CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Modngengade

[Tempatan] Kejutan jutawan bakhil

[Copy link]
Post time 13-6-2018 10:17 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 13-6-2018 10:14 PM
tan sri spidey bila nak launch IPO syarikat tan sri ini cariforum IPO?  kalau ikutkan ranking dah  ...

Haha Cili
Spidey cuma momod, bukan owner. Itupun momod kerja free.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2018 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 13-6-2018 11:32 AM
Om jangan terburu-buru dengan permainan saham. Kena belajar dulu.
Ramai yang rugi teruk.

Terfikir jgk nak cuba saham. Susah ek?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mjla: Mandai je ckp bakhilElok je bg derma tu

bos aku dulu bukak kedai komputer tapi bila taip surat atau quetation dia pakai type writer yang antik tu.{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 10:41 PM | Show all posts
Knowlee replied at 13-6-2018 10:23 PM
Terfikir jgk nak cuba saham. Susah ek?

Knowlee, Spidey bukannya seorang yang pandai dalam selok-belok dalam dunia saham walaupun dah sedekad berjinak dalam bidang ini.
Spidey nasihatkan Knowlee dan mana-mana kawan lain yang belum ada pengalaman dalam bidang saham, jangan terburu-buru.
Banyakkan membaca segmen bisnes di paper mainstream atau majalah bisnes mingguan seperti The Edge dan Malaysia Focus.
Kita perlu tanamkan minat mengetahui sektor korporat, who's who dalam sektor tersebut. Macam kita berminat membaca majalah gossip ketika kita berusia remaja atau belia dahulu.

Knowlee sebagai permulaan, boleh berjinak dulu membeli saham blue chips. Belilah beberapa lot kalau berkemampuan
Kebaikkan membeli saham blue chips ialah, ianya kurang berisiko berbanding penny stocks. Naik turun harga saham (as in percentage) sangat kurang,  bermakna kita tidak perlu sentiasa berdepan dengan skrin komputer untuk track perkembangannya. Kalau mereka yang sibuk, dah pasti tak ada masa untuk track pergerakan saham dari semasa ke semasa.

Selain itu, saham blue chips lebih terjamin.


Selamat melabur sis.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 10:45 PM | Show all posts
Knowlee replied at 13-6-2018 10:23 PM
Terfikir jgk nak cuba saham. Susah ek?

Spidey lupa satu.
Kebaikkan membeli stok blue chips ialah biasanya syarikat-syarikat blue chips memberikan dividen yang amat tinggi dan stabil kepada pelabur.

Penny stock banyak yang tidak bagi dividen.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 11:04 PM | Show all posts
Knowlee replied at 13-6-2018 10:23 PM
Terfikir jgk nak cuba saham. Susah ek?

saham susah senang bergantung kepada MM dan knowledge :
> technical analysis
> fundamental analysis
> stop loss,cut loss,saiz lot dan macam2 lagi

kiranya saham ni bila dah dapat satu resipi kena stick dengan plan dan bila rugi kawal emosi. saham tak sesuai untuk kaki gambler dan tamak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2018 11:20 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 13-6-2018 11:32 AM
Om jangan terburu-buru dengan permainan saham. Kena belajar dulu.
Ramai yang rugi teruk.

betul tu.
member aku duit terbenam dalam saham.
nak tunggu price naik, ntah bila.
baik trade forex, nak start usd10 pun bole.

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2018 11:22 PM | Show all posts
aku punya deputy dean dulu,
pegi keje selamba naik moto c90.
chinese, da masuk 40s pun tak kawin lagi dia.
kekadang terserempak dia dalam bas ekspress otw ke KL.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2018 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 13-6-2018 11:20 PM
betul tu.
member aku duit terbenam dalam saham.
nak tunggu price naik, ntah bila.

Bro Cap ada main forex?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 09:43 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 13-6-2018 01:08 PM
Yup betul tu
Even org2 zaman skang, akak lihat kalau dia kaya dan dia bahagia dgn org sekeliling  ...

Syukur dan rasa cukup dengan apa yang ada...di kalangan kita pun ramai jutawan senyap...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 02:52 PM | Show all posts

yup, ada trade forex.
btw risk dia lagi tinggi dari saham, nak pulak dalam USD.
ada salah sorang speaker seminar cerita,
masa dia mula berjinak dalam forex,
dia loss usd10k dalam tempoh 24 jam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Org bakhil byk duit... org boros poket kosong
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 13-6-2018 11:04 PM
saham susah senang bergantung kepada MM dan knowledge :
> technical analysis
> fundamental analy ...

Adehhh... Start from zero ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 13-6-2018 10:45 PM
Spidey lupa satu.
Kebaikkan membeli stok blue chips ialah biasanya syarikat-syarikat blue chips m ...

Contoh blue chips?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 14-6-2018 06:58 PM
Contoh blue chips?

Sektor perbankan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
simpanan dia bukan rezeki dia.simpan utk orang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2018 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 14-6-2018 10:10 PM
Sektor perbankan.

Unit trust tu dikira blue chips ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2018 11:23 AM | Show all posts
Knowlee replied at 14-6-2018 11:51 PM
Unit trust tu dikira blue chips ke?

Posting sebelum ini, kami pernah menerangkan kepada anda tentang pasaran saham @ stock market. Kali ini mari kita lihat jenis-jenis saham yang wujud di dalam pasaran saham.
Sebenarnya pengkelasan saham ini tidak menentu, ada yang mengklasifikasikannya kepada banyak kategori, dan ada yang menggabungkan kategorinya menjadi sedikit.
Oleh itu, untuk mudah, kita akan lihat secara rawak jenis-jenis saham yang biasanya wujud. Antaranya ialah saham pertumbuhan, saham pendapatan, saham nilai, saham kitaran, saham defensif, saham mewah dan saham penny.
Bagi anda yang baru mendengar akan terma-terma saham ini, pasti anda berasa musykil dengan apakah intipati sebenar di dalam jenis-jenis kategori saham tersebut.
Dan untuk kali ini, kami akan membawakan kepada anda 2 jenis saham sahaja iaitu Saham Mewah (Blue Chips) dan Saham Penny (Penny Stock).
Tahukah anda apa itu saham ‘Blue Chips’?
Blue chips/ heavyweights stock/ saham mewah merujuk kepada syarikat yang ditubuhkan dan mempunyai asas latar belakang yang kukuh dengan risiko muflis yang sangat rendah serta syarikat ini konsisten dalam membuat pembayaran dividen kepada pemegang share nya.
Mengapa Blue Chips?
Asal perkataan Blue Chips adalah dari sejenis games iaitu permainan joker, di mana cip berwarna biru memegang nilai yang sangat tinggi. Oleh itu, secara simboliknya dipanggil blue chips kerana kebanyakan syarikat yang terhormat dan kukuh dalam pasaran dianggap sebagai selamat dan mempunyai kelayakan kewangan yang kukuh dan kuat.

Walaupun tiada garis panduan yang pasti tentang saham Blue Chips ini, tetapi boleh dikatakan kebanyakan 30 saham dalam index KLCI boleh dikategorikan sebagai saham mewah.
Saham Blue Chips telah lama bertahan dalam ujian masa dan telah menjadi salah satu kategori pelaburan yang paling disukai dalam kalangan pengurus dana profesional termasuklah kerajaan. Dan kebanyakan pengurus dana akan kekal melabur dalam saham Blue Chips ini untuk mengurangkan risiko penanda aras (benchmark).
Saham Blue Chips ini juga merupakan pelaburan utama untuk pelabur-pelabur asing apabila melabur dalam Malaysia.
Antara syarikat yang kukuh dalam indeks KLCI terutamanya adalah terdiri daripada bank-bank, syarikat-syarikat perladangan, kumpulan utiliti dan pembekal perkhidmatan telekomunikasi.
Kesemua syarikat ini merupakan bisnes korporat terbesar di mana ia juga menjadi wakil yang terbaik bagi ekonomi negara.

Kelebihan saham Blue Chips ini ialah risikonya rendah dengan potensi pulangan yang agak rendah. Dan harga sahamnya sentiasa stabil serta kurang berlaku turun naik harga. Selain itu, Blue Chips juga mempunyai level spekulasi yang rendah. Dan dividen yang diberikan sentiasa konsisten.
Bagaimana pula dengan ‘Penny Stocks’?
Penny Stocks tidak sama seperti Blue Chips. Kebanyakan Blue Chips selalu trade pada harga yang tinggi, manakala Penny Stocks kebiasaannya diperdagangkan bawah RM1.00 setiap share dan sangat popular dalam kalangan peruncit dan spekulator.

Walaubagaimanapun, syarikat jenis ini kurang ditubuhkan dan membawa risiko yang agak tinggi. Oleh itu, spekulatif trader lebih suka Penny Stocks kerana memberikan potensi pulangan yang tinggi dengan penggunaan modal yang lebih rendah berbanding Blue Chips.
Namun begitu, trader perlu lebih berhati-hati jika ingin memasuki saham syarikat jenis ini. Apa yang perlu dilakukan adalah anda cuba buat pemeriksaan latar belakang syarikat terlebih dahulu, cari tips bagi saham Penny Stocks di dalam internet, cuba ambil tahu bisnes apakah yang dibuat oleh syarikat tersebut, siapakah pemegang sahamnya, adakah syarikat tersebut bakal menerima kontrak terbaru atau syarikat tersebut akan diambil alih oleh pihak lain.
Setelah semua kajian dilakukan, baru anda dapat buat keputusan sama ada ingin mengambil risiko atau tidak. Kerana dalam setiap saham Penny Stocks, pasti terdapat banyak spekulasi dan tips yang diberi. Segala maklumat yang anda kumpulkan bergantung kepada kualiti maklumat tersebut, sama ada kukuh atau kurang kukuh.
Sekurang-kurangnya anda dapat membuka peluang untuk diri sendiri. Jika anda bertuah, anda dapat membuat duit apabila tips anda menjadi kenyataan. Dan jika sebaliknya, anda dapat melepaskan diri dengan kerugian yang sedikit jika tips tersebut tidak berlaku.
https://akademijl.com/2016/09/22/tahukah-anda-jenis-saham-blue-chips-penny-stocks/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.058000 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list