|
memberi tidak semestinya harta (100 pesanan akhir Rasulullah)
berapa banyakkah yang telah kita beri kepada orang lain selama ini? maksudnya bukannlah memberi harta atau memberikan bantuan tetapi memberikan sesuatu yang tidak memerlukan tenaga atau harta benda. misalnya, seperti memberi senyuman, kemaafan, kata-kata yang manis, ucapan salam, berjabat tangan, berterima kasih dan segala bentuk pemberian yang tidak berbentuk material.
pemberian seperti yang dimaksudkan ini mungkin dianggap remeh dan tidak memberikan apa-apa kesan terhadap perjalanan hidup kita. atau mungkinkah kita beranggapan yang setiap pemberian sama ada kecil atau besar itu masih memerlukan balasan?
cuba kita ambil contoh peribadi Rasulullah saw. Baginda merupakan orang yang banyak memberi tanpa mengharapkan balasan. selain memberi sedekah, baginda juga memberikan ilmu kepada sesiapa malas pada suatu ketika Ralulullah saw sendiri berasa masih banyak lagi yang tidak diberikan kepada orang yang memerlukan.
mengingatkan umatnya agar tidak meninggalkan solat juga merupakan satu pemberian yang bukan mengharapkan balasan kerana sayangkan umatnya akan mendapat seksaan pada hari akhirat kelak.
sebuah hadis yang direkodkan oleh al-Bukhari dn Muslim, Asma' r.a menerangkan bahawa Rasulullah saw berkata, ''nafkahkanlah dan jangan kamu menyempitkan sedekah yang menyebatkan ALLAH menyempitkan (tidak mengeluarkan) untuk kamu. dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan sehingga menyebabkan ALLAH memutuskan berkat dan kesuburannya.
jika difikir-fikirkan semula, terllau banyak yang ALLAH berikan kapada kita tetapi sayangnya terlalu sedikit yang kita berikan semula kepada-Nya meskipun hanya ucapan syukur. jika hendak dituliskan nikmat-nikmat ALLAH yang telah diberikan kepada kita, sudah tentu tinta seluas air lautan yang digunakan tidak akan mencukupi. ini menggambarkan betapa tidak terhitungnya nikmat ALLAH Maha Pengasih telah berikan kepada setiap hanmba-NYA
sebagai tanda mensyukuri-Nya, sebanyak manakah pula kita berterima kasih kepada ALLAH? jika sesama insan pun adakala sukar hendak berterima kasih, sudah tentulah amat berat sekali hendak berterima kasih kepada ALLAH, sedangkan terlalu banyak nikmat yang telah Dia berikan. fikir-fikirkanlah...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-11-2018 06:59 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
1 hari 1 hadis
*CUKUPLAH ALLAH SWT BAGI KAMI*
Saidina Abu Sa'id r.a. berkata Rasulullah
SAW bersabda:
"Bagaimana mungkin aku dapat
bersenang-senang sedangkan malaikat
peniup sangkakala telah meletakkan
sangkakala dalam mulutnya dan menunggu
dgn penuh perhatian bilakah dia
diperintahkan utk meniup sangkakala.
" Para sahabat r.a. merasakan perkara
itu berat bagi mereka lalu Baginda SAW bersabda:
"Ucaplah oleh kamu, *Hasbunallahu wanikmalwakil allalahi tawakalnaa*.
(Cukuplah Allah SWT bagi kami, Dialah
sebaik-baik tempat menyerahkan segala
urusan dan kpd Allah SWT lah kami
berserah diri).
HR Tirmizi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jangan putuskan silaturahim (100 pesanan akhir Rasulullah)
menghubung dan mengekalkan silaturahim amat dituntut di dalam agama. tetapi bagaimana jika ada di kalangan ahli keluarga yang bertindak memutuskan hubungan kekeluargaan berpunca daripada perselisihan faham?
bukan mudah untuk membina sesuatu perhubungan yang baik sesama muslim tetapi ia amat mudah dirungkaikan bagi yang tidak menghargainya. hubunga yang sudah sedia terjalin perlu dikekalkan sehingga akhir hayat. jangan sampai iaterputus semata-mata kerana perkara yang kecil. elakkan mendengar penyampaian dari pihak ketiga. ada sesetengah manusia suka menjadi penyampai dari pihak ketiga. ada sesetengah manusia suka menjadi penyampai dan suka melihat sesuatu ikatan silaturahim yang terjalin terputus. sebagai seorang muslim, kita diajar untuk menyiasat dahulu sesuatu berita yang sampai kepada kita. adakahh ia sahih atau sebaliknya.
demikian juga dalam menjalinkan ikatan sesama insan ini, mungkin ada yang suka memutuskan silaturahim tersebut. jika seseorang muslim berhadapan dengan insan sedemikian, maka teruslah berbuat baik kepadanya kerana agama suka jika seseorang itu berbuat baik kepada sesiapa yang berbuat jahat kepadanya. mudah-mudahan lama-kelamaan dia insaf dan meninggalkan perbuatan keji itu. mohonlah bantuan ALLAH untuk terus berbuat baik. mudah-mudahan kehidupan kita dirahmati-Nya.
bukanlah sesuatu yang sukar menghubungkan silaturahim sesama manusia. denagn memberi salam sudah cukup untuk menjalin silaturahim dan apabila silaturahim sudah terjalin, wajarlah untuk menjaganya agar tidak terputus hanya kerana perselihan faham.
seorang ulama berpesan.''seseorang yang mempunyai kerabat (saudara mara) wajiblah menghubungi kerabatnya dengan hadiah dan ziarah serta berilah apa-apa bantuan yang diperlukan. jika kerabat itu berjauhan, hubungilah dia dengan surat''.
menjalinkan hubungan silaturahim tidak semestinya kepada yang beragama islam sahaja tetapi juga kepada mereka yang berlainan agama. Asma' Binti Abu Bakar As-Siddiq menceritakan. ''ibuku datang mengunjungi dan aku mengadu kepada Rasulullah,''Ya Rasulullah, ibuku datang ke rumahku sedangkan dia kafir musyrik, apakah aku harus melayaninya?''
''ya. berikan apa-apa sahaja kepadanya.'' jawab Rasulullah saw supaya melayaninya dengan baik walaupun berlainan agama.
mengenangkan betapa besarnya ganjaran orang yang menghubungkan silaturahim, Rasulullah saw berpesan agar jangan sekali-kali memutuskan hubungan baik kerana akibat buruk akan menanti mereka yang memutuskan silaturahim.
dalam satu hadis, Rasulullah saw mengingatkan,''ketahuilah bahawa rahmat Allah tidak akan turun ke atas kaum yang ada di kalangan mereka yang memutuskan silaturahim.''
di antara kesan buruk yang akan menimpa mereka yang memutuskan silaturahim
1. tidak turun malaikat kepada kaum di kalangan mereka yang memutuskan silaturahim
2. tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim
3. apabila ada orang memperkatakan ilmu tetapi mempersiakan amalannya, berkasih-kasih mereka dengan lidah tetapi benci di hati dan memutuskan silaturahim, dilaknat ke atas mereka itu, ditulikan telinga mereka dan dibutakan mata mereka.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Larangan Memutuskan Hubungan Silaturrahmi
Dalam pergaulan kita seharian, kita tidak akan terlepas daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh mengguris atau menghiris hati dan perasaan orang lain sama ada secara sedar ataupun tidak. Perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja baik hubungan antara ibu bapa dan anak, hubungan antara adik beradik, sahabat handai, kawan sepejabat, jiran tetangga dan masyarakat.
Lazimnya perkara ini berlaku adalah berpunca daripada berlakunya sesuatu pertengkaran atau pergeseran, sifat sombong, merasakan dirinya sahaja yang betul, berselisih pendapat tentang hal-hal yang remeh, tidak menghormati dan menghargai perasaan orang lain dan sebagainya. Sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan baik, maka akan berlakulah keretakkan dan kerosakkan hubungan silaturrahmi sesama kita di mana ianya amat dibenci sama sekali oleh Islam.
Saudara,
Islam amat melarang keras umatnya memutuskan hubungan silaturrahmi. Rasulullah s.a.w sendiri telah memberi amaran kepada manusia tentang sifat-sifat tercela ini. Ia sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
Jangan saling membenci, jangan berhasad dengki, jangan membelakangi kepentingan saudara-saudara kamu, dan jangan memutuskan silaturrahmi, tetapi jadilah hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seseorang Muslim memulaukan saudaranya lebih daripada tiga hari.
(Muttafaqun ‘alaih)
Lihatlah bagaimana sejarah Rasulullah s.a.w dan para sahabat suatu ketika dahulu. Mereka telah menunujukkan contoh yang terbaik dalam sejarah umat manusia di mana mereka dapat disatukan atas dasar akidah walaupun datang daripada pelbagai suku kaum dan latar belakang yang berbeza. Subhanallah, begitu hebatnya hubungan silatirrahmi yang dibina antara mereka.
Oleh itu, marilah bersama kita menjaga hubungan silaturrahmi sesama kita dengan baik, elakkan daripada permusuhan dan persengketaan, contohilah Rasul s.a.w dan sahabat di dalam menjalinkan hubungan silaturrahmi sesama mereka. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang disayangi oleh Allah SWT disebabkan menjaga hubungan silaturrahmi yang mulia ini, InsyaAllah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SESUDAH ASAR
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Inspirasi
7 Tips Merawat Jiwa Yang Kosong
Oleh Fazli Abdullah • 10 Oct 2018 • 5 min baca
Andai jiwa kita kosong, maka hidup kita terasa tidak bermakna. Walaupun diri dikelilingi dengan kesenangan dan kemewahan, ia seperti tidak mengisi jiwa yang sedang berkecamuk dan gersang.
Bagaimana cara untuk mengisi jiwa yang kosong? Ketahuilah setiap penyakit ada penawarnya, Insyaallah. Jiwa yang kosong boleh diubati apabila kita melakukan perkara yang sudah diajar di dalam Islam seperti;
#1- Niat Kerana Allah
Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.”
Surah Al-Ankabut: 56
Ikhlaskan hati kerana Allah. Dilakukan segala perkerjaan adalah kerana Allah bukan kerana manusia. Dihina, dikutuk, dan diuji tidak merasa kecewa. Jiwa kosong menjelma kerana niat bukan kerana Allah. Di kala niat ingin dipuji, namun ditunggu tidak datang.
Hasilnya diri terasa keseorangan. Sebenarnya kita diperhati Allah.Walau tidak dipandang manusia, Allah tetap bersama kita.
Perasaan kita akan terasa tenteram dan tidak lemah dengan ujian kerana hati sudah tersemat dengan keikhlasan kerana Allah. Jadi, betulkan niat jangan dikotori. Hapuskan segala niat yang salah. Buat semata-mata kerana Tuhan.
#2- Banyakkan Beristighfar
Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.”
Surah Ash-Shura: 25
Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A., Nabi S.A.W bersabda;
“Penyesalan adalah taubat.”
Riwayat Ibn Majah
Beristighfar itu kita memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Memohon segala kesilapan dan dosa dimaafkan oleh Allah S.W.T. Beristighfar perlu ada rasa dan bukan saja-saja dikata. Mulut berbicara, hati mengakuinya dan perbuatan perlu meninggalkan dosa lalu.
Bila diulang. Dan diulang. Pada masa dan ketikanya hati merasa tenang. Terasa bagai beban dikurangkan sedikit demi sedikit. Cubalah. Jiwa penuh dosa akan terhakis sedikit demi sedikit dengan alunan istighfar yang sebenar-benar pengharapan.
Banyakkanlah beristighfar itulah penyelesaian yang terbaik yang tidak harus ditinggalkan untuk merawat jiwa. Jiwa kosong kepada jiwa yang suci.
#3- Tinggalkan Maksiat
Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah An-Nisa’: 110
Maksiat adalah racun kepada kehidupan. Sifat maksiat memang manis (bagi jiwa yang dalam kekosongan) tetapi manisnya hanya seketika. Walau manis, ia tetap berbahaya.
Janganlah menjadikan maksiat sebagai penyelesai masalah kerana ia menambahkan lagi masalah. Arak misalnya, disangka ubat hilangkan stres tetapi ia menjadikan akal tidak menentu.
Pelbagai lagi masalah yang bertandang kerana maksiat tersebut. Tinggalkan maksiat itu jalannya. Percayalah maksiat tidak akan membawa kita ke mana-mana. Nikmatnya singkat. Masalah pula meningkat.
#4- Menuntut Ilmu Agama
Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.”
Surah Al-Hajj: 54
Orang berilmu dan orang tidak berilmu bezanya jauh sekali. Orang berilmu tahu mana yang salah dan mana yang betul. Orang tidak berilmu pula menyangka semua yang dilakukan betul dan menganggap salah adalah betul dan betul pula dikatakan sebaliknya.
Jiwa yang kosong dapat dirawat dengan menuntut ilmu agama. Pelajarilah dari guru yang benar. Amalkan apa yang diketahui dan dipelajari. Insyaallah, Allah permudahkan segala urusan untuk memperbaiki jiwa. Daripada Mu’awiyah bin Abu Sufyan R.A., Nabi S.A.W bersabda ;
“Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
#5- Mentadabur al-Quran
Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”
Surah Al-Baqarah:121
Dalam kehidupan kita tidak lari daripada al-Quran. Al-Quran adalah panduan kehidupan. Memberi panduan ke arah kebenaran dan menghalang daripada melakukan kejahatan.
Dalam al-Quran pelbagai kisah para Nabi terdahulu, kisah umat yang diazab Allah, peringatan, nasihat dan pelbagai pengisian rohani yang baik untuk jiwa yang kosong.
Membaca sahaja tidak memadai, kita perlu fahami isi yang ingin disampaikan dan amalkan suruhan Allah yang tercatat di dalamnya. Insyaallah, jiwa tidak kosong malah jiwa terasa tenang.
#6- Beristiqamah Dalam Melakukan Kebaikan
Daripada Aisyah R.H.A., Nabi S.A.W bersabda ;
Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Beristiqamahlah melakukan kebaikan walaupun sedikit. Apa itu istiqamah? Istiqamah itu maknanya dilakukan secara berterusan. Amalan baik walaupun kecil dilakukan berterusan lebih Allah sukai daripada amalan baik yang dilakukan banyak namun tidak konsisten.
Allah tidak memandang kuantiti tetapi kualiti. Setiap kita boleh sahaja memilih amalan apa yang sesuai dan mampu kita lakukan. Contoh, berzikir 100 kali setiap hari. Ada yang membaca al-Quran setiap selepas solat Maghrib.
Apa yang penting istiqamah. Insyaallah, amal kebaikan yang dilakukan akan memberi kesan pada jiwa. Dan jiwa tidak akan terasa kosong lagi.
#7- Berdoa Kepada Allah
Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan). Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, disediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya.”
Surah Ash-Shura: 26
Berdoa kepada Allah agar diberi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dan mintalah kepada Allah dengan bersabar dan penuh kekhusyukan.
Kita sebagai hamba pasti ada masa jatuh dan masa bangunnya. Jadi berdoalah memohon pertolongan kepadaNya. Allah sentiasa menanti doa kita. Hanya kita yang melupakanNya. Pada jiwa yang kosong, rawatlah dengan memohon doa.
Bermunajat dan berdoa dengan setulus hati. Kebahagiaan pasti akan menghampiri. Terasa nikmatnya doa pada Ilahi. Cubalah.
Konklusinya, jiwa yang bahagia adalah jiwa yang dekat dengan Allah swt. Jiwa juga perlukan makanan seperti badan kita. Makanannya sudah disebut di atas.
Semoga 7 tips di atas dapat memberikan penyelesaian dan merawat jiwa yang kosong. Beramallah sepanjang kehidupan, nescaya ia tidak akan rugi walau sedikit pun. Waallahua’lam
Rujukan:
1. 300 Hadis Bimbingan Ke Arah Mencari Reda Allah (Penulis: Dato Dr Haji Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd. Nazam) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sedekah Si Penarik Beca
kisah ini dikatakan terjadi di daerah Klaten, Jawa Tengah, Indonesia. seorang penarik beca yang bernama Pak Kasan mempunyai kisah yang menarik tentang sedekah.
Pak Kasan mempunyai amalan bersedekah yang unik. dia akan memberi perkhidmatan percuma pada setiap hari jumaat. begitulah rutin sedekah Pak Kasan. sesiapa sahaja yang menaiki becanya pada hari jumaat, tidak dikenakan tambang. begitulah yang dilakukan Pak Kasan pada setiap hari jumaat.
pada suatu hari jumaatseorang wanita kaya menaiki beca Pak Kasan. apbila sudah sampai ke tempat yang dituju, bertanyalah wanita kaya itu akan tambangnya. seperti biasa, bersahajalah si penarik beca mengatakan bahawa pada hari tersebut tidak dikenakan tambang. si wanita kaya tersenyum, namun masih belum berpuas hati. jesteru dia bertekad magu menguji si penarik beca pada masa lain.
pada hari jumaat seterusnya, si wanita kaya menaiki beca Pak Kasan lagi. kali ini wanita itu mahu Pak Kasan membawanya ke rumahnya. katanya mahu berkenalan dengan keluarga Pak Kasan. lalu Pak Kasan tanpa sebarang prasangka pun mengayuh becanya pulang ke rumah.
sampai di rumah, sedarlah wanita kaya itu akan keikhlasan dengan sedekahnya. didapati Pak Kasan memiliki seorang isteri yang solehah dan beberapa orang anak yang baik-bai. sesungguhnya Pak Kasan pada pandangannya adalah seorang yang sangat miskin jika dibandingkan dengan dirinya. namun, Pak Kasan masih mampu bersedekah.
katanya, ''saya berasa malu dengan Pak Kasan. selama ini, saya tidak pernah bertemu dengan orang yang luar biasa seperti Pak Kasan. Pak Kasan hidup sederhana, bahkan serba kekurangan, tetapi tidak pernah meninggalkan sedekah. sedangkan saya hidup penuh dengan kemewahan, bahkan berlebih lebih, tetapi saya tidak pernah memberi sedekah. maka dengan ini, izinkan saya mengajak Pak Kasan sekeluarga untuk menunaikan haji tahun ini dengan keluarga saya''.
kisah-kisah ajaib seperti di atas bukan sekali dua pernah kita mendengarnya. begitulah ajaibnya apabila berbuat sesuatu semata-mata kerana Allah, khususnya dalam hal sedekah. pasti dan pasti Allah akan balas berkali ganda. begitulah janji Allah yang pasti dikotakan sejak dulu, kini dan hingglah ke hari kiamat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jagalah Telingamu
Allah subhanahu wata’ala mewajibkan kita menjaga pendengaran. Jagalah telinga daripada mendengar apa-apa yang DIA haramkan, serta menjaganya dari segala yang dilarang untuk didengar.
Allah berfirman tentang pendengaran, yang artinya, “Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka.” (QS.an-Nisa':140)
Allah subhanahu wata’ala mengecualikan bagi orang-orang yang lupa mendengarkan yang haram melalui firman-Nya,artinya, “Dan jika kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (larangan ini), janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu).” (QS.al-An'am :68)
Jadikan diri kita mendengar perkara-perkara yang baik dan berfaedah. Begitu juga mendengar ucapan, kuliah, ceramah dan lain-lain, KEMUDIAN mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Adapun mendengar yang lalai/lagha apatah lagi maksiat, mendengar umpatan dan kejian hendaklah ditinggalkan ATAU meninggalkan majlis tersebut.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ibadah
Hukum Makanan Dan Minuman Yang Dimasuki Lalat
Oleh Natirah Azira • 6 Nov 2018 • 3 min baca
Islam sering menitikberatkan pemilihan makanan yang halal dan terbaik. Namun, ada masanya kita terdedah dengan suasana yang tidak menyenangkan lebih-lebih lagi jika makan di kedai makan, contohnya apabila terjumpa lalat atau serangga di dalam hidangan.
Mungkin kita tertanya-tanya, apakah hukum makanan yang telah dimasuki serangga atau lalat. Adakah ia masih boleh dimakan atau terus dibuang?
Mari kita teliti hadis sahih berkenaan hal ini daripada Nabi SAW.
“Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Jika lalat masuk ke dalam minuman salah seorang daripada kalian maka tenggelamkan lalat itu kemudian buanglah, kerana sesungguhnya pada salah satu kepaknya mengandungi racun sedangkan yang satu lagi ada penawar.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3320) dalam al-Sahih
Hadis di atas dijadikan dalil bahawa air tidak menjadi najis jika mati di dalamnya haiwan yang tidak mempunyai darah yang mengalir termasuk lalat.
Imam al-Syaukani juga ada menyebut:
“Hadis ini dijadikan dalil bahawa air yang sedikit tidak menjadi najis kerana matinya di dalamnya akan haiwan yang tidak mempunyai darah yang mengalir, disebabkan tidak dapat dibezakan keadaan haiwan itu antara mati dan hidup.
Itu telah dijelaskan dalam hadis tentang lalat dan kumbang yang dijumpai keduanya oleh Nabi SAW dalam keadaan mati di dalam makanan kemudian Nabi SAW memerintahkan untuk membuangnya, membaca bismillah lalu makan (makanan) itu.
Faedah daripada perintah mencelup seluruh badan lalat di dalam makanan atau minuman itu adalah agar bertemu antara penawar dan penyakitnya, sehingga seimbang bahaya dengan manfaat maka tertolaklah bahayanya.” Rujuk Nail al-Autar (1/77)
Manakala sunat hukumnya lalat yang mati dalam minuman, ditenggelamkan terlebih dahulu lalu dibuang lalat tersebut. Namun jika takut berlakunya mudarat seperti jangkitan bakteria atau penyakit berbahaya, maka makanan atau minuman tersebut bolehlah dibuang.
Hadis tentang penawar yang ada pada lalat ini bukan sekadar hadis semata-mata. Beberapa saintis telah melakukan kajian bagi membuktikan kesahihan riwayat yang dipercayai oleh orang Islam ini.
Seorang saintis dari Australia bernama Joan Clark telah melakukan kajian terperinci terhadap beberapa jenis ekor lalat. Beliau mendapati bahawa sayap lalat memang mempunyai antibiotik yang mampu merawat beberapa jenis penyakit. Sebab itulah, walaupun lalat gemar dengan tempat-tempat yang kotor, ia tidak dijangkiti penyakit kerana pada badannya sendiri terdapat penawar yang dapat mengelakkan bakteria daripada menjangkiti badannya.
Pada setiap perkara yang dilarang mahupun ditegah dalam Islam pasti ada hikmah yang tersembunyi. Tanpa bukti daripada saintis sekalipun kita harus percaya. Namun apabila ada penemuan-penemuan baru dalam kajian, ia sebenarnya akan lebih menguatkan keyakinan.
Umat Islam seharusnya menjadi pemula dan pengkaji kepada ilmu-ilmu asas yang telah sedia ada wujud dalam agama. Dengan cara begini juga kita dapat menarik minat orang kepada Islam. Islam memang bukan agama yang berpaksi kepada sains namun ilmu sains juga ada dalam Islam.
Rujukan:
Al-Kafi #482: Hukum Makanan Dan Minuman Yang Dimasuki Lalat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-11-2018 08:05 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by himun_hino at 9-11-2018 08:07 AM
HUKUM ISTIGHASAH
Istighathah diambil dari kalimah al-ghouts
yakni pertolongan.
Maka istighathah bermaksud meminta
pertolongan atau bantuan.
Dalil2 Istighasah dalam al-Quran:
“(Ingatlah wahai Muhammad), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu Dia mengabulkan permohonanmu.” [QS Al-Anfal: 9]
“Kedua orang tua memohon pertolongan kepada Allah.” [QS Al-Ahqaf: 17]
Istighathah yang dibolehkan ialah Meminta
pertolongan dari manusia dalam perkara yang
mampu ia lakukan. Misalnya minta bantuan
Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Bomba,
Doktor dan sebagainya dalam urusan keduniaan.
Istighathah yang dilarang adalah Meminta
kepada makhluk sesuatu bentuk pertolongan
dalam perkara yang mereka tidak ada kuasa
melakukannya.
Contoh:
1.Meminta panjang umur.
2.Meminta dimurah rezki.
3.Meminta dipermudahkan mendapat jodoh.
Sesuatu yang hanya Allah saja yang berkuasa
untuk memenuhinya, maka dilarang memintanya
dari makhluk.
Syaikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz
rahimahullah berkata:
"Istighathah kepada kuburan adalah Syirik besar,
dan itu adalah Agama Abu Jahl dan para
penyembah berhala semisalnya."
Ruj: Majmu’ul Fatawa, jil.1 ms.30. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ibadah
Apakah Hukum Berjaga Sehingga Lewat Malam?
Oleh Natirah Azira • 6 Nov 2018 • 3 min baca
Berjaga sehingga lewat malam bukanlah suatu perkara yang pelik bahkan menjadi rutin bagi sesetengah orang. Biasanya mereka hanya memperuntukkan hanya sedikit masa untuk tidur sekitar tiga hingga empat jam.
Contohnya bagi seorang pelajar, situasi ini tidak dielakkan setiap kali tiba musim peperiksaan atau ketika perlu menyiapkan tugasan dengan kadar segera. Ada orang yang berjaga malam kerana tuntutan kerja yang perlu diselesaikan. Ada pula yang bersengkang mata untuk menonton cerita atau bermain permainan video.
Walau apa pun sebabnya, apabila melibatkan hukum, isu ini perlu dilihat dari sudut faktor dan aktiviti. Apakah sebab yang membuatkan seseorang berjaga malam dan apakah aktiviti yang dilakukan ketika itu.
Dalam membincangkan isu ini, pendapat daripada Mufti Wilayah Persekutuan , Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri telah dirujuk:
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
لاَ سَمَرَ إِلاَّ لِمُصَلٍّ أَوْ مُسَافِرٍ
Maksudnya: Tidak ada perbualan pada waktu malam melainkan untuk orang yang menunaikan solat atau bermusafir.
Riwayat Al-Tirmizi (2730)
Syeikh Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Mubarakfuri Rahimahullah dalam mensyarahkan maksud perkataan سَمَرَ beliau berkata- Ia adalah perbuatan berbual-bual pada waktu malam. Lihat Tuhfah Al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (1/433).
Berdasarkan hadis ini, perbuatan berjaga malam untuk berbual-bual selepas solat Isya’ adalah tidak dibolehkan kecuali bagi orang yang solat ataupun sedang bermusafir.
Larangan ini juga secara lebih jelas dapat dilihat berdasarkan hadis yang diriwayatkan turut diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
جَدَبَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ السَّمَرَ بَعْدَ الْعِشَاءِ
Maksudnya: Rasulullah S.A.W melarang kami dari perbuatan berjaga malam (berbual-bual) selepas dari solat Isya’
Riwayat Ibn Majah (703)
Imam Ibn Majah dalam komentar ringkasnya terhadap maksud perkataan جَدَبَ beliau berkata: “Iaitu memberi amaran dan melarang kami”
Larangan Bukan Dalam Bentuk Mutlak
Namun larangan di dalam beberapa riwayat di atas ini tidaklah datang dalam bentuk yang mutlak. Ini kerana terdapatnya beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W dan para sahabat sendiri melakukan hal ini (berjaga malam) iaitu dengan adanya hajat keperluan dan juga manfaat.
Antaranya adalah seperti yang ditunjukkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab R.A beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَسْمُرُ مَعَ أَبِي بَكْرٍ فِي الأَمْرِ مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِينَ وَأَنَا مَعَهُمَا
Maksudnya: Rasulullah S.A.W pernah berbual-bual pada waktu malam bersama dengan Abu Bakar bagi membincangkan urusan-urusan umat Islam dan aku turut serta bersama mereka berdua.
Riwayat Al-Tirmizi (169)
Imam Al-Syaukani Rahimahullah menukilkan sebuah pandangan yang amat baik dari Imam Al-Tirmizi dalam mengulas isu ini dengan katanya: Para ahli ilmu dari kalangan sahabat-sahabat Nabi, para tabiin, dan golongan selepas mereka telah berbeza pendapat berkenaan perbuatan al-samar (berjaga malam untuk berbual-bual) selepas dari solat Isya’.
Sebahagian mereka menghukum makruh perbuatan tersebut, manakala sebahagian lainnya memberikan keringanan sekiranya pada perkara membincangkan ilmu, dan perkara-perkara lain yang ada keperluan padanya. Kebanyakan hadis menunjukkan kepada rukhsah (keringanan terhadap perbuatan tersebut).
Dan hadis ini menunjukkan kepada tidak makruhnya perbuatan berbual-bual pada waktu malam selepas Isya’ sekiranya ia untuk keperluan agama sama ada bersifat umum atau khusus. Manakala hadis daripada Abi Barzakh dan Ibnu Mas’ud menunjukkan kepada kemakruhan.
Secara mudahnya, kedua-dua hadis tersebut boleh diguna pakai. Hadis yang melarang adalah apabila perbualan yang berlaku mengandungi perkara yang tiada faedahnya, manakala hadis-hadis yang membenarkan adalah apabila perbualan tersebut mempunyai faedah.
Untuk akhirnya, pihak mufti berpandangan bahawa berjaga malam dengan tujuan untuk kebaikan seperti berbincang tentang sesuatu yang boleh mendatangkan maslahah (kebaikan) untuk ummah, menuntut ilmu, menunaikan tanggungjawab kerja, dan selainnya adalah diharuskan.
Sebaliknya, berjaga malam untuk mencuri, melakukan maksiat, dan pelbagai kejahatan lain adalah haram hukumnya. Manakala berjaga sehingga lewat malam untuk berbual-bual kosong, menonton wayang gambar (movie), melihat perlawanan bola sepak, dan seumpamanya sekiranya ia membawa kepada pengabaian terhadap solat subuh, maka ia membawa hukum makruh.
Sumber:
Al Kafi #876 Hukum Berjaga Sehingga Lewat Malam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hidup Tak Selalu Menongkat Langit
hidup tak selalu menongkat langit.
entry untuk sahabat..!! kadang-kadang Allah bagi kelebihan untuk kita nak test setakat mana ketakwaan kita dalam menghadapi dan mensyukuri nikmat Allah. ada sesetengah orang bila dah diri mencapai tahap tertinggi, tak kisah la dalam sosial, pelajaran tak pun kerjaya kita lupa dan alpa yang semua tuh adalah kurniaan Allah. so datang perasaan riak, sombong dan bangga dalam diri yang kita adalah yang terhebat, terbaik. tak ada orang yang mampu lawan kita lagi..
sekadar untuk memperingati, hidup tak perlu selalu menongkat langit. kadang-kadang kene tengok bawah jugak. mana la tahu, ada lubang ke, taik kucing ke kat bawah. nanti tak de la kita jatuh tersembam, muka penuh najis. time tu baru la kita nak ingat Allah. teraba-raba cari kawan, sama ada nak mintak tisu lap najis kat muka, tak pun nak mintak tangan untuk bangun balik.
setinggi mana kita gapai bintang, rumput di bumi jangan kita lupa..
"True humility is intelligent self respect which keeps us from thinking too highly or too meanly of ourselves. It makes us modest by reminding us how far we have come short of what we can be."- Ralph W. Sockman
Dan http://rineyramley.blogspot.com/ ... nongkat-langit.html
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Taqwa dan Istiqamah Sebagai Jaminan Masuk Syurga
Daripada Abu Umamah RA berkata saya telah mendengar Rasulullah SAW berkhutbah ketika Haji Wada', Baginda SAW bersabda: "Hendaklah kamu bertaqwa (takut) kepada Allah SWT Tuhanmu, dan (melaksanakan yang difardhukan) solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta, dan mentaati pemimpin nescaya kamu akan dimasukkan ke syurga (milik) Tuhanmu.” Abu 'Isa berkata: “Ini adalah hadith hasan sahih.” (Hadith riwayat at-Tirmizi, No. 616)
Pengajaran Hadith :
Sifat taqwa adalah jalan menuju ke syurga dan merupakan syarat masuk ke syurga. Taqwa yang dimaksudkan adalah melaksanakan semua kewajipan yang ditentukan ke atas setiap Muslim merangkumi solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta dan mentaati pemimpin.
Bagi mencapai sifat taqwa, ianya perlu disertai dengan sifat istiqamah dalam setiap amalan kebaikan di dunia kerana ia merupakan penyebab kejayaan di akhirat.
Natijah sifat taqwa dan istiqamah ini ialah Allah SWT akan menganjari dengan syurga yang kekal abadi selama-lamanya.
Sumber Rujukan :
1- Kitab Jami' at-Tarmizi
2- Kitab Tuhfatul Ahwazi Bisyarhi Jami' at-Tirmizi Lil Mubarakfuri
3- Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih
4- Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)
Jangan Biasakan Bohong Dusta
*
"Jujur itu menimbulkan ketenangan, sedangkan dusta mengakibatkan kebimbangan." (HR Tirmidzi)
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka dia adalah munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka dia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. Iaitu apabila diberi amanah dia khianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila bertengkar dia mengenepikan kebenaran.” (HR. Ahmad)
Dari Ibnu Mas'ud ra. Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya benar/jujur itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa ke syurga, seseorang yang membiasakan benar/jujur sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang benar/jujur. Dan berhati-hatilah kalian dari dusta, sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa ke neraka, seseorang akan selalu atau membiasakan berdusta akan ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta." (HR Bukhari dan Muslim)
Wallahu a'lam.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ALLAH MEMANGGIL KITA HANYA 3 KALI SAJA SEUMUR HIDUP
Ibu berkata “Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup”
Keningku berkerut ”Sedikit sekali Allah memanggil kita?”
Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala.
1) 'Panggilan pertama adalah Adzan
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.
Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'.
2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeda dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul.
Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.
Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.
Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.
Dan panggilan ke-3, adalah
3) KEMATIAN
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Kerana itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda: “Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'
Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang:
Pertama, orang yang meninggalkan sholat
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.”
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PENTINGNYA MENJAGA LISAN
Khalifah Umar bin Abdul Aziz rahimahullah berkata:
"Golongan Salaf (para shahabat), tidak menilai
seseorang pada amalan puasa dan solat
(yang sunnat) yang dikerjakan oleh seseorang.
Namun para Salaf menilai seseorang yang
dapat menahan lisannya dari mencela
kehormatan orang lain, kerana orang yang
banyak mengerjakan solat malam dan puasa
(amalan sunat), jika tidak menjaga lisannya,
dia akan BANKRUP di hari kiamat nanti."
Ruj: At-Tamhid, jil.17 ms.443 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TAZKIRAH IN ENGLISH..
Bismillahir'rahman'nir-rahim.
Allahumma sali'ala sayyiddina Muhammadin wa 'ala alay sayyiddina Muhammadin wa barik wa salim.
"The example of a good companion and a bad companion is like that of the seller of musk, and the one who blows the blacksmith’s bellows. So as for the seller of musk then either he will grant you some, or you buy some from him, or at least you enjoy a pleasant smell from him. As for the one who blows the blacksmith’s bellows then either he will burn your clothes or you will get an offensive smell from him."
~~~~~~~~~~~
Islam and the concept of Friendship
Humans are social creatures by nature; they're always in need of friends and companions. Most of our lives depend on interaction with others. Strong individuals are the core of a strong community, something that Muslims should always strive for.
We all know that Allah the Most High has brought us to life in order to test us. Thus we are here for a relatively short period of time and that we shall meet Allah one Day, so we need to use our present life for what is best for us in the hereafter. Once we know our purpose and our goal in life, we should seek ways to achieve them so as to benefit our own selves.
In an authentic Hadith, Prophet Mohammad (PBUH) said:
"A person is likely to follow the faith of his friend, so look whom you befriend."
Prophet Mohammad (PBUH) who has the most noble character and dealings with fellow humans gave us a very clear and simple message and advice in regard to friendship.
How should we choose our friends?
We should choose the friend that believes and abide by our religion (Islam) and gives great respect to what Allah and Prophet Mohammad (PBUH) has ordered us. And we should stay away from that who is not well mannered and gives no attention to what Islam is about or what pleases or displeases Allah, for he'll surely affect us negatively. There is no good in the companion drowns us in sins and displeasing Allah.
The bases for the actions of those who follow the evil ways are corrupt; their actions are built upon misguidance and deviation. Their deeds are worthless to them as Allah said:
"And We will proceed to what they have done of deeds, so We shall render them to scattered floating dust." Qur’an (25:23)
Their actions, even if we see them as righteous and noble are of no value to them, so how can they be useful to us?
Good friends are those who share their companions both happiness and sadness. If we share our feelings with the wrong-doers whose actions are worthless and based on corruption, then we are following the same ways and standards as they are, and we'll end up being as corrupted as they are, and then we're in a big trouble, how can we face Allah's dissatisfaction and displeasure?!
Instead of making friends with the misguided ones we should befriend the righteous, yet treat the rest in a gracious and just manner. Staying at sufficient distance is necessary; yet treating everybody in a noble and kind manner is required.
In another Hadith, Prophet Mohammad (PBUH) said:
"The example of a good companion and a bad companion is like that of the seller of musk, and the one who blows the blacksmith’s bellows. So as for the seller of musk then either he will grant you some, or you buy some from him, or at least you enjoy a pleasant smell from him. As for the one who blows the blacksmith’s bellows then either he will burn your clothes or you will get an offensive smell from him."
When choosing our friends we should ask ourselves first: Are they going to help us achieve the purpose for which we were brought to life? or will they take us away from it? Will they desire for us Allah's pleasure or is that completely irrelevant to them and not their concern at all? Are they leading us to Paradise or to the Hell?
Allah says in the Qur'an:
"O you who believe! Take care of your own selves. If you follow the right guidance and enjoin what is right and forbid what is wrong no hurt can come to you from those who are in error. The return of you all is to Allah, then He will inform you about (all) that which you used to do." Qur'an (5:105)
Allahumma sali'ala sayyiddina Muhammadin wa 'ala alay sayyiddina Muhammadin wa barik wa salim. Rawdhina billahi Rabba wa bil'islaami deena wa bi'Muhammadin nabiyaa, wa akhirud'duana anil'hamdulillahi rabbil'alameen. Walaykumasalam wa rahmatullah . .
100% copy from http://hidupkucahaya.blogspot.com/2009/07/tazkirah-in-english.html
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
5 Cara Rasulullah S.A.W Menghadapi Dugaan Hidup
OLEH MARINA • 8 JAN 2018 • 4 MIN BACA
Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
“Sesungguhnya, kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Dan, jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.”
Surah Muhammad: 36
Benarlah firman Allah S.W.T bahawa hidup ini hanyalah tempat untuk bermain dan bersenda gurau.
Adakala ketika ‘bermain-main’ (menjalani hidup di dunia ini), kita berasa gembira. Kadang, berasa sedih. Itulah rencah yang dilalui oleh setiap daripada kita tidak kira pangkat mahupun darjat.
Justeru itu, timbul persoalan apakah sikap kita selaku seorang Muslim dalam menghadapi hal ini?
Bagaimanakah pula Rasulullah S.A.W menghadapi dan menenangkan hati tatkala ujian melanda di dalam hidup Baginda? Berikut dikongsikan bersama;
#1 – Bersangka Baik Dengan Allah S.W.T
Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita sudah pasti ada hikmah di sebaliknya. Oleh itu, usahlah mengeluh dan menyalahkan takdir yang telah ditetapkan.
Berusahalah untuk mendidik hati kita agar bersangka baik dengan setiap aturan-Nya. Ini kerana, Rasulullah S.A.W pernah bersabda;
“Bahawasanya Allah S.W.T berfirman, ‘Sesungguhnya Aku bersama sangkaan hamba-Ku’.”
Riwayat At-Tirmizi
#2 – Meminta Pertolongan Dari Allah S.W.T
Sehebat mana pun kedudukan kita di mata manusia, kita tetap memerlukan Tuhan dalam kehidupan seharian. Ini kerana Dia sajalah yang mengetahui perihal buruk baik, serta perihal dalaman luaran kita secara keseluruhannya.
Justeru itu, jika diri ditimpa kekecewaan, musibah mahupun dugaan dalam hidup, mintalah pertolongan dari-Nya, kerana Dia lebih mengetahui.
Sepertimana firman Allah S.W.T yang bermaksud;
“Dan, mintalah pertolongan dari-Ku pasti Aku perkenankan.”
Surah al-Baqarah : 185
Bahkan Baginda Nabi S.A.W yang juga insan paling agung di sisi Allah juga turut memohon pertolongan kepada Allah S.W.T bagi mententeramkan dirinya daripada pelbagai dugaan yang menimpa ke atasnya.
Rasulullah S.A.W bersabda;
“Apabila seorang hamba ditimpa kegelisahan atau kesedihan, lalu ia berdoa, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, anak hamba-Mu (Adam) dan anak perempuan-Mu (Hawa). Ubun-ubunku di tangan-Mu, keputusan-Mu berlaku padaku, qada’-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu, yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai pententeram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”
Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Abu Ya’la, Al-Hakim
#3 – Mengkaji Al-Quran
Bacalah Al-Quran walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Lebih-lebih lagi, apabila diri dilanda musibah.
Jika hati tidak tenang terhadap suatu perkara, maka ambillah Al-Quran, di tatap, di baca dan fahamilah maksudnya.
Dengan izin Allah, gundah di hati akan hilang secara beransur-ansur. Bahkan, ubat bagi segala penyakit yang ada di dalam hati juga dapat disembuhkan menerusi Al-Quran. Firman Allah S.W.T bermaksud;
“Kami berfirman, ‘Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati’.”
Surah al-Baqarah : 38
#4 – Menjaga Wuduk
Selain untuk solat, kita juga digalakkan untuk sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. Ini kerana selain membersihkan diri secara luaran, wuduk juga terbukti memberi kesan terhadap pembersihan rohani seseorang.
Salah satu sunnah Rasulullah S.A.W adalah berwuduk sebelum tidur. Baginda bersabda;
“Barangsiapa yang tidur di malam hari dalam keadaan suci (berwuduk), maka Malaikat akan tetap mengikuti. Lalu, ketika ia bangun nescaya Malaikat akan mengucapkan, ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan sentiasa bersuci’.”
Riwayat Ibnu Hibban dari Ibnu Umar R.A.
#5 – Membasahkan Lidah Dengan Zikrullah
Lebih banyak dan besarnya dugaan yang menimpa diri, maka lebih banyaklah kita sepatutnya mengingati Allah. Ini kerana, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud;
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dan berzikir (mengingati Allah). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.”
Surah ar-Ra’d : 28
Sungguhpun begitu, ini bukanlah bermaksud kita hanya perlu mengingati-Nya tatkala dalam kesusahan sahaja. Ini tidak benar sama sekali.
Sebetulnya, sama ada kita dalam keadaan susah mahupun senang, sentiasalah ingat pada-Nya.
Mudah-mudahan, perkongsian ini dapat membantu para pembaca untuk keluar dari sebarang gundah gelisah yang menyelubungi hati saat ini.
Yakinlah, bahawa setiap apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T itu sudah pasti ada maksudnya yang tersirat.
Cuma saja kita tidak tahu bila akan dapat kita ketahui maksud tersebut. Ada yang cepat dan ada juga yang lambat diketahui.
Mungkin, ia akan memakan masa selama bertahun baru tersingkap rahsia qada’-Nya. Bersabarlah dan jalanilah hidup dengan penuh kesyukuran.
Boleh jadi kita berasakan diri ini paling besar dugaannya tetapi, tahukah kita ada insan lain yang lebih hebat ujiannya berbanding diri kita? Moga bermanfaat. Wallahua’lam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tari at 13-12-2018 10:25 AM
10 Kelebihan-kelebihan membaca Al-Quran Al-Karim:
1. Al-Quran sebagai syafaat di akhirat kelak. Daripada Abu Umamah r.a melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadith Abu Umamah ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 252)
2. Al-Quran sebagai pembela.
Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al-Baqarah dan Surah Ali-Imran, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadith Nawwas bin Sam’an ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 253)
3. Orang yang belajar dan mengajar Al-Quran adalah sebaik-baik amalan.
Daripada Uthman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadith Uthman bin Affan ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Khairukum Min Ta’alum Al-Quran Wa A’lamahu, No hadith 5028)
4. Dua pahala bagi orang yang susah menyebut dan membaca Al-Quran. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. (Hadith Aisyah r.a ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Tafsir Al-Quran, Bab An-Naba:18, No hadith 4937)
5. Allah s.w.t. mengangkat martabat golongan pembaca Al-Quran. Daripada Umar Bin Al-Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran”. (Hadith Umar bin Al-Khattab ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)
6. Membaca Al-Quran mendapat ketenangan. Daripada Barra’ bin ‘Azib r.a. telah melaporkan: “Seorang lelaki membaca Surah Al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda: Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Quran”. (Hadith Barra’ r.a. bin ‘Azib r.a. ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Fadhlu Surah Al-Kahfi, No hadith 5011)
7. Membaca dan memperelokkan bacaan mendapat kebaikan. Daripada Abdullah Bin ‘Amru Bin Al-‘As r.a. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran: Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan Al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. (Hadith Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘As ini direkodkan oleh Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, Kitab Tafri’ Abwab Al-Witr, Bab Istihbab At-Tartil Fil Qiraat, No hadith 1464, status hadith ini hasan sahih)
8. Fasih membaca Al-Quran lebih layak menjadi imam solat Jemaah. Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al-Quran”. (Hadith Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)
9. Setiap satu huruf membaca Al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala. Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata: “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Hadith Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Ad-Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadith 2910, status hadith ini hasan sahih)
10. Memperelokkan suara dengan Al-Quran. Daripada Al-Bara’ bin ‘Aazib, Rasulullah s.a.w. bersabda: Hiasilah Al-Quran dengan suara kalian. (Hadith Al-Bara’ bin ‘Aazib ini direkodkan oleh Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah, Kitab Iqamat As-Solat Wa Sunnah Fiha, Bab Fi Hasan As-Saut Bil Quran, No hadith 1342, status hadith ini sahih) Hadith-hadith di atas menerangkan kelebihan membaca Al-Quran. Jadi, jelaslah Al-Quran bukan sahaja mukjizat tetapi memberi kelebihan kepada pembaca-pembaca. Membaca Al-Quran dengan memahami makna tersurat dan tersirat mampu menyentuh hati dan jiwa manusia bahkan jin juga terkesan dengan keindahan bait-bait ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w. ketika solat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|