CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: mbhcsf

Perihal Ilmu Kalam dalam Pengukuhan Pemahaman ASWJ

[Copy link]
 Author| Post time 14-12-2018 05:18 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 14-12-2018 05:29 PM

Tidak seperti aliran pemikiran falsafah lain yang menumpukan aspek metafizik dan saintifik, relativisme ialah subjek pemikiran kelompok Sophist dan ia berkenaan persoalan humanistik liberal. Gagasan pemikiran ‘skeptical pragmatism’ yang dibawa oleh mereka telah melahirkan elemen baru dalam pemikiran Greek dengan menjadikan falsafah lebih bersifat spekulatif dan berpusat kepada dan berkenaan pemikiran manusia. Ciri-ciri relativisme ini dapat disimpulkan seperti menafikan universalisme (persetujuan sejagat berkaitan kebenaran), absolutisme (nilai yang tepat dan tidak berubah), objektivisme (nilai kognitif, etika dan estetika), monisme (satu pandangan, penilaian dan norma yang tepat).

Di samping itu, ciri-ciri ini dijelaskan lagi dengan domain yang lahir daripada idea relativisme ini. Antaranya epistimological relativism atau objective relativism iaitu kebenaran dinilai benar untuk individu atau sekumpulan orang namun belum tentu dinilai benar oleh pihak lain. Dengan itu, tiada kebenaran sejagat yang dinilai betul atau salah secara objektif. Kedua, religious relativism iaitu kebenaran sesuatu agama ditanggapi benar bagi penganut agama tersebut namun tidak bagi mereka yang lain. Oleh itu, tiada agama yang secara eksklusifnya mempunyai kedudukan paling benar dan diterima benar secara sejagat oleh semua manusia di sepanjang zaman. Ketiga, moral relativism iaitu tiada nilai moral yang mutlak dan menafikan wujudnya sistem etika yang secara objektif mampu menentukan penilaian benar dan salah. Kebaikan atau keburukan sesuatu nilai adalah berbeza dan dengan itu tiada nilai moral yang secara eksklusifnya benar atau salah secara umum. Keempat, cultural relativism iaitu setiap budaya mempunyai set nilai kepercayaan, moral, adat dan amalan yang khusus dan saling berbeza dengan yang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2018 05:20 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 14-12-2018 05:31 PM

Justeru, natijah daripada empat domain ini, jelaslah faham relativisme berakar daripada aliran pascamodenisme yang dapat dilihat daripada idea-idea ahli falsafah seperti Isiah Berlin, Friedrich Nietzsche, Martin Heidegger, Michel Foucault dan Jacques Derrida. Ciri-ciri pascamodenisme antaranya tiada kebenaran mutlak, benar dan salah saling sinonim, pengkonsepsian diri sendiri dan rasionalisasi, kuasa autoriti oleh institusi agama adalah korup, prinsip moral hanya bersifat peribadi, kepentingan globalisasi dan pengantarabangsaan serta setiap agama mempunyai kedudukan sama benar menurut perspektif penganut masing-masing.

Apakah keterkaitan isu realativisme dengan ilmu kalam?
Umum mengetahui persoalan nilai baik-buruk tidak dibincangkan secara terpisah namun sebahagian daripada wacana Usul al-Din secara khususnya berkait persoalan Af’al Allah dan Af’al al-’Ibad. Dalam ilmu kalam, perkara pertama yang dibincangkan adalah berkaitan konsep hakikat dan kewujudan yang mana ulama kalam melakukan bidasan khusus terhadap kelompok Sophist (golongan relativis) yang mendakwa hakikat sesuatu tertakluk kepada kepercayaan masing-masing.




Menurut Taftazani dalam Syarah ‘Aqaid Nasafiyah terdapat tiga golongan Sophist iaitu Al-La adriyyah (la adri), kelompok yang ragu-ragu terhadap keberadaan sesuatu sehingga menolak kemungkinan ilmu pengetahuan. Kedua, kelompok Al-’Indiyyah bersikap subjektif iaitu menerima pengetahuan dan kebenaran tetapi menolak matlamat keduanya. Golongan ini melihat matlamat sesuatu yang subjektif (‘indi) bergantung kepada pandangan peribadi. Ketiga, kelompok Al-’Inadiyyah iaitu mereka menafikan hakikat sesuatu dengan menganggap segalanya fantasi dan khayalan semata-mata. Ketiga-tiga kelompok ini berlaku apabila mereka mencampuradukkan sumber dan batasan ilmu serta melihat hakikat kewujudan hanya berkait alam fizikal semata.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2018 05:21 PM | Show all posts
As Syahid Said Ramadhan al-Buti menukilkan dalam karyanya berkenaan sumber ilmu pengetahuan yang dapat dicapai iaitu sama ada melalui nukilan atau dakwaan (melalui akal dan pancaindera). Persoalan nilai ini berkait dengan siapa pelaksana nilai dan berkait juga dengan af’al ibad (perbuatan hamba). Dua fokus yag dibincangkan dalam aspek af’al ibad ini ialah kebebasan dan hak asasi. Pilihan bebas merupakan amalan memilih (bukan keadaan) hanya yang baik sahaja dan ia merupakan keadilan terhadap diri sendiri (meletakkan ia sesuai pada tempatnya). Amalan pemilihan ini memerlukan pengetahuan mengenai apa yang baik dan apa yang buruk. Konsep baik dan buruk ini pula bersumberkan wahyu Allah SWT. Manakala pada konteks moden kini, persoalan hak asasi yang dikembangkan dari idea kebebasan John Locke suatu ketika dahulu dikaitkan kini dengan persoalan perbuatan manusia dalam Islam. Manusia tidak mempunyai hak untuk melakukan sesuatu kesalahan, kezaliman dan kejahatan kerana ia sendiri bukan ‘haqq’ yang boleh dipilih untuk dilakukan. Kebebasan diri individu dalam Islam merujuk kepada kebebasan diri rohani dan bukannya jasmani. Ia dengan maksud manusia menundukkan kehendak diri jasmani kepada diri rohani dengan mematuhi sesuatu yang disifatkan baik iaitu keimanan serta hukum hakam yang ditetapkan oleh agama. Begitulah keterkaitan elemen-elemen ini dalam perbahasan af’al ibad dalam ilmu kalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2018 05:21 PM | Show all posts
As Syahid Said Ramadhan al-Buti menukilkan dalam karyanya berkenaan sumber ilmu pengetahuan yang dapat dicapai iaitu sama ada melalui nukilan atau dakwaan (melalui akal dan pancaindera). Persoalan nilai ini berkait dengan siapa pelaksana nilai dan berkait juga dengan af’al ibad (perbuatan hamba). Dua fokus yag dibincangkan dalam aspek af’al ibad ini ialah kebebasan dan hak asasi. Pilihan bebas merupakan amalan memilih (bukan keadaan) hanya yang baik sahaja dan ia merupakan keadilan terhadap diri sendiri (meletakkan ia sesuai pada tempatnya). Amalan pemilihan ini memerlukan pengetahuan mengenai apa yang baik dan apa yang buruk. Konsep baik dan buruk ini pula bersumberkan wahyu Allah SWT. Manakala pada konteks moden kini, persoalan hak asasi yang dikembangkan dari idea kebebasan John Locke suatu ketika dahulu dikaitkan kini dengan persoalan perbuatan manusia dalam Islam. Manusia tidak mempunyai hak untuk melakukan sesuatu kesalahan, kezaliman dan kejahatan kerana ia sendiri bukan ‘haqq’ yang boleh dipilih untuk dilakukan. Kebebasan diri individu dalam Islam merujuk kepada kebebasan diri rohani dan bukannya jasmani. Ia dengan maksud manusia menundukkan kehendak diri jasmani kepada diri rohani dengan mematuhi sesuatu yang disifatkan baik iaitu keimanan serta hukum hakam yang ditetapkan oleh agama. Begitulah keterkaitan elemen-elemen ini dalam perbahasan af’al ibad dalam ilmu kalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2018 05:22 PM | Show all posts
Seterusnya pembentang menyentuh secara spesifik perbahasan baik dan buruk menurut Asha’irah dengan mendatangkan definisi dari Taftazani dan al-Iji iaitu baik ialah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT (pujian) manakala buruk pula ialah apa yang ditegah oleh-Nya (kejian). Baik-buruk ini perlu difahami melalui syariat (wahyu) dan bukan dinilai berdasarkan zat yang mampu diketahui akal. Menurut al-Ghazali pula, tanpa wahyu, akal tidak mampu mengetahui sesuatu perbuatan yang diganjari pahala iaitu baik dan perbuatan yang dibalas dosa iaitu buruk.

Potensi akal tidak dapat menjadikan sesuatu itu wajib dan menentukan apakah kewajipan yang perlu dilakukan (baik) dan apakah yang perlu dijauhkan (buruk). Syariat juga datang memberitahu manusia perbuatan apa yang menghasilkan pahala (baik) dan perilaku apakah yang mendatangkan dosa (buruk). Al-Ghazali pula berpendapat, penilaian yang dilakukan oleh manusia adalah tidak objektif kerana ia mampu dipengaruhi aspek kejahilan, perasaan, emosi serta berdasarkan andaian yang tidak muktamad. Kesimpulannya, konsep baik atau buruk menurut Asha’irah mengikut atau bergantung kepada penetapan Allah SWT bukan sebaliknya iaitu Dia bergantung atau terdorong kepadanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2018 05:23 PM | Show all posts
Beberapa bidasan yang dapat diketengahkan kepada faham relativisme ialah penerimaan relativisme dalam agama mengakibatkan status eksklusif agama dinyahnilaikan. Justeru, toleransi telah menerima maksud baru di kalangan relativis apabila didefinisikan sebagai sikap atau pegangan yang menerima kebenaran dan kesalahan yang pelbagai. Toleransi juga dilihat sinonim dengan pluraliti, dua perkataan yang bercanggah pada aspek etimologi namun diterima untuk membenarkan relativiti. Dalam konteks ini, agama disamakan dari sudut perakuan wujudnya kebenaran yang pelbagai dan saranan kepada para penganut untuk meyakini agama sendiri tanpa perlu menganggap ia satu-satunya wadah kebenaran.

Seterusnya perakuan kepada hakikat kebenaran yang berbeza ini adalah sikap dan pendirian yang ganjil. Hal ini telah menjadikan kebenaran akhirnya bersifat mutlak dalam suatu agama dan dalam masa yang sama bersifat nisbi apabila berhubung dengan penganut agama yang lain. Justeru, kepercayaan seperti ini tidak mampu memutuskan kebenaran yang mutlak. Sikap sebegini akhirnya melahirkan faham skeptisisme terhadap agama iaitu meragui apa yang dipercayai sehingga seterusnya melihat agama hanya keyakinan individu tentang kebenaran menurut perspektif masing-masing sahaja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-12-2018 05:24 PM | Show all posts
Antara bidasan lain kepada golongan relativisme ini adalah berkenaan sikap kritikan kepada teks agama dengan dakwaan teks bersifat statik tidak dinamik. Metod dekonstruksi yang diketengahkan bertujuan menunjukkan kegagalan penulis menghadirkan kebenaran absolut melalui usaha ‘membongkar’ agenda tersembunyi yang terkandung di sebalik teks. Hal ini secara tidak langsung juga bertujuan menampakkan ketidakupayaan teks sebagai medium kebenaran mutlak. Jika dilihat dari aspek yang lebih besar, secara ironinya dekonstruksi agama itu meruntuhkan autoriti ilmuwan agama.

Kesimpulannya, perbincangan tentang perbahasan baik dan buruk ini sebenarnya satu perbincangan yang kompleks dan mendalam dalam tradisi ilmu kalam. Dalam tradisi ini telah diketengahkan suatu nilaian yang khusus yang menjadi akar dalam mendepani faham relativisme. Relativisme yang bersifat reaktif terhadap nilai sedia ada, tidak menyediakan suatu pengetahuan baru dan sebaliknya menawarkan pengetahuan yang tidak mengikat hingga apa yang terzahir bukannya kefahaman sebaliknya perasaan yang skeptik. Proses pembelajaran disertakan dengan kefahaman tidak mencapai natijah jika berakhir dengan keraguan seperti apa yang Al-Farabi telah nukilkan, tahap akhir bagi proses belajar ialah sehingga mencapai keyakinan.

Rujukan: Catatan dan bahan daripada pengisian Dr. Mohd Khairul Naim Che Nordin semasa seminar dijalankan

-Admin-
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.347946 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list