Dah jelas? Mari kita lihat, bagaimana muzakarah ini dah menjadi sesi TUDUHAN dari Ah-Kwan. Tuduhan merupakan bibit-bibit personal attack, tandanya EGO nak menang.
bersungguh sungguh ajak debat buka topik baru ni rupanya
Masih buat tuduhan... boleh tunjuk posting yang mana?
sangat tak puas hati kerana dituduh tak layak berdakwah
wa ingat nak memahami tentang siddiq dan amanah
rupanya nak tahu kaedah jer....
Salah:
Bukan tak puas hati dituduh, sebab kamu dah buat tuduhan pun. (Jadi memang kamu mengaku buat tuduhan)
Betul:
Ya, nak tahu kaedah...kerana KAMU yang buat tuduhan
sebab masih nak mengatakan diri sendiri layak berdakwah....
kasihannya....bukan nak mencari kebenaran...
Dalam bebenang ni belum ada pun hujjah yang saya kata siapa layak, siapa yang tak layak. Kalau ada kat mana?
Walhal, bebenang ni nak muzakarah dalil-dalil siapa yang layak atau tak layak disebabkan kamu ada buat tuduhan, maka selayaknya kamu lah yang bawa dalilnya dan kaedahnya kerana kamu buat tuduhan secara PASTI siapa layak dan tak layak.
tapi nak mencari alasan untuk membenarkan perbuatan diri sendiri..
Tuduhan lagi. Buktikan posting yang mana dari tuduhan ni kononnya cari alasan membenarkan perbuatan diri sendiri?
jika ini yang diminta..wa tiada dapat tolong menjelaskan...
Ini membuktikan tuduhan kamu ini berdasarkan PERSANGKAAN semata-mata, bukanlah dari ilmu yang pasti.
Boleh setuju?
hanya golongan yang mencari kebenaran yang boleh ditolong...
Sememangnya kita sedang muzakarah untuk tahu dalil kebenaran berkait dengan dakwaan kamu. Jika kamu tiada ilmu kebenaran, tiada keperluan lagi untuk muzakarah.
manakala golongan yang mencari alasan...sampai mereka mati pun akan menolak kebenaran..
Betul tu, seperti yang kamu buat, bagi ALASAN demi alasan tak mahu beri dalil. Mula-mula desak ikut topik kamu, saya layan juga secara baik. Kemudian buat tuduhan demi tuduhan, masih tak beri dalil. Sekarang kamu sendiri tulis kena batang hidung kamu sendiri yang suka bagi alasan tak mahu berikan dalil kebenaran dari kamu (jika ada)
wa sebut nama Ramli Sarip sebab lu sendiri desak nak tahu siapa yang layak..
Kamu MEMBUAT DAKWAAN seolah-olah kamu tahu siapa yang layak dan siapa tak berdakwah. Saya tak desak kamu untuk sebut nama Ramli Sarip, kamu sendiri yang NYATAKAN.
Sekarang kamu tuduh saya paksa kamu sebut nama Ramli Sarip kah? Atau kamu nak konar lagi sebab tak ada dalil kepastian?
punya sakit hati bila diri sendiri dikatakan tak layak
belum lagi wa sebut nama marhum Mr Os, marhum Yus Raja Lawak..
Tuduhan lagi....Saya tak sakit hati pun. Saya nak tahu dari mana kamu dapat kepastian nama-nama yang kamu sebut tu. Bukan saya yang paksa kamu sebut nama-nama tu.
dan ramai lagi yang diperkenalkan pada wa....
macam wa cakap..wa tidak mengenal..wa diperkenalkan...
tiada method dalam diperkenalkan...
method dan ilmu cuma ada jika claim mengenal...
Ha... ini lah dalil kamu yang kamu pakai selama ini. Berdasarkan kaedah
Cuma ada jika claim mengenal
Bila kamu guna kaedah ini, kamu yakin 100% benar dapat tahu siapa yang layak berdakwah berdasarkan claim/dakwaan kenal sahaja?
bila hidup ini menuju kepada Allah...sampai masa..Allah akan perkenalkan orang orangnya satu persatu...
Jadi kamu nak kata kamu ni hidup menuju kepada Allah, lalu dapat diperkenalkan siapa yang layak berdakwah?
bila diperkenalkan..maka kita akan mula menyusuri kehidupan seseorang itu...
apa yang ada didalam dadanya..
baru mula check lagu lagunya..dan senikata lagu lagu itu...
baru faham..kenapa orang yang diperkenalkan ini layak...
jika tak...anggap sama je macam manusia lain di arenanya...
Jadi kamu kenal Ramli Sarip berdasarkan check lagu-lagunya... dari situ kamu dapat kepastian dia dapat amanah yang melayakkan dia buat dakwah? PASTI?
dah lah tu... kalau sekadar nak membenarkan diri sendiri..
nak mengatakan lu bawak kalimah tauhid ke hulu ke hilir..
dan dah layak 'tabligh'.. go on jer la dengan life lu...
tak perlu nak butthurt sangat dengan kenyataan wa...
Lihat tuduhan lagi. Saya tak buat tuduhan pada kamu pun, dan saya tak keluarkan apa-apa dalil kat sini pun tentang siapa layak atau tak layak berdakwah. Yang saya nak tahu dalil-dalil dari dakwaan kamu. Tak ada pun butthurt.. itu kamu yang perasan, sebab kamu ulang banyak sangat tuduhan-tuduhan...
walau dah membenarkan sifat Muhammad...dan turutan itu...
masih tiada akan terima kenyataan ..
siap nak mengaku dah siddiq dan dapat amanah sudah....
kasihan gang lu orang ni...serious wa kesian...
Terlupa kesian diri sendiri kah yang asyik buat tuduhan tapi tak dapat menjelaskan dengan dalil?
Masih lagi buat tuduhan dan ulang tuduhan. Kan dah sebut, 4 sifat tu ada dalilnya, dan turutan pun tiada masalah. Yang masalahnya adalah dakwaan kamu berdasarkan:
Cuma ada jika claim mengenal
Sejauh mana kepastian kamu dari kaedah yang kamu guna ini? Saya bukan nak menghukum kamu, atau nak ajak berdebat dengan kamu. Saya hanya ajak kamu kongsi dalil-dalilnya, demi kebenaran.
Harap sudi berkongsi dan bukannya sambung buat tuduhan demi tuduhan, kalau betul kamu masih setuju bermuzakarah demi kebenaran.
keh keh keh
aik? hidup lagi...
berhari hari ya dok fikir macam mana mau balas statement wa..
'muzakarah' lu dah tamat dah..
yang tinggal cuma sessi interrogation sahaja..soal siasat..
wa dah cakap awal..kalau sessi debat dan interrogation..memang tiada kesudahan...
dan cubaan mengelak untuk menampakkan diri sendiri rasa layak menyampaikan...
wa dah kata tiada kaedah pun..
wa dah cakap..
Abu memperkenalkan Sakinah pada Ali...
lepas tu Ali pergi masuk facebook Sakinah..untuk lebih mengenali Sakinah
soalan dari sani kepada Ali: apakah kaedah Ali mengenal Sakinah?
kan soalan bodah tu...
sungguh tak berpuas hati Sani.kerana dia tak kenal sakinah...
mungkin sebenarnya yang dia paling tak puas hati kerana Abu tak memperkenakan sakinah padanya...
dan Sani lebih tak puas hati, Ali yang tak jujur tu pulak yang Abu perkenalkan pada Sakinah...
aku yang acah baik ni tak pula diperkenalkan..
apa lebih Ali dari aku (sani)?
jadi ...dah jelas...lu cuma nak memuaskan hati sendiri yang sakit...
kerana dituduh tiada kelayakan... sampai mengaku dah ada sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah...
semata mata untuk merasa layak...
pada lu - muzakarah bererti membuktikan tuduhan ya? kelakar...
semoga dapat membuktikan pada diri sendiri tentang kelayakan lu ya....
kasihan...
Saya ada banyak urusan, bukan forum 24 jam. Itu pun nak kena bagitau? Bila jawab lambat sikit kamu ingat saya dok pikiaq siang malam? Kelakar lah kamu ni...mungkin itu lah diri kamu yang macam tu
muzakarah' lu dah tamat dah..
yang tinggal cuma sessi interrogation sahaja..soal siasat..
wa dah cakap awal..kalau sessi debat dan interrogation..memang tiada kesudahan...
dan cubaan mengelak untuk menampakkan diri sendiri rasa layak menyampaikan...
Saya tak mengelak, kamu desak mula topik kamu pun saya layan dengan baik. Sekarang kamu yang elak, guna alasan interrogation pula
wa dah kata tiada kaedah pun..
wa dah cakap..
Ok, dengan ini tuduhan kamu yang kamu kata siapa layak dan siapa tak layak tu, hanya berdasarkan PERSANGKAAN kamu semata-mata, tiada kaedah pun.
Kan?
jadi ...dah jelas...lu cuma nak memuaskan hati sendiri yang sakit...
kerana dituduh tiada kelayakan...
Sambung tuduhan lagi, sebab kamu tak ada kaedah. Saya ok saja tak sakit apa aiihhh..... kamu kot yang terasa sakit? Kalau kamu nak buka topik baru 'interrogate' saya pula, you are welcome.
pada lu - muzakarah bererti membuktikan tuduhan ya? kelakar...
semoga dapat membuktikan pada diri sendiri tentang kelayakan lu ya....
kasihan...
Salah.
Muzakarah untuk tahu dalil-dalil dan kaedah yang digunakan dari DAKWAAN yang dibuat. Masih tak nampak lagi tajuknya? Kasihankan diri sendiri juga ya...
Saya ada banyak urusan, bukan forum 24 jam. Itu pun nak kena bagitau? ...
keh keh keh
ada banyak urusan konon..
bukannya dalam ini forum takde info bila lu masuk dan bila lu ada activity...
ip address lu dari mana pun orang boleh check ya..
untuk pengetahuan lah kalau tak tahu..
lagi nak menipu...
ikut suka lu lah..sedapkan hati sendiri....
Masih dengan tuduhan-tuduhan... tak habis-habis.... saya ingat kamu nak sambung muzakarah bawa dalil kebenaran kamu... rupanya masih dengan sifat tuduh fitnah tak habis-habis. Sebelum tuduh, elok tanya dulu untuk penjelasan.
bukannya dalam ini forum takde info bila lu masuk dan bila lu ada activity...
ip address lu dari mana pun orang boleh check ya..
untuk pengetahuan lah kalau tak tahu..
lagi nak menipu...
Dah personal attack pula lepas buat tuduhan. Untuk pengetahuan kamu yang tak habis-habis buat tuduhan, saya masuk forum sekejap masa saya dalam perjalanan untuk tengok report oleh forumer, dan beri penjelasan kepada forumer tersebut. Tak sempat nak tengok tuduhan-tuduhan kamu dalam bebenang ni...
Rajinnya kamu check activity saya berforum..., adakah tujuan kamu ingat saya nak menipu kamu sebab layan forumer lain dulu? Banyak la masa kamu ni berandai-andai dalam berforum
Bawa lah berapa dalil dan kaedah kamu berhukum tentang macam mana kamu dapat kepastian siapa layak buat dakwah dan siapa tak layak.... seperti dakwaan kamu boleh tahu nama-nama yang kamu dah sebut sebelum ni.
sekarang wa 'banyak urusan'
Silakan selesaikan urusan kamu, bila masuk berforum nanti, boleh sambung bawa dalil dan FOKUS PADA TAJUK.
Harap jangan ulang buat tuduhan/fitnah berdasarkan prasangka buruk tanpa bukti.
make my day la lu ni....
dengan diri sendiri pun tak jujur..
tapi ke hulu ke hilir kata dah ada sifat siddiq,amanah, tabligh dan fatanah...
mungkin lu tak tau ini perkara, tapi berapa lama lu berada dalam site itu pun boleh nampak ya mengikut ip lu itu....
wa malas panjangkan....suka hati lah lu....itu bukan urusan wa....itu urusan lu dengan diri lu sendiri...
wa dah habis sembang kat sini...
fathanoh tu..lain musim la wa sambung...
sebab tiada penting pun...
dan wa tiada duduk pun tempat bersangka sangka ni..
walau wa tak sampai level siddiq..wa boleh dah sedikit bezakan mana satu yang di hati mana satu yang diakal..
hati, tiada pernah boleh bersangka sangka atan berandai andai....
hati tempat jatuh barang...
hati tiada pernah memproses data...
di hati..sama ada ianya jatuh dan saksi..itu sahaja...
yang bersangka dan berandai semua jatuh di akal...macam yang lu buat...
sebab itu ulama dulu suruh bersihkan hati..
kerana ianya umpama cermin padanya qalab...
apa yang ada di qalab akan terbias oleh hati..jika bersih..
jika kotor..maka takkan terbias apa yang ada di qalab...
tiada barang yang jatuh yang akan disaksikan oleh hati....
mukmin...duduk dengannya hati..tiada perasangka..tiada andaian..
apa yang sampai..itulah yang dikeluarkan...
jadi...carilah mukmin..baru lu akan faham....
siddiq itu jatuh di hati...
amanah itu jatuh di hati
tabligh itu dikeluarkan oleh hati
fathanoh itu juga jatuh d hati...
jadi kalau perasan dah sampai level mukmin...cermin2 lah diri sendiri dahulu..
itu lah cara nak membezakan mereka yang layak dan mereka yang belum...
kerana, jika benar lu sudah layak..lu akan duduk dengan ketakutan...bukan terkinja kinja..
kerana besar dan beratnya amanah yang jatuh pada lu...
baru benar dikata ..qalbu mukmin baitullah....
walau hina dan dina..tapi kerana amanah yang jatuh tetap terus menyampaikan dengan bijaksana..
kerana yang menyampaikan itu Muhammad...kita tukang saksi Muhammad menyampaikan sahaja....
kerana hanya Muhammad yang layak menyampaikan...
dan Muhammad kata...Aku ini dari Allah..mukmin dari ku...
Cepatnya habis urusan dah masuk balik...tapi malangnya bukan nak sambung muzakarah ikut tajuk.... tapi masih TUDUH tanpa bukti
dengan diri sendiri pun tak jujur..
tapi ke hulu ke hilir kata dah ada sifat siddiq,amanah, tabligh dan fatanah...
Dalam bebenang ni saya belum sampaikan dalil-dalil siapa layak, dan siapa tak layak. Kamu buat tuduhan lagi, tak sudah-sudah. Boleh kamu JUJUR untuk muzakarah ikut topik dan elak tuduhan tanpa bukti?
wa dah habis sembang kat sini...
Ok tak mengapa. Jadi betul lah kamu tiada kaedah untuk tahu siapa layak, dan siapa tak layak berdakwah. Hanya sekadar persangkaan kamu semata-mata. Kalau kamu ada kaedah, tentunya kamu boleh kongsi kaedah kamu
dan wa tiada duduk pun tempat bersangka sangka ni..
walau wa tak sampai level siddiq..wa boleh dah sedikit bezakan mana satu yang di hati mana satu yang diakal..
Dah terbukti dalam bebenang ni yang kamu banyak bersangka-sangka, termasuk juga dari tuduhan-tuduhan kamu. Paling nyata, kamu tiada kaedah dalam tuduhan dan dakwaan kamu (hanya berdasarkan persangkaan)
hati, tiada pernah boleh bersangka sangka atan berandai andai....
Betul tu, tapi itu lah yang kamu buat bila kamu MENUDUH. Berandai-andai tanpa dalil dan kaedah.
dan Muhammad kata...Aku ini dari Allah..mukmin dari ku...
Kata-kata ini tak membenarkan pun tuduhan tanpa bukti. Dan saya tak paksa kamu sambung lagi kalau kamu dah selesai sembang...
Akhirnya, dari muzakarah ini dapatlah dibuat kesimpulan yang dakwaan kamu hanyalah sekadar persangkaan dan andaian semata-mata, apabila kamu secara spesifik menuduh sekian-sekian orang tak layak buat dakwah, dan sekian-sekian orang layak...
Ini berdasarkan penjelasan kamu sendiri bahawa kamu TIADA KAEDAH, justeru tiada dalil kepastian dalam dakwaan kamu. Muzakarah ini dikira selesai, melainkan jika kamu sambung berikan kaedah dan dalil kamu.
video penutup wa untuk sessi ntah hape hape dari moderator agama kononnya ini...
Lihat, personal attack libatkan moderator, walhal saya ajak bermuzakarah tanpa menggunakan kelebihan saya sebagai moderator pun dalam bebenang ni.
Nampak betul kamu yang bukan nak muzakarah, sebab tu dari awal kamu buat tuduhan saya nak debat. Bila tak dapat jelaskan dalil, berterusan tuduhan kosong dan personal attack. Macam inikah orang nya yang boleh dakwa TAHU siapa layak dan tak layak buat dakwah?
Post time 25-11-2020 01:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
MashaAllah..
Sesungguhnya dakwah tidaklah terbatas pada satu kaum, tempat tertentu atau satu sarana namun dakwah mempunyai medan yang siap menerima sesiapa saja, dan dengan berbagai macam sarana, oleh kerana itu harus ada usaha yanga di lakukan dengan sungguh-sungguh dan harus difahami. Methodology yang sering dikenali sebagai marketing. Apa yang lu na perkenalkan. Pada hakikat Allah SWT telah memperkenalkan atau mempromosi makhlukNya bernama manusia sebagai khalifahNya di mukabumi ini.
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Dikau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Dikau dan mensucikan Dikau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(AlBaqarah : 30)
Jika Allah SWT tuhan semesta alam pun buat dakwah, kita selaku hambaNya yang hina ? Maksud penciptaan manusia adalah untuk memperkenalkan Allah SWT sebagai tuhan yang esa hanyasanya Dia sahaja yang layak disembah. Itulah AMANAH yang dipertanggunjawabkan pada setiap manusia. Nuzul asebab Surah Muzzammil and Muddathir diturunkan oleh Allah SWT.
Ingat kisah sang semut dakwah kaum kerabat mereka apabila bala tentera Nabi Sulaiman as hendak merentasi mereka lalu salah seekor semut telah memyebutkan perkataan "SubhanaAllah" Lantas nabi Sulaiman as puji perbuatan dan percakapan sang semut tersebut kerana mengagungkan Allah SWT sebenar benarnya. Jika hari ini kerja dakwah itu perlukan kelayakan maka binatang itu lebih mulia. Kerana amanah yang diberikan oleh Allah SWT dalam penciptaan manusia sebagai utusanNya telah dingkari (maksud penciptaanNya). Adakah binatang perlukan kelayakan untuk dakwah Allah SWT tuhan semesta alam? Golongan jin pun buat dakwah.
Celaan Allah SWT,
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (dakwah ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (dakwah tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai"
(Al A'raf : 79)
Jika topik berkaitan dgn tabligh dan dakwah (dirujuk):
1. Jika dilihat silibus pendidikan Islam tahun 4, (bab tauhid m/s 23), semua silibus mazhab tauhid ahlussunnah waljamaah, aturan dia sama.
Dalilnya memang ada utk setiap sifat yg empat, tapi dalil akan tertib mana dulu mana kemdian tiada - aqidah tahawiyyah (piawai).
Siddiq, amanah, tabligh, fatanah.
2. Jika dilihat drpd sebutan 'dakwah' dan 'tabligh' juga beza, ajakan2 cenggini yg satu lebih kpd berbentuk panggilan/sahutan dan lagi satu capaian/cerahan. Yg dua2 pun seiring di antara kedua2nya wlpn tak sekata. Dan jauh lebih ke laut sekali, jika kata2 tersebut di'jemaah'kan (claim awal)
3. Siddiq (al-sadiq), tak penting dlm berdakwah/tabligh sekiranya apa yg diucap itu sama semacam apa yg tok guru atau sekolah dia ajarkan. Ini yg byk berlaku. Ofkos, kekdah ni yg selalu kantoi dan tak efisien. Sbb pemikiran dia belum sampai tahap tok guru. Stakat nak ngajak2 ok kot. Dah ramai beralih kpd kempen simpati/empati utk tarik lebih ramai sapot bisnes kedai runcit - seddoqah. Allah sayang kita.
4. Tabligh ni sifat, bukan 'jemaah-tabligh-keluar-40-hari', walaubagaimanapun, jemaah dia lebih ramai drpd geng tok guru pondok yg semakin kurang popularitinya menerusi kekdah dan gelagat 'anak-murid-yg-tak-proper-spam-sana-sini' buat orang awam kian konfius. Yg buat jemaah tabligh agak lebih dpt sambutan dan nampak, berkemungkinan sebab asas haraki yg kuat, saing2 usrah. Ofkos, kekdah gini lebih memupuk kreativiti bersosial berbanding sikit2 tok guru, sikit2 tok guru - tak berkembang dan semakin kuyu.
5. At the end of the day, bila dah tak laku, kebanyakannya akan naik lebih tinggi drpd tok guru dan claim mcm2 lagi. Sedar atau tidak. Pelanggaran amanat cenggini yg merosakkan sistem pendidikan pondok yg masyoor. Anak-murid-perasan-setengah-masak yg terlebih rajin plk dok kutip2 nubis dibuat kubis, seeloknya mengenepikan kuantiti dan tingkatkan kualiti, terutamanya diri sendiri. Memperhalusi jiwa dgn menghapuskan yg batil tanpa battle dlm diri.
Kesimpulan: Dakwah tak perlu kelayakan, jika ada pun kena buat ujianlah dan saringanlah, ada akreditasilah/pentauliahanlah, ada?
Tiada dalil pengharaman 'berdakwah tanpa amanah' tersobut...wallahu'alam.
Jika topik berkaitan dgn tabligh dan dakwah (dirujuk):
keh keh keh
wa dah mau stop..
tapi ada pula komen sebegini...
teruja pula wa...
sebab gang lu semua dah kantoi dalam thread yang lalu...
jadi disini, mereka cuma nak tahu mana wa tau yang mereka layak atau tidak...
tapi lu buka balik topis dari thread yang lepas pula..
dimana yang lain semua dah tiada hujah untuk menolak..
dalilnya memang ada utk setiap sifat yg empat, tapi dalil akan tertib mana dulu mana kemdian tiada - aqidah tahawiyyah (piawai).
betul tu...
jadi..berilah satu kitab yang menceritakan 4 sifat Muhammad s.a.w ni dalam lain aturan...
wa dah tanya sebelum ni, semua krik krik...
jika tiada..kenapa diatur begitu..saja saja kah?
dalam link yang wa bagi..jelas diceritkan..zaman imam sanusi dahulu cuma ada 3 sahaja..SAT..fathonah ditambah kurun ke 19..
siap diceritakan kenapa aturannya begitu...
dan sifat tabligh itu dijelaskan..Muhammad menyampaikan apa yang 'sampai' padanya..
apa yang 'sampai' itu?
perjelaskan ya...
Tabligh ni sifat, bukan 'jemaah-tabligh-keluar-40-hari',
ini kelakar...rasa rasa lah..dari mana mereka mengambil nama jemaah 'tabligh' tu?
dah tentu mereka menggelar diri mereka jemaah tabligh kerana mengambil sifat 'menyampaikan' pada diri Muhammad s.a.w
ke ada sebab lain jemaah itu menamakan diri mereka jemaah tabligh? jika ada, mungkin ada kesah yang wa tatau..
boleh la sesapa dari lu orang ceritakan pada wa..
Kesimpulan: Dakwah tak perlu kelayakan, jika ada pun kena buat ujianlah dan saringanlah, ada akreditasilah/pentauliahanlah, ada?
ini paling kelakar..
mau kerja kerani atas dunia pun lu kena ada spm..
mau bawak amanah dan risalah Allah atas muka bumi tak perlu..sapa pun boleh..
biol juga otak lu ni....
nak laiungkan azan perlu ada kelayakan tak? sebaik baik seruan tu...
tak perlu..sapa yang tahu macam mana mau azan boleh je laungkan..
gitu kan?
itu lah anggapan manusia zaman ini...
sapa pun boleh....
tapi soalan wa...
kenapa Muhammad s.a.w suruh Bilal r.a yang laungkan azan...sedangkan mimpi mengenai luangan azan itu jatuh pada orang lain?
dan kenapa ada satu kesah, bila orang lain laungkan azan, bukan bilal...malakat turun dan tanya pada hari tu..adakah dilaungkan azan..
kerana tidak sampai ke arash kedengarannya..
bukan Muhammad nak khabarkan pada kita kah...untuk laungkan azan, kelayakannya adalah seperti Bilal r.a?
yaani, untuk menyampaikan seruan itu..kena duduk dlaam sifat hamba sepertimana Bilal r.a..
kalau nak ikut..berapa ramai tak layak..tapi ulama2 terdahulu tetap benarkan...untuk belajar menjadi seperti Bilal r.a
bila dah buat kelakuan Bilah r.a, maka belajarlah menjadi hamba sepertimana Bilah r.a..bukan berlagak kata aku layak
tapi ulama terdahulu satu pun tak lantik anak muridnya untuk beramai2 keluar dan 'menyampaikan' risalah...
ada Tok Kenali buat? ada sheikh Habib buat? ada Tuan Tulis buat? tiada
kerana apa?
kerana mereka sedar, mudhoratnya adalah lebih banyak dari kebaikannya dinusantara ini...
betul, mungkin yang keluar dan menyampaikan itu akan belajar sifat2 tablightu bagaimana..
tapi kerosakan yang dibuat dari tindakan itu adalah lebih besar...
kerana itu, 7 wali melayu tiada buat itu perkara di tanah jawi ini...
tapi itu hanya terbatas di tanah jawi, bukan di india...
di india, ada orang orang Allah disana yang melihat akan keadah mana yang paling baik...
sebab tu sifat fathonah keluar pada kurun 1900...kerana bijaksana dalam penyampaian itu berdasarkan geografi dan budaya tempat itu..
bukan main taram sama....
fathonah itu kurnia..sepertimana sunan kalijaga menyampaikan dalam wayang kulit...
sepertimana sheikh jaafar barzanji menyampaikan kerinduan kepada Muhammad dalam syair barzanji...
jadi..jika diperhalusi, masih lu nak cakap 'menyampaikan' itu tiada kelayakan?
bengong benar siapa siapa yang mengeluarkan statement sebegini..
dah terikut dengan sistem greek..demokrasi..maka ini lah jadinya..
Bila dah tak ada dalil, inilah yang dijaja...
Tak apa, teruslah buat tuduhan berdasarkan persangkaan... dah jelas tiada kaedah, tiada dalil kepastian dalam tuduhan itu
Dari thread yang sebelum ni kamu ulang mau stop, siap tepek lagu lagi (selamat tinggal?)... tapi hati tetap mahu sambung... (sambung tunjukkan diri kamu suka buat tuduha, buat persangkaan tak habis-habis)
Bila diajak muzakarah ikut topik, asyik lari topik pula.
sebab gang lu semua dah kantoi dalam thread yang lalu...
jadi disini, mereka cuma nak tahu mana wa tau yang mereka layak atau tidak...
tapi lu buka balik topis dari thread yang lepas pula..
dimana yang lain semua dah tiada hujah untuk menolak..
Di sini boleh kemukakan hujah atau dalil untuk sambung muzakarah IKUT TOPIK. Yang lepas ada hujjah, tapi kamu bukan mahu terima pun, yang kamu buat ulang tuduh orang lain kantoi untuk sedapkan hati kamu sendiri saja...alahai...
Kalau orang kampung kata jadilah anak jantan, kalau orang putih kata be gentlemen la sikit.... kalau ikut adab muzakarah, mari bincang tanpa tuduhan dan personal attack, ikut topik...
Boleh atau tak? Atau nak sambung buat tuduhan tak habis-habis (macam kartun kera yang kamu tepek tu...aku nak juga..aku nak juga?)