CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sharlenetexas

Hang Tuah atau Hang Jebat? : Antara Dua Filem

[Copy link]
Post time 13-12-2020 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 12-12-2020 02:24 AM
Hang Tuah
Watak Patih Karma Wijaya dalam persalinan Jawa.


look like u know history soo much sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2020 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
pilih jebat sebab nordin ahmad hensem nya
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 01:40 PM | Show all posts
Kalau Hang Kebunnnnn????
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka dua2 Hang Jebat, Nordin Ahmad n Ahmad Mahmud. Masing2 ada karisma bawa watak Hang Jebat dengan cara tersendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 11:03 PM | Show all posts
P.Ramlee nampak karismatik sebagai Hang Tuah. Nordin Ahmad pula nampak betul rebellious sama dengan Hang Jebat. Kalau dua-dua berlakon bersama dalam filem Tuah & Jebat mesti kebaboom sama macam gandingan mereka dalam Semerah Padi.

Cuma persamaan kedua-dua filem tersebut,aksi fight dia biasa-biasa je. M.Amin tu lagi la terserlah kelembikan beliau. Tak tangkas langsung. Kareografi silat dalam filem Tuah lakonan tok jamal lagi bagus bagi aku. Kalu dengan Pendekar Kundur atau Keris Hitam Bersepuh Emas lagi jauh la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 12-12-2020 01:57 AM
Iols baru order buku Memoir Hamzah Hussin sale 12.12

Baru sampai. Excitednya



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2020 11:51 AM | Show all posts

beli kat mana?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2020 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Paiya replied at 20-12-2020 11:51 AM
beli kat mana?

Kat shopee.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2020 03:25 PM | Show all posts
kalau dari segi sejarah atau citarasa sejarah aku pilih Hang Tuah tapi dari segi kepuasan aku pilih HangJebat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2020 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh baca berkenaan Hussain Haniff kat thread ni https://mv1.cari.com.my/forum.ph ... d%3D11%26digest%3D1

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2020 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts


Hang Jebat tetap relevan sepanjang zaman

Hang Jebat arahan Hussein Haniff antara sejumlah kecil filem Melayu yang masih hidup dan relevan sepanjang zaman. Sebenarnya tidak banyak filem Melayu yang mempunyai jangka hayat sepanjang Jebat yang relevan dalam semua zaman dan sentiasa segar menyampaikan kritik sosial.

Filem Melayu kerap kali mati selepas dikeluarkan dari pawagam. Apabila ditayangkan di TV, ia terus terpisah dengan masyarakat. Kecuali kepada mereka yang menonton untuk mengembalikan nostalgia lampau.

Atau diingat hanya apabila pelakon lelaki dan wanitanya mencipta kontroversi yang tidak ada kena mengena dengan dunia kesenimanan mereka. Kahwin, cerai, skandal, menjadi pengusaha salun atau butik.

Selepas itu ia terus terpisah dari premis sosial dan politik dan tidak dapat berdiri sebagai karya yang boleh ''dibaca'' oleh semua zaman.

Hang Jebat yang ditayangkan di TV3 Selasa lalu boleh dilihat dan dibaca dari sudut yang pelbagai. Filem ini tetap evergreen. Tetapi bukan evergreen dalam konteks filem-filem popular P. Ramlee. Hang Jebat diingat bukan kerana sifatnya yang nostalgik tetapi isu yang dikemukakan relevan dengan semua zaman.

Filem yang dikelaskan antara filem Melayu terbaik ini sentiasa mengingatkan dan terus mengingatkan manusia pada semua zaman.

Kalau diukur pada usia, Hang Jebat memang telah terpisah jauh oleh zaman. Apa lagi ia bercerita tentang zaman yang hanya terlukis dalam Hikayat Hang Tuah dan diterbitkan pada 1960 iaitu saat-saat terakhir kegemilangan Jalan Ampas.

Tetapi jangan lupa, kebijaksanaan silam boleh dimanfaat dan ditelaah sepanjang masa. Malah Hang Jebat dianggap sebagai memadam hasil buruk filem Hang Tuah arahan Phandi Majundar yang telah meng'india'kan Hikayat Hang Tuah.

Hang Jebat dijayakan oleh pelakon hebat Nordin Ahmad (sebagai pelakon dia kerap mengatasi P. Ramlee), M. Amin dan Mahmud June.

Rebellious Jebat sebenarnya ada pertalian dengan watak Hussein Haniff dan lanjutan gerakan kebangkitan kalangan seniman pada dekad 50-an yang melahirkan Angkatan Sasterawan 50-an (Asas 50). Selain perjuangan menuntut kemerdekaan, ini dekad penting sebagai titik tolak baru reformasi keadilan sosial.

Naskhah Hang Jebat tulisan Ali Aziz dalam konteks kita adalah Hamlet atau Ceaser karya Shakespeare kerana sarat dengan political statement. Hamlet atau Ceaser bercakap tentang intrig politik yang sejagat sifatnya. Selepas lebih 200 tahun Shakespeare meninggal dunia, kedua-dua karya ini terus relevan dengan manusia.

Hang Jebat di tangan Hussein Haniff tidak hanya bersandar kepada mitos menjunjung ''titah tuanku'' tetapi reformasi awal umat Melayu terhadap institusi yang menaungi rakyat.

Siapa yang berani memulakan kerja mulia, sekalipun dianggap oleh Hang Tuah sebagai derhaka, untuk mencari keadilan sosial kalau bukan Jebat.

Sebenarnya bukan pada zaman Melaka sahaja ketaksuban kepada pemimpin telah sewenang-wenang membelakangkan keadilan sosial. Malah terus berlanjutan dan keadilan sosial terus dicari makna yang sebaiknya.

Siapa yang meletakkan semula Hang Tuah dalam kerajaan Melaka kalau bukan reformasi Jebat. Ada juga pandangan mengata Hang Tuah bukan menyelamatkan sultan tetapi institusi yang menaungi rakyat.

Walau apapun percaturan politik berlatarkan istana dan kekuatan filemik dengan light and shadow yang kontras menjadikan filem ini cukup bermakna dan ia terus dicari maknanya.

Mengikut Hikayat Hang Tuah, Pateh Karma Wijaya adalah watak penting yang harus dibaca subtexts setiap gerak-geri atau kata-katanya. Dalam Hang Jebat, Pateh Karma Wijaya melampaui Mahmud June yang menghidupkan watak itu dengan jayanya.

Hang Jebat sebenarnya memberikan banyak kiasan tentang intrig politik. Hang Tuah kecundang kerana fitnah dan Jebat kecundang kerana melanggar adat. Ini sebahagian daripada hukum hakam politik. Malah ia juga mengingatkan persaudaraan boleh terputus bila-bila masa sahaja apabila berada dalam ideologi yang berbeza.

Buktinya Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi akrab sebelum mereka terseret dalam percaturan politik di istana.

Hussein Haniff melihat kejujuran bukanlah tempat sebaiknya dalam politik. Pateh Karma Wijaya misalnya menggunakan kejujuran Tuah untuk mendapat perhatian sultan seterusnya landasan untuk menjadi laksamana.

Jebat mengingatkan, apabila Tuah dan Jebat, dua pembesar negara yang sama-sama berpengaruh bertelagah, yang menjadi mangsa adalah rakyat jelata. Pertelagahan itu untuk siapa sebenarnya?

Oleh : Ku Seman Ku Hussain ([email protected])
Utusan Online 27/8/1998


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2020 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts


Hang Jebat filem terbaik Hussein

Beberapa minggu lalu TV1 telah menayangkan kembali filem Hang Jebat dan Dang Anum. Kedua-duanya arahan Allahyarham Hussein Haniff. Sebagai seorang pengarah, nama Hussein Haniff tidak sepopular P. Ramlee untuk selalu diperbincangkan. Tetapi, filemnya Hang Jebat adalah antara filem Melayu yang terbaik yang pernah dihasilkan dalam sejarah perfileman Melayu.

Hang Jebat menjadi sedemikian penting bukan sahaja kerana tafsirannya yang begitu provokatif tetapi juga kerana keupayaan filem ini terdiri sebagai seni filem yang mengagumkan.

Hang Jebat telah dihasilkan secara intelektual oleh Hussein Haniff.

Dengan keupayaannya menguasai suntingan dan secara bijaksana menanfaatkan fotografi, Hussein berupaya menghasilkan imej-imej yang penuh emosi, berkesan dan cukup meransangkan. Melalui penguasaan ruang dan pengawalan tempo, Hang Jebat bukan lagi sekadar satu tragedi dua hero Melayu tetapi bagai puisi imej yang penuh emosi dan cukup provokatif. Hang Jebat menjadi peristiwa kepada sebuah filem yang hebat yang berusaha mencari kesempurnaan dalam gerak dan imej.

Melalui Hang Jebat, Ali Aziz (penulis skrip) menilai kembali epik silam dari konteks dan kesedaran nilai-nilai semasa. Dengan mengambil episod penderhakaan Hang Jebat, dan pertikaman Tuah-Jebat, daripada Hikayat Hang Tuah sebagai dasarnya, adaptasi yang dilakukan oleh Ali Aziz bukanlah pemindahan terus. Ali menilai dan menafsir semula erti kesetiakawanan, taat setia yang melulu kepada sultan, konsep derhaka dan balas dendam. Filem ini bukan hanya hujahan moral yang menghukum siapa yang bersalah atau menilai kembali moral di sebalik pertikaman Tuah dan Jebat. Ali tidak memaksa kesalahan pada Jebat, raja atau Tuah, tetapi mereka ditekan dan dipenjara oleh suasana. Hang Jebat anti-feudal, dia memahami erti kesetiaan dan keadilan tetapi keadaan yang menyebabkannya memberontak.

Skrip Hang Jebat didasarkan daripada skrip pentas Hang Jebat Menderhaka, karya Ali Aziz yang sebelum itu telah dijadikan skrip drama radio. Dialognya yang begitu bertenaga sebahagian besarnya dihasilkan dengan bantuan M. Amin.

Hang Jebat mempersoalkan feudalisme. Dalam Hang Jebat kewibawaan raja bukan sahaja dicabar tetapi dipersoalkan. Kewajaran hukuman raja ke atas Hang Tuah tidak sahaja dipertikaikan keadilannya oleh Hang Jebat tetapi turut dipersoalkan oleh permaisuri baginda.

Ketika adegan di rumah bendahara, permaisuri baginda (Rosnani) mengingatkan tindakan raja, katanya, "Tuanku suka mengikut rasa, kan akhirnya binasa... Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna." Terlebih dahulu dari itu, Hang Jebat dengan berani menyanggah dan berhujah dengan raja apabila dia dituduh melarikan Dang Baru (Latifah Omar) dan Hang Jebat dengan tegas tidak memberi peluang raja menguasainya.

Dalam Hang Jebat, raja bukan sahaja ditentang secara terang oleh Hang Jebat, malahan permaisuri turut menentang kewajaran hukuman raja secara halus tetapi cukup menyakitkan. Alangkah lemahnya Raja Melaka hingga terpenjara dalam suasana akibat tindakannya yang di luar kebijaksanaannya. Kelemahannya memberi ruang yang luas untuk dieksploit oleh Pateh Karmawijaya (Mahmud June).

Terpenjara dalam suasana, tekanan mental yang mengacaukan dan moral yang terhina, tidak sahaja dihadapi oleh Raja Melaka tetapi turut dirasai oleh Hang Tuah, hambanya yang setia, yang bersiap sedia menjalankan perintah raja membunuh Hang Jebat. Kewajaran tindakan Hang Tuah dipersoalkan oleh isterinya sendiri dalam satu adegan yang cukup tegang dan menyentuh perasaan yang saya anggap adegan terpenting filem ini. Malam itu, di waktu Hang Tuah mengasap kerisnya, isterinya menghujah kewajarannya. Hujah-hujahnya tajam menghiris Hang Tuah. Katanya, "Abang ini tergila-gila akan ketaatan dan kesetiaan kepada Sultan itu sehingga enggan mengerti... dan Abang hendak mengambil hati raja dengan mempersembahkan nyawa saudaramu sendiri."

Hang Tuah terpaku dan terpukul. Dan dalam keharuan dan ketidakpastian itulah Hang Tuah menuduh isterinya berlaku curang dengan Hang Jebat sepanjang ketiadaannya. Hang Tuah terpenjara dengan suasana yang begitu mencengkam dan secara fizikal dan mental Hang Tuah kelihatan begitu letih.

Hang Tuah di tangan Hussein Haniff menjadi sedemikian lemah dalam menghadapi suasana, terhina dan malah hilang kebijaksanaannya. Di tangan Hussein Haniff, setiap tindak-tanduk Hang Tuah sentiasa dipersoalkan.

Dalam perjalanan Hang Tuah menuju ke istana untuk membunuh Hang Jebat, Hussien Haniff sengaja menggunakan shot luas.

Hang Tuah berada di tengah taman istana melalui kawasan yang seakan terbahagi kepada kawasan terang dan gelap. Simbol yang menyuarakan dilema batin yang dihadapi oleh Hang Tuah yang mempersoalkan benar salah tindakannya.

Hussein seakan menyebelahi Hang Tuah, hanya selepas Hang Jebat telah luka parah datang menemui Hang Tuah. Seakan menyedari kesilapannya, Hang Tuah ditonjolkan lebih bersimpati kepada Hang Jebat. Di saat itu barulah dapat dirasakan erti persahabatan dan makna persaudaraan antara Hang Tuah dan Hang Jebat.

Sebagai sebuah cerita, Hang Jebat cukup nipis, plotnya lurus dan Hussein kelihatan seakan tidak memperdulikan aspek cerita. Untungnya Hang Jebat adalah epik Melayu yang sudah sedemikian dikenali. Apa yang utama adalah memberikan penafsiran baru pada hikayat tersebut.

Hussein Haniff amat mengutamakan komposisi imej dan pengawalan tempo. Maka dalam Hang Jebat, stail menjadi substance sedangkan cerita menjadi subordinate. Sebab itulah kita lebih merasakan imej-imej yang berkesan memualkan, menggetarkan, menyesalkan atau imej yang begitu puitis serta begitu mengesankan. Dengan kawalan temponya kita dapat merasakan kejemuan dalam adegan yang romantik dan klise.

Barangkali, secara sedar Hussein menggunakan pendekatan dialetikal dalam penyuntingan Hang Jebat. Dengan pendekatan ini, peristiwa ditafsir untuk menjadi titik-tolak yang membentuk tesis, yang kemudian mencipta konflik hasil pertembungan dengan elemen lain yang membentuk antitesis. Dan seterusnya menuju ke klimaks yang membawa penyelesaian iaitu sintesis, apabila Hang Jebat dibunuh dalam adegan pertikaman.

Melalui suntingan, Hussein sering menyarankan kontras, konflik atau pun pergeseran idea dan bentuk. Bukan itu sahaja, suntingan dalam Hang Jebat berjaya memberi keseimbangan pada keseluruhan filem. Imej dan gerak dalam Hang Jebat bersatu dalam satu kesatuan yang dinamik.

Hussein Haniff tidak mungkin dapat menghasilkan suntingan yang sedemikian baik tanpa adanya hasil fotografi yang cemerlang dan jurukamera berpengalaman, Hsu Chio Meng. Visualnya terpuji. Frem-frem dalam Hang Jebat sentiasa berisikan imej-imej yang selalunya menyarankan makna dan begitu suggestive sekali. Setiap shot ternyata dirancang dengan begitu baik oleh Hussein Haniff. Dia mengambil kira jarak objek dengan kamera. Kameranya tidak statik, sentiasa bergerak, komposisi objeknya sentiasa terkawal.

Imej-imej dalam Hang Jebat adalah imej-imej yang tidak selesa, komposisi dilakukan dalam ruang yang sempit, lalu imej yang dihasilkan terasa begitu mendesak.

Hussein Haniff tidak banyak memberikan relief dengan visual yang selesa, luas dan tenang.

Filem Hang Jebat lebih banyak dikuasai oleh adegan-adegan gelap dengan cahaya yang cukup terkawal, banyak adegan dalaman yang terasa begitu interns sekali. Barangkali dengan frem yang banyak dikuasai oleh gelap, Hussein mengajak kita menyelami kegelapan, ketidakpastian dan kekecewaan Hang Jebat. Atau meyelami sisi gelap kehidupan seorang raja.

Kamera Hussein dengan bijak menangkap riak wajah yang penuh kemarahan dan dendam dalam shot-shot close up.

Tidak kurang daripada empat kali Hussein menggunakan shot close up wajah Hang Jebat yang memancarkan kemarahan dan dendam. Nordin Ahmad ternyata telah memberikan dinamisme pada watak Hang Jebat. Selain daripada kekuatan lakonan Nordin Ahmad, Hang Jebat diperkuatkan lagi oleh lakonan M. Amin, Abdullah Sani, Siput Sarawak dan pelakon-pelakon lain yang berjaya memperlengkapkan.

Imej-imej yang dirakamkan oleh kamera Hussein sering menyarankan makna yang memberikan inspirasi kepada tindakan yang bakal menyusul dari Hang Jebat. Bermula dengan larian pantas Hang Jebat di padang lalang, pertanyaan-pertanyaan kecil anak Hang Tuah, keris dan tarian maut yang dipersembahkan di istana, semuanya menjadi sintesis kepada tindakannya untuk menderhaka dan membalas dendam.

Hussein Haniff mempunyai fahamannya sendiri terhadap kekejaman dan keganasan. Lalu tidak hairanlah adegan pergelutan dan pertikaman dalam Hang Jebat kelihatan begitu kejam dan seru.

Hussein ternyata amat mangutamakan adegan pergelutan dan persilatan. Tidak hairanlah adegan pertikaman Hang Jebat begitu dominan. Apatah lagi dengan koreografi silat yang baik oleh Mahmud June, adegan pertikaman Tuah-Jebat adalah antara adegan pertarungan terbaik pernah ada dalam filem Melayu.

Adegan Hang Jebat ditikam di balik tirai menjadi begitu simbolik, cantik dan kesannya begitu menusuk. Malah tarian yang selalunya sekadar penyari dalam filem Melayu menjadi begitu berbeza dalam Hang Jebat. Tarian yang dikoreografikan oleh Siput Sarawak jelas menunjukkan citarasa Hussein Haniff yang tersendiri. Terkeluar dari tradisi Hindustan.

Tariannya bermotifkan maut, geraknya membawa unsur kematian dan pemberontakan. Jebat nyata sekali mendapat inspirasi dari tarian tersebut.

Hang Jebat bernasib baik dihasilkan dalam hitam putih.

Dengan warna hitam putih, dapat dirasakan kesan yang begitu dominan intensiti bayang-bayangnya. Hitam putih mempermudahkan ransangan visual ke arah kesatuan harmoni dan kontras yang jelas. Hitam putih mempertingkatkan imaginasi dan merangsangkan emosi.

Lihat adegan Jebat ditikam, darah yang keluar kehitaman atau pada shot close-up perut Jebat yang luka parah akibat tikaman, darah yang membuak keluar berwarna hitam pekat.

Hasilnya, visual yang paling mengerikan dan begitu mengacaukan fikiran kita. Serupa juga kesan yang kita rasai semasa menonton adegan pembunuhan dalam bilik mandi filem Psycho arahan Alfred Hitchcock.

Hussein Haniff adalah pengarah rebel with a cause. Dia terkenal sebagai perfectionist. Dalam mengarah filem dia mencari kesempurnaan. Dia obses dengan imej dan gerak atau suntingan. Filem-filemnya cemerlang dari aspek fotografi dan suntingan.

Daripada 12 filem arahannya, kecuali Hang Jebat dan Dang Anum, filem-filemnya yang lain gagal di pasaran. Silapnya kerana Hussein sering melupakan aspek cerita.

Untuk Hang Jebat dan Dang Anum, Hussein beruntung mendapat skrip yang ditulis oleh Ali Aziz. Usaha menggabungkan semula Ali Aziz dan Hussein dalam Dua Pendekar adalah gagal.

Hussein mengarahkan 12 buah filem di Cathay Kris.

Hang Jebat diarahkannya pada usia 27 tahun. Beliau meninggal dunia dalam usia 32 tahun.

Oleh: A.Wahab Hamzah
Sumber : Utusan Malaysia 20/2/1993 & 27/2/1993

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2020 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak order buku ni pulak



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Narrowing it down, hehehe. Of koz Hang Jebat. Pakcik Kodin punya lakonan was a different level.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 12:32 AM | Show all posts
Both aku suka..Filem Hang Tuah ada killer song, 'Berkorban Apa Saja'..sesuai la dengan Tuah yg sentiasa berkorban apa saja terutama berkenaan sultan..Kiranya Hang Tuah ni the archetypal Malay man, inside and outside..sesuai la pemikiran dan tindakan Hang Tuah ni mengikut zamannya..

Filem Hang Jebat plak aku rasa menunjukkan sisi Jebat yang tak begitu diketengahkan dalam hikayat/sejarah..aku suka dlm filem ni Jebat romantik gila dengan Dang Baru..cair aku bila dengar Nordin Ahmad berbicara sebagai Jebat..Terserlah kemachoan beliau sebagai lelaki Melayu sejati
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Jebat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2021 04:28 PM | Show all posts
Hang Jebat ,sebab ada latifah omar
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hang jebat la darah pahlawan yg memberontak raja yang baik di sanjung raja jahat di sanggah
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 04:41 PM | Show all posts
iols suka hang jebat... hang tuah agak boring tapi paling popular dalam masyrakat adalah hang tuah... taktau la kenapa... mungkin sebab ada hikayat hang tuah di tulis kot...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by supernaturalee at 11-11-2021 10:21 PM

Joget pahang

https://youtu.be/l8EBGlVgeQE


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.218768 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list