalnya menunjukkan komitmen beliau terhadap kerja dakwah, walaupun beliau ahli Pas, kita tidak sepatutnya menjadikan pelantikan beliau sebagai satu kesilapan atau kesalahan kepada parti.”

Sememangnya berdakwah sudah menjadi darah daging Allahyarham. Dalam apa juga situasi Allahyarham meletakkan perjuangan menegakkan syariat Islam sebagai matlamat utama. Allahyarham sentiasa tegas untuk mempertahankan syariat Islam dan bersedia memberi pandangan berlandaskan kepada prinsip mencari keredaan Allah.

Anak ketiga daripada 10 adik beradik ini, bersedia ke hadapan untuk menyatakan pendirian berhubung sesuatu isu yang menyentuh mengenai hal ehwal Islam. Berikutan ketika isu kalimah Allah hangat diperkatakan, Allahyarham muncul dalam rakaman video khas memberi penjelasan kenapa orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah suci itu. Begitu juga dalam isu ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’, Allahyarham secara terbuka menggesa penganjur yang beragama Islam bertaubat.

“Jika dilihat dari sudut akidah, perbuatan menganjurkan perkara haram secara terbuka ini seolah-olah satu percubaan mencabar hukum Allah dan fatwa serta ada sifat-sifat kebanggaan mereka yang berbuat demikian,” tegas Allahyarham.
Dalam mempertahankan kesucian dan menegakkan perjuangan Islam, Allahyarham sama sekali tidak akan berkompromi dengan sesiapa jua. Mungkin kerana ketegasan inilah apabila Allahyarham meninggal dunia ada kelompok termasuk segelintir pemimpin parti pembangkang bagaikan ‘meraikannya’.

Tindakan biadab itu dilakukan kerana mereka memahami umat Islam kehilangan seorang lagi ulama yang selama ini menjadi benteng mempertahankan kesucian Islam dan tidak pernah berputus asa memperjuangkan agama suci itu. Bagaimanapun ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana sepanjang berjuang bersama Pas, Allahyarham paling lantang menentang bekas sekutu parti itu, DAP yang dilihat sering sahaja memperkotak-katik maruah Pas.
Allahyarham tidak meletakkan kepentingan atau keuntungan politik sebagai keutamaan sebaliknya menegaskan, “Pas lebih bimbangkan kemurkaan Allah daripada bimbang tidak mendapat sokongan manusia.” Dalam soal politik juga, Allahyarham sentiasa bersangka baik dengan sesiapa juga asalkan ia membuka peluang untuk mendapat keredaan Allah.
Ini terbukti apabila Allahyarham menyambut secara positif usaha mewujudkan kerjasama Pas dengan UMNO. Antara lain beliau berkata, “Kedua-kedua (parti) sememangnya mungkin bekerjasama atau mungkin tidak bekerjasama, bergantunglah kepada sejauh mana kebajikan atau kebaikan yang boleh diterima demi mencapai ketakwaan kepada Allah.”


Hakikatnya, negara kehilangan seorang tokoh yang sepanjang hayat mengabdikan diri untuk berdakwah bukan kerana mahu mencari kuasa politik tetapi demi membimbing ummah ke arah mendapat keredaan Allah.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/berdakwah-hingga-akhir-hayat-1.384206#sthash.KvNP0EdB.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2016 02:24 AM | Show all posts
Maafi kami, ia keputusan sangat berat’ - Huda Haron
HAMDEN RAMLI  |  18 September 2016 11:15 AM
  87  2 Google +0

Huda Haron


STATUS terbaharu Facebook Dr. Huda Haron.
KUALA LUMPUR 18 Sept. - Keputusan mengebumikan jenazah Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din di California, Amerika Syarikat (AS) sangat berat untuk dilakukan, kata anak Allahyarham, Dr. Huda dalam status Facebook terbaharu hari ini

Menulis dari Campbell, California, Huda berkata, keputusan itu adalah ketentuan Allah yang tidak dapat disanggah dan bertindak di luar batas insani dan kasih sayang.

“Tiga perkara yang sentiasa Allah jadikan teka teki penuh hikmah dalam bab kematian kita, iaitu pertama, bila; kedua, di mana dan ketiga, bagaimana (cara kematian kita).
“Kami lima beradik termasuk mama sepakat, bulat dan tekad untuk menyemadikan baba (Allahyarham) di sini. Banyak kali kuliah dan pesanan baba - ‘perlu disimpan di mana tempat malaikat datang menjemputnya’.

"Walaupun ramai yang telah menghulurkan bantuan untuk urusan dibawa pulang, tetapi jangka masa tujuh hari suatu yang tidak dapat kami terima untuk biarkan baba tanpa penghormatan dan kemuliaan yang sepatutnya,” katanya.

Huda turut mengimbas kembali pendirian Allahyarham ketika hidupnya tentang urusan pengendalian jenazah.

“Semasa hayat baba... teringat suatu ketika, nak bawa mayat dari Kuala Lumpur ke Perlis pun baba takkan izin. Inikan pula berjam-jam, malah berhari-hari dalam peti ais.
"Selain itu perlu melalui embalm (rawatan mayat) yang pastinya menyeksakan segenap urat saraf. Tak sakit? Siapa kata tak sakit? Siapa berani jamin kita tak merasa sakit ketika itu? Tiada siapa yang melalui ajal maut dan kembali menceritakan bahawa jenazah tidak merasai sakit,” katanya lagi.

Huda seterusnya berkata, jika ditanya hati kecilnya yang sememangnya mementingkan diri sendiri, dia tentu mahu jenazah ayahnya dikebumikan di kawasan dekat dengan keluarga.
“Biar ingatan tidak padam sampai bila-bila kerana batu tandanya dekat dengan kita. Biar kita mampu ziarah hari-hari. Biar semua yang lain dapat ziarah berkali-kali. Itu kehendak kita dan saya rasa.. juga kehendak ramai lagi yang sayangkan baba.

“Tapi… adakah keputusan itu tepat untuk baba? Menyegerakan pengendalian dan penyelenggaraan jenazah juga dituntut syarak. Kita rasa baba milik kita, sebenarnya baba milik Allah,” tambahnya lagi.
Bagaimanapun Huda turut menyatakan penghargaan dan terima kasih daripada keluarganya kepada semua pihak termasuk kerajaan yang berusaha untuk membantu membawa pulang jenazah ke tanah air.

“Kami menghargai usaha pihak kerajaan terutama Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bersusah payah membantu mengaturkan pesawat persendirian. Terima kasih. Sangat-sangat kami hargai dan tersentuh.

"Kami sekeluarga merakamkan penghargaan atas keprihatinan Datuk Seri yang bersusah payah bertanya khabar dan menelefon sendiri mama. Juga berkali-kali bercakap sendiri dengan Balin jarak jauh melalui telefon,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/8216-maafi-kami-ia-keputusan-sangat-berat-8217-huda-haron-1.384337#sthash.xeBB2isq.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2016 02:54 AM | Show all posts
ANALISIS MINGGUAN
18 September 2016 6:00 PM
  0  0 Google +0
Obor Haron Din
AWANG ingin mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Mursyidul Am Pas, Dr. Haron Din atas kembalinya Allahyarham ke rahmatullah selepas mengalami komplikasi jantung di Hospital Universiti Stanford, Amerika Syarikat awal pagi kelmarin. Begitu juga kepada Pas.


Berita pemergian Allahyarham bukan sahaja kehilangan besar kepada keluarga dan Pas, malah umat Islam serta negara. Awang turut merasai kesedihan. Suatu kehilangan tokoh terbilang yang sukar dicari ganti. Seorang ulama tersohor dan berpengaruh, ilmuwan, pemimpin parti yang mempunyai pemikiran strategik demi kepentingan Islam, tokoh perubatan Islam yang ulung dan aktivis masyarakat yang disayangi ramai.
Sepanjang berada dalam barisan kepimpinan Pas termasuk ketika menjadi Mursyidul Am Pas, Allahyarham tidak banyak bersuara tetapi pengaruhnya besar sehingga ke akar umbi parti dan masyarakat Islam. Awang melihat sumbangan Allahyarham begitu besar yang terserlah menerusi pendiriannya dalam isu-isu kritikal yang melibatkan kepentingan Islam biarpun mengatasi kepentingan parti.
Allahyarham sentiasa komited kepada perpaduan ummah termasuk muafakat sesama parti Islam, sederhana dalam pendekatannya dan menghargai peranan media dalam mempertahankan syiar Islam.
Awang masih ingat ketika segelintir pemimpin Pas yang pro-DAP dan PKR mahu memboikot akhbar Utusan Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-13, Dr. Haron tetap dengan pendiriannya untuk terus berlanggan dan membaca akhbar tersebut. Utusan adalah rujukan utamanya, menurut Allahyarham.
Apa pun, sumbangan Allahyarham, begitu besar. Maka sebarang penghinaan oleh pemimpin DAP ke atas berita pemergiannya, tidak boleh diterima dan dimaafkan. Semalam, jenazahnya selamat dikebumikan di Amerika Syarikat.
Walaupun Dr. Haron sudah tiada. Obor perjuangan, pemikiran dan jati dirinya akan terus menyala di hati kalangan umat Islam. Al-Fatihah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.XUop5rJI.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2016 05:13 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 19-9-2016 05:15 AM

Anak jelaskan kenapa Haron dikebumi di AS
19 September 2016 1:27 AM
  0  0 Google +0
KUALA LUMPUR 18 Sept. – Anak Allahyarham Datuk Haron Din, Dr. Huda Haron, hari ini menjelaskan sebab-sebab mengapa ayahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore di San Francisco, California, Amerika Syarikat, semalam.









ISTERI Allahyarham Datuk Dr. Haron Din, Datin Khadijah Salleh menyiram air ke pusara pendakwah dan tokoh perubatan Islam itu di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, San Francisco, California, Amerika Syarikat.
Sambil memohon maaf, Huda melalui status yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya pada pukul 8.30 pagi ini berkata, beliau bersama empat adik-beradiknya yang lain iaitu Hamdi, Salwa, Najmi dan Hana serta ibu mereka, Datin Khadijah Salleh sepakat membuat keputusan tersebut selepas mengambil kira banyak faktor.

Faktor utama mereka membuat keputusan untuk mengebumikan jenazah pendakwah dan tokoh perubatan Islam terkenal itu di Amerika adalah setelah mengambil kira pesanan Allahyarham yang mahu arwah dikebumikan di tempat di mana beliau meninggal dunia.
“Berat sungguh keputusan yang terpaksa kami ambil untuk semadikan jasad baba di bumi asing. Namun, ketentuan Allah tidak dapat kami sanggah dan terpaksa bertindak di luar batas insani dan kasih sayang.

“Semasa hayat baba, teri-ngat suatu ketika, hendak bawa jenazah dari Kuala Lumpur ke Perlis pun baba takkan izin. Inikan pula berjam-jam, malah berhari-hari dalam peti ais. Selain itu perlu melalui embalm (pe-ngawetan) yang pastinya menyeksakan segenap urat saraf.
“Banyak kali kuliah dan pesanan baba. Perlu disimpan (disemadikan) di tempat di mana malaikat datang menjemputnya. Walaupun ramai yang telah menghulurkan bantuan untuk urusan membawa pulang (jenazah Allahyarham), tapi jangka masa tujuh hari adalah sesuatu yang tidak dapat kami terima untuk biarkan baba tanpa penghormatan dan kemuliaan yang sepatutnya,” katanya.
Dalam nukilan yang penuh emosi itu Huda mengakui, hatta jika ditanya hati kecilnya sendiri yang mementingkan diri sendiri, memang beliau mahu ba-panya yang juga Musyidul Am Pas itu sentiasa ‘dekat’ bersama-samanya sentiasa.


“Supaya ingatan tidak padam sampai bila-bila kerana batu tandanya dekat dengan kita, Biar kita mampu ziarah (pusaranya) hari-hari. Biar semua yang lain dapat ziarah berkali-kali. Biar ada di hadapan mata. Itulah kehendak kita dan saya rasa itulah juga kehendak ramai lagi yang sayangkan baba.

“Tapi adakah keputusan itu tepat untuk baba? Menyegerakan pengendalian dan penyenggaraan jenazah juga dituntut syarak. Kita rasa baba milik kita, sebenarnya baba milik Allah! Maafkan kami seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Huda turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, khususnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bersusah-payah membantu menga-turkan pesawat persendirian bagi membawa pulang jenazah ayahnya ke tanah air.
Sementara itu, Cucu Allahyarham, Hakeem Hamdi yang mengimamkan solat jenazah ghaib di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, dekat sini semalam, melahirkan rasa kagum dan bangga dengan keperibadian datuknya.

Ucapan itu dapat dibaca dalam akaun Facebook milik Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din (official) yang dimuat naik pukul 8.30 pagi ini.
“Tokwan (Allahyarham Dr. Haron Din), anda merupakan guru yang hebat. Sehingga ke saat akhir, tokwan masih me-ngajar kami tentang solat jenazah ghaib, penjagaan jenazah, khalifah, taman syurga, kesatuan keluarga dan lain-lain.
“Tokwan, mesti tokwan bangga dengan keluarga tokwan. Kami telah melakukan segalanya yang mampu walaupun ketika kami sedang bersedih dan menangis,” katanya yang turut mendoakan al-Fatihah kepada datuknya itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.jC0Y9hcS.dpuf

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 09:23 AM | Show all posts
alfatihah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2016 11:20 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 19-9-2016 05:13 AM
Anak jelaskan kenapa Haron dikebumi di AS
19 September 2016 1:27 AM
  0  0 Google +0

Teringat Uncle pada Allahyarham Syed Ahmad Muhammad Semait, seoran Ulama tersohor yg tinggal di Singapura .
Masa dalam perjalanan untuk mengajar di Kuala Lumpur ..kalau tak silap Uncle..

Kereta dia kemalangan ( terlanggar babi ) dan Ustaz telah meninggal dunia di tempat kemalangan. di Johor.



Walau kalau kita ikutkan..Johor dgn Singapura dekat je..tambahan waktu tu, abag Allahyarham adalah Mufti Singapura.
Rasa Uncle amat mudah bagi membawa balik jenazah ke Singapura.

Tapi..Ustaz telah dikebumikan di Johor.




Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 02:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2016 05:35 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 19-9-2016 09:45 PM
burungantu replied at 19-9-2016 11:20 AM
Teringat Uncle pada Allahyarham Syed Ahmad Muhammad Semait, seoran Ulama tersohor yg tinggal di Si ...

heyya assalamualaikum uncle
at the end of the day , it came down on me that the most priceless and important 'harta' in life  is ilmu.  cantiknya ialah sifat  ilmu  yg abstract itu  ialah  apabila ia  memanfaatkan dan   dimanfaatkan  dan akhirnya apabila manusia tu meninggal /  manusia / jasad tu = physical entity maka yg  dibawa ialah pahala dan kalau diikutkan golongan ini - harta  dan sahama mereka ialah dalam bentuk sebaran ilmu dan ilmu tu abstract / mujarrad  ....

cantik , kan Allah ni ye uncle? i mean in  a way ...
don't you think?

bila tengok cantik hidup org kita akui and akur betapa cantiknya Allah itu ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2016 09:43 PM | Show all posts
Haron Din tokoh penyatuan ummah
MOHD. ASHROF ZAKI YAAKOB  |  19 September 2016 6:25 PM
  






HARON din (kiri) mewakafkan dirinya demi perjuangan Islam dan


HARON din (kiri) mewakafkan dirinya demi perjuangan Islam dan menginfaqkan seluruh tenaganya untuk melaksanakan misi dakwah di negara ini. Di sebelah beliau Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam majlis perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke-61 pada Jun 2015 di Kuala Selangor. UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH


RAKYAT Malaysia menangisi kehilangan sebutir permata ummah yang sangat tinggi ilmunya dan sumbangannya kepada seluruh masyarakat Islam. Pemergiannya terlalu mendadak sehinggakan ramai yang sukar menerimanya lantaran keilmuannya masih lagi didambakan oleh seluruh umat Islam di Malaysia.

Latar belakang akademik dan pengalaman keilmuan yang dimiliki sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau ialah tokoh yang amat disegani oleh kawan dan lawan. Menjadi rujukan utama dalam pelbagai bidang, mengasaskan dan mengembangkan ilmu pengubatan Islam, memangkinkan perjuangan gerakan Islam di Malaysia dan konsisten dalam setiap ucapan dan tindakan menjadi trademark kepada kehebatan peribadi mulia ini. Dalam kelembutan wajah dan manis senyumannya, setiap pendiriannya dituturkan dengan penuh hikmah dan tegas dalam pelaksanaannya.

Nama Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din bukanlah baharu dalam bidang politik dan dakwah di Malaysia. Seawal tahun 80an lagi beliau sudah menyinar dan dilihat sebagai ikon yang bakal memimpin masyarakat Islam di Malaysia. Beliau mewakafkan dirinya demi perjuangan Islam dan menginfaqkan seluruh tenaga kudratnya dalam melaksanakan misi dakwah di negara ini.

Dakwahnya merentasi sempadan politik dan perkauman, menumpukan kesatuan Islam bagi masyarakat Melayu serta berusaha mendaulatkan Islam sebagai teras kepada perpaduan dalam negara. Keberanian beliau menerima tanggungjawab sebagai Ketua Kluster Dakwah, Majlis Perundingan Islam (MPI) di bawah kelolaan Kerajaan Persekutuan membuktikan pendirian berhikmah beliau serta menzahirkan politik yang matang dan sejahtera berasaskan prinsip ajaran Islam yang sebenar. Ini mencetuskan paradigma baharu kesatuan dan perpaduan masyarakat Islam khususnya, di samping memangkinkan proses mendaulatkan Islam yang menjadi teras dan tunjang bagi keharmonian dalam negara.


Amat mengagumkan apabila perbezaan fahaman politik dan perkauman terus dihapuskan lantaran pemergian beliau. Ucapan takziah dan kesedihan atas pemergian Allahyarham oleh pemimpin kerajaan serta tokoh-tokoh politik tanah air tanpa mengira fahaman parti memberikan gambaran jelas bahawa beliau ialah tokoh yang luar biasa. Jurang politik sempit berjaya dihapuskan dan politik dakwah beliau membuahkan hasil yang mengagumkan.


Tuan Guru Dr. Haron Din pastinya amat sinonim dengan pengubatan Islam di Malaysia. Kaedah rawatan menggunakan Rukyah Syariah yang telah diasaskan semenjak 1977 berjaya menarik keluar kepercayaan tahyul masyarakat Melayu kepada pengubatan Islam yang tulen. Beliau seterusnya mengasaskan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam (Darussyifa) pada 1988 yang seterusnya merintis kepada perkembangan secara besar-besaran kaedah rawatan Islam yang bukan hanya memfokuskan kepada penyakit rohani, malah sebagai komplimentari kepada rawatan penyakit fizikal dalam perubatan alopati. Sehingga kini, Darussyifa telah berjaya melahirkan lebih 6000 pe-rawat Islam bertauliah, 65 pusat rawatan di seluruh negara serta 13 kelas pengajian pengubatan Islam hampir di setiap negeri di Malaysia. Pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan terhadap Pengubatan Islam adalah cita-cita utama beliau dan menjadi kejayaan paling manis bagi perjuangannya dalam pengubatan Islam.
Saya amat yakin semua anak murid dan kenalan rapat beliau pasti mengakui bahawa ilmu ikhlas adalah ajaran dan anugerah terbesar beliau kepada kita semua untuk dicontohi. Keikhlasan beliau dalam setiap pengucapan dan tindakan memberikan kesan yang sangat mendalam, melebihi kepentingan lain yang selalu merosakkan nilai sesebuah amalan. Buktinya, pemergiannya ditangisi kawan dan lawan, mengundang jutaan takziah dari segenap pelosok dunia, dan legasi perjuangannya didokong utuh oleh anak murid dan para pengikutnya yang istiqamah sehingga kini!


Allahyarham amat sinonim dengan keilmuan dan dakwah. Paling menarik, pasca pemergian beliau juga mencetuskan paradigma ilmu baharu pengurusan jenazah yang menepati Sunnah Nabawiyyah sekali gus menghapuskan dogma kolot yang lama membekas dalam masyarakat Melayu. Kehadirannya mencurahkan lautan ilmu, pemergiannya mencetus paradigma baharu dan pastinya menyuntik semangat perjuangan Islam kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Jasa dan sumbangan beliau dalam menyatukan masyarakat Melayu dalam pelbagai bidang wajar dihargai dan dicontohi. Beliau berjaya menyatukan pemikiran masyarakat Melayu daripada fahaman tahyul kepada kesatuan aqidah yang jitu. Beliau berjaya menghapuskan fahaman politik sempit kepada politik Islam yang membimbing kawan dan seteru. Beliau merintis perubahan kefahaman pemikiran masyarakat Islam kepada mendaulatkan ajaran Islam yang satu. Maka beliau amat layak dinobatkan sebagai Tokoh Penyatuan Ummah di Malaysia, di dunia jasamu menggunung, ganjaran baik di syurga menunggu.


Berehatlah dengan tenang wahai guruku, Murabbi ummah yang sentiasa membimbing umatmu. Nikmatilah kerehatan yang hakiki, setelah perjuanganmu di dunia tidak pernah terhenti, selagi nyawa dikandung badan, budi dan keringat telah engkau curahkan. Doa dari kami anak-anak muridmu sentiasa mengiringimu sehingga akhir hayat kami.


PENULIS ialah Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/haron-din-tokoh-penyatuan-ummah-1.384594#sthash.y1MUDVfM.dpuf

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 01:45 AM | Show all posts
Semoga almarhum tuan guruku ditempatkan di dalam syurga tertinggi.

insan-insan bergelar 'tuan guru' makin lama makin berkurang. dahla tak ramai, semakin berkurangan pula.

Allahu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 02:28 PM | Show all posts
Cikgu,doktor,engineer suma bila meninggal ada ganti, tp ulama payah nak nak berganti
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 20-9-2016 04:07 PM

Alah, stab awal2 calon2 ulama yg cerdik, lepas tu kasik moral down aje. Tak pun kasik perangat hingga terbakar calon ulama dan bunuh atas alasan "pengganas" (dah berlaku pun).

Standard spek ulama.

Siapa sanggup jadi ulama?

Huhuhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 02:19 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 17-9-2016 10:49 PM
5,000 hadir solat jenazah ghaib untuk Haron Din
salam

Solat jenazah ghaib yang bermula pada 9.25 pagi itu kemudiannya disertai semua hadirin dan diimamkan oleh cucu Haron, Hakeem Hamdi,17.










wassalam

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 02:28 PM | Show all posts
salam




إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا

صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


شفعاعة.شفاعة حصوصى

اِلَى حَضْرَةِ النَّبِيْ مُحَمَّدِ نِ الْمُصْطَفَى رسول الله صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ

شَيْئٌ لِلَّهِ لَهُمُ الْفَاتِحَةُ







ثُمَّ اِلى اَرْوَاِحِ اَهْلِ الْقُـبُوْرِ

وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَات وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَات  

كَافَّةِ اْلاَنْبِيَاءِ وَالشُّهَدَاءِ وَالْعُلاَمَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ  

شَيْئٌ لِلَّهِ لَهُمُ الْفَاتِحَةُ









wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 01:05 AM | Show all posts
Al Fatihah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2016 06:35 PM | Show all posts
Lokasi semadi Haron Din bukti kehebatan Allah

OLEH ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ  |  26 September 2016 6:00 PM
  0  0 Google +0


AHLI keluarga Allahyarham Haron Din menanam pokok bunga ketika menziarahi pusara Mursyidul Am Pas itu di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, San Francisco, California, Amerika Syarikat.

SIAPA sangka? Lahir di Iraq tapi dikebumikan di Kampung Sungai Pusu Gombak, Selangor! Itu yang berlaku kepada Prof. Dr. Irfan dan Dr. Baha’uddin, dua pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang berasal dari Iraq. Siapa sangka lahir di Malaysia tetapi meninggal dunia di ruang udara Ukraine. Itu pula yang berlaku kepada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17.
Siapa pula tahu, tokoh agama, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din, lahirnya di Perlis tapi disemadikan di California, Amerika Syarikat (AS). Jarak antara dua lokasi ini beribu kilometer jauhnya.
Apabila mengenang lokasi persemadian arwah Haron, iman kita kepada Allah sepatutnya mencanak naik. Hebat sekali Allah SWT yang merencanakan segala sesuatu.

Benar sekali firman Allah ini:

“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi Pengetahuan-Nya,” (Luqman[31:34]).





Siapa tahu? Ketika malaikat diarah meniup roh ke dalam janin Allahyarham pada usia empat bulan, tarikh dan tempat matinya sudah ditetapkan Allah berlaku di bumi California, AS yang nun jauh di sana.

Benar sekali sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian ia menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian ia menjadi seketul daging selama itu juga (40 hari), kemudian dihantar kepadanya malaikat lalu diarahkan agar menulis empat perkara. Lalu dikatakan kepada malaikat itu: Tuliskan perihal amalannya, kadar rezekinya, ajalnya dan sama ada dia menjadi orang yang celaka (sebagai ahli neraka) atau bahagia (sebagai ahli syurga). Kemudian ditiup padanya roh,” - Sahih Bukhari, Sunan Abu Dawud, Sunan Tirmizi, Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad.


Ketika mengulas ayat misteri tempat mati yang ditetapkan bagi manusia, Imam Ibn Kathir membawa sebuah hadis, sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya apabila Allah mahu mencabut roh hamba-Nya di sebuah bumi, dijadikan bagi hamba-Nya itu sesuatu hajat (urusan) di bumi tersebut,” - Musnad Ahmad, Sahih Ibn Hibban, hadis ini dinilai sahih oleh al-Albani.

Ketika mengulas ayat 34 surah Luqman di atas, para mufassir membawa sebuah riwayat yang mengisahkan satu peristiwa ajaib pada zaman Nabi Sulaiman a.s. 
“Pada suatu hari Malaikat Maut bertemu dengan Nabi Sulaiman a.s., Malaikat Maut terpaku melihat seorang lelaki dalam majlis baginda. Lelaki itu bertanya kepada Nabi Sulaiman: “Siapakah dia ini?” baginda menjawab: “Dia adalah Malaikat Maut.” Lelaki itu berkata: “Seakan-akan dia mahu mencabut nyawaku, wahai tuanku suruhlah si angin agar membawaku jauh ke negeri Hind.” Nabi Sulaiman pun melaksanakan permintaan lelaki tersebut. Sesudah itu Malaikat Maut berkata: “Sebenarnya aku melihatnya kehairanan kerana aku diarahkan Allah agar mencabut nyawanya di negeri Hind sedangkan (dalam beberapa ketika sebelum matinya) dia masih berada bersamamu.” (Tafsir al-Alusi, Tafsir al-Baydawi dan Tafsir al-Nasafi).

Mati adalah misteri Allah. Tiada siapa tahu tarikhnya dan di bumi mana akan dikebumikan. Apa yang pasti, ikatan sempadan negara hanya berlaku dalam alam zahir ini. Alam barzakh yang menjadi negeri persinggahan sementara sebelum ke akhirat pastinya tiada sempadan ruang dan masa seperti alam dunia.

Orang beriman seperti Allahyarham mungkin sedang berbahagia di sana bersama rakan-rakannya yang lain.

Ya Allah! Walau di bumi mana pun dia disemadikan, jadikan kubur guru kami itu sebagai sebuah taman antara taman syurga-Mu. Insya-Allah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/lokasi-semadi-haron-din-bukti-kehebatan-allah-1.387427#sthash.HcE4Xguj.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 19-9-2016 02:24 AM
Maafi kami, ia keputusan sangat berat’ - Huda Haron
HAMDEN RAMLI  |  18 September 2016 11:15 AM
  ...

Apa yg anaknya maksudkan tujuh hari dlm artikel di atas?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2016 04:37 AM | Show all posts
Ustaz Ishak Din meninggal dunia
14 November 2016 9:46 PM

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Penceramah bebas, Ustaz Ishak Din, yang juga abang kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din, meninggal dunia petang tadi.
Menurut paparan di laman laman Facebook, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official), yang turut disebarkan oleh pengguna laman sosial lain petang tadi, Ustaz Ishak meninggal dunia pada pukul 6.05 petang sewaktu sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), di sini.
"Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang kekanda kepada Allahyarham Tuan Guru Haron Din iaitu Ustaz Ishak Din (Pak Ngah) telah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi.
"Satu kehilangan besar berganda bagi seluruh keluarga dan masyarakat. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengurniakan keampunan buat Allahyarham yang dikasihi. Amin," kata kenyataan tersebut. - UTUSAN ONLINE
Tag Berkaitan
- See more at: https://www.utusan.com.my/berita ... thash.u8lp49Yy.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainn ilaihi rajiun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43144 Replies : 436
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50026 Replies : 153
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38607 Replies : 24
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276587 Replies : 8077
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39502 Replies : 47
KRAVEN THE HUNTER
SY_MumiKRAVEN THE HUNTER
Views : 2140 Replies : 5
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38672 Replies : 31
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 28225 Replies : 19

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.325198 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list