|
[ALL ABOUT FENDY BAKRY] - latest drama KCKK
[Copy link]
|
|
harumanis replied at 14-5-2018 08:45 AM
Tak perlu lah kot tau details. Kita ni pun bukan sapa2 cuma peminat je..kalau dia tak nak share ki ...
Bkn sakit buah pinggang ke? Mcm saw somewhere gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
harumanis replied at 14-5-2018 08:46 AM
Tengok la Nana....sure you akan terhibur dengan aksi hero n heroin...they are so natural....
Ka ...
I tgk teaser sikit2 jgk.. FB ni mcm RI masa muda dulu.. muka gini tak jelak kalau tgk slalu..
nanti nana try to tengok. Hopefully leh khatam sblm puasa.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Mr Grey dah habis... so apa next drama FB? hari ni dah rindu nak tgk FB... Destinasi Ukhwah tu dah main ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Koalajaguar replied at 13-5-2018 09:24 PM
Alang?? Heolls nak no 3 ke
Tak tau la chuols tapi ada perasan anak buah ke sape tah panggil dia alang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya...jenis tak jemu dipandang.....I like the way he walks........ada gaya........
kot sapa2 nak repeat Mr Grey, boleh tengok online kat sini....(kaka tgh repeat...sbb byk plot twist kat hujung2; so kena repeat baru dapat feel)
Jalan cerita tak berapa sama dgn novel, so best sbb dah baca novel so bila ada plot twist tu yang nak tengok sampai abes......
http://www.kbergetar.co/2018/04/drama-mr-grey-2018-astro-ria.html?m=1
|
|
|
|
|
|
|
|
harumanis replied at 14-5-2018 10:46 AM
Ya...jenis tak jemu dipandang.....I like the way he walks........ada gaya........
kot sapa2 nak r ...
Thank u kaka.. i tak nk baca the novel.. biar enjoy the drama jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya tgk artis lelaki yg dr perlis ni la... Khai Bahar & Fendy Bakry ni cakap lembut je... tp hat yg pompuan cam RR & ijering kemain kasaq... |
|
|
|
|
|
|
|
anakura replied at 13-5-2018 10:17 PM
future zaujah check-in oso....
mana geng korma semanis senyuman bamfendy ni...
Amboi laju check in sini ye |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-5-2018 02:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Petikan Novel Yang Manis by Marissa
“KENAPA tak cakap awai-awai hang nak mai? Boleh aku pi ambik.”
Jidin mula berleter melihat Raees lemah. Kawan satu kampung yang sudah berusia 28 tahun itu sudah berhenti dari menjadi guru sandaran. Katanya rimas mengajar budak-budak darjah satu sedangkan masa di Universiti Sains Malaysia dulu langsung dia tak ambil subjek mengajar-mengajar ni. Jauh sungguh terpesong.
Baru dua hari lepas Raees menghubungi Jidin. Mengkhabarkan tentang temuduga yang mahu dicuba. Pengawai pemasaran untuk sebuah syarikat pengeksport bekalan minyak masak untuk negara-negara timur tengah.
“Tak maulah, hang pun sibuk.”
Mata Raees mula pandang kiri kanan rumah kedai paling atas. Semak samun. Tuala mandi bergantungan di merata tingkap. Baju, seluar main dan mana nak letak. Sakit mata Raees. Dia pun lelaki, tapi taklah pemalas lagu ni.
“Hang tinggal berapa orang ni? Tak menyusahkan ke?” soal Raees sedikit ragu dengan status dirinya di rumah tersebut. Bimbang mengundang rasa tidak senang rakan serumah Jidin yang lain.
“Taklah, budak-budak rumah ni tak kisah.” Jidin mencari sesuatu di dalam peti sejuk. Raees menantikan juga air apa yang bakal Jidin hidangkan.
Bila melihatkan hanya bekas botol mineral serta dua buah cawan plastik saja yang Jidin bawa, tahulah Raees dia bakal dijamu dengan air rasmi, ‘ayaq sejuk’. Jidin yang nama sebenarnya Tajudin bin Alias, namun disebabkan masa kecil kuat menangis nama Jidin kekal hingga ke hari ini. Mujur dulu tok wan Jidin hanya memanggil dengan nama itu, buatnya jubin atau siling, lagi haru. Lelaki yang sebaya dengan Raees yang bekerja sebagai kerani bank itu, pernah menjadi lelaki tersegak di kampung mereka bila mana, Jidin satu-satunya anak muda yang berjaya pulang dengan bergayanya Kancil keluaran baru. Namun kedudukan teratas Jidin tidak kekal lama, bila Roy atau nama sebenarnya Azrul anak bongsu ketua kampung berjaya membawa pulang pula Proton Saga keluaran baru.
“Bila temudugannya?” soal Jidin. Mengambil tempat di sofa lusuh.
“Pagi esok. Pukul lapan mesti ada kat sana. Hang boleh tolong hantaq aku sat? Kalau harap aku pi cari, pukul lapan malam esok pun sah tak jumpa.” Raees buat muka simpati. Siapa lagi mahu diharap kalau tidak Jidin. Sungguh, kalau dia mencari syarikat tersebut, pakai tak jumpa.
“Tu hang toksah risaulah. Aku boleh hantaq.” Lega perasaan Jidin.
“Tapi aku ingat hang kena pi potong rambut tu dulu. Kalau hang pi temuduga dengan rambut serupa Jack Sparrow ni, jangan kata syarikat tu tak mau, kilang buat sabun pun boleh tendang.”
Raees senyum sambil pegang hujung rambut yang sudah sampai ke bahu. Bukan mahu meniru gaya penyanyi rock, tetapi sejak berhenti kerja jadi cikgu, tiga bulan lepas, Raees langsung tidak ambil kisah tentang penampilan diri. Bukan ada guru besar yang mahu menegur, paling-paling pun, ketua kampung kerana rata-rata anak dara dan kaum ibu memakai tudung. Mana sesat pula orang berambut panjang tidak bertudung. Itupun kebetulan ketua kampung terpandang dari belakang.
“Aku nak solat asar dulu. Lepas tu baru kita pi,” kata Raees sambil memandang Jidin. Jidin angguk tanda setuju.
“Tu ada nasi ka?” Jidin bertanyakan pula tentang mangkuk bertingkat yang sejak tadi diletak atas meja sofa.
“Mana ada apa dah, Ada budak perempuan terlanggaq aku tadi. Habis nasi dengan sepat ronggeng tertabuq atas lantai,” jawab Raees kesal. Teringat semula gadis bertubuh kecil yang memiliki rambut serupa ekor tupai. Manis orangnya, budi bahasa juga lembut tapi sayang, kainnya tak cukup.
“La, ruginya. Bukan senang nak makan sepat ronggeng kat sini.” Jidin tumpang kesal sama. “Tulah.” Kesal Raees bersahutan.
Wajah gadis tadi melintasi ruang mata. Sungguh, Raees mana pernah melihat gadis secantik itu. Sebab itu Raees tidak boleh lupa.
Di kampung mereka yang paling cantik pun Rosni, gadis yang bekerja sebagai kerani di Pejabat Tanah. Itulah gadis yang Puan Mariana berhajat benar mahu ambil menantu. Tak mau Raees. Maintenance tinggi. Kurang-kurang duit belanja kahwin saja empat belas ribu. Mana Raees nak cekau duit sebanyak tu.
IMAN meniarap atas katil sambil belek komik dengan pandangan kosong. Makanan lelaki yang bertarabur atas lantai depan Salon Jaa Beauty tadi masih terbayang-bayang. Sedih Iman terbawa-bawa sampai rumah sehingga dia terpaksa tolak makan malam. Mata terkalih bila pintu yang tersedia ternganga diketuk.
“Ada sesuatu tak kena? Merajuk dengan papa lagi?” Wafi abang Iman bertanya dan berdiri tegak di situ. Lambat Iman geleng.
“Solat ke tidak ni?” soal Wafi lagi. Tahu benar akan penyakit liat Iman. “Cuti…”
“Mood periodlah ni?” Wafi senyum. Satu-satunya adik perempuan kesayangan Wafi yang akan mencecah umur 21 tahun bulan hadapan dipandang lama.
“Abang…” Baru saja Wafi mahu pusing badan untuk tinggalkan bilik Iman, sudah dipanggil semula.
“Ya, kenapa?”
“Betul ke kalau kita putuskan rezeki orang, rezeki kita juga akan putus?”
“Ya begitulah. Lambat dengan cepat saja. Kita putuskan rezeki orang, nanti Allah putuskan pula rezeki kita. Hidup ini memang begitu. Ada memberi dan ada yang menerima. Kalau biasa duduk atas, maka tak mustahil pula untuk tidak biasa duduk di bawah. Sederhanalah.” Iman tarik nafas. Butir-butir nasi di atas lantai makin jelas. Lelaki itu makan atau tidak malam ini? Kesianya dia kalau kelaparan.
“Kenapa ni? Kalau ada masalah cakaplah dengan abang. Rezeki siapa yang Iman sudah putuskan?” Wafi yang memiliki wajah seiras Datin Yatie, menghampiri Iman. Kemudian duduk di birai katil. Komik di tangan Iman ditarik. Pantang kalau dia bercakap tidak diberi perhatian. “Petang tadi…” Iman duduk bersebelahan Wafi.
“Iman terjatuhkan mangkuk bertingkat seorang lelaki. Habis nasi berterabur atas lantai. Abang tahu tak, lauknya cuma ikan goreng semata. Lepas tu Iman tengok dia macam baru datang dari kampung. Mungkin nak cari kerja kat sini. Nampak macam orang susah. Macam mana kalau itu saja makanan yang dia ada?” Sedih sungguh Iman.
Wafi peluk bahu Iman. “Itu namanya bukan putuskan rezeki orang. Itu namanya tidak sengaja. Lainlah Iman sendiri yang tolak.”
“Tapi muka dia kesian sangat.”
“Iman ada minta maaf tak?”
“Ada, Iman nak kasi duit, tapi dia tak nak.”
“Baguslah. Yang penting Iman sudah minta maaf, tapi pasal nak bagi duit tu abang kurang setuju. Bukan semua orang bermata duitan macam Iman. Bukan semua orang boleh dibeli dengan duit. Dan sesetengah orang, pemberian cara begitu merupakan satu penghinaan.”
“Ah…” Iman tambah kesal. Tersentak keduanya bila Datin Yatie muncul.
“Apa saja dua beradik ni,” tegur Datin Yatie sambil tunjuk telefon bimbit milik Wafi. “Bahiyah call,” kata Datin Yatie lagi. Cepat Wafi mendapatkan Datin Yatie.
“Kenapa tu?” soal Datin Yatie sambil muncungkan mulut ke arah Iman.
“Sindrom simpati tahap satu,” beritahu Wafi sambil tergelak. Kemudian ambil telefon bimbit dari tangan Datin Yatie dan bawa keluar. Tunang di talian.
“Err… Mama dapat tahu esok ada sale kat SOGO. Lima puluh peratus,” kata Datin Yatie bersahaja. Terus Iman terjun dari katil.
“Mama, pinjam kad kredit.” Terus Iman tarik tangan Datin Yatie. Datin Yatie geleng, betullah kata Wafi sindrom simpati tahap satu. Tidak bersungguh rupanya simpati Iman. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-5-2018 03:04 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by harumanis at 14-5-2018 03:09 PM
eyza_aziz replied at 14-5-2018 10:14 AM
Mr Grey dah habis... so apa next drama FB? hari ni dah rindu nak tgk FB... Destinasi Ukhwah tu dah m ...
Kaka dh DM osman ali ...mintak dia adaptasi novel Yg Manis tu...hahaha
Mmg sesuai Yg Manis tu kat FB. Yg Manis dalam novel tu adalah hero dia....Raees |
|
|
|
|
|
|
|
caya la kaka cepat bertindak... tak sabar nak tgk bam pendy kembali mendonia....
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-5-2018 03:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
eyza_aziz replied at 14-5-2018 03:07 PM
caya la kaka cepat bertindak... tak sabar nak tgk bam pendy kembali mendonia....
Mana tau kot osman ali respon....huhu |
|
|
|
|
|
|
|
check in
fans underground fb jgk |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa macam pernah jumpa...kat bwnang mana yea?
|
|
|
|
|
|
|
|
harumanis replied at 13-5-2018 10:00 PM
Seru laaa yg lain2 masuk....bagi meriah rumah ni...
Iols dah diseru .... |
|
|
|
|
|
|
|
Padanlah umah gosip sana sepi..semua berkuntum kat sini...iols ingt semua sudah melupakan grey... |
|
|
|
|
|
|
|
harumanis replied at 14-5-2018 03:04 PM
Kaka dh DM osman ali ...mintak dia adaptasi novel Yg Manis tu...hahaha
Mmg sesuai Yg Manis tu ...
Laju kaka...good... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu iols suka sgt novel lupa tajuk...diadaptasi sudah...pelakon remy ishak dan dira abu zahar...kaka rasa x sampai citer tu dlm hati...bc novel lg feel mendalam... |
|
|
|
|
|
|
| |
|