CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chacon

Untold history - Misteri tasik kenyir yang ramai belum tahu

[Copy link]
Post time 20-2-2017 01:34 PM | Show all posts
Ada terbaca dalam satu thread berkisarkan sulur bidar yang dikatakan 'menghuni' dasar tasik kenyir. Sulur bidar ni seakan tikar besar yang terapung di permukaan tasik dan akan menyedut apa saja yang ada di permukaan air, termasuklah bot. dikatakan jua ia adalah sejenis hantu air (wallahu'alam).

Aku rasa itulah yang misterinya pasal tasik kenyir ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2017 01:44 PM | Show all posts
DI sebalik riak air yang tenang di permukaannya, Tasik Kenyir yang dikelilingi hutan rimba menyembunyikan pelbagai misteri dan mitos yang masih tidak terungkai sehingga hari ini.

Selain kisah alam bunian, kelibat ular gergasi yang berenang di permukaan tasik dan ikan tapah sebesar perahu yang menyambar monyet di dahan pokok, kewujudan makhluk bernama Sulur Bidar juga antara yang sering diperkatakan.

Dalam kalangan pemancing tegar yang meneroka jauh ke penjuru tasik dan memasuki aliran anak-anak sungai, kisah Sulur Bidar di Tasik Kenyir bukan sesuatu yang asing, bahkan sudah menjadi modal bersembang sejak sekian lama.

Sulur Bidar yang diceritakan dalam pelbagai versi digambarkan sebagai makhluk menyerupai hamparan tikar yang muncul di permukaan tasik dan menyerang dengan menterbalikkan bot sebelum menggulung dan menenggelamkan mangsa ke dasar tasik.

Kemunculan makhluk yang menjadi mimpi ngeri kaki-kaki pancing itu dikatakan dapat dikesan melalui gelodak buih yang diikuti dengan timbulnya daun-daun mati di permukaan air.

Lebih aneh lagi, daun-daun yang timbul dari permukaan tasik itu dikatakan kering seolah-olah diperah dan digulung-gulung oleh makhluk itu sehingga boleh terus dibakar.

Salah satu versi yang agak popular mengatakan, makhluk berbadan putih yang sering muncul selepas hujan itu mempunyai empat kepala seperti kepala kura-kura di setiap penjuru badannya.

Selain menjadi mitos dalam kalangan kaki pancing, makhluk yang dipanggil Ular Bidan oleh penduduk tempatan itu turut diceritakan oleh masyarakat Orang Asli dan dikatakan wujud di tasik-tasik besar seperti Tasik Bera dan Tasik Chini di Pahang.

Di Tasik Kenyir, wartawan S2 menemui salah seorang daripada empat saksi yang mendakwa pernah melihat kejadian aneh yang mungkin boleh dikaitkan dengan kewujudan makhluk tersebut.

Mohd. Radzi Mohd. Datar, Juruteknik Awam Kanan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berkata, dalam kejadian kira-kira lima tahun lalu, beliau dan empat orang rakannya dikejutkan dengan gelodak buih yang bergerak menuju ke arah mereka ketika berada di tebing Tasik Kenyir.

"Cerita mengenai Sulur Bidar memang sudah lama kami dengar. Ada yang percaya, ada yang ragu.

"Tetapi pada hari itu lidah kami betul-betul kelu, tidak berkata apa apabila melihat kepulan buih besar yang timbul di permukaan tasik.

"Berbeza dengan buih mata air yang biasa dilihat, buih tersebut seperti keluar daripada sesuatu yang sedang bergerak laju ke arah kami berempat,'' katanya.

Panik dengan apa yang berlaku, Mohd. Radzi dan rakan-rakannya bertindak meninggalkan tempat kejadian tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Di sebalik kejadian luar biasa yang tidak pernah disaksikan sebelum itu, Mohd. Radzi memilih untuk tidak mempercayai kewujudan makhluk tersebut.

Secara saintifiknya, beliau percaya gelodak buih tersebut terhasil daripada aktiviti semula jadi yang berlaku di dasar tasik.

"Ada kajian mengatakan berlaku pembebasan gas di dasar tasik yang menghasilkan buih dan menolak naik himpunan daun-daun yang mendap.

"Bagi saya penjelasan saintifik mungkin lebih baik daripada kita mempercayai sesuatu yang tidak terbukti kesahihannya,''katanya.

"Selama ini pun tidak pernah kedengaran ada sesiapa yang menjadi mangsa Sulur Bidai,'' katanya.

Sejauh mana kebenaran mitos mengenai Sulur Bidai, ramai yang mempercayai dan menganggap kemunculan makhluk seumpama itu sebagai jelmaan jin atau syaitan yang mahu mengganggu manusia.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... ncing#ixzz4ZCXzoj6C
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
lyza2474 replied at 15-2-2017 05:03 PM
pernah bermalam kat sini  .. makan best giler sebab ikan fresh... mancing dr resort yg kite duduk je ...

Stay kat mana lyza?? Mcm berminat je
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 12:49 PM | Show all posts
rasenye semua orang dah tau yg bawah tasik tu mmg ade perkampungna suatu mase dulu..... sbb tu la yg ade hanye pucuk2 pokok halus je sb pangkal pokok tu tenggelam dek air .... yg pakcik abbas ni pon kecik lagi kot mase kejadian ..... so die punye cerita pon mcm blur2 ayam je .....

tapi dari kesuburan tanah tu....sbb tu la ikan2 dlam tu boleh membesar bagai johan kat bawah air tu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Deidra replied at 20-2-2017 01:44 PM
DI sebalik riak air yang tenang di permukaannya, Tasik Kenyir yang dikelilingi hutan rimba menyembun ...

Wow menarik nih.....kena csi pasal makhluk bernama sulur bidar ni la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 02:55 PM | Show all posts
kat sini misterinya benda nama sulur bidar tu..
rupanya macam kain buruk dalam air.. tp boleh bergerak macam hidup la.. berenang tu ada halatujunya.. nak tau sulur bidar ni nak naik, akan ada buih2 dari dalam air naik ke permukaan.
tak tau apa sulur bidar ni, tp yg pasti benda hidup la..
aku tau pun dari citer2 je.. ujang kartunis tu pun pernah citer dalam majalah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2017 10:55 AM | Show all posts
nape takde geng yg suka scuba diving buat dkt sini??? boleh tau lebih lanjut kan... (ehh betul ke ejaan aku tu)...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 09:53 PM | Show all posts
Kisah sulur bidar, diceritakan pulak oleh porumer bernama sulur bidar yg kini ghoib.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang misterinya
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 12:45 AM | Show all posts

Sama La

hatikudus replied at 17-2-2017 02:16 PM
Adakah ikan gergasi tu misterinya? Penat aku pikir ni

Aku pon garu pale..

BTW hiway yang dari Ipoh ke KT bypass kat tasek ni dah boleh pake ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Deidra replied at 20-2-2017 01:34 PM
Ada terbaca dalam satu thread berkisarkan sulur bidar yang dikatakan 'menghuni' dasar tasik kenyir.  ...

I pernah baca pasal sulur bidar ni. Memang ditakuti katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
awaynepian replied at 21-2-2017 02:32 PM
Wow menarik nih.....kena csi pasal makhluk bernama sulur bidar ni la..

Ada dlm thread misteri sulur bidar...tapi dikatakan sulur bidar ni sejenis binatang..entah ler..bukan our forte bab bab gini..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
neo_5050 replied at 24-2-2017 03:46 PM
I pernah baca pasal sulur bidar ni. Memang ditakuti katanya.

Ditakuti sebab didakwa benda tu boleh menyedut apa sj yg ada di permukaan air. Kaki pancing mybe tau kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 15-2-2017 03:50 PM
macam ni ada ranting/dahan pokok jela yg terkeluar

Cantiknya gmbr ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:21 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-2-2017 12:45 AM
Aku pon garu pale..

BTW hiway yang dari Ipoh ke KT bypass kat tasek ni dah boleh pake ke?

Masa aku pegi raya Deepavali lepas, takde lagi jalannya, keluar Jalan Kuala Berang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 04:32 PM | Show all posts
AryaStark replied at 15-2-2017 12:48 PM
pernah stay atas house boat selama 3 malam, ikut geng memancing. memang sunyi. dengar bunyi hidupan  ...

3 malam? wow...mesti lebam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2017 04:21 PM | Show all posts
i pernah stay kat tasik kenyir 3 hari 2 malam dengan kawan-kawan sekolah
(dah habis sekolah pun time tu tapi sebab rapat sangat, so kitorang buat trip ke tasik kenyir sewa bas)

kitorang bermalam dalam khemah
geng lelaki masak dan geng perempuan lepak je
time siang panas gile babs... kalau masuk khemah time panas tu kulit kepala rasa nak melecur
tapi time malam, fuhhh sejukkkkkkkkk

malam pertama, masa tengah tido jam 3-4am tu ada sekumpulan babi hutan lalu belakang khemah
rasa bergegar khemah tapi kitorang duduk senyap je dalam khemah
kaum lelaki jaga bergilir-gilir tapi ada kaum pompuan yang stay...
pompuan yang stay tu ialah kawan kami yang tahan lasak dan tomboy

time siang macam-macam aktiviti kitorang buat
berkayak, berenang kat pool dalam pulau, sewa bot pusing tasik kenyir, gi jalan-jalan kat tempat ternak ikan, pergi mandi air terjun (sejuk nak mampussss) dan aktiviti rock climbing, flying fox etc

kesimpulannya best gileee
tak jumpa sekor hantu pun atau kena kacau
tapi tak rasa nak repeat sebab susah weiii nak kencing tengah malam gi toilet kena jalan sikit
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 04:23 PM | Show all posts
i bawa radio tapi lupa bawa bateri
i bawa kamera juga pun lupa bawa bateri
tapi ada kawan yang ada gambar-gambar kat sana
atas bot, time lepak tepi tasik

serious memang best sangat time tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm.... takut rasanya nak pi tsk kenyir ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 17-11-2017 04:21 PM
i pernah stay kat tasik kenyir 3 hari 2 malam dengan kawan-kawan sekolah
(dah habis sekolah pun ti ...

Bila trip tu ...baru lg ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.446645 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list